Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2013

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 November 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 mulai 1 Oktober 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 Oktober 2012 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2013 akan ditutup pada 19 Oktober 2012.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2013 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011 dan 2012 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
  4. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan Tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

102 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2013

  1. sy tak cukup syarat (6A, sains B, math E), agak2 lepas tak mohon tuk dptkan pin no?

  2. nk dptkan nombor pin tu , kene per pejabat mara ke ?

  3. kelas hafazan di MRSM ulul albab ada ke bagi pelajar2 tingkatan 4 yg bakal masuk ke MRSM ? dengar cerita smpai tingkatan 3 je.

  4. DaniaaFaizal says:

    kalau 6A 1B 1C (Math A and Science C) layak tak?

  5. bagaimane dengan student dari SMKA layak ke memohon MRSM

  6. kalau da pergi pejabat mara ambil no pin kne p mrsm berdekatan lagi ke?

  7. kalau trial subjek geo E .ada harapan lagi tak ??

  8. keputusan percubaan PMR kna dapat 6A jga atau hanya skadar lulus ja

    • percubaan PMR sekadar lulus ja utk syarat kelayakan memohon MRSM, tp PMR yg perlu 6A tiada C dan A math dan sains untuk syarat kemasukan ke MRSM.

      • mcm mana kalau ada failed masa result percubaan , still boleh mohon ke

      • saya dah try sms ke mara utk mengetahui keputusan.. tapi yang keluar tak berjaya kemasukan tingkatan 1.. ape tu? kenapa ye.. kita tanya tingkatan 4..kelakarlah! try ke portal utk katalaluan dah diberi ari tu saya guna le semula.. pun gagal nak login… ada idea?

  9. eycha zatty says:

    macam mana na buat ?? tolonk larrr..;(

  10. macam mana nak ambil no pin tu ? ic yg nak disahkan ? sahkan oleh siapa ?

  11. nie utk pemohonan ke MRSM di semenanjung jak kah? Sabah&Sarawak x termasuk kah?

    • tak termasuk..kalo termasuk maknanya ramailah orang sabah sarawak akan tercicir masuk mrsm pasal tu kelayakan di mrsm sabah/sarawak jauh lagi rendah dari mrsm tempat kami di semenanjung..baiknya nasib orang sabah sarawak..mesti senang dpt masuk sekolah nama glamer dan besh ni

  12. IsKandar97 says:

    alhamdulillah..dh daftar un..skrg cume nk tggu buat ujian je n lepas tuh..doa byk2 agar diterima masuk..amin ya rabbal alamin

  13. assalamualaikum.. klu pljr sklh mngh agma bolh mhon x ? rsult excel saya math ggal..

  14. Salam, saya dah send online, baru perasan ada kesilapan pd nama ayahnya. Boleh ke betulkan atau kena tawakal saja?

  15. trial tak memuaskan, boleh ke? dapatkan no. pin drpd pejabat mara?

  16. Mama alice says:

    Bila permohonan masuk mrsm sabah & sarawak ?

  17. Permohonan utk sabah sarawak bila?

  18. ada permohonan utk sabah n sarawak ??? plz urgent…..

  19. sape mohon mrsm baling?

  20. mcmne nk buat ni bb xleh nk login utk print borng prmohonn? sbbnye borang tu xprint lgi n xingat langsung2 nk save dlm document komputer? anyone please help me? i need your help….

  21. kalau dah register online tp tak dapat print borang, bagaimana cara nak print borang sedangkan sekarang laman pendaftaran online tidak boleh lagi dibuka?

  22. Hm, macam mana kalau tarikh untuk hantar dokumen and borang permohonan dah lambat? Boleh proceed lagi ke? Sebab saya duduk asrama. So, tak dapat send lagi dekat Pejabat MARA. How?????

  23. Kalau saya lambat hantar borang bsama dokumen…adakah masih dterima? Sy skola asrama hari ni dn esok pjbt pos tutup! Tlg sy…ap yg ptt sy buat?

  24. permohonan dah tutp kew?

  25. permohonan utk ke Tingkatan 1 tahun 3013, bila boleh Mohon.?

  26. Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM 2013 masih belum buka permohonan ke?

  27. abdul razak says:

    ujian kecenderungan kemasukan MRSM tu nnti dia antar surat ke? atau cmne…

  28. macm mana nak log in balik .. saya nak tgk trikh ujian di mrsm nnti ..please help !

  29. Dpt tawaran mrsm negeri lain Dan nk tukar mrsm negeri lain..boleh tak?

  30. ujian kencenderungan tu ape

  31. aimi athifah says:

    tak sempat nak print borang boleh tak pergi exam UKKM

  32. ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) tu keluar dalam bentuk mata pelajaran ape ye ??
    coz sye kne g minggu depan ari Isnin nie !! itu saje ., TQ ^^

  33. ujian kecenderungan kemasukan MRSM (UKKM) tu keluar dalam bentuk mata pelajaran ape ye??
    coz sye kne g minggu depan ari Isnin nie !! itu sje .,TQ ^^

  34. Kalau borang ade pade saye tp x antar lg, bole x pegi exam UKKM?

  35. Klw borang ade pd saye tp x antar lg, bole x pegi exam UKKM?

  36. Aimi Athifah says:

    tak sempat print borang atau hard copy sbb dah tutup permohonan. Boleh pergi UKKM tak? Tolong…sbb tempat ujian jauh ..kt Batu Pahat…29 Nov..

  37. ada sesiapa tahu x waktu ujian kemasukan ke mrsm taiping (sesi petang ) pkul brapa kna datang ? tolonglah saya :'(

  38. kalau nak cek balik permohonan ccam na?

  39. camner nak check semula borang yg dah diisi n send? HELP!!!

  40. wan nur syahirah says:

    jika kehilang slip peperikasaan ,tetapi sudah memohon..
    layak ke menduduki ukkm??

  41. wan syahirah says:

    kalau kehilangan slip pmr,tapi telah memohon..
    layak x menduduki ukkm??

  42. nur syafiqah says:

    nk tnye dikit… sy dh dduki UKKM.. tp sy nk tukar mrsm ke mrsm laen… mcm mane nk buat…?

  43. nur syafiqah says:

    saya dh dduki exm UKKM 29 nov.. tp sy nk tukar nma mrsm laen.. nk buat mcm mna…?

  44. saya tlh dpt 5a 2b …………..blh saya dpt

  45. blm buat permohonan online,,saya dpt 8a,,mcm nk apply..peluang masih ada tak..tq

  46. saya just dpt 6a1b1c..n c saya adalah bi..agk2 blh mhon msk x?

  47. saya dapat 5a 3b tapi sains dan mt tu dapat A ,boleh mohon tak

  48. Assalamualaikum, saya mendapat 6A 1B 1C. Bahasa melayu saya B (tolong jangan gelak) dan Kemahiran hidup C. Boleh ke masuk?

  49. aslm, saya dapat 7A1B. Science B tp kerja kursus science cemerlang. boleh buat rayuan x????

  50. kalau sya dah daftar on9 n dah ambil ukmm tapi saya tak hantar cetakan borang bolah tak???
    someone please help me!!!

  51. assalamualaikum..saya dapat 8a dlm PMR saya..dan telah membuat permohonan ke mrsm..tapi saya tak pergi ujian UKKM tersebut kerana ada masalah keluarga..masihkah ada peluang untuk saya masuk atau sebaliknya??

  52. bla agak nya pggilan prtama untuk mrsm d semenanjung bg ting4…

  53. Abdul Razak says:

    As salam,saya perolehi 7A 1C(Bhs Inggeris PMR 2012.So,boleh sy mohon semula MRSM.JOHOR
    Perlukan surat sokongan sekolah atau mana2 pihak ke.

  54. kalu result PMR sye dpt 6A 1B 1C ,C tu BI …B tu SJ …bley x mohon?

  55. salam. kalau waktu trial saya hanya dapat 1A. then keputusan pmr saya 8a. adakah saya masih boleh memohon walaupun tarikh permohonan sudah tamat ?

  56. Mohammad Zaid says:

    saya dpt 7A1B for trial (B sejrh) & 8A utk pmr. Dh hbis dgn hal application nie. skrg nie mnunggu nasib jelah…

  57. saya ada satu soalan, kalau masa form 1 sy tolak tawaran mrsm, adakah saya akan diblacklist daripada memaski mrsm tingkatan 4? terima kasih.

  58. pelajar yg nak masuk tingkatan 4 blh ke mohon mrsm ulul albab, ke pelajar yg nak masuk ting.1 jer blh mohon?

  59. bila boleh dpt tahu keputusan kelayakan masuk mrsm ye?

  60. salam everyone :) kalau dh terlepas permohonan mrsm ni mcm mana ea? ada link utk mohon lagi ta? atau mmg kena tunggu 2nd intake?

  61. Assalamualaikum . Kalau dapat 7A1B , B dalam Pendidikan Islam , boleh tak masuk MRSM ?

  62. salam.macam mane nak tau kite diterime ke tidak ke mrsm???ade surat ke???

  63. Ahmad Farhan says:

    Salam..? Kalau kita sudah mohon sekolah lain serta lulus untuk masuk sekolah tu akan dapat ke tidak masuk MRSM ?

  64. Doktor Nuefa says:

    assalam..

    *kalau percubaan dapat 4b 3c 1d & then PMR dapat 3a 3b 2c.. layak ke?? sebab math sy A , tpi science B..

    *sebab mula2 dapat keputusan percubaan tak rasa dapat masuk MRSM, tapi bile dapat kputusan PMR, rasa macam nak masuk,, tapi tak sempat.. ada tak permohonan daripada januari 2013???

  65. Klau xpergi ujian kecenderungan mrsm tu msih ada hrapan untuk msuk x? Tolong la sya akan buat apa saja untuk masuk. Pmr sya 7A dan english sya B

  66. salam, pmr saya 7a 1c .. c bahasa inggeris ..agak-agak layak tak untuk masuk ke mrsm ? .. tapi saya tak mohon untuk kemasukan ke mrsm .. tak ada borang permohonan untuk bulan januari ke ?

  67. [...] permohonan kemasukan 2013 ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM yang lain dijangka akan diumumkan pada minggu akhir bulan Januari pertama bulan Februari [...]

  68. kalo dpt 5A 3B, layak ke? walopon bkan 6A?

  69. bila agaknye keluar result kemasukan ke mrsm ni???

  70. assalamualaikum…kalau dpt 6a 1b 2c dpt xmasuk MRSM?? SAINS A MATH B.. please…anybody answer this question please…

  71. sume ni rezeki, ada yg dpt 8As tp tak dpt msk MRSM & SBP..Redha jer la, Allah tau apa yg terbaik utk kite…cheers!

  72. kalau tak ada ambil ujian UKKM tu macam mana eh?? dapat ke?? keputusan 8A dah postkan borang.. tak diterima ka??

  73. Wasya Eyqa says:

    ya Allah , sy mohon sangat agr dpat result yg cemerlang dlm trial PMR dan PMR 2014 sebenar . amin . sy teringin sangat nk masuk MRSM . sy satu-satunya hrapan keluarga . mohon doakan sy .. INSYAALLAH semuanya brjalan dengan lncar . AMIN :)

  74. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011, 2012 dan 2013 bagi mendapatkan lebih […]

  75. bleh mntak ke,kalau skolah mengah kerajaan tpi asrama mcm skolah mengah raja perempuan taayah, ipoh ,perak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>