Permohonan Diploma Perguruan Lepas Ijazah DPLI Januari 2013

Permohonan Diploma Perguruan Lepas Ijazah DPLI SR j-QAF Ambilan Januari 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) j-QAF

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  5. Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

Keutamaan

  1. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
  2. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  3. Calon yang mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  4. Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Bidang Pengkhususan

Bidang pengajian yang ditawarkan dalam Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini adalah seperti berikut:

  1. Bahasa Arab
  2. Pendidikan Islam
  3. Pendidikan Khas j-QAF

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) Ambilan Januari 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di portal Permohonan Dalam Talian DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman web KPM bagi menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Ujian MTeSt

  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah)
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

Temuduga

  • Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang permohonan.
  • Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.
  • Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

Tarikh-Tarikh Penting

  • 26 September 2012 – Permohonan dibuka
    3 Oktober Permohonan ditutup
    12 Oktober – Semakan ujian MTeST
    20 Oktober – Ujian MTeST
    12 November Semakan temu duga
    19 – 23 November – Temu duga
    10 Disember Keputusan Permohonan
    17 Disember – Pendaftaran di IPG
    2 Januari 2013 – Pendaftaran di sekolah
  • Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan DLPI SR Januari 2013.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

  • Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian DPLI SR j-Qaf Ambilan Januari 2013 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari 2012.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan DPLI SR ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1230/ 1249/ 1253/ 1259/ 1280
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru
      Kampus Gaya Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu, Sabah
      Telefon : 088 236804
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan Kolej
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

    52 thoughts on “Permohonan Diploma Perguruan Lepas Ijazah DPLI Januari 2013

    1. boleh ke kalo xda degree dlm bidang keagamaan nk mohon..

      • mana boleh la weih..dah dulu napa tak masuk sekolah pondok..leh g al azhar then lek amek ijazah pendidikan islam..sekarang ada degree pun tak laku..baik masuk laman web spa..mohon kolej kejururawatan kkm..gaji masyuk..tgk nurse pakai keta mahal sekarang ni

      • brightstar says:

        Bole yer… Sila baca betol2 kt atas…. jgn dgr ckp toriton… Jwpn golongan manusia yg tidak berpendidikan tinggi tetapi berangan baik dan bagus… Kesian….

    2. bagus2 dua tiga tahun ni mmg amek kursus kpli utk ustaz dan ustazah jer..tu la dulu tak mo mengaji quran..belajar syariah usuludin tu utk orang kolot kampung..tengok sekarang depa yang amek bidang keislaman yg dpt jadi cikgu degree..best doh jadi cikgu degree gred dg41 gaji starting pun dah 4000 kot..beshnta..

    3. SITI KHADIJAH OSUAN says:

      cuba sahaja pohon..insyaALLAh jika ada rezqi tak kemana kan..:-)

    4. SITI KHADIJAH OSUAN says:

      (^____________^)

    5. dulu, aku pernah dihina kerana bersekolah agama yang kononnya sijil sekolah agama tak laku untuk dapat kerja yang bagus… tambahan pulak masa tu sekolah aku hanyalah sekolah bantuan kerajaan negeri.. tgk, betapa hebatnya pelajar lepasan agama… setakat yang aku th tiada kawan-kawan aku yang menganggur…

    6. Ada tak bidang yg ditawarkan selain subject agama?

    7. xsmstinye dgree agame pn…sbb sy bkn dgree agme tp cume dlu skolh maahad pn dpt gk pggiln ntuk MTEST baru2 ni..ni dh kali ke2 sy amik MTEST ntuk DPLI-jqaf

    8. ninafarhananazlan says:

      bile kluar kptsn tmdga erk?ad sp2 dh bleh check x?

    9. fatimahazzahra says:

      2 la…sehari suntuk check keputusan temuduga…tp still xleh check lg…..nervous nyer…

    10. keputusan temuduga dah keluar pagi tadi.. so macam mana korang? dapat ke tidak?

    11. Sy dpt tp berbelah bahagi nak pegi ke tak mndaftar..suami tak bagi pulak. Dlm dilema nak dftar ipg ke tak hr isnin ni.

    12. Sy dpt tp berbelah bahagi nak pegi ke tak mndaftar..suami tak bagi pulak. Dlm dilema nak dftar ipg ke tak hr isnin ni.

    13. bila ada lagi dibuka…sy nk mohon tp masa tu dh tarikh tutup.

    14. bila dpli ni ada buka lg…

    15. slm…. alahai…. shbtku yg dpt tu nape ko tlk twrn tu? rugi ar… ak ni dh 12 kali apply kpli xdpt2 gk. just jd guru gstt n guru ganti dr thn 2008 smpai skrg. thn ni je lum ada twrn g. emmmm… nasib2….

    16. Bila KPLI ambilan 2013 akan dibuka? kalo boleh reply ke chris.vj@gmail.com boleh tak?

      10q…

    17. Bilo yer permohonan kpli n dpli akan dibuka???

    18. suci humairah.. says:

      ambilan ptengahan tahun ni ade x?
      -ermm tlepas pandang la..
      bidang2 lain ade x?
      -nk maklumat cket.. tq

    19. lain pnye subject ad x..

    20. Saya ingin tahu bila dpli Akan dibuka…

    21. emm… tahun ni ada lg x??

      perna apply tp xdpt…gagal temuduga.. xtahula sbb degree xsesuai atau sy ni yg kurang ilmu..

      sy ambik ekonomi di UIAM… pahtu, kalau degree sy xsesuai ajar jqaf knp bole gi temuduga..

      rasa mcm diberi harapan palsu pulak..

      bole apply atau x ni jqaf…??

    22. Guru Menganggur says:

      Salam..nk komen sikit, sekarang peratus lambakan guru lepasan institut pendidikan guru (IPG) yg masih menunggu untuk posting sangat ramai. jadi, mungkin kerajaan akan stop dulu pengambilan guru kpli/DPLI/KDC buat sementara waktu. hanya sekarang di sekolah-sekolah kekurangan guru j-Qaf sahaja, untuk subjek lain hanya menunggu lepasan IPG ini dimasukkan ke sekolah-sekolah iaitu hampir 4000 orang yang masih mengganggur. kami graduan IPG tajaan KPM yg tamat belajar pada Nov 2012 pun masih menunggu penempatan dengan penuh sabar tidak ditambah lagi graduan pendidikan di IPTA @ IPTS. rujuk dan baca isu semasa tentang kemasukkan guru. terima kasih

    23. Bagi pendapat saya, ramai pelajar menunggu untuk Kpli. Mereka TIDAK mempunyai ijazah dalam bidangBahasa Arab
      Pendidikan Islam
      Pendidikan Khas j-QAF…
      Jadi apakah jawapan kerajan untuk pejajar berkenaan.
      seperti saya tahu bahawa ramai pelajar mempunyai degree di IPTA , tetapi mereka hanya bekerja di sektor swasta.
      Tambah lagi pelajar lepasan SPM pula diberi keutamaan untuk belajar di MAKTAP dan mereka diberi elaun serta kerja sebagai guru adalah terjamin.
      Jadi soalan saya kelayakkan SPM harus diutamakan atau lepasan IJAZAH..??
      selanjutnya,ramai pejawat awam tidak bersara kerana telah dilanjutkab usia bekerja samapi 60.
      Jadi, pelajar lepasan ijazah juga gagal untuk memohon di laman sesawang SPA.
      RAMAI YANG DAPAT MOHON.dalam angka itu sedikit sebanyak pelajar dapat interview…selepas itu yang paling sedikit jea dapat tawaran.. Adakah ini adil atau memenuhi KONSEP 1 MALAYSIA…
      IN MY OPINION THEY FAILED TO SUCCEED THE 1MALAYSIA PLAN..
      THEY COULD NOT ABLE TO IDENTIFY THE PEOPLE PROBLEM..ESPECIALLY THE FRESH GRADUATE
      JUST KEEP ON GOING WITH THEIR PROGRAM…

      • aku sokong 100% pendapat saudara/saudari. sekarang ramai fresh graduate yg menggangur akibat drpp masalah ini, terutamanya dasar kerajaan ini..huhu

      • Brightstarlavandula says:

        Si señor?.. even ada yg da berumor 34 tahun pun blm dpt keja tetap kerajaan… Apatah lagi spa ataupun utk jd guru… Kesiankan….

    24. kpli/dpli selalunya bila plak dibuka ye? subjek yang selain jqaf..terima kasih

    25. rosmawati says:

      tumpang tanya, dpli ade lg skrg? ble blh isi?

    26. BUKA LA DPLI TUK YG BUKAN jQAF…RAMAI LAGI YG MENUNGGU ..

    27. dpli ble lg kua?tarikh xtentu la bkak selalu xsmpat nk isi…bg detail sal tarikh ye…tq

    28. Assalamualaikum..oermohonan untuk 2014 bila ye di buka..boleh makkum di emel sy idzwan.suludin@gmail.com

    29. UKhti Nuyrul says:

      assalamualaikum…….. yer sy pon sependapat dgn saudara idzwan…. jika permohonan tutk 2014 telah dibuka boleh maklom di email sy juga…. noorulaida89@gmail.com terima kasih…..

    30. slm.. sy nk tnya, ada kursus lain x y dtwrkn slain dpd pngajian islm/bhsa arb/p.khas j-qaf?

    31. salam..bila permohonan untuk 2014 dibuka boleh tlg maklum di email sy juga ea siti_norismadiah@yahoo.com…tq ea

    32. Salam…bila permohonan 2014 telah dibuka tolong maklumkn di email sy juga ye..

      debunga_sha@yahoo.com..terima kasih ye.

    33. dengar cite jQaf dh dibekukan..tiada pengambilan utk tahun 2014.sy x pasti sama ada ianya betul @ x..

    34. Slm.sure ker dpli-jqaf ntk 2014 da dbekukn?.ingn tau.

    35. Assalam..mohon admin respon dan beri sdikit penjelasan berkenaan soalan tentang status pengambilan j-Qaf ambilan 2014..ramai yang ingin tahu..

    36. slm.eya sokong mohon bg respon.ari tu sya ada call bhgn perguruan..dorg pn blm dpt apa2 arahan dri kmenterian..

    37. Mohon respon bg soalan jqaf ambilan 2014??

    38. Slm…bila permohonan utk thun 2014 dibuka?

      Blh tlg inform sy….

      aredaa@yahoo.com

    39. Mohd norazam says:

      Kalau ada buka KPLI untuk tahun 2014 maklumkan kepada saya juga di email ni mohdnorazammohdkhauzi@yahoo.com. Trima kasih

    40. Hi. Lama dah tggu bila lagi pluang utk program dpli @kpli utk 2014..selain program Jqaf..taklama lagi umur pun nak expired.. Mana tahu rezeki tahun ni.. Please email me ian_macnally@yahoo.com

    41. Hi. please email me: bungaraya24@yahoo.com

      pengambilan dpli@kpli utk 2014… selain program jqaf… umur dah 30 thn…

    42. assalamualaikum, boleh saye tahu..bile ye pengambilan dpli@kpli utk 2014…utk program jqaf ataupun selain program jqaf.?
      minta jasa baik utk email kan makluman ke : buterfly_purple@yahoo.com

    43. salam..nanti blia ada pengambilan utk kpli/dpli please inform kat email saya ye..tq
      ieza8187@yahoo.com.my

    44. NURHIDAYAH says:

      SALAM… BOLEH SY THU BILAKAH PEMOHONAN KPLI UTK THUN 2014???

    45. salam..
      ingin bertanye, ble permohonan j-qaf or dpli or kpliakan di buka utk thn 2014??
      mohon emel ana juga bila ade permohonan..
      emel : ikasyauqah@gmail.com
      syukran

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.