Permohonan Kemasukan Ke USM Sesi 2009/2010 Lepasan STPM 2008

Universiti Sains Malaysia (USM), sebagai Universiti Apex (Program Pemajuan Untuk Kecemerlangan) yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan STPM 2008 dan setaraf yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) Secara Penuh Masa bagi Sidang Akademik 2009/2010. USM menawarkan lebih 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda merangkumi bidang sains, sastera, teknologi dan kejuruteraan melalui 24 pusat pengajian.

USM menawarkan program pengajian yang berkualiti tinggi dan mencapai piawaian antarabangsa, staf akademik dan para penyelidik yang berpengalaman dan bertaraf dunia, fasililiti bertaraf lima bintang dengan 20 buah pusat kecemerlangan serta suasana kampus yang kondusif, harmoni dan sejahtera menepati konsep Universiti dalam Taman dan Kampus Sejahtera.

Sebagai Universiti yang terulung dan telah diisytihar sebagai Universiti Apex pertama, USM menawarkan beberapa insentif khas kepada para pelajarnya, antaranya zamalah pengajian / fellowship, pengecualian yuran, subsidi tambang perjalanan, baucer khas buku dan lain-lain.

Syarat Am Kemasukan Bagi Lepasan STPM dan setaraf

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai, dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut Keperluan Khas program pengajian, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
  • Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Ujian Penetapan Khas (MUnSYI) untuk tujuan penetapan program pengajian, dan
  • Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dengan Syarat Kemasukan.

Syarat Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari, 2008 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.

Penilaian Penetapan Khas (MunsyI) Dan Temuduga

  • Calon-calon perlu menduduki dan melepasi Penilaian Penentapan Khas (MunsyI) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian yang telah dipilih oleh calon dalam borang permohonan secara talian.
  • Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  • Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temuduga calon yang terpilih akan dimaklumkan mulai April 2009 dan boleh disemak di laman web USM.
  • Perbelanjaan menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

Panduan Permohonan

  • Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
  • Sekiranya calon hanya berminat dengan 1 atau 2 program pengajian di USM sahaja, calon tidak diwajibkan untuk memenuhi lapan (8) pilihan program pengajian di USM.
  • Program pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetatif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
  • Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang di luar daripada permohonan calon.
  • Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi.

Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Pohon@USM mulai 3 Februari 2009. Tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan rasmi STPM 2008 diumumkan.

Sila rujuk iklan tawaran dan laman web USM untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi;
Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Canselori
11800 USM
Pulau Pinang
Tel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697
Faks : 04 653 3328
E-mel: admissions@notes.usm.my

Reblog this post [with Zemanta]

53 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke USM Sesi 2009/2010 Lepasan STPM 2008

  1. ikut iklan nie, tarikh semkan layak temuduga atau tidak, pada april 2009… aku cek dkt takwim usm, kononnya boleh cek pada 5 mei… sampai hari nie, macam masih belum ada je… pelik lah…

    aku tak faham betul…

    usm kata, tawaran kemasukan usm nak keluar minggu terkahir jun. ikut upu, keluar minggu ketiga. kenapa macam bercanggah je kenyataan usm dengan kenyataan upu? bukan patutnya usm keluar result dulu ke? supaya pemohon sempat menolak sekiranya tidak mahu usm, dan dapat kembalikan nama dlm senarai upu…

    aku risaulah.

    takut usm tak ada nama aku ( maybe sbb result ujian munsyi tak sesuai ke)… n upu pun takde nama aku, sbb nama aku dikira dlm permohonan ke usm.. trus kena reject upu.. huh…

    pening.

  2. Anex,
    Betul juga kata anda tu, USM dan UPU tentu mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka buat begini. Lagipun USM dan UPU memproses urusan pengambilan pelajar secara berasingan.

  3. bila tarikh untuk temuduga farmasi keluar?
    saya check xda pn..
    kawan saya yg ambil kos lain, dapat sms utk tarikh temuduga dia..
    adakah tarikh temuduga akan dipaggil menerusi sms??

  4. Aidan,
    Temuduga akan diadakan di antara 10 – 20 Mei ini, saya cadangkan anda hubungi Unit Pengambilan & Kemasukan Pelajar, USM di talian 04-653 3196, 3141, 2688, 3327, 3072, 3697 untuk bantuan.

  5. Are in@dedet says:

    saya amik program bukan pendidikan….
    ader sumber yang bagitahu 5 mei lepas leh check…
    sampai sekarang saya tak tahu nak chek dekat maner?
    ader tak nombor yang saya boleh hubungi bagi memudahkan saya mengikuti temuduga tersebut?
    tarikh temuduga tu dah bermula…
    sampai sekarang saya masih mencari2 lagi…
    di harap pihak tuan dapat memberikan kerjasama…
    sekian terima kasih

  6. Are in@dedet,
    Memang sepatut boleh semak mulai 5 Mei tetapi di laman web pohon.usm.my tiada. Temuduga sepatutnya akan diadakan di antara 10 – 20 Mei ini, saya cadangkan anda hubungi Unit Pengambilan & Kemasukan Pelajar, USM di talian 04-653 3196, 3141, 2688, 3327, 3072, 3697 untuk bantuan.

  7. nk tnye skt..
    aku da gi ntrview 2k prgram frmsi ari rbu lps..
    lau ak xllus ntrview 2, upu aku kne rject x??
    sram ni.. tkot xleh msuk u lak nti…

  8. Lazz,
    Pemilihan ke USM dan IPTA lain di bawah UPU diuruskan secara berasingan. Oleh itu jika permohonan anda ke USM gagal tidak bermakna permohonan melalui UPU juga gagal.

  9. Hi,
    Sudah 18 hari interview untuk program seni. Bilakah keputusan berjaya atau tidak akan diketahui? Tq.

  10. sya dah dapat tawaran untuk ijazah sarjana muda sastera di usm. sya dpt msg dr usm ptg td. sya kena jawab samada nak trima atau tidak selewat2nya ptg 31 mei. sekarang sya konfius. klu sya terima, adakah sya takkan dapat tawaran dr upu lagi? utk makluman, pilihan pertama upu sya ialah pendidikan sastera di usm jugak. sya dah pergi temuduga pun hari tu… sekrang ni, sya takut, klu sya tolak tawaran ni, sya takkan dapat usm lagi. mcm mana ek?

  11. ha’ah
    saya pown dapat usm…
    tp camne eyh?member kata kalau accept usm, upu dah x dpt…
    dah r kene antar lampiran 2 by 31 may…
    diaorg wat keputusan ni x tgk kalender ke?
    kan 31 hb tu hari ahad…pos cuti pe…
    ne sempat antar…
    tambah g budak2 yg x tgl d area utara…
    tp dalam panduan siswa 2 de ckp kalau x smpt antar by pos, leyh kasi d usm pada hari pendaftaran…
    tp mende 2 bercanggah ngan surat tawaran sementara dier…
    dalam surat tawaran kata kalau lampiran 2 x smpai by 31st, tawaran terbatal secara automatic…
    adeh…pening tol…
    tp saya dah accept usm…
    betol ke dh x dpt upu?

  12. Sssong,
    Anda perlu log in di laman web pohon@USM untuk menyemak keputusan permohonan.

    Anex dan Farah,
    Saya difahamkan bagi lepasan Matrikulasi dan STPM yang berjaya dan ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia tidak akan ditawarkan tempat di mana-mana IPTA lain lagi. Harap ada pembaca lain yang boleh mengesahkannya.
    Jadi jika anda tolak tawaran ke USM maknanya anda tidak akan dapat ke USM lagi untuk pengambilan ini.
    Mungkin ada kekeliruan dipihak USM tentang penghantaran lampiran 2 itu kerana terdapat pencanggahan dalam syarat. Cuma USM sahaja dapat mengesahkan perkara ini.

  13. syauqah wardah says:

    Alhamdulillah, sy pun dpt futher kat USM jugak.
    Memang betul, kalau tolak USM, mungkin tak dpt UPU lagi dah.
    And once kita dah tolak USM, tak boleh masuk situ dah.

    saya pn confuse bab lampiran tu. Ada ke patut kena hantar selewatnya esok?
    Pelik betul. Pejbt pos pun tutup time tu.

  14. SALAM,,,BETOLKA KALAU KITA DAH TERIMA TAWARAN USM ,TAWARAN UPU KENA BLOK KE??? SAYA KEPENINGAN NIEH,,SESETENGAH KATA X?? MANA SATU YG BETOL NI…TOLONGLA BAGI JAWAPAN,,SAYA NAK KEPASTIAN,,,TQ

  15. terima kasih nilam.

    sya dah dpt telefon terus pada salah seorang kakitangan bhgn pengambilan pelajar. nsb baik ada no telefon dia bagi masa usm buat karnival kat tmpt sya dulu.
    katanya, ttg lampiran tu, boleh pos pada hari isnin ke selasa ke, tak kisah. yg penting jawab je dulu dekat laman web atau melalui sms.

    and bagi sesiapa yg senasib dgn sya tu, peluang utk dpt kursus pendidikan di usm masih ada. usm takkan blacklist nama calon even dia dah tolak tawaran yang pertama ni. sebab keputusan kursus pendidikan bagi semua universiti (termasuk usm) tetap dibuat oleh orang2 UPU. tapi, gamble lah…

    dan nie yang buat sya pening sangat ni. takut yang dalam tangan terlepas, yang dikejar tak dapat… wuaaa….

  16. jangan tamak… ahaha…

  17. tolong…betul ke kalu tolak usm x dapat lg upu????
    saya dpt twaran dlm bdang dietetik tp x bg result lg….

  18. Syauqah, Dilemma dan Ct,
    Sila rujuk komen Anex.

    Anex,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat di sini.

  19. kalau tolak tawaran USM, upu masih ada kah??? saya ingin menolak tawaran USM,takut upu juga x dapat..tolonggggggggg!!!!!!!!!!!

  20. Apa macam ini? Tarikh 29 Mei 2009 dapat tawaran program, tetapi 30 Mei 2009 kato tidak.Apo yang berlaku ini?

  21. USM dah ubah tarikh hantar lampiran A dan A1 tu sebelum 8 jun 2009

    Saya pelajar lepasan Diploma dapat tawaran di USM. Yg jadi masalah nye saya tak dapat lampirkan transkrip penuh/ Diploma sebab belum graduate lagi. Keputusan exam sem akhir pun x keluar lagi. mcmmane ye?

  22. USM akan bagi surat tawaran rasmi melalui pos ke?

  23. Cynli,
    Saya difahamkan jika anda sudah ditawarkan ke USM, anda tidak akan dipertimbangkan lagi oleh UPU kecuali untuk program pendidikan. Saya tidak pasti jika anda tolak tawaran USM, pihak UPU akan memproses permohonan anda dengan UPU.
    Lebih baik anda hubungi pihak USM @ UPU untuk penjelasan.

    Pening,
    Menurut USM ada masalah teknikal, keputusan yang terbaru adalah yang muktamad.

    Sukun,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.
    Kemungkinan ada menerima tawaran bersyarat iaitu apabila anda telah serahkan transkrip/ Diploma baru disahkan sebagai pelajar. Saya tidak pasti tentang surat tawaran dipos atau tidak.
    Sila hubungi USM untuk mendapatkan penjelasan tentang kedua-dua perkara ini.

  24. keputusan terbaru tu maksudnya yg pada 30 MEI atau ada yg lagi terbaru?

  25. nak tanya ,kalau dah sahkan penolakan melalui laman web ,lampiran A tu perlu post jgk ke?

  26. minta maaf sgt pada yg bertanya dengan saya mcmmana nak hubungi usm tu… saya tak sempat online dan maybe dah terlewat utk menjawab pertanyaan korang.

    apapun, saya dah menolak tawaran USM tu dan memilih untuk menunggu keputusan UPU. dan saya bercadang takkan hantar Lampiran A tersebut. tapi terpulang pada individu sekiranya nak antar. tp, menurut panduansiswa di laman web usm tu, kalau lampiran A tu tak diterima oleh USM semasa tarikh yg diperlukan, automatik tawaran terbatal.

    apapun, tahniah pada yang telah menerima tawaran, n pada yg menolak, kita berdoalah sama2 agar menerima tawaran UPU. insya-allah klu ada rezeki.

  27. Sukun,
    Keputusan yang dikemaskini pada 30 Mei pukul 4.00 petang.

    Ean,
    Kalau dah tolak tawaran, saya rasa tidak perlulah hantar lampiran A itu.

    Anex,
    Semoga anda akan mendapat tawaran dari UPU.

  28. aku lpasan diploma…bkn pnddkan..
    aku dh check..
    x dpt..
    tahniah bg yg dpt..

  29. Lala,
    Mungkin rezeki anda di IPTA lain, tunggu pengumuman UPU pula.

  30. sy dpt usm..skrg tgh lengkapkan borang2 sume tu..
    confuse sikit msa isi borang..
    cmne ngn ptptn ea?..kna apply sendiri skrg ea?
    bayaran yuran pun xpasti..
    pening la..

  31. Ith,
    Harap ada pembaca yang dapat membantu anda tentang yuran tersebut. Mengenai PTPTN sila rujuk laman web mereka di http://www.ptptn.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

  32. saya cuba daftar untuk permohonan ptptn di
    http://epinjaman.ptptn.gov.my
    tp xboleh.
    lepas isi maklumat, sy klik daftar..
    tp, xde respon.
    kenapa jd cmtu?
    harap blh bantu

  33. takde ke sapa2 yg dpt program pendidikan di USM>? sedang mencari seseorang utk berkongsi kemusykilan…

  34. sukun congrate dpt further stdy kt USM……..sy pun lpsn diploma, tp sy menggunakan result sem 5 utk buat permohonan namun tak berjaya.agak frustrated jgk…….result sy 3.62…..mgkin tak cukup layak utk masuk mane IPTA.

  35. Eni,
    Jika anda menghadapi masalah di http://epinjaman.ptptn.gov.my/ sila guna laman web alternatif di http://202.184.125.150 Jika masih mempunyai masalah sila hubungi PTPTN di talian 03-2092 7788 atau emel kepada webmaster@ptptn.gov.my.

  36. salam wbt.saya keliru dengan kenyataan satu website yang menyatakan usm ada membuat sesi kemasukan ke 2 2009/2010.tapi bila saya check dalam website usm,yang ada hanya kemasukan sesi pertama 2009.saya rasa keliru sama ada usm belum update website atau tiada sesi kemasukan ke 2 2009/2010.

    bantu saya..

  37. Balqis,
    Memang setakat ini tidak ada maklumat terkini mengenai pengambilan kemasukan sesi kedua. Cuma yang ada adalah permohonan untuk Pendidikan Jarak Jauh akan dibuka mulai 10 Oktober 2009 ini.
    Saya tidak pasti samada USM akan ada pengambilan bagi sesi Disember 2009 / Januari 2010.

  38. assalamualaikum.sy merupakan pelajar lepasan stpm 2009 ingin melanjutkan pelajaran ke ipta bg thn 2010.mslh skrg sy keliru utk isi borg ke usm.sy sekrang telah isi upu.adakah permohonan upu saya terjejas sekiranya saya memohan usm?say mahukan kepastian daripada pihak tuan dengan segera!!!!tambah pula permohonan ke usm tinggal 4hari lagi.

  39. Amirah,
    Salam… Peluang anda untuk mendapat IPTA lain melalui UPU tidak terjejas jika anda memohon USM melalui Pohon @ USM. Sila rujuk di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STPM 2009 dan Pohon @ USM untuk maklumat lanjut.

  40. Muhammad Raizan says:

    salam..sy nk tnye ..klw kne pegi ujian munsyi makna nye blom tentu dpt usm la eak?

  41. raizan,
    sy pon musykil psl tu.. tp kn, ade kwn sy apply usm, tp name die x ada pon utk ujian munsyi. mknenye name die mmg dh kene reject trus ke oleh usm?
    raizan,
    awk kene pi ujian munsyi kt mane?

  42. ujian munsyi tu mcm mna ek???

  43. milahayoyo says:

    tak pahamla …kata boleh cek keputusan temuduga munsyi hari ni..tapi..tak boleh pulak…

  44. milahayoyo says:

    ahah la ece…tak keluaq2…awat tak taw..menghabihkan duit aku kat cc jaaa…

  45. BILA KEPUTUSAN MUNSYI 2010 KELUAR?PENING LA CHECK TAKDE PUN ATAU SAYE YG TAK JUMPA…

  46. bl sebonar nyer bleh cek result munsyi ni..dr smlm x dpt2 ni.

  47. nova pgiemonz says:

    slm,
    npe semakan temuduga x kluar2 lg???hurm hrap dpt selesaikan sgera k..
    thanks

  48. munsyi n temuduga adalah berlainan.. munsyi ni semua org yg apply usm kene amik ujian munsyi. temuduga plak utk certain2 kos je cthnye medic, farmasi, komunikasi n sbgainye.. so ujian munsyi x ada keputusan nye.. tggu je la hujung bln 5 nnt smada kite dpt ke x. yg bru kuar smlm 2 utk temuduga jer..

  49. kenapa semakan temuduga (pendidikan) lepasan stpm tak blh check? ikutkan tarikh ada yg tls 11 mei dan ada yg 12 mei. mana satu yg betul ni? dah try banyak kali tp tak dapat2.

  50. yg sebenarnye 12 mei.. tp pagi2 x leh cek lg.. ptg2 skit n mlm bru kuar..

  51. salam,

    saya ingin bertanya…
    boleh ke kalau pelajar dari kolej swasta nak further study di USM ni???
    saya sblum ni blajar di TAR kolej(diploma)..
    harap saudara dapatlah jawab..
    sebab 1 lecturer saya cakap..susah sikit nak masuk..

  52. salam,

    sya nak tnya la

    kalo kta xp temuduga 2 xpa ka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.