Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STPM 2009

TERKINI : Semakan Keputusan Permohonan Ke USM Sidang Akademik 2010/2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 (STPM) telah dibuka mulai 2 Februari 2010 yang lalu. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori

Permohonan bagi Lepasan STPM 2009 ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori A – Aliran Sastera STPM 2009
  • Kategori S – Aliran Sains STPM 2009

Lepasan STPM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

Syarat Kemasukan

Permohon Lepasan STPM 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Tarikh dibuka – 2 Februari  2010
    • Tarikh ditutup – 30 Mac 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
  5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2009 Sesi 2010/2011.
USM
  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU –  30 Mac 2010,
  • USM – 30 Mac 2010

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , , , Read 312 articles by Azhad Nilam

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

14 Comments Post a Comment
  1. Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by bambang: RT @eputra: RT @eputra Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan STPM 2009 http://bit.ly/d2QUV6...

  2. yaya90 says:

    asal tak leh nk mhon usm r?? kn da msuk btul smua mklumat kt c2.. aku tak pm btollah.somebody plizz help me….

  3. nilam says:

    Yaya90,
    Boleh terangkan lebih jelas masalah anda. Atau anda boleh terus menghubungi USM di talian 1300 888 876 e-mel: admissions@notes.usm.my untuk mendapatkan bantuan terus daripada mereka.

  4. [...] Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009 [...]

  5. [...] Lepasan STPM – Bukan Pendidikan [...]

  6. pjo hafizah says:

    erm..bla kputusan upu ne kuar ya….

  7. posder says:

    ada kah mahasiswa dan mahasiswi dari ipts dalam pendidikan dapat memasuki ke intitutsi ipta pendidikan? walau pun keputusan stpm tidak mengikut sayrat yang ditetapkan.?……….. ingin buat rujukan dan pertanyaan…

  8. ikin says:

    em cmner erk nk taw kat mane ujian munsyi tuh di buwt kt aner

  9. mei says:

    ble sebenarnya. .kputusan upu utk lpsan stpm akn kuar. .
    3/6 @ akhir blan 6. .???

  10. sha says:

    bila agaknya keputusan upu stam n stpm akan keluar,siapa y tahu,please gtau saya..

  11. apiz says:

    kptsn upu stpm n setaraf kuar pd 18 jun 2010..

  12. gwen says:

    18 of June??..Really?..I heard that the third week of June, so i think is on 21 of June..

  13. nuriesya says:

    btul ke rsult upu kuar 18hb??confius la…ad yg ckp 16hb,ad yg ckp the third week of june….yg mne stu ni??

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.