TERKINI : Permohonan Fasa 1 untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi dibuka semula mulai 23 sehingga 27 Februari 2009. 15 program baru turut ditawarkan.
Lepasan Matrikulasi dan Asasi 2008 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.
Permohonan Fasa 1 ini boleh dibuat melalui Universiti Sains Malaysia (USM) dan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Permohonan ke IPTA selain USM hendaklah dibuat melalui BPKP.
Permohonan lepasan Matrikulasi dan Asasi 2008 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat kemasukan yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
Syarat Khas
- Calon juga perlu memenuhi syarat khas yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.
Bagi USM, permohonan secara dalam talian telah pun dibuka mulai 17 Disember 2008 dan akan ditutup pada 22 Januari 2008. Bagi Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temu duga calon yang terpilih akan dimaklumkan mulai April 2009. Calon yang berjaya dan ditawarkan tempat di USM tidak akan ditawarkan tempat di mana-mana IPTA lain.
Sila rujuk di laman web Pohon @ USM untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang.
Bagi BPKP, pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM wajib mengemukakan permohonan Fasa 1 pada 17 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009. Pemohon yang tidak mengemukakan permohonan Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA.
Sila rujuk di laman web rasmi Kemasukan ke IPTA atau terus ke Permohonan Kemasukan ke IPTA Lepasan STPM Kategori Matrikulasi dan Asasi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang.
Popularity: 34% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Related posts
Sponsors
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=d2843b4d-ea4d-479e-9977-bf5a673d8183)










macam mana nak mohon ikm melalui online