Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2013

Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi sesi pengambilan 2013 sudah boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing mulai hari ini, 4 Februari 2013.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 1 adalah:

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

  • Laman web semakan keputusan permohonan untuk ke Tingkatan 4 adalah:

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS

Maktab Rendah Sains MARA

  • Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS.
  • Format SMS : MARA MRSM <No. Angka Giliran> dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

Surat tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak selepas membuat semakan keputusan di pautan di atas.

Rayuan MRSM

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2013 dianggap tidak berjaya.

Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab dan IGCSE

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSE telah diumumkan lebih awal pada 8 Januari 2013 yang lepas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

43 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2013

  1. [...] : Keputusan permohonan MRSM yang lain telah diumumkan. Semakan sudah boleh dibuat mulai 4 Februari 2013. Terima kasih kepada [...]

  2. Yeayyy ! Alhamdulillah. Dpat MRSM . 13.2 niem kene gi daftar. Hohoo. =)

  3. sy nak minta pendapat semua. anak ditawarkan ke mrsm lenggong. dia sekarang sedang bersekolah di smkakl, yang tidak kurang hebatnya di samping menitikberatkan agama. dia amat selesa dengan sekolah sekarang. patutkah saya menasihatkan dia untuk menerima tawaran ke mrsm tersebut? ini adalah pengalaman pertama saya dan sayang amat kurang arif dalam hal ini. tolong nasihat…..

    • ansara juge says:

      jika anak anda dah biasa dan suka dan selese berada di smk kuala lumpur sebaiknya biarkan ia berada disitu. tamba2 lagi anak anda juga akan belajar agama. tapi terpulang la pada anda..sekiranya tolak tawaran tentu ramai lagi yang akan grap tawaran mrsm. tp jgn ikut kepala anda jer..nasihat dulu anak tu..dan keputusan biar anak yg buat..ada kelebihan kat 2 buat sekolah tu…

    • Dari pengalaman saya, anak2 akan lebih berasa seronok dan bersemangat jika dia di beri peluang untuk memilih apa yg mereka inginkan. Sebagai ibubapa adalah menjadi tanggungjawab kita memberikan maklumat yg secukupnya supaya anak kita dapat membuat pilihan yg terbaik utuk dirinya.

      Disamping itu, sebagai umat Islam kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan.

      Wallahualam!

  4. siti mariam mat zain says:

    As-salam, utk tingkatan 1 ni, termasuk rayuan ke igcse & Ulul Albab sekali ke?

  5. salam..kecian tul sbp pun tak dapat mrsm pun sama gak..memang harapan tinggal harapan..dapat 5A upsr dan skrg 8A pmr seperti sia2..tiada aper nak dibanggakan kerana nasib sama jer macam budak dapat 8C..sedih tapi apa boleh buat..hidup perlu diteruskan..kenapa la besar sangat dugaan hidup ni..seperti dunia dah gelap jer rasanya..

    • Saudara Danbi,

      Berdasarkan pengalaman saya dari sekolah, universiti dan setelah bertahun bekerja, saya telah melihat dan melalui pelbagai situasi dimana rakan rakan saya yang mempunyai latar belakang dari sekolah yang berprestij dan rakan rakan dari sekolah harian. Ada rakan saya yang cemerlang di sekolah tetapi kurang benasib baik seperti anda, tetapi akhirnya bila memasuki alam pekerjaan dia amatlah berjaya dan dengan pendapatan yang sangat tinggi. Dan ramai juga mereka yang memasuki sekolah berprestij terkandas di universiti atau kurang menyerlah dialam pekerjaan.

      Jadi saya berharap supaya saudara terus berusaha gigih untuk menjadi yang terbaik walaupun kadangkala nasib tidak menyebelahi kita. Saya amat yakin saudara akan menjadi seorang yang sangat berjaya semasa di universiti dan dialam pekerjaan. Kesimpulannya dimana jua anda bersekolah bukanlah alasan untuk anda tdk boleh berjaya…pokok pangkalnya usaha dan redha dgn ketetapan yg Maha Esa.

    • tabahkan hati mu dik..insyaallah anda akan berjaya..pmr bukanlah penentu kejayaan kehidupan yag penting spm..saya beri contoh saya..dulu pmr saya hanya dapat 6A sahaja dan tak dapat pun mrsm dan sbp. bila spm saya usaha dan berjaya bersungguh2 dan berjaya mendapat keputusan cemerlang melayakkan saya utk ke matrikulasi dan sekarang saya pelajar tahun 2 jurusan ijazah farmasi..untuk pengetahuan adik..boleh dikatakan 90 peratus pelajar melayu kursus saya datang dari mrsm dan sbp tak dinafikan yang mereka bijak pandai..namun saya juga ada jumpa dengan beberapa bekas pelajar mrsm dan sbp yang mengambil kursus kurang bagus seperti pengurusan, perniagaan dan kejururawatan di peringkat universiti..mungkin mereka ni bijak diperingkat pmr dulu tp mungkin tidak pada peringkat spm dan disebabkan itu mereka gagal dan mendapat kursus yang tidak menarik..saya sarankan adik belajar besungguh dan beat budak2 mrsm dan sbp…mereka mungkin bernasib baik..

    • Perancangan Allah adalah yang terbaik. semoga kita dapat melihat org yang berada dibawah kita untuk kita menilai segala rahsia dan hikmah.

  6. setiap yg berlaku ada hikmahnya…Dia yg mengaturkan segala2nya. Bersangka baik la pdNya. Rezeki Allah itu luas…maybe not today, in future insyallah.

  7. Hafiza bin Harun says:

    saya setuju….anak saya gagal dpt sbp dan mrsm…sebagai bapa sedih tengok keadaannya sebab dia beriya2 untuk duduk di asrama….tapi sebagai bapa saya x tunjuk kekecewaan saya. saya bagi motivasi dan semangat dengan mengatakan setiap apa yg berlaku ada hikmah dan saya cabar dia untuk terus belajar bersungguh2 dan buktikan bahawa sekiranya xdapat tawaran sbp atau mrsm bukanlah titik kepada kejayaan sekiranya kita berusaha. anak saya perempuan sulong dalam keluarga dan saya harap dia kuat untuk mengharungi dugaan ini.

  8. assalam, setuju dengan sarah & en hafiza. anak saya yang sulung pun x ke sbp/mrsm selepas upsr. bersekolah di sekolah biasa. alhamdulillah pmr dapat 8A dan dapat tawaran ke MRSM & SBP (2nd intake). dia memilih ke MRSM. yang penting doa, usaha & tawakkal. Allah Maha Kaya..

  9. Salam utk semua, saya rasa terpanggil utk memberi sedikit kata-kata semangat buat adik danbi. Sebenarnya dik, 5A upsr, 8/9A pmr merupakan suatu titik permulaan utk kejayaan yg lebih besar di masa hadapan. Samada adik mendpt tawaran ataupun tidak ke sbp/mrsm, itu tidak sedikitpun memberi kesan utk kejayaan yg lebih gemilang di masa depan. Apa yg penting adik ada semangat yg kuat utk belajar dgn bersungguh-sungguh walaupun di sekolah harian biasa. Letakkan sasaran utk dpt 10A/11A didalam SPM nanti kerana menerusi spmlah adik akan ditempatkan di mana-mana institusi pengajian tinggi. Adik tak perlu bersedih dgn ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah swt. Teruskan usaha, jgn sekali-kali tinggalkan solat, amalkan bacaan Al-Quran setiap hari dan sentiasa berdoa ke hadrat Allah swt supaya menjadi insan berguna di dunia dan akhirat. Wallaha’lam.

  10. assalamualaikum danbi..setuju dengan pendapat semua..Dia sentiasa mendengar doa hamba Nya…kekadang Dia bukan tak mahu bagi tetapi melambatkan pemberianNya..sy dulu sentiasa tidak mendapat keputusan yang terbaik walaupun sy telah berusaha bersungguh-sungguh…akhirnya sekarang sy nampak apa hikmahnya Dia tak beri sy keputusan yang terbaik yang saya inginkan..kerana Dia mahu saya terus berusaha dan terus tawakal padaNya..sekarang sy adalah seorang doktor…wallahualam…

  11. assalamualikum,nak tanya second intake untuk ting 4 2013 akan diumumkan bila?

  12. macam mne saya,,, mahu membuat rayuan online,,
    kerana tiada pautan,,

  13. macam mne saya,,, mahu membuat rayuan online,,
    saya telah mencari, pautan. tp, xjmpa.
    ad sesipa yang blh tolong…
    terima kasih…

  14. macam mna mahu membuat rayuan online.

    saya telah mencari pautan untuk membuat rayuan, tetapi xjmpa.

    ad sesiapa yang boleh membantu saya,,,

    terima kaseh…

    • menurut mara jika tiada pautan maknanya memang tak dibenarkan merayu. antara sebabnya ialah calun dah dpt offer sbp, atau ibubapa ada hutang dgn mara.

      jalan terbaij ialah pergi ke pejabat mara utk penjelasan lanjut.

  15. hamidah azizan says:

    bila keputusan rayuan mrsm keluar??

  16. bila keputusan rayuan mrsm nak keluar???

    dah tak sabar dah nak tunggu..

  17. salam….ada saper2 tahu….bila keputusan rayuan untuk MRSM akan keluar???

  18. kalau xbleyh yg panggilan prtama,,, bleyh buat rayuan x..??? ape lman website klau nk buat rayuan..??

  19. aisyah atirah says:

    saya hantar rayuan mrsm melalui online.boleh diterima atau buat surat rayuan lalu poskan kepada MARA.

  20. pada berapa haribulan keputusan rayuan ke mrsm akan dikeluarkan??

  21. [...] memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan [...]

  22. hanya ingin meluahkan apa yg terbuku d hati…..
    sebnrnya kriteria bgima yg melayakkan ke mrsm…
    saya merasa trlalu kecewa krna ank tidak dpt sbp & mrsm….rayuan pun msh gagal….
    megikut yg trtera dgn jelas mrsm menetapkn syarat pelajr yg aktif serta dr kluarga yg kurang brkmmpuan…..nmun sebaliknya ramai ank2 dr kluarga brda……dan yg lebih pelik lagi ada murid yg langsung tidak aktif dpt juga….
    mknanya sbnrnya pemilihan ini hanya memerlukan 5A semata.lepas ni x perlu nk kejar apa2 sijil…..dan lg yg lebih penting perlu ada org dlm @ mana2 datuk yg perlu d rujuk.
    inilah lumrah yg ats di sanjung yg tiada apa2 trpinggir….
    saya sbnr trlalu kasihan pada anak yg mghrap….semua kriteria yg ada pdnya adakah langsung tidak d pandang oleh pihak mrsm???
    ketua pengawas
    ketua unit uniform ptri islam
    olahragawati
    tokoh maulidur rasul
    tokoh murid
    tokoh kokurikulum
    tokoh nilam
    aktif mewakil sek dlm pelbgai aktiviti…..
    situasinya brtmbh pilu apabila rkn sekelas yg langsung tidak aktif dpt pula ke mrsm……apakah jwpn yg sesuai utk saya jelaskn pada ank?
    mungkin tiada rezeki & mungkin ada hikmahnya…….

    • Mama Perihatin says:

      Salam Puan,

      Sekadar memberikan pendapat & cadangan. Berdasarkan pengalaman, eloklah Puan menulis surat rayuan ke Bhgn Menengah MARA, nyatakan sebab mengapa anak perlu diberi peluang belajar di MRSM. Sertakan juga salinan semua sijil yang telah disahkan. Lebih elok jika surat tersebut dihantar sendiri & berjumpa dengan pegawai terbabit. Tunjukkan kesungguhan kita..In sha Allah jika ada rezeki. Pengambilan biasanya berdasarkan kekosongan tempat kerana akan ada pelajar yg menolak tawaran atau berhenti dr MRSM.

    • nasib yang sama says:

      Puan,

      Anak saya mengalami nasib yang sama, sebagai ketua murid dan mewakili sekolah dalam pelbagai aktiviti, tidak membantu beliau mendapat tempat di sbp/mrsm. Akhirnya bersekolah sama dengan murid yang mendapat keputusan UPSR gagal. Melihat rakan sekelas yang lain tanpa bersusah payah dulu membahagikan waktu untuk kedua-dua aktiviti akademik dan ko-akademik dengan mudah mendapat dua tiga tawaran sekolah yang bagus…anak saya merasa agak tertekan. Saya sendiri telah ke ibu pejabat MARA dua kali untuk buat rayuan di ambilan kedua dan ketiga…kini menunggu jawapan. Semasa buat rayuan untuk ambilan kedua, pegawai MARA memberi harapan menggunung bahawa anak saya memang layak dapat, namun sia-sia apabila keluar keputusan masih gagal. Apabila pergi untuk rayuan ambilan ketiga, pegawai tersebut tidak lagi dapat dihubungi melalui telefon, atau pun berjumpa di pejabat MARA.

      Saya berusaha membelanjakan beratus ringgit untuk tambang ke pejabat MARA dari Kedah, demi membantu merealisasikan impian anak saya…kini berserah kepada Allah. Tawakal ajelah..

  23. salbiah mohd jeffry says:

    saya merupakan seorng ibu kpd ank sulung saya.beliau layak ke mrsm lenngong..tp apa yg membataskan saya ialah byk cerita yg sy dengar di mrsm byk pakai duit..saya bknlah dri golongan org yg berada..adik2 nya yg lain pun masih bersekolah..hri2 saya memikirkan masalah ni.saya x nak kerana masalah ini ank saya hilang semangat dan apa yg dicitakan nya membantutkan pelajarannya..oleh itu sya ingin bertanya adakah kami layak membuat apa permohonan merupakan bentuk bantuan kepada pihak mrsm.seperti yuran tahunan atau duit asrama atau sebagainya.

  24. Nak minta pendapat semua…adakah benar jika sudah menerima tawaran dari SBP , MRSM secara automatik tak kan tawarkan tempat walaupun kita telah menolak tawaran dari SBP tu

  25. Abd Aziiz Abdullah says:

    Adakah pihak mrsm menentukan sekolah yang di pilih oleh pelajar atau ditentukan oleh pihak pentadbiran mrsm mengikut kekosongan tempat.

  26. Berapakah peratus pelajar non bumi yang akan di ambil oleh mrsm dan adakah peratusan itu akan dipenuhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>