Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 4 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.

MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.
  4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

154 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011

  1. […] Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011 | ePutra says: 20 September 2010 at 4:37 pm […]

  2. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011: Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA … http://bit.ly/bmKCfy […]

  3. klau dpt 2 a je bleh mhon ke?

  4. sekurang kurangnya lulus sains dan matematik ke?

  5. salam..
    nape x bleh bukk laman web.
    tuk p'mohonan mrsm.!
    yeeaa.-!

  6. nak mohon sekolah teknik laman web ape??. . selain daripada vokasional. . . erm..

  7. adakah memang berdasarka keputusan trial sahaja? kalau trial saya cuma dpt 2A tetapi pmr sebenar saya dpt 5A, bagaimanakah untuk memohon

  8. sy mau msuk d mrsm..blh sediakan surat permohonan utk sy..

  9. salam.
    subjek elektif.!
    macam mane.?
    boleh terang kan tak.
    lebih terperinci lagy.?
    t.q

  10. mcm mana nak mohon and mcm mane nak isi borang ???/
    this this my contact number …
    harap boleh tlg ,dgn secepat yg mun gkin

  11. SAYA sudah berjaya mendapatkan no pin..doakan saya berjaya ke mrsm

  12. pe dokumen
    yg kne pos slain
    borg pemohonan???

  13. ujian ukkm mcm mana..tak tau..explain..

  14. Izzatie Musa says:

    kene hantar cetakan borang permohonan dgn beberapa dokumen lain. dokumen ape yg diperlukan. terima kasih 🙂

  15. kalau kite lari balik daripada MRSM. .
    boleh pohon lagi ke x. .

  16. ape website tok prmohonan ke mrsm sbh & swk..??
    saya dpt mklumat yg ujian ukkm x diwajibkan utk pljr sbh & swk,..btol ke??

  17. ke mana nak hantar borang cetakan online kemasukan k mrsm?

  18. gosh i'm so nervous……..now i have to get the pin no. wooow wish i get to study in mrsm!!!!!! XD

  19. nak dpt kan pin number di pej MARA jln raja laut di tingkat berapa?

    • awk search jew kt enternet taip la pjbat mrsm kt ngeri awk pstu awk tgok la address die..

  20. macam mane yer nak mohon masuk mrsm yek?

  21. mne brong ni x dpt pon……..

  22. camana nk mohon utk kemasukan mrsm form 1 punyer? ley sesape gtau x? tq

  23. farah nurhan says:

    klau math jew A ??

  24. harap2 lah dpt. spy dpt meneruskan cita..amin..

  25. kalu aq dpt 8a nk mohon jgak keew???????

  26. camne nak mohon permohonan

  27. tak boleh mohon

  28. lau nak tukar mrsm dipilih pas anta borg secara on9 leh x??

  29. cbuk nk masuk mrsm..hehe..gud luk2..tapi pk btol2 dulu sblum adik2 sume wat pilihan..

  30. pmr candidates says:

    borang yg da isi kne hanta kt mne ek?

  31. sijil-sijil koko x payh ke???

  32. mcm mane nk dpt nombor pin dengan cara mudah?

  33. sijil kne pos jgak ngan ic sume2 uh , result trial takyah .

  34. nk amik num pin tp…………slalu jep ad mslh…smpai skrg x g amik lg tarikh da nk ttup msti xde pluang….cdey nyerrrr…:'(((((

  35. trial 1a jerk.pmr insyallah 8a

  36. nk tanye kalu esk 2 tarikh da nk tutp..bley ke nk hantar pd mase 2??

  37. cane ek kalo tsalah isi tmpat tok ujian UKKM?…leh wat rayuan ke?..

  38. leh kee mrayu

  39. cane ni.. x print borg 2 ag. nk antar kt pjbt mara caner???

  40. dokumen ape yg perlu dsertakn bersama dgn borang permohonan?

    • Kalau tidak silap saya, MyKad pemohon, kedua ibubapa, penyata gaji. Tapi kalau nak kepastian cuba call terus pihak MARA.

  41. aQbhaa. . . says:

    some1 help plz . . aQ mmg nak sngt masok mrsm . . tapi permohonan masuk dah tutup . . xde cara laen kew??? plz reply me!

    🙁

  42. aQbhaa. . . says:

    some1 help plz . . aQ mmg nak sngt masok mrsm . . tapi permohonan masuk dah tutup . . xde cara laen kew??? plz reply me!

  43. semasa tunggu ujian ukkm tu,sebelum 2 dpt surat daftar tok ujian 2 ker???

  44. dpat surat x untuk ujian ukkm 2 sebelum pegi ujian 2 ?????

  45. Asyraf Afandi says:

    TOLONG!EMERGENCY!saya akan hadapi ukkm dekat kolej mara banting!tapi saya lupa tarikhnya!tolong saya!

  46. kena dpt surat dulu..
    ari ni br saye dpt surat….

  47. a'ah dp surat dulu.
    dlm tu,ad list kte kne bawak ape 🙂

  48. salam , borang ikbn bile nk kwar yea ? kalo borang da kwar , email kt sy sister_yours@yahoo.com . thnks

  49. saya nk th , borang ikbn bile kwar ? ntok sesi 2011

  50. sy nk thu , borang ikbn bile kwar ??

  51. sapew kt snie kne UKKM tue kt mrsm kuala krai………????
    UKKM tue ade brpe soaln nye…40 or 60..???objektif kan..???
    plizzz reply~~……..

  52. Selamat sejahtera, saya ingin tanya tentang Ujian Kecenderungan MRSM Ting 4 ya. Soalan macam mana akan keluar? 🙂

  53. ujian ukmm slalunye diorang tanye soalan mcm mana????? mcm exam or oral

  54. arh!!!!!!
    ade ssape x yg tau psl trikh ujian ukkm kat alor gajah?
    ???

  55. nur suhaila says:

    assalamualaikum ,
    saya pelajar tingkatan tiga (2010) memerlukan penjelasan dengan lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi . saya telah menghantar permohonan secara terus ke HQ MARA (raja laut,KL) dan di situ saya perlu menghadiri UKKM pada 29 NOV 2010 . walaupun begitu , saya tidak mendapat sebarang surat dari pihak MARA tentang information seperti yang kawan2 saya dapat iaitu *surat* yang menyatakan bahawa pelajar yang memohon MRSM perlu memakai sekian baju dan perlu membawa sekian alatan untuk menduduki UKKM . oleh kerana saya tidak mendapat sebarang surat dari pihak MARA , saya terlepas peluang untuk menduduki UKKM, adakah cara lain yang boleh saya buat untuk memohon MRSM ?

  56. assalamualaikum ,
    saya pelajar tingkatan tiga yang memerlukan penjelasan yang jelas dari pihak MARA . saya telah membuat permohonan secara terus ke MARA (raja laut,KL) . saya tidak menerima surat atau sebarang information , untuk menduduki UKKM sedangkan rakan2 yang lain telah mendapat surat dari MARA . oleh kerana tidak mendapat sebarang surat , saya tidak hadir untuk menduduki UKKM . jadi , saya membuat rayuan supaya pihak MARA mempertimbangkan justeru menyelesaikan masalah ini .

  57. kemasukkan tingkatan 4 2011 mrsm utk kali ke dua ade ? tolong please , sy tak smpat mohon mrsm sbb susah na ambil num pin .. ade web utk prmohonan tingkatan 4 kali kedua ? plis !

  58. ArnzArnold91 says:

    sy nk tnya.. prmhonon ke MRSM akan dibuka lg ke slpas Kptsn PMR diumumkn??..

  59. Muhammad Hariz says:

    kalau dapat 2a boleh masuk tak mrsm

  60. Muhammad Hariz says:

    kalau dapat 2a boleh masuk mrsm tak

  61. Nur Ain Amalia says:

    saya sudah pun dpt result PMR sebenar. Saya adalah student SBP tetapi akan berpindah ke sekolah Teknik. Jadi boleh kah saya memohon MRSM?

  62. Muhammad Hariz says:

    kalau dapat 2a dalam pmr boleh masuk tak

  63. che wan mohd zaidi says:

    Anak saya dapat keputusan PMR 8A.Bila saya buka laman web MARA untuk memohon,tarikh dah tutup.Adakah MRSM on line untuk kali ke 2.

  64. sy pmr dpt 7a1c dan trial 6a2b adakah sy berpeluang utk masuk ke mrsm

  65. salam,,,btul k pelajar dari sbp tdk bleh memohon utuk mrsm???

  66. mcm mne klu mse trial sye dpt 2a,tapi mse pmr,sya dpt 8a???bolehkah sye mmohon utuk mrsm??

  67. adk sya dpt 6A 2B ( b untuk subj m3 n b.i)…bila sy bka laman web Mara untk memhon, tarikh da tutup…ada peluang lg ke nk memohon on9 kali ke 2??

  68. mohd ridhwan says:

    trial saya dpt 7 b 1 c. c ialah science.. tapi keputusan PMR saya dpt 6a 2b. b ialah sejarah dan science. boleh ke saya masuk mrsm. tapi sebelum pmr saya x mintak borang nk ke mrsm sebab saya tak tahu..

  69. adik sy terlepas utk memohon mrsm coz ingatkan trial mesti dpt 6A so, adk sy tidak memohon. pmr sbenar, dia mncukupi syarat. so, macamana adk sy ingin memohon semula melanjutkan pelajaran ke mrsm?

  70. nk tanye nie..
    kalo x amk pekse UKKM..
    tp result PMR dpt sume A…
    bley kew msk ke mrsm?

  71. Saya memohon ting 4 mrsm dan sbp ,boleh dapat kedua-dua nya?

  72. sebelum ni saya xtarget pon dpt 8a…tpi sy berjaya dpt 8a n xbuat permohonan masa trial….masih sempat ke nk mohon ??

  73. masih adakah permohonan utk kali ke 2 @ rayuan ke mrsm?

  74. nur amal ain hadshum says:

    Sya murid ting4!baru-bru nie sya mendapat 8A tapi sya tak mohon untuk memasuki mrsm!!
    Bolehkah sya membuat rayuan kemasukan?
    Dimanakah saya patut membuat rujukan?

  75. Fitri Nawawi says:

    eh asrama mana yang sesuai dgn pekerjaan computer programmer ha?

  76. INSAN SABAR says:

    assalamualaikum w.b.t sy nk tnya ni,hri tu sy ada apply mrsm kt kuala krai,blh x klu sy nk tkar mrsm lain?HELP

  77. saya pelajar sekolah elit dan bersekolah di sana sejak tingkatan 1 2008 lagi dgn membawa keputusan upsr 5a.

    dulu saya dah mohon mrsm secara online sebelum pmr lagi.. keputusan trial lulus semua.. cukup syarat..
    then saya dpt surat lapor diri pada bulan november utk menduduki ujian kelayakan kemasukan ke mrsm.
    malangnya, saya gagal menghadiri ujian ukkm pada 28 nov 2010 di pusat ujian.
    pada hari keputusan pmr dikeluarkan, saya mendapati saya memperoleh keputusan pmr 7a 1b.. subjek khb- kt saya dpt b..
    saya rasa menyesal kerana tidak menghadiri ujian ukkm tapi saya inginkan sangat utk masuk mrsm..
    mrsm nii tempat yang bagus daripada sekolah elit..
    adakah mrsm akan mempertimbangkan rayuan saya?? adakah saya perlu menghadiri ujian ukkm nanti?? atau adakah proses tapisan sudah dijalankan selepas ujian ukkm atau hari pengumuman pmr sebelum krismas haritu.. mohon ada pihak yang memperjelaskannya.. sekian^^

    • Salam… Keputusan UKKM merupakan salah satu perkara yang diambil kira di dalam pertimbangan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM. Mereka yang tidak hadir menduduki ujian ini biasanya secara automatik akan digugurkan daripada senarai pemohon MRSM. Biasanya tidak ada rayuan yang dibenarkan.
      Oleh itu untuk lebih kepastian Muhd boleh menghubungi pihak MARA.

  78. ikan kering says:

    kne ade pin…untok tau anda ni lepas atau x kelayakan utk memohon…syarat dpt pin mesti 6a keatas.. 🙂

  79. bila result kmsukan ke mrsm 2011nk kuar?

  80. salam….erm.. ble keputusan utk masuk ke mrsm tgktn 4 2011 akan dkluarkan ye ?

    sy sudah x sbr utk ke mrsm.tlg bg jwpn dgan scpatnyer………

  81. askum!

    sya tlh memohon sbp n mrsm!!!

    jika sya x mndpt sbp adakah sya masih ada peluang utk msuk mrsm!!1

    sya mndpt 8a1c dlm bhs arb!!!

  82. Anak Malaysia says:

    salam, result untuk MRSM keluar bile eh?
    tak sabar.

  83. Muhammad Hariz says:

    assalamualaikum semua kalau ukkm membantu banyak bleh masuk tak mrsm

  84. salam..
    sy memohon SBP n MRSM..
    sy mndpt semua A..
    andai kata sy mendpt SBP..
    adakah sy tdk berpeluang utk ke MRSM..

  85. klu dpt 3 a time pcuban then dpt 6a time exam sbnr ley k?

  86. anak Malaysia says:

    salam, ermm,
    kalau dah dapat tawaran dari sbp, berpeluangkah saya untuk menjejakkan kaki ke MRSM?

  87. Kalau dapat 7A 1B. dan B salam science. boleh buat rayuan untuk dipertimbangkan?

  88. saya dapat tawaran ke mrsm,yahooooooooooooooooo……daftar 7 feb 2011

  89. nk masuk mrsm…………….ya Allah tlong lah hamba mu yg lemah ini!!!!!!!temuakan lah hamba dngn seorang yang boleh bantu hamba supaya dpt masuk ke mrsm…………..Amin

  90. adakah peluang memang benar2 tertutup???????? harap ada keajaiban yg mengatakan belum.anda msih da peluang aminnnnnnnnn!!!!!!!!!

  91. klau x wat ujian ukkm@ x wat permohonan pd bln 10.adakah masih boleh menjalani ujian ukkm dan wat permohonan??????????/
    ….

  92. Bila second intake ?

  93. taon ni sya nk amik pmr….sya dri sbp.. nk bwat cmne arr klau sya nk pindh ke mrsm… sbb nya tiada aliran yg sya minat kt sbp yg sya dok ni.

    ???????

    • rasanya agak sukar utk mohon bertukar kerana sbp & mrsm dikendalikan oleh 2 jabatan yg berbeza

  94. PMR Candidate says:

    Assalamualaikum w.b.t. Masih bolehkah saya membuat permohonan berbekalkan keputusan trial 7A 1B. B – Matematik

  95. as'salam.. .
    sye nk minta t0long ajr mcam mnew nk masuk mrsm.. .
    apew yg perlu sye wat.. .??
    sye t'ingin sgt nk msuk mrsm dri ctkola rendah.. … .
    spe yg m'bantu sye hanya allah sje yg mampu memblasnyer.. .

  96. […] Sebagai panduan sila rujuk maklumat permohonan tahun lepas di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2011. […]

  97. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 dan 2011 bagi mendapatkan lebih […]

  98. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011 dan 2012 bagi mendapatkan lebih […]

  99. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011, 2012 dan 2013 bagi mendapatkan lebih […]