Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

TERKINI: Sila cetak semula surat tawaran untuk mendapatkan Nombor Akaun Pelajar

Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing pada hari ini, 20 Januari 2012.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Maktab Rendah Sains MARA

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Secara SMS

  • Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS mulai pukul 10.00 pagi.
  • Format SMS : MARA MRSM <No. Angka Giliran> dan hantar kepada 15888.

Surat Tawaran

Surat tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak selepas membuat semakan keputusan di pautan di atas.

Rayuan MRSM

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2012 dianggap tidak berjaya.

Keputusan Permohonan MRSM Ulul Albab dan IGCSE

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab dan IGCSE telah diumumkan lebih awal pada 6 Januari 2012 yang lepas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

34 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

  1. why mrsm f4 using password n name?

    so,how to check it?

  2. Alahai..dulu yg kakak tidak dpt ke MRSM wlw UPSR 5A tapi akhirnya alhamdulillah dpt merayu masuk ke SBP. Tahun ini adiknya pula tidak dapat masuk ke MRSM UPSR 5A….ntah kemana arah tujunya :(

  3. kenapa no id dan psword x sah..?

  4. sitti sahaya salim says:

    MCM MNA NAK CHECK NAMA PENGGUNA N PASSWORD KENA TOLAK? CAM MNA TU?
    HARAP ANDA SUDI MMBANTU….please…:)

  5. julia ahmad says:

    ada juga hikmahnya x dpt MRSM….kalau dpt mesti susah nak buat pilihan sbb anak saya dah seronok dekat SBP.dulu dia beria-ia nak masuk MRSM. kpd sesiapa yg nak anak masuk MARA next year 2013 make sure jgn apply SPB. nama dah kena block. tapi anda kena gamble la…apply satu je takut x dpt mana2. ada berani apply satu je

  6. klau kita tk pi jwab ujian hat ukkm tu kita tk bleh mohon mrsm ka ? saya tidak bleh hadir hari tu dan tk jwab ujian tu pon tpi mcam mna nk mohon mrsm klau tk pi jwab ujian ukkm tu ?

  7. mariah carey says:

    kenapa tak boleh check untuk tingkatan satu punya, drpd haritu lagi ada masalah

  8. saya ingin bertnya pda sesiapa yng tahu bla tarikh kputusan MRSM zon Sabah diumumkan???

  9. knapa saya check pkai sms, result dya x sama dgn check pkai online

  10. anak saya dpt 5A dalam UPSR, kami telah memohon SBP dan MRSM, tetapi kedua-duanya tidak berjaya..selepas keputusan keluar kami cuma mohon 2 tempat saja kerana ada member2 kata tak bole mohon terlalu banyak tempat….adakah bole lagi memohon untuk kemasukan ke SMKA. minta penjelasan dan bagaimana caranya…

    • Yati, ramai sahabat saya memohon SBP, MRSM dan beberapa sekolah aliran agama selagi layak memohon. Mengapa mendengar kata member2 tidak boleh mohon banyak tempat. Sepatutnya Yati telefon sekolah, kementerian tanya jika tidak pasti. Ini peluang masa depan anak kita. Saya harap Yati telah membuat rayuan untuk SBP dan MRSM.

      Ada sahabat saya dahulu, e rayuannya untuk SBP dan rayuan ke MRSM tidak berjaya tetapi hampir setiap hari dia naik turun di pejabat pelajaran tanpa bosan. Hasilnya berjaya juga akhirnya setelah puas naik turun dan berdoa, sudahlah anaknya adalah pelajar terbaik dan tokoh pelajar. Anak saya dapat MRSM, alhamdulillah. Untuk ke SMKA, cuba call pejabat pendidikan tempat tinggal Yati, atau pergi terus tanya bagaimana. Jangan tanya kawan2 sahaja. Saya doakan anak Yati berjaya juga.

  11. macmana nk buat rayuan utk mrsm line asyik breakdown aje blh tlg

  12. macamana nak buat rayuan mrsm line asyik breakdown so caranya plss

  13. macamna nk dptkn online utk rayuan mrsm…knpa saya chek online tetapi tiada permohonan….bile chek guna sms jwpn tidak berjaya??????

  14. Saya telah membuat rayuan mrsm.Bilakah keputusan rayuan mrsm ini akan diketahui?

    • Wani, setahu aunty, rayuan MRSM selalunya ada beberapa intake sehingga bulan April. Intake pertama 8 feb, jika wani buat rayuan, kenalah tunggu 1st intake mendaftar dahulu, kemudian baru diproses rayuan seterusnya. mungkin mid feb. semoga wani berjaya.

  15. kenapa line untuk buat rayuan sentiasa breakdown,malah no. telefon pejabat mara yang di beripun tidak di angkat?

  16. Saya tehlah pun mndpt tawaran ke SBP tetapi saya nak MRSM sebab saya rasa masuk SBP ni lagi stress.boleh tak saya nak buat pertukaran?mana lagi bagus mrsm atau sbp?

    • Dilemma,
      Terimalah saja tawaran SBP itu sebab beribu orang yang mahu tetapi satu pun tidak terpilih. Berapa jiwa yang memujuk diri sendiri sebab kecewa. Walaupun anak aunty dapat MRSM, aunty katakan padanya, SBP atau MRSM yang mana baik sebenarnya terpulang pada usaha kita. Macam boring ayat ini bukan? Tetapi itu realiti. Aunty sendiri belajar di sekolah biasa dulu, setelah tidak dapat masuk ke MRSM dan SBP tetapi alhamdulillah result SPM aunty setara dan malah lebih baik dari beberapa kawan aunty yang mendapat peluang belajar di SBP, MRSM. Sebabnya aunty cabar diri aunty sendiri. Maka, nasihat aunty, buat solat istiqarah, tekadkan semangat dan niatkan belajar dengan rahmat Ilahi. Niatkan jika langkah adik ke SBP, itulah yang Allah tentukan yang terbaik untuk masa depan adik. Jika kita merasa sedih berselipar buruk, lihatlah pada mereka yang berkaki ayam. Tahniah dan semoga berjaya.

  17. Result tawaran ke SBP ting 1 2012 dah keluar…..anak saya tidak diterima,tapi alhamdulilah ditawarkan ke MRSM…..semoga berjaya….

  18. sedihlah tk dpt mrsm dgn sbp :(
    mcm mana pemilihan dia sebenarnya ?
    tp sy dapat 9a dalam pmr ,kawn yg 6a pon dpt mrsm .
    tp dah buat rayuan.mntk2 dptlah 2nd intake .amin!!!!!

    • anak saya UPSR 5A tetapi semua permohonan SBP DAN MRSM tak berjaya. Dia nampak mcm sgt kecewa . Hanya tinggal satu sahaja rayuan MRSM. Minta2 kali ini berjaya le. Angka Giliran: BD1331028

  19. ank sy pun tak dpt kedua-duanya dia kecewa sy bertambah kecewa,lebih malang lg permohonan ke sekolah aliran agama juga gagal,rasa sempitnya dunia,sy cuma berharap agar rayuan nya ke MRSM di terima hingga saat ini sy masih berharap agar ank sy dpt peluang utk belajar di mrsm ulul albab.Sy dah usaha yg terdaya begitu juga dgn ank sy sijil kokurikulum nya mewakili negeri sy tidak tahu apakah syaratnya yg dia gagal penuhi.Mungkin ini dugaan buat sy dan hingga saat ini sy tak berhenti berdoa agar mendapat peluang kedua.

  20. […] memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui […]

  21. Anak saya tak dapat masuk MRSM tapi dapat masuk SBP selepas buat rayuan. Saya tak faham kenapa dia tak dapat masuk MRSM padahal dia dapat 5A UPSR dan 9A UPSRA. Ramai kawan kawan dia yang dapat masuk MRSM adalah pelajar pelajar biasa dan bukan top student dalam sekolah. Mereka terdiri dari anak anak tentera, polis, bomba dan felda. Kenapa begitu? Saya rasa sekolah SBP lebih baik dari MRSM sebab SBP ambil pelajar pelajar yang cemerlang dan bijak.

  22. Jamilah Aini says:

    kenapa tak boleh check lagi dah?
    dah tiada ker peluang saya ke MRSM??

  23. Saya berminat untuk memohon kemasukan ke MRSM bagi tahun 2013. Bagaimana caranya?

  24. macam mana nak mohon masuk ke MRSM 2013….?

  25. saya pun nak anak masuk mrsm 2013..cam na

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>