Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Sabah Sarawak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012 di Sabah dan Sarawak. Bagi permohonan kemasukan MRSM di Semenanjung Malaysia sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia.

Maktab Rendah Sains MARA

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Sabah atau Sarawak.
  3. Memperolehi keputusan minimum 3A 2B; (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.

Pemilihan

  1. Selain memenuhi syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata laluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Negeri / Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi, iaitu 17 November 2011.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online akan ditutup pada 30 November 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sabah Sarawak 2010 dan 2011 sebagai panduan.
  3. Di samping itu rujuk laman web MARA untuk mendapatkan maklumat tambahan.

23 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Sabah Sarawak

  1. [...] Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012 di Semenanjung Malaysia. Bagi permohonan MRSM untuk Sabah dan Sarawak sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Sabah Sarawak [...]

  2. [...] Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2012 Sabah Sarawak [...]

    • Mohd Fazdli Bin Lalli says:

      Tuan Pengarah,Adakah rayaun saya diterima jika mendapat 3A,1B,1C dalam keputusan UPSR tahun 2011.
      Saya telah ke pusat MRSM cawangan tawau dan dikehendaki membuat rayuan kerana mata pelajaran Sains saya B.Saya sangat berharap diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.Bagaimana untuk membuat rayuan agar saya berpeluang belajar di MRSM?

    • Mohd Fazdli Bin Lalli says:

      Tuan Pengarah,Adakah rayaun saya diterima jika mendapat 3A,1B,1C dalam keputusan UPSR tahun 2011.

      Saya telah ke pusat MRSM cawangan tawau dan dikehendaki membuat rayuan kerana mata pelajaran Sains saya B.Saya sangat berharap diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di MRSM.Bagaimana untuk membuat rayuan agar saya berpeluang belajar di MRSM?

  3. kalau saya dapat 4A 1B dalam UPSR 2011 bleh tak masuk MRSM???….Sains saya B 78 markah…

  4. kalau saya dapat 2A 5B dalam UPSR boleh kah saya masuk dalam MRSM???????? bolehlah………….

  5. adakah murid daripada sekolah jenis kebangsaan cina layak untuk memohon kemasukan ke mrsm?

  6. diminta untuk mencetak borang permohonan utk di hantar kepada pengarah, tapi kenapa maklumat ibubapa tidak dapat di cetak?

  7. Nur Mohd Azimi says:

    bolehkah murid yang telah mendapat tawaran ke SBP menolak tawaran tersebut dan memohon belajar di MRSM kerana lebih berminat belajar di situ?

  8. Bila keputusan kemasukan ke MRSM diketahui?

  9. Ada layak jika permohonan ke MRSM telah diterima dan saya membuat e-rayuan permohonan ke SBP?

  10. Amy Izzaty Abdullah says:

    Anak saya adalah seorang bekas pelajar dari Sarawak. Dari Darjah 1-5..dan selama setahun dalam tahun 6 belajar di semenanjung dan mendapat keputusan 4A1C ujian UPSR 2011.Matematik dan Sains A. Bolehkah kiranya anak saya dikategorikan sebagai pelajar Sarawak untuk memohon ke MRSM kerana anak saya begitu berminat memandangkan syarat kemasukan di Sarawak berbeza dari semenanjung. Bolehkah anak saya diberi kelonggaran???

  11. Amy Izzaty Abdullah says:

    Adakah peluang untuk anak saya masuk ke MRSM 2012…Keputusan ujian UPSR 2012 ialah 4A1C. Matematik dan Sains A..kerana syarat kemasukan di semenanjung 5A atau 4A1B…Anak saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran ke MRSM…

  12. anak saya mendapat kputusan 4A,1B BMpenulisan,saya telah mohon d sekolah sains merata semenanjung malaysia tapi tdak mendapat tempat,bolehkah saya memohon d sarawak kerana saya juga anak jati dr song sarawak,bagaimana tuan pengarah

  13. Tama chabu says:

    Tama chabu,slm tuan pengarah anak saya mendapat 4A dan 1b BM penulisan UPSR,layak ke saya memohon ke MRSM cawngan sarawak sedangkan anak saya bersekolah di mersing johor akan tetapi saya sememangnya anak jati dr song sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>