Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 2011

Surat Tawaran sudah boleh dicetak

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 21 Januari 2011. Ini berdasarkan maklumat daripada beberapa orang pembaca ePutra dan disahkan di laman web MARA.

Semakan Permohonan

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
  • Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
  • Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
  • Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada Mara selepas April 2011 dianggap tidak berjaya dalam permohonan mereka.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

MARA telah menerima sebanyak 25,244 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM pada tahun ini dan cuma seramai 6,500 orang sahaja yang diberi tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac 2011 nanti.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM.

175 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2011

  1. Lama dah menanti…

  2. salam.. keputusan untuk mrsm tgkatan 4 masih belum bukak kan?
    akak sy ckp keputusannya dah bukak dan dia cek, sy x dapat masuk..
    sy tgh kompius n sedih nie..
    ba bukak ke lom sbenarnye??
    hope boleh jwb la eh.. trima kasih..

  3. n tlg bgtaw masa keputusan mrsm tu keluar skali ya..
    trimas

  4. Sekian lama menanti.I thought 20 rupanya 21.Huhu.But,I hope I dapat masuk MRSM. 🙂

  5. Kalau masuk kat link yg diberikan kat atas tu dah boleh masuk…betul ke ni???

  6. Ain Syuhada says:

    Terima kasih ePutra kerana menyiarkan maklumat yang saya beri !

  7. result yg dikeluarkan nii , betol ke tak betol ni ? rasmi ke tak ni ? saya thg bersedih ni .

  8. rosnah mat says:

    betul ke kalau anak sy tdk hadir temuduga sbp gopeng, permohonan utk mrsm jugak akan terbatal secara automatiknya? dan betulkah anak saya tidak boleh lagi apply mrsm di tingkatan 4 nanti?

    • Tidak, itu semua khabar angin.
      Mereka takde masa nak check pergi interview ke tidak, Takde kena mengena dengan PMR yang 3 tahun lagi. Mereka banyak lagi kerja lain!!
      Kalau tak dapat SBP nama masih dalam senarai untuk MRSM. Doa sahaja pada Allah..

  9. muhammad zaki says:

    selepas buat rayuan , macam mana nak print ?? kat situ x de tulis print pon …. sila jawab dengan segera !!!

  10. adakah rayuan perlu dibuat sekarang atau selepas 21hb nanti??

  11. Saya rasa tak rasmi lagi lar.Saya check semua kawan saya tak de yang dapat.Rasanya esok nak kena check sekali lagi.Harap-harap dapat.Amin. 🙂

  12. syahira aqie says:

    berdoa setiap malam utuk terpilih ke mrsm…..moga tuhan makbulkan….amin

  13. […]Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2011[…]

  14. budakfrust =3= says:

    tapi kwn saya dh dpt dkt pekan. DENGAN SURAT TAWARAN lagi =.= Ni rasmi ke tak ni? masalah negara betul lah.

  15. Kecewa sangat tak dapat………Jadi tokoh Pelajar,Penolong ketua pengawas, pengerusi persatuan ,Wakil hoki dan bola jaring ,balapan hingga mssd masuk pertandingan BM,BI.dan datang dari sekolah Felda……………………………..

    • Mintak tolong dapatkan surat sokongan dari pegawai Felda, mana tahu ada peluang untuk masuk sebelum 30hb April…selalunya ada 3 kali intake….jangan putus asa…sepatutnya kriteria pelajar berkenaan dah melayakkan dia masuk MRSM….lagi satu jangan lupa solat hajat. Peluang masih ada.

      • udarx kesal says:

        2arh..da masuk macm2…
        jd ktua pngwas pusat sumber,pengerusi kelab kelab persatuan,
        wakil handball,netball,olahraga…
        wakil smpai pringkat negeri,peringkat kbangsaan lam kuiz,n bnyk agy….
        tetibe,mrsm n sbp pown xbley!!
        huhu…

    • sbp pun bole mintk gak. mrsm tu tempat org kaye2 je. jagn putus asa dik

  16. cammane ye check tadi xdpat la.ramai yg x dpt.mesti nak buat rayuan ni. last year ada office mate yg boleh beli rumah 1/2 juta pun anak dia boleh masuk mrsm (buat rayuan la) dpt masuk mrsm terendak. parents bukan kerja ngan ATM pun. ni mesti kena fight buat rayuan. Kita yg kata ada kuota klau x dpt ape cerite? bengang ni..

    • mama mea jgn salah faham mrsm terendak bkn utk anak tentera shj masih ada quota utk anak awam walaupun jumlahnya tidaklah ramai

  17. muhammad zaki says:

    ramai kwn saye x dpt ,, pelik btol … maybe hari nie baru btol nye kot :))

  18. Keputusan dah rasmi, dah boleh check dari 11:00 mlm 20hb Januari.
    Semua nama ada termasuk MRSM yang pergi interview tempoh hari i.e ( Gemencheh, Kota Putra, Kepala Batas, & Pekan).
    Selamat maju jaya, kepada yang dapat tahniah!!
    Kepada yang tak dapat no komen, sebab saya tahu apa perasaan anda.

  19. salam saya dah buka laman web untuk kemasukan ting.1 mrsm kata 21 januari tapi bila buka masih tak dapat lagi..sbb bila kita dah tahu awal senang nak prepare ambil cuti untuk pengurusan persekolahan anak itu je..

  20. muhammad zaki says:

    maklumat terbaru dari MARA !!!

    Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 : (Semakan Hanya Boleh Dibuat Selepas Pukul 10 Pagi)

    Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1

    Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4

  21. ada x yg dpt masuk MRSM kat sini?

  22. muhammad zaki says:

    assalamualaiku ,

    1) macam mana nak print rayuan ke MRSM tingkatan satu ?? , kat lam web tu x tulis print pon ??

    2) Sijil – Sijil Kokorikulum yg kena dihantar bersama surat rayuan ke MRSM tingkatan satu tuh ,, kena disahkan juga ke ???

    > Disahkan oleh Guru Besar Sekolah Rendah atau Guru Besar Sekolah Menengah ???

    !! Sila Jawab Dengan Segera !! Terima Kasih !

  23. Ibu Prihatin says:

    Utk makluman budakfrust=3=, Mrsm Pekan diknali sbgai MRSM Tun Abdul Razak adalah lain dri MRSM biasa, kerana MRSM ini merupkn satu2nya MRSM yg mnjlnkan program bru utk pelajar Form 1 tahun 2011 iaitu program International General Certificate of Education (IGCSE), sesiapa yg masa apply MRSM dulu select MRSM TAR, Pekan ni akan melalui proses interview yg tlah pun diadakan dlm bulan Nov aritu, dan hanya 180 org sja yg trpilih dan dimklumkan intakenya adalah lebih awal dri MRSM yg lain iaitu pada 10hb Jan yg lalu, sbb tu kawan awak da dpt surat twran tlebih dulu. Untuk makluman MRSM TAR Pekan (satu2nya yg mnjlnkn program IGCSE) dan 3 buah MRSM yg menjlnkn program Ulul Albab (Agama) iaitu MRSM Gemencih Negeri Sembilan, MRSM Kota Putra Terengganu dan yg trbaru MRSM Kepala Batas Pulau Pinang, prosesnya semua sama ada intrview dulu dan intakenya lebih awal dri MRSM yg lain tu dn juga keempat2 MRSM ni trkecuali dri syarat MRSM yg klu da dapt twaran dri SBP, xkn trima twaran MRSM, sebliknya sesiapa yg apply MRSM ni shaja (antara keempat2 MRSM yg disbutkan di sini) jika sblum ini dia da dpt twran dri SBP dia tetap akn ditwrkan ke MRSM yg dimohon ini jika dia brjaya trpilih slps melalui proses interview trsbut. Bagi sesiapa yg apply MRSM yg selain dri keempat2 MRSM yg disbutkn tdi tu, intakenya pada 7hb February (skrg bru kluar result, da boleh check) tpi utk intake yg ini klu da dpt twran SBP tidak akn dapt twran MRSM lgi dan juga klu nama da ada dlm 2nd intake SBP juga tidak akn dpt twran MRSM. Result 2nd intake SBP akn dikeluarkan xlama lgi. So, bgi sesiapa yg ada buat rayuan SBP, klu xdpt MRSM cuba tunggu keputusan SBP 2nd intake, kmungkinan nama dah ada dlm senarai utk 2nd intake SBP. klu xdpt jugak buat rayuan lgi utk MRSM dan SBP sbb kbiasaannya ada kes2 yg da sbulan bljr anak tu mintak kluar so msih ada kekosongan dan ada 3rd intake.

    • ibu kecewa says:

      Are you sure ape sape yang dah dapat SBP tak akan ditawarkan ke MRSM? Anak kawan I, dah belajar dah kat SBP Sri Puteri but at the sametime dia dapat offer pi MRSM. Anak I pun ada cakap kawan dia dah pi SBP and la nie dapat lagi tawaran MRSM. Mula mula memang tak caya, tapi bila kita check kat MARA memang nama student nie dapat offer untuk MRSM. Tolong komen sikit…………

      • ex-MRSM Kepala Batas says:

        mmg selalunya kalau dah dpt sbp takkan dpt mrsm or vice versa. but ada minor case dimana student tu dpt offer 2-2. maybe ada salah sikit dr pihak pentadbiran MARA or KPM. tapi benda ni jarang berlaku, selalunya yg dah dpt MRSM tk dpt SBP or vice versa.

  24. ziyadfahmizahari says:

    tahniah kat adik sy.. yg bejya dpt tawaran ke mrsm.
    excited gile. 🙂

  25. zeadfahmizahari says:

    Tahnaih kat adik sy yg dpt tawaran ke MRSM.
    excited sngat 🙂

  26. Ibu pelajar says:

    Alhamdullilah… anak dapat ke MRSM , terima kasih kepada e-Putra yang banyak memberi maklumat…

  27. hampa….sbb nama anak tak ada

  28. Xdeke harapan untuk anak saya yg dpt 4a1b buat rayuan. Saya seorg guru, rasa kecewa sgt sbb bsungguh2 mengajar anak org lain hingga bjaya tp anak saya yg juga bsungguh2 utk mdpkn 5A tp gagal. Tiadakah kuota utk anak guru, sdgkn anak Felda yg mdpt 4A @ 3A masih bpeluang ke MRSM. Hrp ada peluang bg anak golongan pdidik seperti anak saya mdpt tpt ke MRSM

    • Tu lah cikgu..anak saya dpt 5A, aktif kokurikulum, tinggal luar bandar. suami kerja government (jaga keselamatan negara) anak saya 5 org. pendapatan cukup2 jer. Ingat sistem kuota ni boleh membantu..TAPI..HAMPEH!!apa ni semua tempat kena sapu ngan pegawai2 yg ada CROWN aje ker..APA NI???

      Tahun lepas pegawai kat tempat saya anak dia dpt tempat ke MRSM terendak sedangkan suami isteri bukan anggota tentera.. anak cuma 2 org..mampu beli rumah 500K++. buat kabinet dapur aje dah 15K. orng mcm ni boleh dpt plak..SAYA MEMANG TAK PUAS HATI…

      • ex-MRSM Kepala Batas says:

        rezeki kita tuhan je tahu. insyaallah, kalau tak dpt form 1, form 4 boleh apply lagi, jangan risau. selalunya yg dpt 4a1b mmg takde yg dpt. berdasarkan pengalaman saya kat MRSM dulu. kecuali kalau dorg guna cable besar besar

    • 5A pown ade yg x dpt ni 4A masakan dpt … byk budak 5A yg dok sekolah harian je … ni 4A… kesian kat yg 5A but x bley pergi mrsm / sbp … dy org dh belajar bersungguh sungguh tp x dpt … x semestinye anak cikgu boleh dpt … anak felda x pe lah … dy org tu org susah … harapkan 5A pown terkial kial x dpt mrsm ni 4A … mmg x de harapan lah

      • salam… sedih kecewa .. terkilan dan segala macam perasaan… kesian anak.. sbp tak dapt… mrsm pn tak dapat.. cita-cita dia memang nak ke mrsm berbekalkan 5 A UPSR… menepati segala kriteria… aktif ko-ko . wakil sekolah ke mana-mana.. tapi kekecewaan bukan sahaja dia seorang.. tapi saya sebagai ibu lagi hampa bila tengok anak hampa… saya sangat tak faham apa kriteria yang dipilih.. sekarang tiket 5 A Pun tak menjanjikan untuk ke mana-mana.. setakat untuk bangga atas diri sendiri la…

  29. Ibu Prihatin says:

    Ieja, betul ke yg dpt 4A atau 3A ble dpt MRSM pada masa skrg sbb setahu saya mulai tahun ini, semasa memohon utk dpt kan pin no utk apply MRSM, pihak MARA minta salinan keputusan UPSR, hanya yg dpt 5A saja yg diorg bgi pin no utk mohon secara online aritu. Harap Ieja jgn trlalu kecewa sbb ramai lgi yg dpt 5A pun msih xdpt tmpat. Mungkin Ieja boleh mohon ke SMKA ataupun ke sekolah2 kluster yg xkurang cemerlangnya dri segi rekod pencapaian seklah.

  30. alhamdulillah berjaya permohonan mrsm.excited utk adik..:)

  31. Alhamdulillah.Saya berjaya masuk MRSM.Tak sia-sia saya menanti selama ini. 🙂

  32. berseronoklah ye

  33. alhamdullillah. akhirnya kekecewaan anak yang tidak dapat tempat di SBP terubat apabila dapat tawaran ke MRSM. Kepada adik-adik yang belum dapat keputusan, jgn putus asa masih boleh buat rayuan. semoga berjaya.

  34. ni dah buat rayuan,bila pula dapat keputusan samada diterima ke tak?

  35. orang yg nak msuk mrsm :( says:

    mcm mna nk check keputusan mrsm form 1 !!!

    swoh tekan mcm2

    last2 ckp no result

    lek lok laa

    saya teringin sgt na msok mrsm

    TOLONGLAH!!!!!!!!!!

    • redha jela kalo x dpt msuk..
      kwn2 sy pon ramai x dpt..
      depa x bising pun..
      ada rezeki form 4 mne tau dpt..
      brsyukur2lah

  36. alhamdullilah syukur saya dapat ke MRSM BESERI di perlis walaupon jauh tapi saya akan pergi jugak……….

  37. zainah abd rahim says:

    bg lah add nk semak keputusan mrsm…..

  38. kenapa permohonan saya tiada column untuk klik rayuan ?

  39. sibuk sgt lah lain mrsm maso nie……..nak tau sy dpt mne?????????td sy buka laman web mrsm bleh………alhamdulilah…..sy dpt mrsm tpi masalah nyer kena print lah nak tau dapat maner……..tpi klu dpt pun sy x akan pegi dah kerana saya bersekolah d maahad tahfiz sains tanah merah dah maso nihhhhh,………..geramnyer

  40. knape skang x leh excess link????knape???sbb pd pukul 1.30 saye dapat excess tp skang dh x leh..urgent!!

  41. nape dah tak boleh nak semak semula?
    surat tawaran tak dapat nak print out lagi neh…
    dari petang tadi tak boleh nak semak..

  42. kenapa link utk check mrsm form 1 dah tak ada? bila tekan, keluar web lain…

  43. adilah atikah says:

    ala nak sok mrsm tpi x dapat la….mungkin sbb keputusan aq kurang baik kot…tpi aq nak sok mrsm walaupon aq dapat 4a tpi tetap x dpt sok gak la…..frasss nya la……

  44. Alhamdulillah,akhirny sy berjaya d'tawarkan ke MRSM….Syukur cnad2 pda Allah krna memberi peluang pda sy ntuk blaja di Asrama…Ta sia2 usha sy blaja….Ta sia2 sy solat hajat n doa cmbil nanges2….Sykur cnad2….Ta sngke,terkejut bile blek uma,tg0k komp. terpasang pastu tg0k ad tulisan anda telah ''BERJAYA''….mmg ta sngka la…pda yg ta dpat tu,jgn putus asa eik,usaha lagy….mne la taw,PMR nty bleyh plak…
    JieYha_98

  45. xboleh nak masuk langsung web keputusan..haissshhhh

  46. Rozahi Abdul Wahab says:

    Pagi semalam cuba check keputusan anak saudara, ALHAMDULILLAH dia dapat tawaran ke MRSM Pasir Salak. Sebelah petang dia beritahu nak check keputusan kawannya pula kerana kawannya itu tinggal di kampung pendalaman dan tiada sambung internet di sana. Sungguh kecewa, bila klik ke situ dia keluar "Problem loading Page" sehingga padi ini… kenapa ya perkara ini berlaku?

  47. dari smlm duk try xdpt2…tensen tu la;…sistem mara kna upgrade ckit…bg laju..huhu

  48. keputusan tidak terpilih amat mengecewakan. walaupun aktif dalam kokurikulum tapi masih tak berjaya. mungkin kerana keluarga berpendapatan agak tinggi atau tidak menggunakan kabel. sampai bilakah malaysia akan begini, tak telus dan cakap tak serupa bikin.

  49. Newbies Teacher says:

    masih lg xdapat check keputusan sampai sekarang….page xdpt connect..kalau dpt pun bila dah key in angka giliran ..lick broken lagi…apasal ye…

    • sama la kita..try dari malam tadi(22/1) sampai sekarang dah pkul 12tgh..x leh akses..apa cite ni.. bagi no ofis suruh kita check kalau ada masalah..tak angkat2 le plak..mcm tak ada kerja lain nk buat..x berasap la dapur kalau dok ngadap ni..sabor aje

    • Kakak Prihatin says:

      sama la juga..dari 21hb dah try sampai 23hb.nak juga tau result dpt masuk ke tak..dah tu 7 feb dah kena register..kena prepare juga apa2 yg patut kan..

  50. kenapa xboleh check arini. sistem online pun tahu bercuti ke.

  51. napa la bila wat semakan permohonan ke mrsm xdapat2…..xda cara lain ke slain on9…sms ke?????

  52. Anak saya tak dapat MRSM tapi knp langsung tak boleh nak klik untuk buat rayuan.

  53. Alhamdulaillah saya dapat ditawarkan ke MRSM . Tapi kene print ke surat tawaran dan borang2 yang perlu diisi ATAU pihak MARA akan hantar melalui post ? Sebab nak print dari online , link tak boleh bukak .

    Tolong berikan jawapan secepat mungkin .

    P/S : Saya tengah blurrconfuse ni .

    • same la….saya dah dapat tawaran ke mrsm tpi dah2 nak print sume borang2 tu link tak bleh bkak pula…..prblem prblem

      • link teruk ar…dr semlm tak dpt nak check…sy dh check utk adik dpt..tp tak sempat nak print surat tawaran…:-(…adik nak check sendiri asyik oops..google could not connect…susah ar mcm nie..kate nak canggih mudahkan urusan tp ape sudah jadi…

    • saya ada telefon pejabat mara, dia kata surat tawaran dan borang2 yg lain tu kena print selepas laman web tu dibuka semula..

  54. orang yg nak msuk mrsm :( says:

    KNP SUMA ORANG BULEH CHECK

    SAYA TAKK BOLEH

    TAKK ADIL LA CM NI

  55. orang yg nak msuk mrsm :( says:

    KENAPA YA! MASIH TRDAPAT KA KETIDAKTELUSAN DALAM PMILIHAN KE MRSM,DIMANA IBUBAPA MURID YG BRGAJI MELEBIHI RM6000/+- MASIH MNDAPAT TAWARAN KE MRSM,PADAHAL DALM IKLAN KE MRSM SALAH SATU SYARATNYA BRGAJI RM1000/ KEBAWAH….TOLONGLAH ADIL DALAM HAL INI.TERIMA KASIH.

    • cuba baca kat web rasmi MARA, gaji ibu bapa tidak mempengaruhi pemilihan cuma salah satu kriteria. Merit dikira berdasarkan 5A 25%, status ekonomi 45%, kepimpinan/kokurikulum 30%. lebih kuramg camtulah, dah lupa. Tapi pendapatan banyak atau sikit tu MARA ada kuaota sebab saya ada terbaca penempatan pelajar (jauh atau dekat dr rumah) berdasarkan status ekonomi keluarga

    • dan mungkin juga berdasarkan sekolah..
      sekolah dalam bandar ..
      atau sekolah luar bandar ..

  56. nape x dpt bukak… baru nk check ni..

  57. orang yg nak msuk mrsm :( says:

    PRESTASI MRSM AKAN MUSNAH TIDAK LAMA LG KERANA SISTEM KABEL MASIH BRLAKU…MURID YG ADA KABEL TU LAH YG XSPATUTNYA BLAJA KAT MRSM….DAH NAIK MELUAT DAH DGN SISTEM KABEL NI..

    • sabar separuh dari iman..

    • Saya sokong Dalam pemilihan tiada ketelusan. Anak anak yang sepatutunya lebih berkelayakan tidak dapat masuk angkara mereka mereka yang memengtingkan diri ini.

    • lu pikir la sendiri says:

      Hahaha…dah jadi mcm filem tamil(luar negara) daaaa…..stakat kabel 240v AC tak layan beb! kena ada kabel 24Megawatt……alahaaaaiiiii. rentung lah jawabnyer

  58. kecewa dari semalam nak semak tak dapat2. asik error

  59. knape nak check kmasukan MRSM tgktan xb0leh ehh??????? t0l0ng kasi link yg betul…b0leh..

  60. plez,,,2 hari dh loading xdpt result lgi,,huh!

  61. dari semalam sampai hari ni masih tak tahu status sama ada anak dpt ke tak ke MRSM sbb tak dpt semak error je…tak de cara lain ke nak buat semakkan ?

  62. saya tengok di menu e-perkhidmatan, ada makluman tentang link tak leh masuk ni. sebenarnya sejak jumaat petang lagi dah tak boleh masuk.

    ni info kat sana,
    Makluman : Semakan secara online telah ditutup. Untuk semakan sila hubungi
    Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) tel 03-26915111 sambungan 3764, 3767

    saya rasa server dorang dah 'kong' atau ada masalah server, atau ada masalah program, atau masalah database. wallahua'lam. nampak gaya kena tunggu sehari lagi, isnin kena call direct ke pejabat mara hq kuala lumpur untuk cek.

    kita kena bersabar nampak gayanya. apa2pun semoga info saya ni menjawab semua persoalan naper tak leh masuk link tu. selamat berjaya semua..

  63. sumer yang x dapat check………sila hubungi puhak MARA

  64. geramnye…knape x bleh nk tngok keputusan……..yng kluar problem loading page

  65. tak dapat pun link ke semakan kemasukan mrsm tingkatan 1 2011

  66. ASL SUSH SGT NK MSUK PAGE NTOK CHECK TU??DA 2HARI TRY XDPT JGK..ASYIK KUO COULD NOT CONNECT JE…DE X LINK LEN SLAEN http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp?

  67. alhamdulillah anak saya dapat mrsm alor gajah. bersyukur kepada Allah S>W>T walaupun hajat mintak mrsm gemencheh tapi tak dapat.

  68. alhamdulillah

  69. pelajar kecewa says:

    sya + kwn2 kecewa sgat sbb tk dpt msuk mrsm. penat blajar utk dpt 5A tpi masih beskolah dgn kwn2 lama yg result hancus. parent cakap kalau kita tk ada kabel memang susah sikit walaupun berpendapatan sederhana. kalau tk percaya nanti waktu pendaftaran pergilah tengok kt mana2 mrsm, gerenti banyak keta mewah dan parent ala2 datuk dan datin dtg anto anak daftar.

    • tak juga kot, ibu bapa saya biasa je takde ijazah pun

    • saper main kabel nasib la kalo ank diorang x nk belajar teruk jugak keputusan

    • lu pikir la sendiri says:

      dari dulu dah ada tapi tak ketara…masa tu aku di MRSM ****** tahun 84~88. seronok giler. bila aku nak masukkan anak aku 5A kat MRSM dan SBP…gagal. tgh buat rayuan tanpa kabel pesawat. cuma ada kabel spark plug kete burok aku. Rancangan Allah siapa yang tahu! Aku plan nak ajar anak aku berniaga sambil belajar. Takkan nak makan gaji sampai tua. Ada ijazah bergunung pun menganggur. Lagi pulak sape nak terima fresh graduate bekerja…aku pernah interview orang masuk kerja…jgn harap majikan nak beri kerja pada budak mentah…satu dua tu mungkin terlepas sbb nnt perasan sgt….lu pikir la sendiri

    • ex-MRSM KB says:

      sebenarnya, tak semestinya sape yg dpt 5A UPSR boleh dikira pandai, tak baik kata kita sekolah dgn org yg dpt result hancur . selalunya org yg dpt 5A UPSR tu la waktu PMR hancuss. sbb terlalu over confident sgt. saya dulu UPSR dpt 3A2B je. tp PMR boleh je dpt 8A and dpt masuk MRSM waktu form 4. jgn salahkan org lain, sebab anda ibarat menyalahkan takdir yg allah telah tetapkan untuk kita. sabar tu separuh dr iman. nnt form 4 boleh apply lagi, insyaallah kalau ada rezeki.

  70. T0LONGlah!!!surat twran 2 x print lg..knpe x leh connect pulak!!

  71. xlh nk semak…..link tidur…….

  72. yg dpt mrsm,mara htr surat ke?

  73. Ingin tahu says:

    disebabkan link MARA tidak dpt dibuka…bleh ke saya terus pergi ke MARA HQ untuk mendapatkan surat tawaran, borang2 dan panduan pelajar baru…

  74. alhamdulillah anak ke-2 saya ditawarkan ke MRSM Kem Terendak…..kakaknya dulu pun dapat kat sana jugak tp selepas PMR dpt offer ke MRSM Taiping plk……rezeki anak-anak……syukur sgt2….kpd yg tak berjaya jgn bersedih masih boleh cuba utk kemasukan ting 4

  75. Tarikh semakan semula keputusan ke MRMS adalah pada 24 januari.maklumt lanjut boleh semak kat sini, http://www.2dayblogger.com/blog/2011/01/23/tarikh

  76. […] Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2011 […]

  77. asal tetibe je tukar tarikh…..?? ade masalah ea??

  78. ada seorang murid, cucu kepada peneroka Felda, duduk dan belajar di sekolah Felda di pendalaman Gua Musang Kelantan, peroleh 5A dlm keputusan UPSR2010 baru ni, anak kepada sorang ibu tunggal, TIDAK berjaya jugak mendapat tempat ke MRSM dlm semakan baru2 ni… heran jugak kan.. byngkan insan2 seperti dia yang pasti terasa kecewa…

    • ada seorang murid, anak executive petronas bergaji lebih RM20,000.00, duduk & belajar di Pusat Bandar, perolehi 5A dalam UPSR 2010 baru ni.. Ibu juga bergaji besar.. BERJAYA ke MRSM dlm semakan baru ni.. saya pun heran jugak.

  79. Yuran boleh bayar dekat sekolah MRSM terus..

  80. assalamualaikum,

    saya sangat terkilan dengan 'website' untuk menyemak kemasukan ke mrsm tingkatan 1. sehingga ke hari ini saya tidak dapat akses ke laman web tersebut, sehinggalah di beritahu oleh admin web ini yang mana ianya dapat di semak 24hb sebelah petang.. saya sangat terkilan bagi pemohon yang terpaksa berulang alik ke cyber cafe tapi pulang dengan hampa setelah mencuba berulang kali tetapi masih tidak dapat akses web semakan tersebut.

    Pihak MARA sepatutnya lebih prihatin kepada pemohon yang berada di pinggir kampung yang mana akses ke internet adalah tersangat terhad. kalau sistem online belom betul2 stabil, biarlah ada cara lain untuk menyemak seperti menyediakan talian telefon. dan seperti yang telah berlaku baru baru ini, talian telefon untuk menyemak juga, saya tidak pernah 'berjaya' untuk menyemak kerana talian terlalu sibuk.

    sangat kecewa.

  81. Dah cuba beratus kali…..masih x dapat bukak..macammana nie yerk…..

  82. dah boleh rasanya..ada link baru, kat sini http://www3.mara.gov.my/keputusan_mrsmf1/

  83. KEPADA SEMUA YANG NK CHECK BOLEH CHECK DAH E-PUTRA DAH MEMPEBETULKAN KEROSAKAN………….

  84. Alhamdulillah anak saya dapat masuk ke MRSM Alor Gajah Melaka.

  85. tahniah bg yg berjaya..yg x berjaya harap sabar…itu cuma ucapan tapi sukar di realisasikan.. betul juga kenapa anak2 org kaya di bandar perlu masuk MRSM atau SBP ???? kan segala kemudahan di sana dah lebih dari cukup…Cuma mereka ni malassss jaga anak dan duit banyak dan cuma tau nanti anak berjaya gondolll. kalau anak2 org susah/sederhana tu dah cukup segala kemudahan mereka pun x minta masuk sbp/mrsm.. lagi pun ibubapa yg susah tu lebuh penyayang dari yg kaya-raya… lihat niat org kaya ni dibalas suata hari nanti.. mereka pulak dihantar oleh anak2 ke ASRAMA PENUH ORG2 TUA….

    • hahahahahaha sbp orang tua2

    • menulis menggunakan akal bukan mengikut emosi…

      • Ibu pelajar says:

        Insyallah , anak2 x buat kita mcm tu.. lengkapkan diri mereka dengan ajaran agama Islam yang mulia dan terpuji

      • ya setuju…dapat ke tak dapat yg kaya ke miskin ke bandar atau luar atau bandar, semuanya ketentuan Ilahi. Kabel sebesar mana pun tak dapat menandingi kuasa ilahi

        • lu pikir la sendiri says:

          nie mcm ayat nak sedapkan hati jer…..jgn lupa kenapa Allah tak islamkan seluruh umat manusia dengan kuasa yang dia ada…..mesti ada rahsia yg tersembunyi yg perlu kita fahami. nasib sesuatu kaum itu tak kan berubah jika……………

  86. Sedih sangat….. sbp tak dapat, mrsm pun tak dapat. pengambilan kedua sbp bila keputusannya ye?

  87. muhammad zaki says:

    kena sahkan ke , sijil2 korikulum tuh >??

  88. Salam ..nak tanya , saya dah buat rayuan secara online utk anak .
    So perlukah buat rayuan secara bertulis ?

  89. NORHANI JAWILE says:

    salam….saya nak tanya…sekiranya kita menolak tawaran masuk ke tingkatan 1…adakan nama kita akan disenarai hitamkan,apabila kita memohon untuk kemasukan ke tingkatan 4 pada masa depan….harap bagi panduan ya….terima kasih…..

  90. Tak baik cakap macam tu…saya tiap minggu tengok anak di-asrama SBP. Tidak ada niat nak menyisihkan mereka.Anak saya yang hendak masuk asrama nak berdikari dan mengejar impian menjadi doktor pakar….

  91. Assalammualaikum… bule tolong explain macam mana nak buat rayuan utk mrsm form1. call mara, diorg kata buat surat rasmi and isi borang kat website. masuk website mara, tak de pulak link for rayuan… sesiapa tolong reply..

  92. kepada yang komen kenapa anak2 sekolah bandar dapat tawaran ke sbp atau mrsm,cuba la pk sejenak, anak2 yg dalam badar juga ada perasaan dan cita2. dah tentu bg mereka sbp dan mrsm adalah sekolah yang terbaik… so… pk2 la sebelum mengata…jadila dewasa…

  93. Ibu Nur Ain Fatihah says:

    Saya dah pun membuat rayuan melalui online dan bagaimana untuk memastikan yang rayuan saya telah berjaya dihantar?

    Selapas membuat rayuan, hantar sudahpun klik di kotak hantar tetapi tiada sebarang mesej yang mengatakan rayuan berjaya dihantar.

    sila jelaskan.

  94. kenapa saya tak dapat nie…

    sebenarnyer MRSM nie memilih pelajar yang macam mana?

    susah sangat nak dapat…

  95. lu pikir la sendiri says:

    Dari luahan hati anak2 dan ibubapa disini kita dapat simpulkan beberapa perkara yg perlu diperhalusi:-
    1. sistem pemilihan SBP/MRSM yg telus
    2. sistem yg memberitahu punca kegagalan kemasukan

    siapa ada idea lain?

  96. NURUL ASHIIQN says:

    BILAKAH KEPUTUSAN RAYUAN MRSM AKAN DIKELUARKAN???

  97. salam semua…..tak baiklah menuduh ibubapa yg menghantar anak ke sbp/mrsm tidak bertanggungjawab atau tidak sayang kepada anak2. sebenarnya semua ibubapa mahukan yg terbaik utk anak2. disebabkan sayangkan anak2lah maka kita perlu usahakan yg terbaik utk mereka. tp klu dah tak der rezeki kt kenalah redha.

  98. bapa yang kecewa says:

    apa la nasib anak-anak yang dapat 5Atapi tak dapat masuk ke asrama penuh sbp ke mrsm ke. Dunia kabel dah melanda dalam sistem pendidikan. Selalunya ada dalam kes tender kerajaan saja.

  99. Assalamualaikum semua….saya bersetuju dgn apa yg Umi katakan…kt kena berusaha selagi mampu sebagai ibubapa & kalau dh x da rezeki, kita redha ajelahhh…ank sy pun x dpt ofer dr sbp & mrsm walaupun beliau layak dr segi aktiviti ko-kurikulum yg sampai ke prgkt kebangsaan & akademik pula, beliau sering mendpt tempat yg baik setiap kali exam…& beliau sgt aktif…& km juga berasal dr keluarga yg berpndptn sederhana shj dgn 5 org ank yg bersekolah…& saya sebagai ibubapa akan terus cuba untuk membuat rayuan drect ke MARA kerana ada 3 intake rasanya…sekiranya ada rezeki utk ank sy, insyaallah dpt beliau ke MRSM…jadi ibubapa yg lain2..kita berusaha dulu ye…jgn marah2…tempat d MRSM x byk tp bilangn anak2 kita yg memohon tersangatlah ramai….kita tawakkal pd Allah…

  100. Kalau x da rezeki utk ank kita msuk sbp/mrsm ketika form 1, mgkn rezeki mereka d Form 4…alhamdulillah,ank ke2 sy dulu2 jugak aktif tp x mendpt ofer ke mana2 mrsm/sbp tp rezeki beliau,PMR thn lps beliau mendpt 9a & alhamdulillah, thn ni beliau mendpt ofer ke SBP d Kedah…syukur pd Ilahi…berdoalah wahai ibubapa demi masadepan anak2…jgn mudah kecewa & menyalahkan pihak tertentu…

  101. bila keputusan 2nd intake mrsm dikeluarkan ? utk ting. 4

  102. […] memasuki Tingkatan 1 dan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui […]

  103. Matjeen. says:

    Daripada keluhan-keluhan para ibu/bapa & pelajar2 yang memohon kenapa ada rasa ketidak puas hati dalam sistem pemilihan utk ke sbp atau mrsm apa bila tidak berjaya kerana kita mendapat tahu ada yg lebih layak tak dapat….ada yg tak berapa layak dapat.
    SEKIRANYA PEMILIHAN INI DIBUAT DGN TELUS,ADIL DAN BETUL2 MENGIKUT URUTAN KELAYAKAN,SAYA RASA TIADA IBU/BAPA & PELAJAR AKAN PERTIKAIKAN & MERUNGUT KENAPA TIDAK DITERIMA KE SBP/MRSM.
    contohnya: anak saya upsr 5A,upkk 8A,wakil sukan ke peringkat daerah,6 kali pertandingan kuiz ke peringkat zon & daerah,pengawas masih tak dpt ke mana2,sek men kat felda je,
    kawan anak saya satu sek rendah,kwn group study dpt 5A & pengawas itu saja,sukan peringkat rumah pun tak terpilih.masa keputusan utk ke sbp dpt tahu 21/dis tapi dia 19/dis dah dpt tahu berjaya ke SBP setelah balik dari KL,skrg ni 3 beradik dok kat SBP sains,ayah dia satu tempat kerja dgn saya,jawatan lagi tinggi dari saya….gaji tentunya……
    TAPI TAK APA ALLAH ITU MAHA ADIL…………ALHAMDULLILAH.

  104. […] memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada Januari, pengambilan kedua pada Februari dan pengambilan ketiga pada Mac lalu boleh […]

  105. […] memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari dan pengambilan kedua Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan […]

  106. […] memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui […]

  107. Ibu prihatin says:

    Assalamualaikum,saya ibu kpd pelajar yg memohon utk kemasukan ke MRSM ULUL ALBAB d KPL BATAS.Blehkah sya tahu tarikh utk panggilan temuduga pd 12.12 .2011 memang telah d sahkan & pelajar tdk perlu menunggu sebarang surat / telephone bg sesi temuduga trsebut ?

  108. IBU PRIHATIN says:

    Assalamualaikum,saya seorg ibu kpd pelajar yg memohon bagi kemasukan ke MRSM ULUL ALBAB KPL Batas.Soalan saya : a) Adakah tarikh yg diberi pd 12.12.11 telah ditetapkan bagi semua pelajar yg memohon ke MRSM utk sesi temuduga tanpa menunggu surat / telefon dr pihak terbabit ????????? b) Ank saya mendpt 5A dlm UPSR & 8A dlm UPKK serta MUMTAZ dlm PROGRAM J-QAF tetapi dia tdk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama (SRA) pd thn 6.Adakah dia layak bagi memasuki ke MRSM ULUL ALBAB sedangkan dia juga memiliki kebanyakan sijilnya berkaitan dgn agama ?SAYA BRHRP MENDPT JAWAPAN SERTA FEEDBACK DR ANDA………..TQ.

    • Tarikh itu sah selagi tidak ada maklumat sebaliknya dari MARA, boleh call MRSM Kepala Batas utk kepastian.
      Semua pencapaian & kelayakan yang ada akan diambil kira & dipertimbangkan di dalam pemilihan

  109. IBU PRIHATIN says:

    Assalamualaikum,bagaimana memastikan tarikh untk sesi temuduga ke MRSM ULUL ALBAB .Adakah tarikhnya seperti tercatat pda surat permohonan iaitu 12.12.11 telah disahkan tanpa menunggu surat / telefon bgi pelajar untk menghadiri sesi temuduga ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.