Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2013.

Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;

  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Maktab Rendah Sains MARA

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  4. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
  5. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  6. Lulus temuduga.

SYARAT KHAS

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum.

MRSM Ulul Albab

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  4. Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

MRSM IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Lulus ujian comprehension.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

MRSM Ulul Albab & IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Mempunyai minat dalam bidang agama.
  3. Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2012.
  2. UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.

Pemilihan

  1. Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi iaitu 19 November 2012.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2013. (Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.
  5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 4 Disember 2012.
  2. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

284 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013

  1. Calon MRSM tulen says:

    permohonan harus dibuka kepada yang mendapat 4A1B sebab kebanyakan yang mendapat 5A pun adalah dari kes soalan bocor. Temuduga dan ujian kelulusan harus diadakan utk yg memohon MRSM.

    Yang mendapat 5A dari soalan bocor..tak perlu memohon…sebab merendahkan martabat MRSM.

    • 2 thn lalu Muhyidin Yassin ada keluar statment yg mengatakan pelajar yg dpt 4A,1B juga bleh mohon SBP & MRSM ….

      Tp, X'nampak jalan nya nyer sampai skang… HAMPEH…

      • ayah first says:

        Kata orang politik boleh caya ke….???? Bangun lah dari mimpi tu……..

      • Sebenarnya memang kerajaan nak bagi semua budak cemerlang (termasuk 4A1B) masuk SBP/MRSM. Tapi skarang kerajaan dah kurang duit. Dulu memang ada rancangan buat sekolah SBP/MRSM di setiap negeri. Ikut rancangan , dlm masa 5 tahun, setiap negeri, ada lima tambahan SBP dan MRSM. Tapi apa boleh buat….ni skarang bajet kena bagi sama rata bagi sekolah2 SRJK Cina dan Tamil, sebab dia orang marah, kata kerajaan tak jago.
        Yang lain2, marah sebab kata harga barang naik. Kenalah kerajaan bagi BR1M, KR1M dan macam -2 lagi.
        Ni SBP dan MRSM baru…buat lagi…cuma lambat skit….satu tahun …satu ajo. Gilir gilir…satu tahun satu negeri dapat. Banyak loh bersabar. Nak BR1M ko…nak sbp/MRSM…..you get some ..you lose some.

    • puteri evans says:

      ye ke..

    • sudahlah kau . bocorlah . berlobanglah. kalau dah anak tu mmg dari darjah 4 dah no 1 dalam kelas nak buat camna . mmg pandailah tu . tokoh murid lagi .

    • Dah bocor pon tetap dpt 4 a 1 b ape ke hal?

  2. Bapa Pelajar says:

    buka peluang kepada lulusan 4A1B dan pelajar itu juga mempunyai kelulusan Darjah 6 di Sekolah Agama Rendah, agar mereka boleh memilih ke jurusan MRSM Ulul Albab

  3. Keseimbangan Ilmu says:

    Pelajar yg mendapat 4A1B di UPSR dan juga mempunyai kelulusan Mumtaz di Sekolah Rendah Agama juga patut diberi peluang, kerana mereka berusaha lebih untuk mendapat 2 jenis kelulusan dalam satu masa, dan agar mereka berpeluang meneruskan pelajaran mereka ke jurusan MRSM Ulul Albab.

    • SALAM, pada pendapat saya pula, yang dapat 5A pun dah ramai apatah lagi bagi peluang kepada 4A 1B… Untuk pengetahuan tuan / puan pelajar yang mendapat 5A dan MUMTAZ serta berjaya 8A dalam UPKK di seluruh malaysia ini ramai, jangan fikir anak tuan/puan sahaja yang berjaya… YA, memang ada pelajar yang mendapat soalan BOCOR sewaktu UPSR tahun ini, tetapi tidak semuanya , BUKAN? jangan lah terlalu kejam kepada pelajar yang mandapat 5A… lagi pula, BELUM tentu mereka dapat MRSM dan SBP… jika anak tuan/puan mendapat 4A 1B, apakata cuba minta KRK atau KAA… mata pelajarannya sama sahaja seperti SBP dan MRSM… ataupun cuba check dengan lembaga peperiksaan sekali lagi, mana lah tahu anak tuan / puan yang mendapat 4A 1B bertukar 5A… tak salah mencubanya… (maaf sekiranya tersalah bahasa, hanya memberi buah fikiran…)

      • Benci penipu says:

        Kan dah jadi pengetahuan umum, ramai yg dpt 5A sebab soalan bocor. Sebab tu kementrian naikan peratus kelulusan dari 80% ke 90%. Takyah kata yg dapat soalan bocor mestilah score lebih 90%. Manakala yg berhempas pulas memerah otak mungkin hanya mendapat antara 80%-90%….dan menyebabkan sesetengah tercicir mendapat 1B.

        Kalau gitu…bukankah adil kalau tahun ni SBP/MRSM dibuka utk yg mendapat 4A1B.?

        Masa UPSR x sanggup bersaing secara adil. Mengharapkan soalan bocor. Bila memohon utk SBP/MRSM disuruh tidak mempersoalkan yg mendapat 5A dan mengizinkan mereka yg menipu utk memasuki MRSM tanpa perlu saingan. Ohhhhh..masih adakah keadilan ?????

        • sokong benci penipu says:

          Saya sokong pendapat anda..Kita umpama mentimun..Kalu dapat 4A1B..dah ada jawapan lazimnya..begitu juga kalu dapat 5A..pun dah ada jawapan lazim..melainkan kalu ada kroni..begitu la tradisinya..

        • Minta maaf ye , saye calon UPSR yang mendapat 5A dan Mumtaz dalam PSRA memohon ke SBP ( tidak diterima masuk ) MRSM ( results pending ) dan KRK ( diterima ) , saye memang tak tahu ade yg dapat soalan bocor … Sejujurnye , HANYA markah Science yg dinaikkan peratus dengan TUJUAN untuk menyenangkan pihak asrama untuk memilih murid yg terbaik! Lgipun , khabar tentang soalan bocor tuh salah . Ade penceramah kate tuh satu khabar yg nak bagi sesetengah pihak naik angin MACAM sekarang . Science saya 25/30 ( paper 1 ) dan paper 2 ( /20 ) memang tak tahu . yang pasti markah saye yg paling tinggi boleh dapat 90% sedangkan saye ade tersalah tulis jawapan untuk salah satu soalan dapat paper 2 tersebut…. Tolong paham , murid murid yg mendapat 5A akan tersa jika mereka bace komen komen ini -_-

  4. Pn Norhaslina Hassan says:

    Assalamua'laikum,

    Saya bersetuju dengan komen Keseimbangan Ilmu…..

    Saya ibu kepada anak saya dari SRA JAIM (Melaka) yang menduduki UPSR 2012, telah mendapat 4A 1B, rayuan semakan keputusan telah dibuat ke pihak LP.

    Anak saya telah mendapat MUMTAZ utk SIA (Syahadah Ibtadaeiah Arabiah)nya dan telah memperolehi Anugerah Pelajar Cemerlang SIA utk 2012.

    Semasa ke pejabat MARA negeri, pegawai yang bertugas terus kata TIDAK LAYAK apabila melihat keputusan anak saya. Hampa….

    Surat rayuan kepada BPM MARA telah saya hantar keesokannya. Salinan kepada MARA Negeri dihantar 'by hand'.

    Soalan : Diharapkan hari ini, usaha untuk mendapatkan no pin akan dilayan, agar anak saya dapat diberi peluang bersaing yang sama bersama pemohon lain yang mendapat 5A, memendangkan minatnya yang mendalam untuk ke jurusan Ulul Albab. Berbekalkan sedikit kelebihan dalam bidang kepimpinan (Ketua Pustakawan) dan Anugerah NILAM 2011, diharapkan anak saya akan mendapat peluang ini.

    Terima Kasih.

  5. Assalamualaikum..saya amat2 bersimpati dengan anak2 yg tidak mendapat 5A, ini termasuklah anak saya..(walaupun antara student target..hy dpt 3A2B).memang terkejut dan kecewa.Namun sy bersyukur,hikmah Allah tiada siapa yg tahu…ameen.utk makluman,2 org anak saya adalah pelajar MRSM.Yg sulung sdng menyambung pelajaran,yg kedua menunggu keputusan PMR…Kepada ibubapa disini,sy ingin berkongsi…if tak dapat MRSM pun tak apa.Sekolah mana2 pun sama aja….Yg penting pelajar itu sendiri..keinginannya..kesungguhannya…penglibatan ibubapa dlm sistem n cara anak tu belajar.Ya,sy akui…sistem pembelajaran sgtla berbeza dgn sekolah biasa…Carila siapa2 yg belajar di MRSM,share soalan dan banyakkan latihan….kawal anak2 dr berFB/berinternet keterlaluan.budak MRSM hanya masa semester break sahaja berFB/berinternet…anak saya yg menunggu PMR,dah start study sendiri utk form 4..buat latihan n berbincang ttg pelajaran….Tahun hadapan adalah tahun ke 7 & sy berulang alik ke MRSM…Jadinya saya nak berpesan sekali lagi….Sekolah mana2 pun sama sahaja….Hikmah Allah,tidak mengizinkan mendapat tempat dan 5A dlm UPSR tiada siapa yg mengetahui…berlapang dada,bersangka baik…ameen.p/s:..antara ciri2 studnt cemerlang,hp dia org yg biasa2 aje…ade jugak yg cemerlang guna hp canggih…sharing is caring.ramai student MRSM yg cemerlang sy ketemu begitu…walaupun ibubapa 'tersangatla' mampunya…

    • Saya terkilan anak saya tidak mendapat tawaran ke MRSM IGSCE Mungkin dia tidak layak, mungkin bukan rezki…. wallahua'lam. Kita sebagai ibu bapa perlu ber lapang dada. Ada anak2 yang mungkin kecewa, jadi kita ibu bapa perlu memainkan peranan ketika ini untuk meredakan kekecewaan mereka. Saya separuh bersetuju dengan pendapat yang mengatakan sekolah mana2 aje sama. Program Cambridge O Level (IGSCE) telah meletakkan tahap pendidkan MRSM di persada global. Tapi bukan itu yang menyebabkan saya memohon MRSM IGSCE. Pembelajaran dalam sains dan matematik dlm Prgrm IGSCE dilihat dapat menghasilkan daya penaakulan dan kemahiran berfikir dalam sains dan matematk dalam diri pelajar pada tahap yang lebih baik. Ini adalah satu skill yang kritikal dan amat diperlukan di universiti. Kami, pengajar, di universiti agak terkilan dalam hal ini. Pembelajaran sains mengikut kurikulum sekolah ketika ini banyak menekankan kemahiran menghafal dan mengingat , kecemerlangan dapat dihasilkan dengan kerja latih tubi yang bersungguh2. Kemahiran menjalankan kajian (reserach)hanya ada pada segeintir pelajar sahaja.. Akhirnya kita akan jadi juara sebagai pengguna (consumer) dan bukan sebagai applicator atau pereka (developer – inventor).. Wallahua'lam.

  6. Cikgu SEMESTA says:

    saya setuju ………. rezeki ketentuan Allah . Ibu bapa jangan kecewa walaupun anak tidak mendapat 5A UPSR bukanlah penamatnya . Banyakan berusaha dan berdoa mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah…. insyaalllah

  7. Mohd Razli bin Hj.Awang says:

    Saya ingin memohon dan ingin tahu bagaimana untuk memasuki MRSM anak saya mendapat 4A1B adakah dia layak untuk memasuki MRSM.

  8. Yang mendapat 5A terlalu ramai. Tambah sebuah SBP dan MRSM disetiap negeri pun tidak dapat menampung pelajar-2 yang mendapat 5A.
    Kalau yang mendapat 4A pun diizinkan untuk memasuki MRSM dan SBP, yang mendapat 5A tapi gagal memasuki MRSM/SBP mesti berasa tidak puas hati.

    Melobi kepada kerajaan agar menaik taraf sekolah yg sedia ada dan sediakan program-2 yang setaraf dengan MRSM/SBP untuk pelajar-2 cemerlang yg gagal mendapat tempat di sekolah elit. KAlau tak, bina lebih banyak SBP / MRSM utk semua pelajar yg cemerlang.

    • cikgu muda says:

      saya bersetuju dengan ideacikgu… ade beribu-ribu org yg dpt 5A x dpt masuk sbp atau mrsm… buat ape bgi bdak yg dpt 4A… nnti msti adenye perselisihan klu bdak 4A tu dpt masok.. tpi ade bdk 5A yg x dpt masok.. jdi harusla kite mngekalkan syarat agar hanya bdk 5A shj yg dpt masok ke mrsm.. sekian…

  9. Saya setuju dengan pelajar yang mendapat 5A ..kebanyakkannya dari soalan yang bocor. Pelajar ini telah menidakkan hak pelajar lain yang benar-benar layak sebenarnya.

    MARA perlu memberi ruang kepada pelajar yang 4A 1B untuk memohon juga untuk memilih pelajar yang benar-benar layak untuk memasuki MRSM. Mgkn mereka lebih baik ..

    • IBU MUDA GEDIK says:

      Demi menjaga status dan martabat MRSM, Mara perlu bertegas dengan hanya mengambil pelajar yang mendapat 5A sahaja.
      Terdapat ramai ibubapa mengunakan "kabel" datuk -datuk , Pegawai-2 dan kenalan dari pejabat MRSM utk memasukan anak mereka ke MRSM walaupun anak mereka hanya mendapat 4A.

      Ini hanya akan menjatuhkan prestasi MRSM dan hak hak mereka yang benar-2 layak dinafikan.

      Jangan sesekali melayan mereka yang mengunakan nama datuk-2 dan VIP serta orang dalam untuk memasukan anak mereka ke MRSM. Mereka adalah golongan yang memalukan martabat MRSM. !!!!!!!!!!!!!!!!

      • ibu tidak gedik says:

        Tiada istilah kabel. Kabel yang kuat adalah kabel dari Allah swt. Tidak semua anak-anak datuk-datuk, pegawai-pegawai dan kenalan dari pejabat MRSM yang menggunakan kabel malah tidak dibenarkan sekiranya keputusan anak mereka juga tidak mendapat 5A.

        Apa nilai pada pelajar yang mendapat 5A sekiranya berpunca dari soalan bocor?

        Cuma peluang perlu juga diberikan kepada pelajar yang mendapat 4A1B untuk memasuki MRSM.

        • Ibu tergedik gedik says:

          Ohh tidak-tidak. Kalau 4A diberi peluang….yg mendapat 3A pun akan akan menuntut hak diberi peluang. Kemudian yg mendapat 2A pun akan bangkit menuntut yang sama.
          Kalau begitu, bukan kah lebih baik dimansuhkan aje MRSM dan SBP dan peruntukan itu disalurkan utk semua sekolah biasa dan adakan kelas khas utk murid-2 cemerlang. Boleh diterima ke cadangan itu.? Mesti ramai yang bantah kan.? Sebab setiap ibubapa akan menganggap anak mereka lebih baik dari yg lain dan harus diasingkan dari mereka yg lemah. Betul ke dgn cara-2 yg senang diamalkan sekarang.? Hmmmmmmmm…..

          • eloknya semua pelajar2 yg brminat mrsm dipanggil temuduga…sebab upsr nothing…tak de maknanya….

            • Sokong UPSR says:

              Statement yang bodoh dan dangkal…kalau semua yg minat boleh mohon tanpa mengira result UPSR, berapa lama nak temuduga…berapa banyak man-power nak pakai…..berapa lama baru selesai proses temuduga..???

              UPSR kayu pengukur utk past 6 tahun belajar kat Sek rendah. Hanya mereka yg tidak ada pencapaian yg tidak tahu menghargainya.

            • UPSR kayu pengukur prestasi murid utk 6 tahun. Hanya mereka yg tidak mempunyai pencapaian bagus tidak tahu menhargai nilai UPSR

      • Nasib si 4A says:

        Salam, saya ada dicadangkan oleh rakan utk berjumpa dgn tok menteri, bagi "mendapat tempat" di MRSM. Namun, walaupun anak saya dari kumpulan anak-anak yang mendapat 4A ini, tetapi – kami masih sedar apa yang kami buat.

        Kalau kami turuti cadangan rakan itu tadi, memang saya lah yang mengajar anak utk menjatuhkan martabat MRSM itu sendiri, kerana menggunakan kabel2 besar…

        Jadi, tak perlulah gunakan "org dalam" ni, rasanya, DOA kepada Nya lah jalan sebaiknya, insya Allah jika ada rezaki untuk anak saya, beliau akan mendapat tempat, walaupun lambat….

      • my own mind says:

        Yg dpt 5A pown,lom tentu dpt…..so,kenapa nk tambah dgn yg 4A lg..

        • bapak gedik says:

          ada jugak yg 5a dah dpt tmpt mrsm/sbp tak mahu pegi… nak duduk bawah ketiak maknya ataupun anak emas…. ini lagi menyusahkan penempatan pelajar kepada sekolah menengah harian bagi pelajar yg tak dpt 5a pasal kouta rc telah diambilnya. Akhir yg kesian, budak-budak yg tak dpt 5a … biarlah masa yg menentukan… amin.

    • ibu tua simpati says:

      bukan semua murid 5A mendapat soalan bocor seperti anak saya..dia tidak mendapat kelas tambahan atau lain2…ada juga murid 5A yg berusaha sendiri….
      saya berharap ibu2 atau bapa2 jgn lah bersedih dgn kputusan ank anda
      saya juga brhrp pihk mrsm berskap adil..

    • ibu muda jugak.. says:

      Ibu2 kpd anak2 yg dpt 4A. Jgnlah krn anak2 anda x dpt 5A, kamu sewenang2nya mengatakan yg student 5A tu kebanyakan dpt soalan bocor. Sedarlah keputusan itu semua atas usaha anak2 semua dan selebihnya adalah rezeki dari Allah. Kalau dah x dpt 5A tu redha je lah.. cuba lagi pada exam yg akan dtg.

    • Ibu Happy says:

      Tidak semestinya dapat 5A sebab soalan bocor , kata2 kamu seperti orang tidak berakal.

    • salam,saya murid yang mendapat 5A..adakah saya mendapat soalan bocor?tidak pun.saya berusaha dgn gigih..tidak semstinya murid yng mendapat 5A mendapat soalan bocor daripada mana2 pihak.bayangkan kami yang mendapat 5a dikecewakan oleh pihak2 dari laman web mengatakan kami mendapat soalan bocor..kami berusaha dengan gigh untk mencapai kejayaan ini.

  10. Salam,

    Terima kasih kepada efendi A.M, cikgu SEMESTA dan Ideacikgu. Sebagai maklumat tambahan (bukan untuk meraih simpati), anak saya merupakan seorang CBK (Calon Berkeperluan Khas) iaitu pemegang kad OKU; kategori pendengaran(sebelah telinga moderate to profound sensourineural hearing loss)

    Terima kasih kepada yang memberi idea & semangat.. ya, rezeki itu di tangan Allah. Semoga mana-mana anak-anak dan ibubapa – yakinlah bahawa pasti akan ada rezeki untuk anak-anak kita, mungkin bukan di UPSR, tetapi di masa-masa akan datang…

    Sebagai seorang guru juga, saya turut bersetuju dgn pendapat – bersekolah di mana pun sama, apa yg penting adalah sikap & cara belajar pelajar serta kawalan ibubapa. Sememangnya aspek "jenis sekolah" sedikit sebanyak memberi impak kepada cara belajar pelajar di samping budaya di rumah dan sikap pelajar itu sendiri. Apatah lagi sekarang dgn sistem PBS(Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang memang banyak memerlukan penilaian dan pemerhatian guru selain drpd aspek peperiksaan. Mereka ini nanti hanya akan menduduki peperiksaan SPM, tiada lagi PMR…maka halatuju anak-anak ini(mulai batch Tkn 1 2012) masih lagi belum jelas sebenarnya…selepas di tingkatan 3, bagaimana nanti tentang penjurusan ke bidang pilihan mereka….

    Oleh yang demikian, dengan memilih jurusan Ulul Albab, ia telah jelas menampakkan kecenderungan imbangan ilmu dunia dan akhirat, jika tidak masakan persaingan begitu sangat sengit. Oleh sebab itulah saya mempunyai harapan yg agak tinggi untuk memberi peluang yang sama kepada anak saya yang telah terdaftar sebagai CBK dalam UPSR lalu, untuk bersaing secara sama dengan mereka yang mendapat 5A… Mungkin di sinilah ujian untuk kami…

    Sehubungan dengan itu juga saya berharap agar anak-anak yang (kebetulan) mendapat 4A 1B, juga diberi peluang ini. Kemungkinan, aspek anak-anak yang CBK boleh dijadikan kes khasdan boleh dipertimbangkan semula sewajarnya oleh Panel Rayuan Kemasukan ke Tingkatan 1 2013, memandangkan syarat 5A itu, bukanlah 100%, aspek SES dan Kokurikulum pemohon juga menyumbang peratusan yang hampir sama. Jika dilihat daripada syarat khas kemasukan ke Ulul Albab, andaikata mereka yang mendapat 4A ini menepati semua syarat yang ditetapkan, cuma kekurangannya di keputusan UPSR dan tambahan pula (seperti anak saya), mereka seorang CBK, mungkin di situ boleh diletakkan merit tambahan (keistimewaan sbg OKU).

    Saya mintak maaf sekiranya susunan bahasa saya ada kesilapan. Sesungguhnya, nilai ilmu itu sangatlah penting dalam kehidupan kita semua. Semoga – "walau di mana pun anak-anak kita bersekolah (peringkat menengah), (termasuklah anak-anak yang istimewa ini) jiwa dan semangat mereka terus kental membara sebagai insan yang dahagakan ilmu, walaupun mereka dalam keadaan kekurangan(sebagai anak istimewa). Dan semoga kekurangan ini tidak akan membantutkan atau menjejaskan matlamat dan cita-cita mereka".

    Wassalam.

  11. ibu prihatin says:

    Ya…saya juga merasakan perkara yang sama…anak perempuan saya mendapat 4A1B dlm upsr 2012 ini..UJIAN APTITUD(ujian IQ) anak saya dapat BAND 4 ke dua2nya…masa trial dia dapat 5A.. Dia juga telah berjaya mendapat 8A dlam UPPK THN 5 nya …dah lama dia menyimpan hasrat dan cita2 untuk ke MRSM ULUL ALBAB…Dia mahu menghafal al quran…Saya harap peluang pelajar 4A1B ini dibuka…ketentuannya boleh lah dibuat semasa sesi temuduga nanti..Yang penting mereka diberi peluang memohon dan ditemuduga…TQ..

    • Turut Simpati says:

      salam, kita mempunyai nasib yang sama… Cuma anak puan adalah perempuan, anak saya lelaki… Utk peperiksaan percubaan, dia mndapa 5A, ujian UPKK semua A.

      Kita anggaplah yang Allah nak menguji kita dan anak2 dgn memberi 4A1B… sama2 lah kita berharap & berdoa agar anak2 ini diberi peluang yang serupa

  12. Bagi pendapat saya pula, samada 5A atau 4A, kedua-duanya harus diberi peluang untuk memohon. Selepas itu stage kedua adakan IQ test. Pada masa itulah kita akan tau pada tahap mana pencapaian anak itu. Kerana tidak semestinya anak yang mendapat 5A akan berjaya sepenuhnya pada masa akan datang, terdapat ramai juga yang kecundang di separuh jalan…

    • tak perlu semua tu…..Yg mendapat 5A pun dah terlalu ramai. Dan bukan semua yg dapat memasuki MRSM. Kena temuduga dulu. Kalau 4A, 3A, dan 2A pun nak dilayan, sampai tengah tahun depan pun tak siap tapis calon -2 yg layak.

      Ini pula di suruh buat IQ test….kemudian ada yang suruh puat fisikal test…kemudian ada pulak yg cadang eye test….blood test…DNA test …..alamatnya sampai hujung tahun depan baru sesi sekolah bermula.

      • Bersetuju dgn ibu Aiman. Anak sy dpat 5A dan 7A UPKK tp tak dpt tmpt kat SBP. Itu dah ketentuan Allah. Sbg ibubapa patut dorong anak2 jgn putus asa bkn komplen sj

      • mamabatrisyia says:

        assalam. rasanya dah cukup banyak ujian yang terpaksa anak2 kita tempuhi..bukankah dah ada ujian aptitud yang menguji IQ? tidak semua yang dapat 5A capai Band 4 (tertinggi) untuk kebolehan berfikir & menyelesaikan masalah. Keputusan ujian boleh dirujuk di sekolah tempat anak ambil upsr dulu. kemungkinan pemilihan ke sbp turut mengambilkira keputusan ujian ini. nak masuk mrsm pun ada ukkm. saya rasa pihak kementerian & mara dah buat yang terbaik untuk membuat tapisan. selebihnya kita doa & tawakkal. upsr is not the end..it's just the beginning. sepanjang hidup ini akan lebih banyak lagi kekecewaan & kejayaan yang bakal mereka kecapi insyaAllah. janganlah jadikan upsr sebagai kayu pengukur. teruskan berdoa & bagi dorongan pada mereka..Allah maha adil lagi bijaksana

  13. Salmah Abdullah says:

    Anak saya mendapat 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Anak saya berminat memasuki MRSM ulul Albab sebagai pilihan pertama dan MRSM Biasa sebagai pilihan kedua, ketiga … dan seterusnya. Masalahnya apabila pilihan kedua dari MRSM Biasa dipilih, pilihan pertama MRSM Ulul Albab akan terpadam. Apakah pelajar tidak boleh membuat gabungan pilihan sebegini sekiranya memilih MRSM Ulul Albab? Pohon penjelasan

  14. Nur Iman Hakimi Bin Azlan (4A 1B) says:

    Saya bapa kepada Nur Iman Hakimi meminta jasa baik pihak MRSM untuk memberi peluang kepada pelajar- pelajar 4a 1b untuk memasuki MRSM, walaupun dengan panggilan yang terakhir…

    ( 2nd intake ).janganlah oleh kerana 1b…langsung tidak diberi peluang.

    • AYAH KU SAZALI says:

      Ya, saya setuju sangat pelajar yg mendapat 4A1B diberi peluang utk memohon ke MRSM / SBP.
      Itu pun setelah kesemua 45054 pelajar yg mendapat 5A dalam tahun 2012 telah mengisi tempat dalam institusi tersebut.

      Sekiranya masih terdapat kekosongan setelah yg mendapat 5A mendapat tempat mereka, yg mendapat 4A1B bolehlah membuat rayuan utk intake ke-2.

      Ya, betul,, pelajar 4A1B berhak untuk memohon MRSM, tetapi hak pelajar yg mendapat 5A tidak harus dinafikan.

      Ehhh….boleh muat ke MRSM / SBP utk 45054 pelajar tu.?

  15. Mari Melobi says:

    Keutamaan MRSM adalah diberikan kepada

    1) 50% kepada anak anak Penjawat awam yg mendapat 5A kerana mereka merupakan pendokong terbesar organisasi tertentu.
    2) 30% kepada anak-2 dari Felda yg mendapat 5A kerana mereka merupakan pendokong kuat organasasi tertentu.
    3) Dan selebihnya akan ditentukan oleh VIP, DATO-2, dan Orang dalam… kerana ini membolehkan mereka terus popular dan meraih sokongan dari segi undi.

    Oleh itu, samada dpt 5A atau 4A, rajin-2 lah pergi melobi VIP, DATO-2 atau gunakan Kabel-2 kerana peluang lebih besar kalau dibandingkan setakat memohon online.

    Toksa risau pasal Serba salah atau dosa. Melobi & merayu mengunakan Kabel adalah sebahagian dari sistem yg kita ada sekarang. Kita hanya mengikuti sistem yg ditelah diamalkan.dan tidak timbul soal dosa pahala..
    Sekiranya kita tidak melobi..ini bermakna kita tidak bersungguh -2 utk mendapatkan yg terbaik utk anak-2 kita. Oleh itu, kalau tak dapat masuk MRSM, salahkan diri sendiri…sebab tiada keinginan untuk bersaing dgn orang lain.

    • tak suka mengampu says:

      Sedap cakap je, ni tentu org kuat mengampu agaknya… Nanti seluruh generasi pun jenis spesies yang sama….

      Nabi pesan, jangan kita ikut apa resam sekeliling kita, andaikata ia tak ikut cara yg betul. Mana jatidiri? Mana pendirian? Walaupun dengan berjumpa VIP/kabel2 besar kemungkinan lebih besar boleh dapat….hati pasti gelisah, sbb guna cara tu.

      huhu…tepuk dahi tanya isihati.

      • Eh….kenapa pulak hati mesti rasa gelisah ?? Anak jiran saya …Cik Ros….tahun lepas dapat 5A
        Mohon SBP/MRSM pun x dapat. Buat rayuan utk intake ke-2 pun x dapat. Last-2 gi jumpa dato ahli parlimen……buat satu panggilan je…settle. Sempat masuk intake ke-2.
        Siap buat kenduri kesyukuran besar besaran…dan doa selamat masa nak hantar anak gi asrama. Bangga oooi…sikit pun tak rasa gelisah….rezki tu…..

      • Mari Melobi says:

        hello disana…mengampu dgn melobi tu maksudnya lain.

        Mengampu tu…memuji seseorang tu berlebih-lebihan dgn harapan dia memberi sedikit maanfaat kepada kita walaupun kita tiada berkebolehan.

        Melobi tu…kita promosi diri kita (menjual kobolehan yang kita ada) dgn harapan orang itu dapat melihat kebolehan kita dan memberi peluang kepada kita utk menonjolkan keupayaan yg ada.

        kalau nak melobi utk MRSM guna kabel…tak perlu risau dan malu malu. Kelak sendiri jugak yg rugi. Jangan dengar ancaman orang lain yg mengunakan soal dosa pahala untuk menyekat kita maju kehadapan.

      • Sebagai hamba, kita seharusnya melobi/mengampu (menyampaikan hajat kita) dengan Allah swt….

        Sesungguhnya Allah mahu mengetahui…

    • mr lobi-lobi says:

      ya…setuju…dalam dunia sekarang …saingan kuat…nak jadi calon wakil pelajar…kena melobi…jadi calon wakil rakyat…kena melobi….dalam bisnes..kena melobi….bole dikatakan dalam semua aspek…kalau nak dapatkan sesuatu…kena berusaha melobi.
      Kalau malas …..tunggu rezki jatuh dari langit….teruskan menunggu. Kalau ada….adalah tu…kalau x dapat…jangan marahkan orang lain plak.

  16. Askum semua,pada pandangan saya berilah peluang kepada pelajar yg mendapat kelulusan 4A1B utk mencuba ke mrsm..mungkin di situ ada peluang mereka yg besemangat utk menaikan traf pelajaran mereka.tak salah jika di adakan ujian kelayakan…rezeki di tangan Tuhan.

  17. assalamualaikum.

    2 tahun lepas anak saya (perempuan) mendapat 5a. dapat panggilan interview mrsm ulul albab. tapi mungkin tiada rezeki dari segi hafalan, gagal diterima masuk. walaupun dapat tempat 5a, anak saya langsung tidak mendapat tawaran ke mana-mana sbp,mahupun sekolah agama jais kerana hanya mendapat jaid jiddan dalam psra. memang anak dan kami sangat kecewa masa tu. tapi kami tetap berusaha. mengisi borang online rayuan sbp. mengisi borang rayuan smka. kami tak ada kenalan dato2, wakil2 rakyat, pembesar2 negeri. kami cuma golongan biasa sahaja. jadi kami redha dengan ketentuan ALLAH. setelah mengisi borang rayuan smka beberapa kali, kerana smka membuka ambilan, jika ada yg keluar, anak saya dapat juga akhirnya masuk ke smka kuala selangor itupun ambilan yg ke-5. Alhamdulillah. syukur atas nikmat ALLAH memberi peluang kepada anak saya untuk belajar di sekolah yg bagus. Walaupun masuk lewat pada bulan MAC dan terpaksa catchup pelajaran. Sekarang anak saya berada di tingkatan 2, tahun dpn akan ambil PMR. Dan tahun lepas anak kedua saya dapat 4A1B. Saya tahu anak tidak layak memohon MRSM. Dan anak juga tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah sama nasibnya dengan si kakak. Tapi tetap juga berusaha mengisi borang rayuan online SBP dan SMKA. Alhamdulillah, dalam ambilan kedua SMKA anak saya dpt, walaupun tidak mendapat tempat di asrama dan terpaksa berulang alik. Nasihat saya pada yang tidak dapat 5A, bersyukurlah kerana masih dapat keputusan yang cemerlang juga iaitu 4A1B. Kalau tak dpt memohon MRSM Ulul Albab, bolehlah cuba SMKA , di SMKA bnyk juga ditekankan aspek2 keagamaan dan ada tambahan subjek bahasa arab. Yang penting jangan putus asa. Kalaupn tidak berjaya mendapat tempat di sekolah berasrama penuh, anak tuan puan adalah anak-anak yang cemerlang. itu yg lebih utama. bersyukurlah sama2. Anak saya yang ketiga tahun ni dapat 5A, tapi saya langsung terlupa untuk memohon MRSM. mungkin kerana saya telah melihat kelebihan sekolah SMKA di mana 2 anak saya bersekolah di SMKA. anak no 3 ni pun tidak berminat masuk MRSM kerana nak masuk SMKA juga seperti abg dan kakaknya. Alhamdulillah, di SMKA saya dapat melihat ISLAM begitu dititikberatkan. Tapi wallahualam. tak tahulah bagaimana nasib anak yg ketiga ni. Moga2 mendapat tempat di SMKA juga.

  18. Assalamualaikum wbt,

    saya ingin bertanya(mungkin bagi pihak ibubapa lain juga) sekiranya semakan keputusan anak saya yang mendapat 4A 1B UPSRnya, berubah kepada 5A, masih ada peluangkah untuk anank saya memohon dan mencuba untuk ditempatkan ke mana2 MRSM?

    sebab kebiasaannya, keputusan semakan ini adalah lambat(menjangkau tahun berikutnya), sedangkan proses temuduga dah lama berlalu, pemilihan pun dah dilakukan, dan anak2 yang berjaya telah pun memulakan pembelajarannya di sekolah menengah tingkatan 1.

    adalah tidak wajar jika kes serupa begini tidak diberi perhatian kerana yang menyebabkan mereka tidak memohon sebelumnya disebabkan keputusan 4A, sedangkan (sebenarnya, setelah semakan dibuat), ianya suatu kesilapan di pihak Lembaga Peperiksaan…….?

    saya inginkan penjelasan dari pihak yang mengetahui bagaimana proses yang akan berlaku bagi kes seperti ini.

    terima kasih.

  19. Ada apa dgn MRSM……. Anak saya pun sekolah di MRSM sdg menunggu PMR… Cemerlang…. Ya, cemerlang… Soalannya selaras seluruh MRSM dan siapa penggubal soalan tu?….. Pelajarnya tiada yang pemulihan dan PROTIM…. 4A1B pun dah ditolak… Kalau semua sekolah camtu kan bagus… Wujudkan sekolah khas utk murid2 pemulihan dan PROTIM… Sekali sekala saya menerjah ke Asrama ketika hantar anak… Merokok dalam tandas…. Jika antibodi iman anak kita tidak kukuh maka lahirlah anak2 yang tidak seimbang Jasmanai Emosi Rohani Intelek…. Anak saya belajar B.Arab dari T1 hingga T3 tetapi tidak dibenarkan mendaftar B.Arab. Kenapa? Nak jaga prestasi… Maahad Tahfiz lain lebih hebat dari MRSM Ulul Albab yang hanya memasukkan pelajaran Tahfiz sahaja… Maahad Tahfiz Lain.. ada lagi pelajaran Azhariah.. fekah, tauhid, akhlak, nahu, sirah dll… Kenapa ibubapa sanggup membayar kos di MRSM tetapi sangat berkira jika berbayar di Maahad Tahfiz… Usahlah kecewa jika gagal ke MRSM

  20. Saya simpati pada para ibubapa yang ingin anak-anak mereka dapat 5A. Diharap para ibubapa bersabar. Saya setuju dengan pendapat, tak masuk MRSM pun tak apa. Anak saya alhamdulillah dapat 5A walaupun saya pun hanya target 3A atau 4A sahaja melihat kepada potensi yang ada. Bagi saya kalau dia taknak pegi MRSM pun tak apa, sekolah harian biasa pun banyak yang dah bagus sekarang … yang penting, dia belajar bersungguh-sungguh.

  21. Assalamualaikum. Saya ibubapa kepada seorang insan kerdil yang memohon jasa baik pihak MRSM….meskipun kami warga pendidik sekolah rendah di luar bandar
    yang telah banyak mendidik anak bangsa menjejak kaki ke MRSM….kami minta anak kami diterima masuk ke MRSM….kerana walaupun kami ada gaji tetapi tanggungan kami ramai beserta dengan kos perubatan suami yang sakit….mengapa tidak layak bila anak guru yang hutangnya keliling pinggang menanggung 7 orang anak melanjutkan pelajaran sedangkan orang kampung memiliki getah berekar-ekar dengan purata hasil torehan getah hampir 2 ribu seminggu…..tolong beri kesempatan pada anak-anak kami warga pendidik juga……maaf kalau menyinggung mana-mana pihak

    • salam…saya stuju sangat2…sepatutnya kuaota untuk ank2 pendidik diwujudkan, sekurang2nya, ank2 kami berpeluang juga untuk belajar di MRSM…

  22. nk apply macam mana??laman web ape yer???

  23. Tarikh tutup esok dah…tp dlm 4..5 ari web site tuk permohonan mrsm x leh dibukak..camner nak apply klu website tu x leh bkk..???.sebenarnyer borang kt on9 tu sy dh isi cuma blum print tuk dipos kat pejabat mara je lagi…tepon pejabat mara kl dr pagi td x angkat2..nampaknye x ade harapan anak sy nak study mrsm.. Myb ade hikmah disebalik semua ni..:-(

  24. Dah,
    Permohonan MRSM pun dah ditutup.
    Yang mendapat 4A1B tak perlu lagi memujuk merayu kat sini.

    Apa yang perlu dibuat sekarang, ialah melobi kat kerajaan utk memajukan sistem pendidikan kita.
    Tubuhkan persatuan pendidikan.
    Tengok macam orang cina tu… kumpulan pendidikan mereka…Dong Cong …bukan main lagi lawan habis habis utk sistem pendidikan mereka. Siap gaduh gaduh dgn kerajaan. Sebab mereka tau pendidiKan asas kepada kejayaan.

    Bukan cam kita…hanya tau komplen kat komen blog aje. Harap-2 ada yg dapat menerajui Kempen pendidikan Berkualiti demi masa depan anak-2 kita. Hehe…tapi jgn suruh saya…saya x pandai…..

  25. Temuduga dua-2 SBP dan MRSM dah selesai. Harap-2 dapat masuk salah satu daripadanya.
    Nasib baik hantar sijil-2 masa mohon SBP. Sebab member -2 yg mohon..tapi x hantar sijil tak dipanggil utk temuduga.

  26. adik comel.. says:

    kakak adik dpt 5A,dia kata nak masuk MRSM..adik tengok abah adik jadi kalut p sana p sini,suruh kakak study,suruh kakak hentikan pengunaan internet sampai 10hb ni..adik pun ikut jugak abah p ambil pin no,photostat sijil,cop sijil kat jawi,pos sijil,jd penyiasat persendirian melaporkan klu2 kakak x belajar,klu2 kakak tgk you tube..tp bila adik tgk abah buka web ni,adik baca komen2 ibubapa rasa malu pula tengok org smua gaduh2..kata mcm2 kat org..adik tau semua org sayang anak2 mcm mak dan abah sayang adik..tp x baik la gaduh2 mcm ni,tuhan marah..jd lah contoh utk anak2..bukan belajar kat MRSM sj yg boleh berjaya dalam hidup..asalkan rajin belajar,x cepat bosan dan x cepat putus asa,dengar cakap mak dan abah..insyallah boleh berjaya…ceh wahh2..sory,mcm cikgu pulak adik ni..hehe…

  27. Ibu Mithali says:

    Anak saya dpt 5A, tapi x dpt mana-mana sekolah MRSM atau SBP. Dia bersekolah di sekolah harian biasa tapi PMR dpt 8A. Kesimpulannya sekolah mana pun sama yangb penting minat belajar tu ada. Insyaallah berjaya. Bersyukurlah w/pun x dpt bersekolah di MRSM atau SBP.

    • Ibu menanti says:

      Memandangkan puan amt berpuas hati dgn pencapaian anak puan di sekolah harian, dan keputusan pun memuaskan……adalah amat diharapkan puan tidak memohon SBP/MRSM utk anak puan di tingkatan 4 nanti.

      Beri lah peluang kepada meraka yg benar-2 berminat dan setiap kekosongan yg ada amat bermakna bagi mereka yg benar-2 ingin memasuki sekolah tersebut. Tolong lah jangan mohon.

  28. bekas pelajar SBP says:

    SALAM, saya baru menamatkan peperiksaan SPM 2012. Alhamdulillah berjalan lancar. saya ingin berkongsi pendpat memandangkan masa cuti yg agak panjang. bagi pendapat saya. Sekolah harian jauh lebih baik kerana guru2 memberi penekanan yg baik kpd murid2. brdasarkan pglaman saya dan rakan2 di SBP dan MRSM. para guru di sana hanya melepaskan tangan sahaja. membiarkan para pelajar mengulangkaji pelajaran sndiri kerana mereka menganggap budak2 di sana semuanye otak high class.saya juga mengalami masalah yg teruk utk beljar sendiri kerana saya masuk ke SBP pd FORM4.Sebelum ini saya hnya sekolah harian biasa. tetapi walaubagaimanapon..pelajar perlu diberi tunjuk ajar terutama yg bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan yg baru. jika di sekolah harian.. pelajar2 akan mendpat didikan yg sempurna dan perhatian yg sepenuhnya drp ibu bapa.jika di asrama.. pelajar sendiri kena pandai mengawal diri.mudah terpengaruh dgn rakan2 itu perkara biase.kbyakkan rakan2 saya dahulu yg mndpt 5A UPSR..apabila PMR.. mereka kecundang. jadi.. fikir2 kan lah.

    UPSR – hanya 3A 2B
    PMR – 8A (ALHAMDULILLAH)
    SPM- insyallah bulan 3 2013

    • memang benda tu x boleh dinafikan…sekolah harian biasa ke sbp ke mrsm ke kalau x nk belajar sama jugak pencapaiannya..tp kena ingat tempat yang kita belajar tu mempunyai status,prestij…nama sekolah tu yang penting budaya sekolah tu yang penting…..of course kalau dibandingkan pelajar cemerlang sekolah biasa dengan sekolah sbp dan mrsm dari segi permohonan biasiswa siapa yang diberi keutamaan terlebih dahulu …fikir-fikirkan lah ..

  29. bekas pelajar SBP ,SPM2012 says:

    SALAM, saya baru menamatkan peperiksaan SPM 2012. Alhamdulillah berjalan lancar. saya ingin berkongsi pendpat memandangkan masa cuti yg agak panjang. bagi pendapat saya. Sekolah harian jauh lebih baik kerana guru2 memberi penekanan yg baik kpd murid2. brdasarkan pglaman saya dan rakan2 di SBP dan MRSM. para guru di sana hanya melepaskan tangan sahaja. membiarkan para pelajar mengulangkaji pelajaran sndiri kerana mereka menganggap budak2 di sana semuanye otak high class.saya juga mengalami masalah yg teruk utk beljar sendiri kerana saya masuk ke SBP pd FORM4.Sebelum ini saya hnya sekolah harian biasa. tetapi walaubagaimanapon..pelajar perlu diberi tunjuk ajar terutama yg bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan yg baru. jika di sekolah harian.. pelajar2 akan mendpat didikan yg sempurna dan perhatian yg sepenuhnya drp ibu bapa.jika di asrama.. pelajar sendiri kena pandai mengawal diri.mudah terpengaruh dgn rakan2 itu perkara biase.kbyakkan rakan2 saya dahulu yg mndpt 5A UPSR..apabila PMR.. mereka kecundang. jadi.. fikir2 kan lah.

    UPSR – hanya 3A 2B

    PMR – 8A (ALHAMDULILLAH)

    SPM- insyallah bulan 3 2013

  30. Sokong MARA says:

    Hmmm … pelik … soalan bocor tapi peratusan menurun ? Kalau soalan bocor peratus mesti meningkat … beginilah … kalau anak anak kita berusaha bersungguh sungguh dan bertawakal kepada Allah … insyaAllah …. soalan bocor ke , soalan tak bocor ke , soalan pecah ke , soalan tak pecah ke … tak menjadi persoalan , kalau dah bersedia semua soalan dia jawab dengan hati yang lapang . Saya mempunyai 3 orang anak yang mendapat straight 5A ( 2006 , 2010, dan terbaru 2012 ) … dan dua yang terdahulu tak dapat pun ke SBP atau MRSM . Tapi kami redha , kami sedar , persaingan sekarang amat sengit . Ye lah … budak budak sekarag , zaman teknologi semuanya cerdik cerdik . Jadi anak anak saya sekolah di sekolah biasa . Sepupunya semasa UPSR 2008 , hanya dapat 1A 4B , bersekolah kampung aje tetapi semasa PMR mendapat 7A . Tuan tuan dan puan puan …. apa yang penting cara kita memantau pelajaran anak kita , cara anak kita membuat ulangkalji , konsep ,persediaan awal , latih tubi dan yang amat penting solat , doa , tawakal dan ikhlas telah kita tanamkan di hati mereka tak ? Jadi pada saya apa yang pihak MARA tawarkan sekrg … teruskan . Dahulukan anak anak yang berpotensi untuk di majukan .

    • Nak tau kenapa peratusan menurun.?
      Dalam keadaan biasa..katakan 40000 pelajar mendapat 5A.
      Tetiba soalan bocor….yg dapat 5A jadi 80000 pelajar.
      Cam mana kementrian nak jelaskan peningkatan 100% kemajuan???
      Bolehke tahun 2013 dan seterusnya nanti ada pencapaian seperti tahun ini?

      Utk megimbangkan keadaan, naikkan peratusan kelulusan kertas-kertas yg terjejas.
      Biasanya 80% dapat A. Tapi kali ni..90% baru dapat A.
      Baru dapat peratusan yg lebih kurang macam tahun-2 sebelumnya.

      Tapi masalahnya….yg dpt soalan bocor tetap dapat 5A….soalan bocor…biasalah score abis…sampai ada yg dapat 100%
      Yg gunakan otak..ada yg dapat antara 80% hingga 90% aje. Sepatutnya dapat A…tapi sebab kes diatas….terpaksa menerima aje B.

      Sebab tulah tahun ni MRSM patut terima pelajar 4A1B. Baru adil kan?

      • Salaaam. Baik … bermakna yang dapat soalan bocor berkemungkinan mendapat markah lebih tinggi , tetapi berapa peratuskah murid yang mendapat 5A itu mendapat soalan bocor? Adakah 50 peratus, 60 peratus atau 100 peratus mendapat soalan bocor? Tahukah syarat untuk seseorang murid untuk melayakkan dia dipertimbangkan ke SBP atau MRSM adalah 85 peratus keatas buat setiap mata pelajaran ? Sebab itu kalau seseorang murid itu tidak bersedia mampukah dia mendapat keputusan untuk setiap matapelajaran 85/100 untuk setiap kertas ? Ini adalah peratus minimun untuk mencapai tahap SBT ( Sekolah Berprestasi Tinggi ). Oleh kerana itu sekolah sekolah yang berprestasi tinggi , jika keputusan setiap kertas hanya mendapat 80/100 …. maka keputusannya adalah B , bukan A . Buat sekolah yang tahap berprestasi tinggi sememangnya murid murid mereka hanya boleh mendapat A buat setiap matapelajaran jika mereka mampu mendapat sekurang2nya 85/100. Jika bawah 85 , mereka hanya mendapat B di dalam buku laporan mereka. Ini adalah syarat minimun , tahukah kita bahwa ramai murid murid di sekolah beprestasi tinggi (SBT) , jawapan mereka untiuk soalan objektif UPSR hanya salah 1 , 2 atau 3 soalan sahaja . Malah ada yang mendapat 100/100 . Mereka telah dilatih sejak tahun 5 untuk mencapai markah minimun 85/100 untuk setiap kertas soalan . Kesimpulannya …. mereka telah dilatih dan terlatih untuk mendapat markah penuh selama 2 tahun . Bermaksud latihan selama 2 tahun (Persediaan awal ). Jadi masalah soalan itu bocor atau tak bocor , mereka langsung tak ambil peduli dan ambil tahu. Yang mereka tahu adalah untuk mendapat markah selamat iaitu 90/100 untuk setiap mata pelajaran . Jadi adakah jadil jika kita mengatakan mereka yang mendapat 5A semestinya mendapat soalan bocor? Adakah tuduhan itu satu tuduhan melulu ? Kita ingin menuntut keadilan dan sama rata tetapi adakah kita berlaku adil pada murid murid ini ? Dan tidakkah kita pernah terfikir yang mendapat 4A itu bukan disebabkan soalan bocor juga ? 🙂 Jika bukan soalan bocor kitas yakin mereka mampu mendapat 4A ?

      • Rasanya kebanyakan pelajar tak dapat soalan bocor sebab tak sampai 10% yang dapat 5A. Maknanya anak2 kita yang dapat 5A dan tak dapat soalan bocor tergolong dalam pelajar yang amat cemerlanglah…. sebab peratusan sudah dinaikkan kepada 90%

      • ibu tiada anak says:

        Saya setuju dengan pendapat Anis.

        Disebabkan berlakunya kebocoran soalan, mereka akan score habis-habis…..siap ada satu sekolah tu…student siap hafal skema jawapan sebelum masuk dewan…&siap tulis jawapan lagi di lengan tangan..

        Untuk en/pn Sokong Mara…
        OF course…student yang dapat soalan bocor berkemungkinan mendapat markah lebih tinggi sebab dah tahu soalan apa yang akan naik…

        Apa nilai 5A begitu??student yang betul-betul berusaha tidak dpat hak mereka…Ini adalah kerana student yang mendapt 5A yang disebabkan soalan bocor telah menidakkan hak mereka. Kerana mereka ini lah… KPM terpaksa menaikkan graf untuk mendapat A
        Cuba fikir-fikirkan lah….

        Student begini bila masuk SBP ke MRSM ke still tak akan perform…sebab apa ???basic tak kuat…..

        MARA patut beri peluang pada 4A juga…mugkin mereka lebih baik dari student yang dapat 5A sebab soalan bocor…

    • YUP TEPAT SEKALI EN SOKONG MARA…. SEBENARNYA BUKAN SEKOLAH YANG MENENTUKAN KEJAYAAN ANAK2 TETAPI. . . . CARA PENGURUSAN BELAJAR HARIAN ITU YG MENJADI PENGARUH UTAMA.. SBG IBABAPA KITA HARUSLAH MEMANTAU AGAR ANAK KITA BIJAK MENGURUSKAN MASANYA… KALAU KITA MALAS MAKA ANAK2 CEPAT LALAI… BAB KATA PEPATAH USAHA TANGGA KEJAYAAN. SEMOGA BERJAY

      • Salaam … jika soalan bocor, soalan itu tidak akan keluar seminggu atau 2/3 hari seblm peperiksaan . Jika pelajar tidak buat persediaan rapi bagaimana mereka nk menjwb soalan2 itu ? Jika ada meniru dilengan bermaksud , kita menyalah bukan saja soalan bocor tapi pengawas yg bertugas juga . Jika tahu ada murid2nya berbuat begitu kenapa tak di laporkan ke balai polis dan pengetua sekolah atau pejabat pelajaran daerah ?

        Dari pengalaman , seminar serta perbincangan , jika seseorg student itu berusaha dan bersedia dari awal , peratus utnuk mendapat B adalah kecil dlm setiap matapelajaran. Memang tidak mustahil utk mendpkan 5A dan juga tidak mustahil mendpt 4 atau 3 A tapi di situlah letaknya sistem seseorg murid itu membuat ulangkaji .

        Tentang basic kuat atau tak kuat , sistem penapisan dah lakukan . Jika B , apakah matapelajaran B itu ? Maths atau Sains ? Jika 2 matapeljaran ini , mmg susah sbb ini adalah matapelajaran teras ( core subject ) …. sedang utk permohonan ke Ting 4 pon tidak blh B dlm 2 subjek ini . Jika English , maka asas BI murid ini lemah , bermakna jika ia di tawarkan ke MRSM beraliran IGCSE , berkemungkinan ia menhadapi masalah krn semasa di ting 4 nanti , mereka akan menduduki peperiksaan IGCSE yg semua jawapan mesti dlm bahasa Inggeris . Buku yg dibekalkan dari ting. 1 pon dlm bahasa Inggeris . Baik Maths atau Sains . Bagaimana pula jika B dlm 2 kertas B Malaysia ? Bahasa Malaysia adalah asas dan subjek utama , baik dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM .

        Salaam

  31. Terimakasih kepada yg mencadangkan kaedah melobi.
    Anak saya mendapat 4A1B, mula mula memang amat sedih bila tidak dapat memohon nombor pin dari pejabat MARA. Memang dah putus asa habis sebab dah takde harapan utk memasukkan anak ke MRSM.

    Tapi bila terbaca komen blog ini yg menyarankan ibubapa mengunakan kaedah melobi, suami ajak sekali utk jumpa dato MP. Sampai kat opis pusat khimat dato tersebut…secara kebetulan dato ada kat situ. Kena marah-2 oleh dato tersebut……tapi bukan sebab nak mintak surat sokongan mrsm tu…dato marah sebab lambat baru datang. Rupa-rupanya dia orang kumpul sekali gus yg datang mintak surat sokongan dan proses utk hantar ke MRSM. Dato suruh balik…dia kata dia cuba….tapi x janji sebab dah lambat.

    Sekali lagi pulang dgn hati yg kecewa sebab dah lambat mintak surat sokongan. Yang tak disangka-2, Isnin lepas pihak MRSM tipon suruh gi interbiu. Terkocoh-2 dibuatnya sebab x terfikir akan disuruh interbiu. Petang tadi ,anak dah interbiu….interbiu lisan dan kemudian kena jawap soalan kat dewan. ni sekarang terpulang kat prestasi anak semasa interbiu.

    Tak kira la dapat atau x dapat…janji dah diberi peluang. timakasih banyak-2 pada yg bagi idea utk dapatkan peluang kedua

    • ..tahniah ..dpt juga pg interview MRSM. Skrg zaman melobi. Kawan saya ada sedara kerja MARA…empat2 anak berderet masuk MRSM. Pulak tu dpt MRSM yg dia pilih. Dia x melobi but guna kuota sedara!!

      ..Bab melobi ni..tiap2 tahun saya dgr..mmg ada!..guna menteri etc..sbbnya skrg persaingan amat sengit. Budak2 semakin pandai2..semua nak merebut peluang yg ada…asalkan jgn rasuah byr "under table" dah la..x berkat nnt…takuuuuttt!..

      Lagi 1 nasihat saya ..kalau parent dah gaji ribu reban more than 10k tu x pyh la apply/guna kabel/melobi because bg la peluang pada gaji parent yg sederhana…Ni gaji sampai berbelas ribu pun nak melobi gak..kalau dah kaya..masukkan aje ke KYS..

      • walaupun gaji ribu reban more than 10k mereka juga inginkan anak2 mereka belajar di SBP/MRSM spt mana pernah mereka lalui dulu …..

    • Ehh…keputusan dah keluar ke…nape tetiba semua sebut pasal daftar-2. Saya x nampak ada link kar <a href="http://www.mara.com” target=”_blank”>www.mara.com pun pasal nak cek dapat ke tak.
      Takan anak saya x dapat. ni mesti ada masalah teknikal.
      mustahil—mustahil…..

      • Anak tuan pohon MRSM Ulul Albab atau IGCSE ke?
        Kalau ya, mungkin tuan kena buat rayuan.
        Kalau MRSM biasa, tawaran akan dikeluarkan awal Februari.

      • Kepada syukur, Gelihati pun ada, suspen juga, nanti beritahu ye dapat ke tak dapat MRSM. Apapun rezeki anak kerana MRSM ada periksa UKKM. Dah lobi pun kena periksa kan! Good luck

        • tak dapat lah…..Mungkin intake ke-2 kot boleh dapat…atau mungkin dapat MRSM biasa nanti. Tak nak komen lebih-2 dulu… result akhir blum finalise kan. Kabel saya kira kuat ni…..

  32. Just nak cakap that anak i tak dapat soalan bocor dan dia dapat 5A. Syukur alhamdullillah. Tak sia2 saya duduk sebelah dia, go through past years questions the few weeks before nak UPSR tu….

    • pst tsyen Melaka says:

      Cara belajar yg melahirkan anak -2 yg x creative. Belajar dgn mengunakan soalan-2 tahun lepas…..bukan dengan memahami konsep. Andaikata tetiba soalan dikemukakan dengan cara lain…pelajar sebegini akan terus lingkup. Study SMART…bukannya hafal HARD !!!!!

      • Anak saya belajar syllabus yg diajar. memahami konsep, formula dan sebagainya. Selepas habis ulangkaji, saya kasi dia past years papers, supaya dia biasa dan tidak kekok dgn SOALAN SEBENAR UPSR.

        Pst Tsyen Melaka ni, buat cara macamana? Tak refer langsung past years questions? Wow hebat sungguh. Semua pelajar you dapat 5A ke?

        Pandai2 aje nak label anak orang akan lingkup. So rude.

        • This is a joke right? Your writing here makes the whole 'I teach great at my tuition centre' thing .. seems extremely dubious.

        • You must be kidding right ?

          • mamabatrisyia says:

            i thought all the comments are supposed to be filtered by admin before being published? terlepas lah tu kot 🙂

            • Salaam . Pn Helena , beginilah tanggugjwb kita sebagai orgtua , memantau cara anak kita belajar . Dr pengalaman saya , ramai student yg ke perpustakaan (baik sekolah menengah maupun sekolah rendah ) tapi semasa di sana masa yg diperuntukan tuk belajar kurang bahkan masa untuk berbual dgn kawan yg lebih. Malah ada yg menggangu pengguna lain . Saya tidak bermaksud semua tetapi ada kes2 sebegini . Guru2 di sekolah hanya mampu guide them tetapi jika di rumah , parents yg punya tanggungjwb .
              Mudah2an anak anda mencapai kejayaan yg lebih cemerlang lagi seterusnya .

  33. MRSM or SBP ?

  34. seronok baca komen2 anda.Saya menyokong yg dapat 4A tak payah le minta kerana akan menambahkan bilangan dan memeningkan pihak mARA membuat tapisan.Yg mendapat 5A pun dah ramai..

    • Di sbbkan tahun ini student yg dpt 5A merosot..apa kata beri peluang pula pada student yg dpt 4a 1b untuk apply MRSM/SBP dgn syarat B bukanlah subject Sains or Maths. MRSM nanti akan interview semula & akan ada ujian Sains/Maths. Dr situ kita boleh tahu anak kita tidak bergantung sepenuhnya pada result UPSR.

      Mgkn yg dpt 5A markah semua 'border line (80%)'..dan mungkin juga yg dpt 4a 1b markahnya 90% ..& B markahnya 78% !!.Lagipun MARA bukan di bawah MOE..soalan mgkn berbeza sedikit!! (Byk nya mungkin, mungkin, mungkin)..

      Saya hanya memberi pendapat sahaja…& menanti komen2 dr ibu/mama/mak/mummi/umi sekalian !..as -salam

      • Salam , satu idea yg bagus . Dan inilah yg sedang pihak MARA lakukan tetapi hanya untuk yg mendapat 5A. . Bagaimana jika matapelajaran yg dapat B itu English ? Jika English bermaksud asas English murid tersebut tidak berapa cemerlang . MRSM yang alirannya IGCSE akan memastikan murid2 mereka menduduki peperiksaan dari pihak Cambridge semasa di Ting 4 . Jadi semasa di Ting 1 mereka telah dibekalkan buku2 yg berbahasa Inggeris untuk matapelajaran Maths dan Science . Jika penguasaan bahasa Inggeris kurang , berkemungkinan murid2 ini mempunyai masalah untuk mengikuti matapelajaran ini . Harus diingat semasa di Ting 4 , mereka akan menduduki peperiiksaan IGCSE yg semuanya berbahasa Inggeris tanpa dwi bahasa dan semasa di Ting 5 mereka perlu menduduki peperiksaan SPM pula . Jadi kerjakeras dan usaha yg berterusan sahaja yg diperlukan dari murid2 MRSM ini untuk menghadapi 2 peperiksaan besar ini .

        Jika 2 kertas BM pula yang mendpt B , kita semua sedia maklum yg jika di peringkat SPM pun jika kedua2 kertas ini kurang cemerlang, peluang untuk di tawarkan ke peringkat universiti juga akan menghadapi masalah.

        Dari pengalaman , seminar dan perbincangan , kes2 yang mendpt 4 subject 90 dan satu subjet 78 …. very rare … bukan tidak ada tetapi terpencil . Adakah contoh ini contoh realiti ? Kes sebegini selalunya seseorg murid itu terlalu yakin , gemuruh atau tidak sihat semasa menduduki peperiksaan . Jika persediaan awal dilakukan , sukar buat seseorg murid itu mendpt jurang yg jauh berbeza di antara mata pelajaran2 tersebut . Di sini adalah untuk mereka yg menduduki peperiksaan UPSR bukan untuk PMR dan SPM serta STPM . Sebab jika diteliti , kesemua matapelajaran yg diambilkira semasa UPSR adalah matapelajaran teras atau core subjek . Dan penguasaan matapelajaran ini amat penting untuk digunapakai di peringkat seterusnya .

        Buat mereka yg hanya mendpt 'boder line ' , itulah yg sering terjadi soalan2 " Dah dpt 5A pun tak ditawarkan". Persaingan terlalu sengit …. maka hanya yang berada di "save zone' yg berkelayakan dan itu pun belum terjamin jika diambilkira merit2 yg lain .

        Kesimpulannya … Peluang sentiasa terbuka dr pihak KPM ataupun MARA , cuma kita sebagai ibubapa , guru2 dan murid2 sendiri yg mencorakkannya . bersedia awal dgn sistem belajar yg teratur dan berterusan yg mampu membawa kejayaan . Insya Allah .

        Salaam.

      • Salaam.

        Idea yg bagus , dan telah pun dipraktikkan sekrg. Utk kemasukan ke Ting 4 , syarat kemasukannya mestilah A dalam subjek Matematik dan Sains .

        Tapi untuk kemasukan ke Ting 1 , kita harus ingat bahwa MARA bukan di bwh MOE , dan sistem gred yg digunapakai . Jadi jika B di dalam BI bermakna murid itu kurang memberi keyakinan kpd unit pengambilan pelajar . Sebab pembelajaran IGCSE bermula di ting 1 . Di tahun ini Maths dan Scs dibekalkan buku berbahasa Inggeris tanpa ada dwi bahasa . Jika semasa di UPSR , seseorg murid itu kurang menyerlah dlm BI , bagaimanakah ia akan dpt mengikuti program IGCSE selanjutnya sehingga ke ting 4 . Semasa di ting 4 pula mereka akan menghadapi peperiksaan dari pihak Cambridge . Bermakna murid2 ini akan menghadapi 2 tahun yg berat semasa di ting 4 dan 5. Semasa di ting 4 , peperiksaan IGCSE dan di ting 5 SPM pula .

        Bagaimana pula jika 2 kertas BM yang mendpt B ? Di sini umum semua sedia maklum jika BM tidak cukup kukuh walau di peringkat mana pun , peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat selanjutnya sukar sedikit kecuali jika menduduki A level paper .

        Jika ada murid yg mendpt 90 kecuali satu subjek aje mendpt 78 , maka ada sesuatu yg tidak kena . Dari pengalaman , seminar dan perbincangan , kes seperti ini kurang berlaku ( rare cases ) walaupun ia tidak mustahil berlaku . Kebanyakkannya bila berlaku perkara sebegitu , seseorg murid itu mungkin terganggu semasa di dlm dewan , sakit , terlalu yakin , gopoh atau terkeluar dr skema jawapan .

        buat murid yg boder line …. itulah yg sering di perkatakan " Dah dpt 5A pun tak dapat tawaran". Sebenarnya persaingan amat kuat … yg benar2 terbaik sahaja yg terpilih . Sekurang2nya 85 keatas , baru di beri perhatian dan itupun perlu bersaing lagi dan ada merit2nya yg lain .

        Conclusion … berilah perhatian dan pantau dari awal setiap matapelajaran anak2 kita . Bermula dari peringkat tahun 4 lagi . Tidak ada jalan mudah di zmn sekrg . Semuanya perlukan yg terbaik .

        Salaam

  35. ibu berharap says:

    salam semua keputusan sbp dan mrsm dah kuar ke

  36. umi nazhatul says:

    bersyukurlah dengan apa yang anak-anak kita dapat.UPSR je pon. perjalanan mereka masih jauh.Anak saya dapat 5A dalam UPSR .semua peluang dia minta. tak dpt, sekolah biasa je la…pasal soalan bocor, kita bukan tahu. entah-entah yang x dpt 5A pn dpt soalan bocor tapi dah otak x berapa cerdik, tetap x leh jawab. bimbing je anak kita jadi pelajar berguna.

  37. umi nazhatul says:

    salam. anak saya cuba dapatkan semua peluang yang dia ada untuk pelajaran. x dapat, sekolah biasa je la. UPSR je pun.perjalanan masih jauh.ibu bapa yang perlu terus membimbing.jgn racun fikiran anak2 dengan cerita2 soalan2 bocor nanti mereka lemah semangat untuk belajar..ada yang dapat soalan bocor tapi still x leh jawab masa exam.otak masing2 berbeza.

  38. Salam, Alhamdulillah anak saya dapat 5A UPSR dan Mumtaz PSRA. Ada memohon SBP dan juga MRSM Ulul Abab.. Baru sebentar tadi semak tawaran ke SBP…tak berjaya…nak tunggu MRSM lah pulak. Jangan dua2 melepas sudah lah…sebab kami tak pakai mana2 kabel pun…hanya kabel daripada Allah SWT sahaja…semoga dipermudahkan ..aminnn

    • En Omar, boleh isi borang e-rayuan seperti yang tertera di bawah keputusan kemasukan tu pada 24 hb Disember. Ada intake kedua [dan mungkin ketiga?]

      Saya dah tgk result kemasukan SBP utk pelajar2 sekolah anak saya pagi tadi, jumlah 82 org dpt 5A. Hanya 6 org je yg dpt masuk 1st intake. Anak saya pun tak dapat. Daripada 6 tu, tak silap 4 org anak cikgu sekolah rendah tu yang dpt.

    • Kenapa bersikap begitu En Omar….doa itu hanya sebahagian dan sebahagian lagi kena usaha. Anak tuan berpotensi menjadi orang yg berjaya di masa depan. Sekiranya dapat masuk SBP…kemudahannya begitu banyak. Cara belajar pun jauh lebih baik dari sek harian. Biasiswa….keutamaan diberi kpd pelajar SBP. Tau kah encik utk menjadi doktor memerlukan sekurang2 rm500 000 di masa depan?
      Bukannya susah gi cari kabel besar. Kalau leh…cari MB.
      Macam MB nogori…kalau soal pembelajaran anak-2…..SBP…MRSM…BIASISWA….tiada kompromi….gerenti tolong punya. Tak banyak soal.
      Cari kabel tolong bukan dosa…..demi anak….cari lah MB (MB negeri lain…saya x tau lah)

  39. En Omar, jgn lupa cuba buat rayuan kat webpage rayuan online yg akan ada mula 24 Disember.
    Itu 1st intake. Ada 2nd intake.
    Saya check pagi tadi, anak saya pun 5A dan tak dpt tawaran. Saya check budak2 sekolah dia yg dapat 5A [82 semuanya] , hanya 6 org saja yg dpt tawaran utk 1st intake ni. 4 daripada pelajar2 tu, maknya cikgu sekolah rendah situ.

    • mama batrisyia says:

      assalam. anak saya alhamdulillah dapat 5A tanpa 'bantuan' soalan bocor tapi atas usaha doa & rezeki dari Allah. Tapi tiada rezeki ke SBP. Tunggu keputusan ke MRSM pula insyaAllah. pada ibubapa yang senasib..jangan lupa doakan anak2 kita berjaya dunia akhirat.

    • pembetulan.. anak saya silap tgk. 2 je drpd 5 org yg anak cikgu. minta maaf byk2!

  40. alhamdulillah anak lelaki saya selalu mendapat 5A dalam exam sejak dr darjah 4 lagi.dia belajar tanpa mamanya disisi kerana mamanya bekerja jauh.saya tak tahu pun ada soalan bocor upsr thn ni…br td saya semak sbp ,anak saya gagal ke sbp.sedih rasanya sbb saya nak sangat anak saya dapat masuk sekolah asrama penuh.saya berharap sangat dia dpt masuk mrsm

  41. bila keputusan ke mrsm dapat kita ketahui

  42. Anak saya dapat 5A, tapi SBP tak dapat. Hampa jugak. Now tengah tunggu MRSM Ulul Albab. Yang applynya 1500 orang and sure semuanya 5A. Nak ambik 160 orang. So … tak dapat lah nak mengharap sgt. Nak pakai cable takut tak berkat walau niat baik. KRK pulak, sekolah lupa nak letakkan nama anak sekali dalam senarai kelompok. Kene apply sendiri. Pun belum tahu. Tah dapat tah tidak coz staff kat PPD pun mcm besahaja jer terima borang saya, mcm tak penting jer. Ke Skolah Menengah Agama la nampaknye yang di tawarkan JAIS. Or …. kalau temuduga ke skolah tahfiz aritu berjaya, kesana la, incase Ulul Albab pun terkubur. :). Cuma terkilan, anak tak berpeluang ke SBP mcm peluang yang saya dapat masa belajar dulu. Tapi, Skolah lain pun sekarang sudah banyak yang excellent.

    • Kita serupa….situasi yang sama dgn saya. Cuma isi borang SBP. Tak tau pulak kena apply sendiri/ isi asing borang sekolah Kawalan/ KRK dll. So, nampaknya anak ke skolah harian biasa la kot….kesian anak saya, sedih dia, kawan2 yg dapat 4A dan 3A dah dapat tawaran ke skolah kawalan dan kluster. Anak saya menangis, dia kata ' i don't want my 5As to be wasted, i've worked hard for it, huhu…' kawan2 'menyakat' kat FB, sebab dia pelajar cemerlang dan aktif, penolong ketua murid, tapi tak ke mana….Cuma sekarang menaruh harapan pada permohonan MRSM….

  43. as salam

  44. Alhamdulillah anak saudara saya UPSR dapat 5A bersekolah kampung di kelantan telah ditawarkan ke SBP(MCKK).x de kenal mana2 VIP dan x de kabel pun..semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT..saya nk bagitau kat sini bahawa saya sangat percaya pemilihan ke SBP dan MRSM adalah telus….

  45. Jumlah yg dapat 5A seramai 40,450 …. SBP hanya mampu menampung seramai 8-9 ribu sahaja … tempat di MRSM pun lebih kurang mcm tu juga tak smpi 10 ribu …. keutamaan akan di beri kpd anak2 dari keluarga yg berpendapatan rendah, anak kakitangan kerajaan dan juga sebahagian kecil kuota utk VIP …. bilangan murid2 yg bijak pandai dh ramai skrg ni dan kerajaan sepatutnya menambahkan lg tmpt utk pelajar duduk di asrama…

    • miskin bandar says:

      Keutamaan kepada anak2 dari keluarga berpendapatan rendah dan bersekolah di luar bandar…anak2 keluarga berpendapatan rendah sekolah bandar persaingannya anak2 kakitangan kerajaan dan VIP.. di sekolah anak saya lebih 20 org yang dapat 5A…3 org shj. yg berjaya keSBP. agak2 lah anak siapa yang lebih bernasib baik tu??..

      • Pengetua adil says:

        mesti lah anak cikgu-cikgu.
        Masa mohon SBP…ada tak sijil-2 disertakan skali?
        Takde kan…!!!
        So..mana kementrian dapat maklumat mengenai prestasi murid-2 ???
        Dari pihak sekolah lah….
        So pihak sekolah beri keutamaan kepada siapa ???
        Mestilah anak-2 cikgu-2 sekolah tersebut !!!!

        Walaupun pelajar contoh…tapi kalau bukan anak cikgu….pun susah nak dapat masuk SBP !!!!

        • betul…masa mohon sbp hanya ada 2 sijil saja…..pihak sekolah x bagi sijil2 lagi…tapi bila pada hari akhir sekolah semua sijil dibagi…..apa gunanya…bila ditanya pada pihak sekolah katanya belum lagi…

          saya hantar saja mana yg ada….sbb tarikh permohonan dh nak tutup…cuma masa mohon mrsm baru dpt hantar sijil penuh….

          keputusan sbp baru2 ni gagal….cuma berharap pada mrsm pula…insyaAllah klu ada rezki anak adalah….

  46. Salam. Anak saya dapat 5A UPSR 2012, pelajar cemerlang dan aktif, harapan sekolah, tapi tak dapat pun SBP (sedang tunggu keputusan MRSM – harap2 dapat laa..) Kakak dia pun dulu dapat 5A, tapi tak dapat SBP jugak. Kalau orang kata peluang tinggi utk anak kakitangan kerajaan, saya dah lebih 30 tahun jadi kakitangan kerajaan, ibu tunggal, tapi tak dapat jugak. Peratus keutamaan sebenarnya lebih kpd pelajar luar bandar, anak petani dan peneroka, walaupun peneroka & petani itu kaya raya, tanah berlambak, boleh pi Mekah 10 kali, masih di anggap 'petani miskin' dan anak mereka mendapat peluang dan bantuan yg lebih. Sebenarnya semuanya ketentuan Allah, walaupun saya berusaha mohon SBP, tapi bila berdo'a saya mohon Allah tebtukan apa yang terbaik utk kehidupan anak saya dunia & akhirat, tak sebut SBP pun…oleh itu walaupun saya rasa sayu melihat anak kecewa tak dpt SBP tapi saya redha dgn ketentuan Dia, walaupun manusia yg mentadbir tidak adil, Allah Maha Adil & Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Perhaps He has better plans in the future untuk anak2 kita yang kita tak tahu……Wallahu'alam

    • Miskin Bandar says:

      Tahun depan (2013) sesiapa yg ada anak ambil UPSR dan berharap anak masuk SBP hantar jelah anak sekolah kat kampung…senang dapat SBP. kawan saya, anak sekolah dikampung, 11 orang dpt 5A…semua dapat tawaran SBP … 4A 1B pun boleh dapat…

      Sy rasa pihak kerajaan kena kaji balik syarat2 dan koata kemasukan ke SBP ni…sekarang ini tiada beza dah pelajar bandar atau luar bandar.. mereka diluar bandar tidak ketinggalan lagi, mereka sudah maju.. sudah menikmati segala kemudahan dan kemajuan yg diberikan oleh pihak kerajaan…setuju dengan Ibu Pasrah..kehidupan keluarga di luar bandar bukan lagi seperti 15 atau 20 tahun yang lalu …yang perlu diberi keutamaan istimewa…
      Berikan peluang yang adil dan saksama kepada pelajar2 yang cemerlang ini..

    • Salam…jgn patah smgt..rayuan sbp boleh dibuat sepjg thn sehgga sblm cuti akhir tahun 2013..anak sya juga 5a tp sbp rayuan pun x dpt. Hya tinggal 2/3 hr saja utk tahu result mrsm…rayuan boeh dibuat terus ke kpm cyberjaya..semoga amak2 kita berjaya dunia n akhirat…

  47. salam..anak saya pun dpt 5A dlm upsr baru2 ni,SBP tak dapat, harap2 adalah peluang kat MRSM pulak..nak pakai kabel memang lah tak ada..cuma sebagai ibu hanya mampu berdoa dan memohon dari Allah.Insyaallah kalau diizinkan dan diperkenankan doa mungkin adalah kot rezeki.Kalau tak dah pesan kat anak siap2 redha dgn ketentuan Allah.

  48. […] Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pelajar di Semenanjung telah ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013 dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat […]

  49. assalam..

    Mcm2 komen kat sini..ye la..harapan ibubapa pd anak2 sama juga macam saya. Ingin saya kongsikan di sini mengenai SBP/MRSM..

    Sepupu saya kaya raya GM utk sykt minyak gergasi, income almost RM50k. Anak2 beliau boleh pilih mana2 SBP/MRSM because dia ada kwn kerja sebagai pengarah/pegawai di kementerian & MARA. Dia x payah susah2 apply…KABEL paling "strong" adalah pegawai/pengarah yg kerja di kementrian or MARA because setiap dr diaorg dah ada kuota! so..adil ke?

    Anak saya apply MRSM (f1) masa tahun 2008..huh..saya dok naik tingkat 19 MARA..merayu..ambik no tel. pegawai ..call ari2. Panggilan ke-2, ke-3 sampai ke-5 x dpt. Saya pun buat baik la dgn pegawai..dah jd mcm kwn tp ttp x de rezeki. Last2 baru teringat yg menteri si anu (maaf x dpt bg nama) tinggal 40km dr sekolah. Suami trs pg jumpa pegawai pejabat kwsn parlimen menteri tu. Tup tap..dpt MRSM XXX tapi dpt nun jauh ke pantai timur .

    Dan..95% student adalah penduduk setempat & 4a 1b pun boleh msk MRSM !!..macam mane tu?..Anak saya adalah satu2nya org selangor..genab seminggu anak nak msk sekolah harian balik. tp saya & homeroom bg nasihat mtk dia bersabar!!

    Anak bgtau..ada student merokok..hidu gam..telan pil khayal dm toilet..tp warden x dpt tangkap pun. Result student lain pun ala kadar..anak saya tiap2 semester dpt anugerah..jadi la top 5 sbb katanya "i'm the best among the worst"…

    After PMR anak dpt ofer msk MRSM TGB..hah baru tau langit tinggi rendah ..bersaing dgn student yg top2. Rata2 student dpt pointer 3.5 above…!. tapi student nya pulak anak org kaya2..parent bwk porsche, mercedes, BMW. Kawan2 dia bwk Iphone. Anak saya jer bwk hp cap ayam !…(kata student dtg dr keluarga yg kurang berkemampuan..adil ke?)

    Kesimpulannya 1)….bg saya mane2 sekolah pun bgs. Yg penting inisiatif anak tu sendiri nak belajar. Anak saya (skrg f4) msh belajar di MRSM TGB, hubungan dia dgn adik beradik dah jauh, x mcm dulu. Cuti semester di isikan dgn game/tidur. Dgn sedara mara pun x kenal. Alasannya tension. Dgn saya pun dah jrg berbual..x abis2 tension katanya!..Dpt MRSM yg bagus, tension 24j. MRSM yg biasa2 je, kwn2 lak x berapa nak belajar!!..End up saya ni yg tension..!!

    Kesimpulan 2 –
    – Guna kabel? – di galakkan sgt..sure dpt msk. tp kabel kene strong!
    – SBP/MRSM utk anak org kurang berkemampuan ? – sapa ckp? byk anak2 org kaya saya tgk
    – syarat 5a? – 4a 1b melambak dpt msk tp di pantai timur
    – Anak2 akan berjaya?..bergantung pd anak tu sendiri. Anak buah saya 3 org MRSM, sepupu 4 org sbp , x dpt pun pg oversea. Kerja pun yg biasa2 je

    So..tepuk dada tanye selera. Sbg ibu bapa kita menghrpkan yg terbaik buat anak2. Yg terbaik itu bukan hanya di sbp/mrsm..ianya dtg usaha, kerja keras & berjaya dlm kehidupan..insya Allah ! Maafkan saya sekiranya ada dr kata2 saya yg mengguris hati sesetengah pihak. As-salam

    • Terima kasih di atas perkongsian Puan…. Banyak yg saya pelajari dr komen puan…

    • mamabatrisyia says:

      assalam. setahu saya (sila betulkan jika silap), pengambilan ke MRSM PKP (yang 'top' seperti TGB, PC) tidak mengambil kira SES (social economic status) ibubapapelajar sebab itu ramai anak orang yang berada. wallauhu'alam

      • yes, pemilihan ke MRSM PKP tidak mengambil kira SES.

        Another thing, MARA masih menolong those yg miskin tegar. Yg betul2 miskin. They can get offers without applying, mereka ini la yg 4As and not 5As. Luar bandar tak semestinya miskin, tapi masih ada lagi pelajar luar bandar yg serba kekurangan,… Diharap jangan kutuk mereka ni. Tapi kalau nak kutuk budak 4As masuk ikut cable, sila la ….. mmg patut pun…

        • Untuk MRSM PKP, selain menduduki UKKM, MARA still mengambil kira SES kerana MARA ingin memberi peluang kepada mereka yg kurang berkemampuan. Jika dr sekolah harian pelajar mendpt 8A dan result UKKM begitu memberangsangkan maka pelajar itu layak memasuki MRSM PKP ataupun MRSM biasa & masa itu lah MARA akan mengambilkira status SES !!..

          Tidak kira kemasukan ke tingkatan 1 ataupun tingkatan 4, SES tetap menjadi salah satu syarat utama.

        • setuju dengan Helena ,…betul tu… anak saya di MRSM roomate dia semua dpt masuk MRSM sebab miskin serta 5A dan tinggal luar bandar… for those yg kutuk tu,… nanti takde rezeki pula…erm….

    • Klu begitu keadaannye saya redha ajerlaaa. Kdg2 terfikir berebut2 nsk masuk sbp/mrsm sbb anak ke atau nak puaskan hati sendiri…betul yg penting anak tu nak belajar walau dimana sekolahnya pun..semoga sya mendptikhtibar..

  50. slam..syer rse mse y' d'ambil untuk mnyemk hasil tmuduge tu trlalu pnjang lah…cube anda fikir klau lah ktew nym tggu kputsan mrsm nym..dan tibe2 ank ktew x dpat ..so,,rugilh pluang sk0lh laen y' die dha plih sbelum nym…syer arap sgt kputusan mrsm ny dkeluarkn dgn cpat cket…bkn smpai blan 1 hingga 4..itu trlalu lame…dan akn mnyebbkan ank ktew trtunggu,,,so,,tlong fham cket prsaan kami sbgai seorang ibu….

  51. Bila boleh semak permohonan MRSM tingkatan 1 2013

  52. Assalamualaikum saudara-saudaraku sekelian yang saya doakan mendapat rahmat kehidupan dan rezeki…

    Sekadar berkongsi pengalaman, anak saya adalah pelajar MRSM juga – tingkatan 2 tahun depan.
    Tergerak hati pula mahu jenguk di sini memandangkan tahun lalu
    – bulan 12, sinilah tempat saya merujuk.
    Syukur rezeki anak saya dapat 5A tahun lepas(2011) dan dapat masuk 1st intake tanpa kabel.

    Jujurnya,
    Sekiranya yang 4A dapat masuk, ini akan memberi sedikit tekanan kepada anak kita itu.
    Berbanding dengan majoriti yang dapat 5A.
    Contoh – kenapa si A tu lambat catchup? Dia kan 4A je!
    Itu bicara yang akan kedengaran.
    Kalau dia 4A, dapat masuk dan cemerlang, alhamdulillah.
    Tetapi yang 4A selalunya dibuka pada anak orang susah, anak orang asli etc.
    Apatah lagi sekiranya MRSM itu adalah TOP TEN RANKING -( boleh google setiap tahun.)
    Anak yang 4A 'terselit' masuk sini akan rasa tertekan.
    Sekiranya kita paksa juga bagi masuk dapat masuk MRSM 'corot' (rujuk google rangking) itu yang jadi kes ada yang hisap rokok dalam toilet etc.
    Tidak semua disiplin teruk, ada yang bagus, ada yang sebaliknya,
    ini lumrah di mana pun kan.

    Sekiranya ada kabel, gunalah dan tidak perlu pertikaikan.(jangan marah dulu ya)
    Dengan erti kata lain, logiknya – sekiranya bapa saudara atau bapa mertua kita VVIP,
    tidak mahukah kita guna kabel itu untuk anak kita?
    Ni kan masa depan anak kita juga.

    Sekiranya tidak ada kable, usaha cara lain (rayuan) atau
    mungkin sekolah cemerlang lain yang tidak kurang baik juga.
    (mesti ramai tak suka jawapan ni kan:)

    Setiap minggu saya melawat anak saya.- anak bongsu.
    Bulan pertama, ada sahaja pelajar yang keluar kerana homesick yang teruk.
    Menangis tak tidur dan tidur sekatil dengan kawan.
    Yang lelaki pun ada juga tau.
    Bahkan yang masa daftar 1st day tu, ada juga yang telah daftar di sekolah agama terlebih dahulu tapi tahan seminggu dua je, kemudian cuba MRSM pula sebab dapat MRSM pula (rezeki dia)
    Mak ayah, garu kepala dah habis bayar sakan di 2 asrama.

    Bab kena curi kain baju dan duit, itu bab biasa di asrama – mana pun sama kan.
    Bab disiplin, kitalah yang kena rajin hubung anak dan ingatkan dia untuk gaul dengan geng yang betul. Jangan aspek anak orang lain fikir macam anak kita.
    Ada anak-anak yang datang dari broken family tapi bijak cuma disiplin kurang.

    Masa cuti, tetap kena pantau study dia sebab saya terkejut anak saya tak dapat buat soalan maths yang saya yang suri rumah ni pun boleh buat 🙂
    Baru saya faham, tak boleh serah bulat2 walau tinggal di asrama.
    Jadi, saya beli complete buku rujukan extra semua subjek.
    Saya suntik semangat dia suruh join dengan geng yang rajin.
    Syukur final exam – result dipos ke mak bapak – dapat juga 3.6 pointer.

    Sekiranya dapat masuk 2nd, 3rd atau 4th, 5th intake, situasinya sangat lain dari 1st intake.
    Kemasukan selain dari 1st intake akan rasa terpencil dan ambil masa nak adapt.
    Jadi kalau anak-anak tuan puan dapat selain 1st intake, selalulah hubung dia dan check masalah dia, bagi semangat kat dia, sebab ada yang paksa – anak orang tu pula mengadu kat saya.
    Kesian anak-anak kita kan.

    Berlapang dadalah dan jangan terlalu pressure anak.
    Jika dia memang tak nak, jangan paksa sebab ada sahaja yang keluar dari MRSM dalam bulan pertama.

    RM1K+ adalah purata kelengkapan permulaan keseluruhan semua sekali termasuk yuran dan gedebak gedebuk lain.
    Itu tak termasuk saya beli lain 2 set baju yang tertukar di dobi walau bertulis nama 🙂

    Percayalah, sekiranya kita dah usaha habis-habisan tapi tak dapat juga,
    pasti ada hikmah yang sangat besar, yang kita belum nampak sekarang.
    – ini terjadi pada anak sulung saya dulu.

    Saya doakan yang terbaik dari segala sudut untuk anak-anak tuan dan puan 🙂
    Amin…

  53. tahun ni sahaja yang mendapat 5A upsr adalah 45 000 org. takkkan la 45 000 ni semuanye dapat soalan bocor kot. mengenai tawaran 4A1B utk SBP dan MRSM hanya utk miskin tegar sahaja.

    • .. …some of the student yg berjaya enrol to SBP & MRSM bkn semua miskin tegar…anak doktor, guru, pensyarah, businessman etc. Diaorg guna kabel/kuota/melobi.

      Mmg ada yg miskin tegar yg dpt masuk tetapi mereka menggunakan saluran yg betul. pelajar tersebut mendapat sokongan dari ketua kampung, penghulu, ADUN ataupun pihak sekolah itu sendiri. Miskin tegar bermaksud terlalu miskin, luar bandar, kais pg makan pg,..kais petang makan petang. Kalau boleh lagi merasa makan KFC sebulan 2x belum boleh dikatakan miskin tegar!!..

      Yg guna saluran betul mmg la disokong…tetapi ada juga yg nak menumpang msk atas sokongan politik mmg la x adil. Takkan la dlm 1 daerah tu semua student nya dtg dr miskin tegar (yg berjaya masuk melebihi 200 org) padahal daerah tersebut sudah maju?..Saya bercakap melalui pengalaman saya sendiri..Assalamualaikum

      • maaf…komen saya di atas adalah kepada yg mendapat 4A 1B yg dan berjaya masuk ke SBP & MRSM..!!

      • Miskin Bandar says:

        Saya ada saudara yg bekerja di K.P ..unit pengambilan SBP…Dia pernah cerita hal2 sekolah berasrama ni…kalau anak dapat 5A UPSR pergilah jumpa 'KABEL' yg kuat bagi menjamin kemasukan anak itu…Boleh pilih lg SBP mana nak.. ( Patutlah kawan sekolah anak sy mak ayah DR, anak dapat SBP yg sama semua). Dia kata lg., setiap negeri ada satu SBP yg dikawal oleh Sultan ..spt di Sel sekolah XX…Kedah sekolah XXX.. Johor XXXX …dll.. Kalau nak jaminan msk SBP tersebut pergi jumpa org2 yg berpengaruh dgn Sultan, atau pergi jumpa Sultan sendiri..
        Jadi sy nak tnyalah …gulungan mana yg ada kenalan atau sedara-mara dengan 'Orang2 besar dan berpengaruh' ni??….
        Saudara sy. tu ada juga offer diri untuk menolong saudara-mara yg anaknya nak msk SBP, tp dia kata tolong semak je lah…faham2 jelah maksudnya…

        • mamabatrisyia says:

          assalam, setahu saya, bagi pengambilan mrsm, peratus yang tinggi adalah ditentukan melalui ujian ukkm. untuk mrsm PKP ie TGB, PC etc yang top2, status ekonomi ibubapa tidak lagi diambil kira sebab itu ada anak orang berada ditempatkan di situ. nak kata ramai sangat tidak juga rasanya, tetapi mungkin sebab kita lebih 'nampak' kereta hebat2 yang menjalar tu kita rasa ramai di kalangan mereka yang dapat tempat di mrsm tertentu tetapi kalau diikutkan peratus sebenar mungkin tidaklah seramai yang disangka. tetapi yang tidak layak mendapat bantuan perlu membayar yuran setiap bulan. perkara ini bolehlah tuan-tuan/puan-puan refer sendiri dengan pihak mara bahagian pendidikan menengah. walau apa pun..sememangnya manusia tidak mampu berlaku adil..cuma Allah yang Maha adil, dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita

  54. Pengalaman saya sebagai seorang ibu dan juga guru, anak saya pun telah mendapat 5A dalam UPSR dan telah mewakili Lown Bowl Peringkat Kebangsaan, namun tidak ditawarkan kemana-2 asrama penuh atau pun MRSM..jadi saya sungguh tidak menyokong bila ada yang menyatakan anak guru diberi keistimewaan untuk penempatan ke SBP ataupun MARA. Namun anak murid saya yang mendapat 5A tetapi tidak melibatkan diri dalam aktiviti Ko Kurikulum telah di panggil..namun duduk di asrama hanya 3 hari sahaja..bila saya tanya mengapa keluar SBP, alasan yang diberi bukan saya yang hendak masuk tetapi ayah saya yang usahakan saya masuk (menggunakan kabel). Jadi tanyalah anak-anak kita, mampu ke pelajar ini mengharungi hidup di asrama kerana saya rasa bila ada insan-insan yang macam ini akan menutup peluang untuk anak-anak yang lebih layak dan sangat berminat untuk belajar di SBP ataupun MARA.

  55. Kenapalah ada berlaku kebocoran pada soalan peperiksaan. Bukannya sekali dua, tapi dah banyak kali juga berlaku sejak dari dulu dan tak kiralah apa jenis peperiksaan. Menteri pendidikan pandai cover line kesilapan teknikal lah, itulah, inilah. Apa takde hukuman berat ke pada si pelaku-pelaku tersebut sampai kejadian ini berlaku berulang kali. Kesian mak bapak tuduh menuduh membuta tuli dan membuat ramalan sendiri. Yang peliknya kebanyakan cikgu-cikgu bersubahat sekali. Pepatah melayu rumah siap tukul berbunyi. Inilah jadinya. Mana perginya bersih, cekap dan amanah yang dipuji-puji….

  56. ibu mithali says:

    Anak saya mendapat 5A pada ujian percubaan UPSR dan juga dalam UPSR atas usahanya sendiri . Keputusan UPKK dan UPSRA nya dia juga cemerlang . Anak saya seorang pengawas, pemain orkestra sekolah yang telah mewakili sekolah ke peringkat negeri dan antarabangsa malah mewakili negeri bagi badan beruniform . Memandangkan prestasinya yang cemerlang saya telah memohon SBP, MRSM ,Sekolah Kawalan dan Axiata programme KYS tanpa menggunakan kabel . Semua tidak berjaya ,sekarang masih menunngu harapan ke MRSM .Jika tidak berjaya juga saya rasa betullah komen-komen anda diatas segala usaha ,masa dan tenaga yang anak -anak kita telah lakukan untuk membuktikan mereka lengkap sebagai pelajar yang serba boleh bukan shj dlm bidang akedemik malah pada sahsiah diri ,bakat ,kebolehan, dan disiplin murid perlulah dinilai dan diambil segagai ukuran mrk dlm pemilihan pelajar .

  57. Anak saya dapat 6A 1B pun tak layak.. Saya pun seorang guru juga. Mana ada keistimewaan anak guru? Kalaulah semua orang menggunakan 'kabel' untuk masuk ke SBP or MRSM, saya rasa sistem pendidikan yang macam mana sekali pun akan gagal dan tidak mencapai objektif.

    • Miskin Bandar says:

      Maaf cikgu.. cuba tanya Pengetua (GB) berapa org kuota mereka utk SBP ? tidakkah mereka menggunakan kuota itu sepenuhnya?… sy bukan meneka atau membuat andaian tp maklumat dari org yg bergelar guru juga…

      • dari sumber yg buleh di percayai …. memang ada kuota di peruntukan utk org2 tertentu spt VVIP, polis/tentera, pegawai kerajaan, alumni, etc …. semasa daftar online pun dh disiapkan kategor pekerjaan ibu dan bapa untuk dipilih supaya memudahkan proses pemilihan dan penyaringan…wallahualam!

    • mamabatrisyia says:

      maaf ye, nak tanya…ni keputusan utk peperiksaan upsr ke? nape sampai 7 subjek? saya rasa kalau yang straight As dpt offer SBP/MRSM x kira la anak cikgu atau tidak, org x de la kecoh sgt tapi kalau x dpt straight As dpt masuk pasti ramai yang musykil. yang pastinya 'on paper' mrsm lebih telus pemilihannya sbb ada ukkm dan interview. adakah ini bermaksud ujian aptitud tidak memberi makna apa2?

  58. kemasukkan 1st intake MRSM Ulul Albab & IGCSE pada 14-Januari-2013 …. berdebar2 menunggu keputusan

  59. Ada anak YB PAS pon dpt Ulul Albab….semua tu rezeki masing masing

  60. Sekadar sambungan sedikit…
    Ketika anak saya dapat masuk MRSM tahun lepas,
    Dia juga merupakan Tokoh Ko-ku sekolah – wakil negeri bola jaring, selain 5A.
    Tetapi semasa interview di MRSM,
    ramai juga tokoh pelajar sekolah, tokoh sukan dan segala macam tokoh yang hadir,
    ada juga yang tidak berjaya walaupun ada sijil yang tebal.
    Allah yang lebih mengetahui.

    Malah yang mahu memasuki sekolah agama berbayar contohnya IQKL (tukar topik sikit),
    ramai yang gagal walaupun 5A dan walaupun mak ayah sanggup bayar.
    Saingan sekarang sangat hebat sebab tempat terhad.
    Ini kes masa anak sulung saya dulu.

    Malah, jangan terkejut apabila penemuduga di MRSM memberitahu,
    apabila ditanya : mengapa kamu mahu masuk MRSM?
    80% jawap – mak ayah saya yang suruh 🙂

    Semoga anak-anak kita semua berjaya dunia dan akhirat.

  61. Ayah 2 Aina says:

    Dapat infor dari Ustaz Gemencheh…..Temuduga baru ni terdapat 200++ calon perempuan dapat perfect Hafazan…nak ambik hanya 90 org. Klu pakai cable takut bebudak tu tak boleh bawak.

  62. Kriteria pemilihan tahun ini bukan setakat dpt 5A UPSR sahaja…trial UPSR, UKKM, Interview juga di ambil kira …. penyemak ujian UKKM dari KP akan mencadangkan MRSM mana yg layak utk yg lepas ujian UKKM mengikut kriteria MRSM kerana setiap MRSM ada kriteria tersendiri…. bila semua ni dah lepas barulah pihak MARA akan buat pemilihan bergantung kepada sosio-ekonomi keluarga dan kuota2 yg telah di tentukan …. wallahualam!

  63. ibu prihatin says:

    sy terbaca bbrape komen y mngatakan anak ckgu y terpilih ke sbp. maaf laklu tersalah. tk semestinya begitu, sy ckgu sr n anak sy mengekalkan 5A dlm stiap exam, aktif sukan n ko kurikulum, dpt tokoh murid tp tk berjaya ke sbp. sy sedih tp redha, ada hikmah y Allah dh tentukan utk dia. sp bkn semua anak ckgu y dpt ye….kt sek sy hnya 4 org y dpt sbp n semuanya bkn kakitgn kerajaan.

    • ayah prihatin says:

      Nampak gaya…cikgu -2 kat sini cuba tutup kes kat sini. memang dah maklum semua guru-2 semua ada koata utk anak-2 mereka masuk SBP. tapi cuba diselindung kerana takut masyarakat pandang rendah kat mereka. tak yah lah nak sorok-2. semua orang memang tau anak-2 cikgu diberi keutamaan masuk SBP….

      • Cikgug mama says:

        salam. sebenarnya kuota utk anak guru bg SBP memang adaah tapi itu di thn awal thn 2000 seingat saya. Tetapi skrg ia lebih memberikan peluang kepada murid di sekolah luar bandar dan kategori miskin. MRSM pula lebih memberi peluang kepada anak askar dan polis serta murid di sekolah luar bandar dan miskin. Anak sy sendiri tidak mendapat SBP walaupun anak guru. Keistimewaan itu sudah tiada. Walau apapun, sy bersyukur dgn segala yg diberikanNya. Allah adalah sebaik2 perancang. Pesaingan secara sihat adalah lebih baik utk kerukunan semua pihak.

  64. Insya-Allah ,melalui taklimat semasa temuduga mrsm aritu….pada 29 Dis 2012 akan diumumkan keputusan kemasukan ke MRSM bagi program ululalbab atau IGCSE untuk kemasukan pertama 14 Jan 2013 nanti…

  65. samsiahharun says:

    salam anak sy dpt 5a ..harap2 dpt le msuk mne2 sbp..tpi x dpt ,adelah mohon mrsm jwpan x tau lgi….sy hye mjahit je di rumah pndpatan x menentu…suami dah mninggal…pun x tau lgi dpt x ank sy msuk mne2 sbp……dah lah susah nk mohon on line…..sy x de intenet ,,,jdi sy surh ank g cc…..entahlah hya allah je yg tau b,tapa susahnye org mcm kami…tpi kmi ttp b,syukur…

    • ada berjumpa dgn wakil rakyat?

    • Moga2 dapatlah anak puan ke mrsm. Anak saya, tak aktif. Ada la 1 pangkat – naib president satu kelab ni. Tapi masa interview, dia rasa okay dan positive. Exam pula dia rasa senang. Dia dapat tawaran MRSM igcse. Saya ingat masa berdiri kat dewan exam UKKM, terdengar Pengawas peperiksaan kata, exam UKKM sgt penting, ia menentukan anak masuk MRSM atau tidak.

      • insya allah, kalau cukup syarat, exam dan interview okay..dptlah tawaran.

        • mamabatrisyia says:

          assalam. anak saya pun confident masa jawab ukkm, dia cakap boleh jawab alhamdulillah. Interview session pun sekejap je nak tengok dia boleh converse in english kot & tahap keyakinan diri..wallahu'alam. anak saya agak aktif..jadi pengawas perpustakaan, bendahari kelab, wakil sekolah dalam a few competitions tapi x de la sampai ke peringkat kebangsaan.. dan salah satu faktor penyumbang ialah saya seorang surirumah jadi cuma ada 1 breadwinner for a family of 6. all in all, banyak factors yang contribute tapi yang penting semua itu rezeki yang Allah dah tentukan. kita cuma mampu berusaha & berdoa… harapan kita ialah anak2 kita x mensia2kan peluang yang diberi & berusaha keras untuk kejayaan dunia akhirat..

  66. mamabatrisyia says:

    assalam, saya baru je call mara bahagian pendidikan menengah dan dilayan dengan begitu baik sekali. Alhamdulillah diberitahu bahawa keputusan untuk pengambilan mrsm igcse diumumkan sebelum 14 januari 2013 manakala untuk mrsm biasa lewat sedikit dalam penghujung januari 2013 insyaAllah. calon yang berjaya akan diberitahu melalui sms. sekiranya tidak berjaya untuk igcse akan dipertimbangkan untuk mrsm biasa. Wallahu'alam. semoga anak2 kita yang memohon berjaya. sekiranya tidak..marilah berlapang dada, mungkin ada hikmah di sebaliknya. kita cuma mampu berdoa, ikhtiar dan tawakkal, segala-galanya ketentuan Ilahi.

    • papaseluruhasia says:

      ehhhh, ye ke ??? rasanya kalau disuruh tunggu 14 Jan…maksudnya tak dapat tu…. sebab anak buah saya dah dapat surat tawaran semalam…suruh hadir diri dan daftar 14 jan. rasa-2nya …yg diterima ke MRSM akan dapat surat tawaran minggu ni kot.

      • huh belum keluar lagi kan? ni mrsm mana ni?

      • mamabatrisyia says:

        alhamdulillah dan tahniah kepada anak saudara tuan. semoga mrsm akan membentuk peribadi dan akhlak yang terpuji serta semoga dia berjaya dunia akhirat (this doa is for him/her if he/she is a muslim).

        p.s saya cuma ingin berkongsi info yang saya dpt dpd pihak mara sendiri, sekiranya silap saya mohon maaf pada semua

        • mengikut maklumat dari kakak saya yg bekerja di bahagian pendidikan MARA surat tawaran MRSM IGCSE belum lagi di keluarkan.

          • mamabatrisyia says:

            assalam. itu maklumat yang sama yang saya perolehi semasa menelefon ke pejabat mara. dan telah saya kongsi bersama di atas..jadi tak silap la ye..alhamdulillah, saya takut saya yang tersilap faham dan berkongsi maklumat yang salah. Saya tanya secara umum bila keputusan mrsm tingkatan 1 akan keluar. menurut kakitangan pihak bhg pendidikan menengah yang menjawab panggilan saya, untuk igcse akan keluar lebih awal sebelum 14 januari tetapi mrsm biasa lewat sedikit. surat tawaran juga tidak diposkan tetapi calon yang berjaya akan menerima sms dan perlu log-in di website mara untuk memuatturun surat tawaran dsb. menurut 'papaseluruhasia', anak saudara dia dah dapat…wallahu'alam! apa2pun saya doakan yang terbaik untuk anak2 kita.

          • Boleh tak tolong tanyakan kakak , tadi pkl 5.35pm [8 jan] anak saya dpt sms 'Tahniah! Berjaya' tapi bila log in. 'tidak berjaya', malah takde link utk rayuan pun. Pernah tak ada kes mcm ni? Bagaimana kesudahannya?

            • mamabatrisyia says:

              assalam. dlm sms tu dia ada bagi link http://semakmrsmF1.mara.gov.my. masukkan no giliran upsr. cuba puan norah01 cuba lagi..mungkin server busy. saya pun dpt lebih kurang jam 530pm gak td

              • Saya rasa mereka hantar sms set 5.30pm semalam. Saya dapat call MARA, bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pegawai di situ confirm anak saya dapat tawaran tetapi tawaran tersebut ditahan sebab salah sorang ibubapa dia 'sangkut' dgn MARA. Rupa2nya suami saya yg ada problem. Dia jadi penjamin. Ada tunggakan dalam pinjaman org yg dijamin. Setelah selesai HQ confirm suami saya 'clear' tadi dlm pkl 4pm, suami diberitahu, bahawa status anak akan update dlm 24 jam. Kami diminta pergi ke website tu dan cuba log i, utk tengok anak 'berjaya' atau tidak. Besok Khamis ptg, kami akan check online.

  67. Ibu rahimi says:

    Jgn la tuduh semua pelajar yg dapat 5A tu dapat soalan bocor. Rasanya kebanyakan pelajar tak dapat soalan bocor mungkin segelintir sahaja…. Anak saya tak dapat soalan bocor tapi dapat 5A juga….

    • pakcik milami says:

      Sekolah yg adakan kelas tambahan last minit pun kata cam tu… ni bukan soalan bocor…..ni soalan ramalan…harap-2 tepat semuanya…….dan bila semua soalan ramalan tu keluar bulat-2….anak murid dan mak bapak pun angguk setuju…pandai cikgu tu meramal soalan …semua keluar. Ni mesti cikgu hebat…..tahun depan ..mesti hantar tuisyen kat dia…..

    • mengaku pun ada segelintir yg terlibat dalam soalan bocor……so …biar lah adil…izinkan yg dapat 4A1B utk layak mohon SBP / MRSM skali…..sebab segelintir..banyak yang terjejas…..terutamanya yg dapat 4A1B… disebabkan graf naik…mereka tercicir……

  68. Salam.. Sy terpanggil untuk mengutarakan fenomena yg berlaku dalam pemilihan murid ke SBP@MRSM. Sy seorang guru dan bertahun2 terlibat dgn murid2 UPSR. Kesilapan yg perlu sy perbetulkan di sini….pemilihan murid ke SBP dan MRSM tidak tertumpu kepada anak guru. Kami yg terlibat dalam dunia pendidikan tidak diberi keistimewaan sebenarnya. Sebenarnya proses pemilihan memang lebih tertumpu kepada murid luar bandar dan jumlah pendapatan serta tanggungan ibubapa. Semua itu mempunyai cara pengiraan markah yg tersendiri. Tak dinafikan ada segelintir orang berada yang dpat masuk ke SBP@MRSM. Kadang mereka menggunakan kaedah yg betul dan ada juga yg menggunakan kabe utk melayakkan anak ke SBP dan MRSM. Anak sy sendiri tidak mendapat tempat ke SBP walaupun mendapat 5A , UPKK 8A, mumtaz PSRA dan aktif kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan. Sekarang menunggu keputusan MRSM Ulul Albab. Walau apa pun keputusannya, sama-samalah kita bersangka baik dengan Allah dan redha dengan ketentuanNYa. PilihanNya adalah pilihan yang paling tepat…amin

  69. sokong mara says:

    jgn pandang org dgn sebelah mata…ingat satu perkara setiap ank ada rezeki msing2….jika ank anda tdak terplih ada hikmahnya….usaha dan cuba lg…tdk semua mrid yg mendapat 5a tu hasil dari soalan bocor….dah rezeki…,kalau betul ank 2 yg bijak tu dapat 4A 1B walaupun di mana dia berada pasti dia akan berjaya….kalau mrsm semua kemasukannya wajib melalui ukkm….

    • anak saya pun dapat 4A 1B, dia sek saluran je. sekolah kampung, tapi saya beri motivasi dan rangsangan agar dia terus rajin berusaha untuk dapat kan keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang, sya juga lebih banyak meluangkan masa mendengar permasalahan anak.

  70. tahniah Yg Berjaya says:

    Makluman

    Bagi kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE tahun 2013, calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui mySMS DAPAT 15888.
    Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2013 dijangka pada akhir bulan Januari 2013.

    Sila layari Portal MARA dari masa ke semasa.

    [Tarikh Paparan: 08 Januari 2013]

    • Saya pun terkeliru dengan pengumuman tersebut, sbb MARA ada tawarkan 4 program : (1) MRSM Program Biasa (2) MRSM Ulul Albab (sahaja) (3) MRSM IGSCE (sahaja) (4) MRSM Program Ulul Albab dan IGSCE. Adakah pengumuman keputusan kemasukan tersebut merujuk kepada Program (4) sahaja atau merangkumi Program (2) (3) dan (4)?. Sekian. Harap dapat penjelasan.

      • Anak saya IGCSE, rakan sekelas dia Ulul Albab. Result keluar 2,3 hari lepas. Saya rasa tentu MRSM 'igcse combined ulul albab' pun keluar pada hari sama. Hanya MRSM biasa je keluar awal Februari.

  71. server down pulak…mcmana nak check result kemasukan ke MRSM utk tktn 1 ni????

  72. mamabatrisyia says:

    assalam. calon yang berjaya ke mrsm ulul albab/igsce sepatutnya dah terima sms hari ni. tahniah diucapkan kepada yang berjaya. sama2lah panjatkan kesyukuran pada Allah swt. pada yang gagal boleh lagi merayu..insyaAllah rezeki Allah yang menentukannya. sebagai ibubapa..teruskn berdoa untuk anak2 kita agar berjaya dunia & akhirat.

  73. […] pelajar yang telah menduduki UPSR 2012 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge […]

  74. Anak mohon igcse. Dapat sms tadi petang pkl 5.35pm. "Tahniah! Anda telah berjaya.' Bila gi website yg diberikan dalam sms dan login angka giliran .. 'tidak berjaya'. Anak saya rasa exam english, maths & sains mudah. Interview pun dia rasa okay dan positive.
    Dapat sms lepas 5.30pm. Tak dapat telefon MARA nak tanya keadaan anak saya. Besok kenalah kami bertindak cepat.

    • Rupa2nya anak memang dapat tawaran. Tetapi tawaran ditahan sebab suami saya jadi guarantor pinjaman MARA. Peminjam tu ada tertunggak.

      • Suami dah gi pejabat MARA utk settlekan apa yg patut. Kami tengok besok, kalau dah boleh log-in angka giliran anak utk dapatkan surat tawaran tersebut. Kalau tak, kena tengok Jumaat ni. Pegawai MARA check, anak saya dapat tawaran , tapi tak boleh akses maklumat sekolah/mrsm mana.

        • oh kesiannya. I hope everything ok in the end…

          • Dah ok dah! Lega. Skrg kena cari masa utk sediakan barang2 utk anak. Buka akaun bank, kad atm, hp takde camera dgn prepaid, deodorant, baju.. medical check up dah buat dah semlm, terima kasih pada seorang bapa yg anaknya dah dapat surat tawaran dan email saya borang2 MARA dan panduan MARA.

  75. Alhamdulillah dapat SMS petang semalam …. InsyaAllah pendaftaram di MRSM Baling pada 15/1/2013.

  76. Miskin Bandar says:

    Tahniah kepada yg berjaya….kepada yg tidak berjaya cubalah buat rayuan..kalau tak berjaya juga redha lah dengan ketentuan Allah SWT…mungkin Allah ada yg lebih baik untuk mereka.. anak sy juga tidak berjaya ke UA..

  77. kabel kuat says:

    ada tak kat sini yang dapat tawaran dgn mengunakan kabel….harap-2 dapat share pengalaman anda.

  78. Ibu prihatin says:

    TAHINIAH kpd anak2 yg berjaya! Yg tidak berjaya jgn putus asa..usaha&doa. Masih ada peluang utk rayuan. Pengalaman saya tahun lepas..anak saya menangis sbb x berjaya pengambilan pertama. Anak sangat berminat utk ke MRSM atas dirinya sendiri. Tiada paksaan dari kami.Dia lebih banyak tahu tentang program IGCSE dari kami dan sangat sebok utk “mengambil tahu” tentang kelebihan program ini..sudah pandai merangka cita2 dan dah ada target sendiri..akhirnye dpt panggilan ke2 utk program IGCSE. Alhamdulillah..sekarang dah tingkatan 2 dan kurang homesick nyerr! berkat doa kami..anak saya berjaya buktikan yg dia layak mendpt tmpt di MRSM kerana mendpt anugerah penghormatan pengetua dlm tingkatan 1.Kini sedang berusaha menjadi pelajar yg dpt memberi manfaat,berdikari,berdisiplin dan cemerlang dunia&akhirat…amin. 🙂

  79. Ibu prihatin says:

    kepada kabel kuat…x salah rasanye kalau nak pakai kabel..itu juga usaha..asalkan xde unsur rasuah! semoga anak awak berjaya!

    • Ohhhh…saya x pakai kabel. Dari komen diatas ….banyak yg sebut pasal kabel. Saya berminat nak tau cara mengunakan kabel dan bagaimana proses mohon …dgn siapa…peratus kemungkinan dapat…..
      Bukan setakat mengunakan kabel….kalau ada kaedah lain selain dari memohon ikut prosidur biasa…kongsi lah pengalaman itu.
      Saya x kutuk yg mengunakan kabel…everybody want the best for their children.

      • Saya tak ada cable. Tapi saya ada satu strategy. Which is, exposekan anak2 di sek ren sebyk mungkin. Sijil2 anak minimum harus ada sijil kebngsaan, if possible sijil antarabangsa. Sijil pengawas pun penting. If nak anak masuk MRSM IGCSE, make sure english communication strong. If minta MRSM Ulul Albab, make sure hafazan strong. Bila ada anak with strong resume, tak perlu ada cable. Syukur strategy saya menyebelahi saya dan all my kids masuk boarding schools…

        • Salam Tuan/Puan,

          Saya diberitahu Guru UA, selalunya bagi MRSM ulul albab ibu bapa “segan” (dengan Allah swt) guna kabel, risau anak tak terbawa tahfiz nanti. Dikatakan anak bergantung markah hafazan, UKKM dan interview. Kalau dapat 100% markah hafazan pun tapi interview dan UKKM rendah/kaput pun sukar berjaya. Sikap rendah diri, jujur semasa temuduga diperhatikan.

          Tapi tahun ni dikhabarkan agak lambat result kerana IGCSE ada sedikit “campurtangan”; Bagaimanapun ia ‘insignificance” kerana markah UKKM itu penentu, (berbanding SPB mungkin)… Anak2 yang excellence dalam UKKM, interview dan aktif memang berpeluang (dengan izin Allah). Ingat juga IGCSE ini diminati golongan VIP, seperti STF dan KTC. Tapi percayalah ketentuan akhirnya adalah oleh Allah swt..

          Awalnya saya juga menganggap anak tidak berjaya kerana hafazan dia cerita tak dapat 100%, tetapi dari cerita semasa interview anak saya mungkin disukai kerana menjadi diri sendiri. Dia ditanya beberapa soalan yang melihat keperibadian. Contohnya kegiatan masa cuti – dia jawab tolong ibu buat kerja rumah dan masak at least seminggu 2 dish. Siap tanya masak apa. Dan BI anak saya excellent, slang British.. Sehingga penemuduga berkata “saya doakan awak diterima masuk”. Selain itu soalan biasa seperti cita-cita, bagaimana perjalanan, dan mengapa awak nak belajar di MRSM adalah soalan biasa..

          Saya ada terbaca penemuduga mendapat jawapan calon nak jadi “detektif conan” bila dewasa, main game masa cuti, mak ayah suruh masuk ulul albab, dan lain-lain jawapan yang mungkin boleh menggagalkan.

          Moga catatan ini boleh menjadi panduan di masa hadapan dan pengajaran juga.. Saya doakan semua generasi muda di Malaysia ini memperolehi rahmat, kuat dan berjatidiri sebagaimana ibrah surah Al Kahfi, untuk masa hadapan agama bangsa dan negara.

  80. Syukur my. son pun dapat IGCSE….. anyone dapat Alor Gajah?

    • MRSM IGCSE Alor Gajah terhad kepada 90 org sahaja …. dari keputusan PMR 2012 yang lepas MRSM Alor Gajah berada dlm ranking no. 2 selepas MRSM Pasir Salak.

      • mamabatrisyia says:

        assalam. i think we should not worry too much on the ranking…sbb the year before (2011) and the year before that as well (2010), mrsm lain lagi tinggi ranking. kalau untuk form 5 (spm) ranking mungkin boleh lebih digunapakai sebab yang top adalah mrsm pkp year after year..wallahu'alam.. saya tetap bersyukur anak dapat tempat alhamdulillah

      • yes MRSM AG nak 90 boys 90 girls. One of the reason I pilih MRSM AG is bec of the ranking, both PMR and SPM. Mereka setanding dgn MRSM PKP. I mmg monitor ranking MRSM and SBP for the last 5-6 years.Syukur alhamdullillah dapat situ…..

        • Puan Helena ni Alumni MRSM ke? memang tabik spring la 5-6 years dh follow perkembangan SBP/MRSM….btw, why choose MRSM instead of SBP?

          • saya mmg ambil tahu benda mcm ni sebaik saja anak sulung nak masuk menengah. Sbb saya akan tahu which school is the best, dan bagus sbb apa. Tak payah nak harap input org yg entah betul entah tak. Saya takda kabel. Saya hanya suruh anak cuba outstanding in school. So saya minta both SBP n MRSM. Anak sulung dapat SBP, yg lagi 3 dapat MRSM. Saya mmg nak anak semua masuk boarding school, they all pun nak sangat2. Syukur anak bungsu pun dah berjaya masuk MRSM. Now ni tgh cari input pasal scholarships dan Uni courses pulak 😀

            Nak tau beza SBP n MRSM hehe… panjangnak cerita tu..

            • cerita je.. nak juga dgr pendapat org lain. 🙂

              • i dont think this is the best place to share…

                • Sokong Helena says:

                  maybe Helena should start a forum on "life in SBP and MRSM".
                  Banyak topik leh bincang…from application sampai tamat blajar.
                  Nanti kalau dah start…. bagi link tu ye. Promote kat sini.
                  Mesti banyak pengikutnya.

                  • hehe you made my day la… LOL…. Terimakasih btw. saya rasa saya tak layak sbb saya pun masih belajar lagi… Now ni tgh belajar process MRSM students post SPM, yg amat berlainan sekali dgn post SPM for SBP students…

                    • norah01 Sokong too says:

                      Honestly, you need to write some sort of a blog. Cause we [okay, me and 'Sokong Helena' here] want to know. 😀

                      1) difference SBP & MRSM schooling in your opinion of course.
                      2) difference post SPM for SBP & MRSM students in your respected opinion.

                    • norah01 sokong too says:

                      Or just write them over here.. it's okay… everything's going to be fine…
                      They don't know you. Heck I don't know you. You probably took your username from 'Helena Christensen' or Bohnam Carter or daughter of Zeus.
                      It's your opinion. Nobody can mess with that.

                  • Setuju sangat2.

                    Saya menyokong puan, walau mungkin sudut pandang kita mungkin tidak 100% sama..

                    Moga berjaya

            • ePutra - Editor says:

              ePutra amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi sebarang pengalaman, ilmu & maklumat yang berkaitan pendidikan.

              Sila hubungi kami melalui http://eputra.com/contact/ untuk maklumat lanjut.

              Terima kasih.

              • sokong Helena says:

                Wow,

                we got the attention from the moderator. Pn Helena…tunggu apa lagi. We can have a special column just for us…"parents of MRSM / SBP student".

                Pn Helena…you are wanted to lead the new column……sila hubungi Editor Eputra utk maklumat lanjut.

                Hehe…mcm pengumuman kat pusat media MRSM plak…

              • thank you sangat2 pada eputra dan friends di sini. Helena rasa terharu sangat. Cadangan2 di atas akan Helena fikirkan. Byk jugak kena pikir ni. Terimakasih sekali lagi.

                • sokong Helena says:

                  Kita orang bukan nak calon Pn Helena sembarangan aje. Boleh nampak dgn jelas contribution Pn Helena kat sini. Yr advise..tips…guidance…ideas… semuanya merupakan panduan yg positif.

                  So …agaknya bila ruangan "Ask Helena" akan dilancarkan ???

                  • mamabatrisyiasokong says:

                    kalau dicalonkan untuk pilihanraya pun mungkin boleh menang kot helena ;-). seriously..your contribution is needed here. yang lain boleh tambah mana yang patut ikut pengalaman masing2 je. insyaAllah

            • Sekali lagi saya beri sokongan penuh sebab:

              1. Pening melihat anggapan kabel, soalan bocor, orang berpengaruh/kuota VVip etc dituduh punca tak dapat sbp (walau mungkin benar ke, jangan dijadikan “alasan tidak tahu menari”)

              2. Tips, kaedah dan cara menangani temuduga/UKKM dll oleh calon, ini sangat penting. Apa kelebihan yang MARA tengok dan bagaimana pembahagian markah (dah ada kat website MARA; tapi kita tak baca.. kita asyik sibuk cakap anak kita dah pandai etc..). Peranan aktiviti, koko etc.

              3. Boleh pressure MARA/KemPelajaran untuk senaraikan dalam paper calon berjaya, markah keseluruhan (bolehlah memberi gambaran tahap anak kita) dll. Itupun kalau perlu.

              4. Bagaimana menangani masalah bila anak dapat SBP/MRSM. Ibubapa boleh tahan kaki “complain”, sekolah kotor la, displin, buli, homesick, tak bersyukur… dan anak2 pula “mua”. Orang lain punya nak berkorban agar anak dapat masuk kita komplen je. Boleh dibincang cara menangani masalah dengan rasional.. pihak sekolah memang sorokkan.

              5. Lain-lain perkara seperti peluang pelajar 4A, pelajar luarbandar, miskin tegar etc..

              Apa jua keadaan, yang dah dapat sekolah dihajati, ingatkan anak2 – ikhlaskan niat belajar kerana tanggungjawab sebagai khalifah dimukabumi; bukan nak pandai dan senang masuk U sahaja, alam dewasa dan pekerjaan adalah berlainan.

              Lepasan MRSM dan dapat 9A pun saya tak redho dan hampa sesangat jika anak saya akhirnya jadi pelakon seksi dan penerima rasuah di pejabat2 kerajaan yang ada power (maaf sebagai teladan sahaja)..

              maaf ye; nampak berat tetapi kita santaikan isu2 serius ni.. saya ingat masa dipanggil interviev, jenuh google tips temuduga MRSM, satu dua website je keluar..

              Wallahuala,

              • saya sokong …. may be En Annaz boleh tolong usulkan kepada tuan moderator untuk membuka satu topik yg di fikirkan sesuai untuk membincangkan hal2 berkaitan SBP/MRSM

  81. KEPADA PARA IBUBAPA yg SENASIB DGN SAYA IAITU DAPAT SMS 'Tahniah! Anda telah berjaya….' tapi bila log in 'Tidak berjaya', itu adalah kerana salah satu ibubapa atau kedua2nya 'sangkut' dgn MARA sebagai peminjam/penjamin.

    Kalau anda penjamin, kena check berapa jumlah tunggakan peminjam. Penjamin boleh 'putih'kan nama semula dgn bayar bahagian penjamin tersebut sahaja. Untuk mendapatkan jumlah penjamin kena bayar;
    Contoh: jumlah tunggakan RM15,000. Kalau peminjam ada 2 penjamin maka jumlah tunggakan akan dibahagi 3. Maka penjamin hanya perlu bayar RM5000 agar namanya putih semula.

    Selepas itu, dia kena segera confirm dgn MARA dipejabat MARA bahawa nama dah clear.
    Kalau confirm nama clear pada pkl 3ptg, maka sepatutnya penjamin yg anaknya mohon mara, kena check page semakan MARA yg telah diberi dlm sms 'Tahniah!Anda ..' lepas 3 ptg keesokan harinya.

    Kenapa penjamin kena bayar? Penjamin boleh minta peminjam bayar byk tu supaya penjamin 'clear' tapi seperti apa yg berlaku kepada saya [juga penjamin MARA] dan rakan saya yg anaknya dpt tawaran mcm saya secara sms, .. peminjam tersebu biasanya tak akan bayar. Mereka tak rasa
    perlu paksa diri susah payah bayar duit banyak tu, bukan mereka yg terdesak. Penjamin yg terdesak sebab peluang anak mereka hilang sebab tu.

    Nama saya sangkut dgn MARA 3 bulan lepas. Oleh kerana saya tak nak anak saya masalah, saya telah bayar hutang rakan saya supaya nama saya clear, supaya anak saya takde masalah dlm permohonan. Rakan saya kata dia tak boleh bayar RM500 utk 'putih'/clearkan saya. Dia tgh sesak. Saya cuma perlu bayar RM500 lebih je. Suami saya ingat dia takde masalah. Dia tak check sebelum ni. Rupa2nya dia yg bermasalah. Nasib baik sempat settle hari ni.

    Kena sediakan duit cepat2 utk byr tunggakan bahagian anda. Lepas tu confirm cepat2 yg nama dah clear dlm database MARA. Besoknya baru boleh tau/dpt surat tawaran , borang MRSM, borang medical check up dgn x-ray, kena sediakan photostate ic anak, result anak, slip gaji yg dah disahkan ,gambar 12 kpg..

    Nama sangkut MARA ni hanya kacau permohonan ke dalam mana2 institusi MARA saja. Yg lain, tak kena.

    • Kalau kamu sebagai penjamin nak bayar atau peminjam tu nak bayar bahagian tunggakan kamu, pastikan dia BAYAR ATAS NAMA KAMU [kena ada IC no awak] ya.

      Pegawai MARA KL ptg semlm beritau saya ramai yg ada masalah begini, ada sampai berpuluh ribu.. maka hilanglah peluang anaknya yg sudah ditawarkan sebab tak dapat settle jumlah tersebut dalam masa terdekat.

    • Syukur dah setel masalah tu …. dpt MRSM mana?

      • Belum dapat tau lagi. Kena tunggu pkl 5 ptg [kerana confirmed clear pkl 4 ptg semlm] .. utk check ada surat tawaran ke tak.
        Surat tawaran tu yg beritahu mrsm mana. Semalam, Pegawai MARA Bahagian Hal Ehwal pelajar, hanya boleh check samada dapat atau tidak tawaran tu .. sebab nama anak saya kena 'tahan'.

      • @Sousuke: Kami belum tahu lagi ke mana. Surat tawaran akan beritau. Semlm kami diminta menunggu hingga petang ni. Mungkin sebab akaun pinjaman tu kat Kelantan kot, kena ambil 24 jam utk sistem HQ [mara kl]update.

        Kawan saya yg senasib, baru settle tunggakan peminjam pagi tadi di MARA KL . Pkl 1pm dah keluar surat tawaran untuk anaknya.. kenapa anak saya kena tunggu 24 jam ya?
        Tengah cuba nak contact MARA ni.

        • mamabatrisyia says:

          assalam. tahniah. moga dpt mrsm idaman. all the best!

          • Terima kasih!!

            Akhirnya keluar surat tawaran bila saya logged in angka giliran anak saya pkl 4 ptg tadi. Tepat2 24 jam selepas MARA Kelantan & MARA HQ confirm 'clear' nama suami saya seperti yang mereka beritahu kepada suami saya. Saya akan minta suami saya call pegawai MARA kat Kelantan tu utk ucapkan beribu2 terima kasih keran tolong selesaikan masalah kami dgn cepatnya dan layanan yang sgt baik.

            Dapat MRSM 1st choice – MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Adik saya dok kat Kuantan [saya Selangor]. Bolehlah tengok2 kan anak saya.

            Saya betul2 gembira dengan rezeki anak saya. Dia tak pergi mana2 tusyen. Tusyen sekolah yang wajib pun dia tak pergi pada tiap Sabtu sebab dia belajar renang [sanggup saya bayar bulan2 utk keselamatan anak saya di air] Dia belajar dgn bantuan saya.

            Saya mengharap sangat agar rakannya yang sedang menunggu keputusan MRSM biasa dapat sekolah yg dia idami. Budak tu belajar sama2 dgn anak saya, dgn bantuan saya sikit di rumah kami. Dari 3A 2B masa darjah 5, kerap mendapat tempat cemerlang di sekolah masa darjah 6. Tak sabar saya menunggu ibunya berasa gembira mcm saya.

            • Tegahari tadi di pejabat MARA KL ada kaunter khas di buka utk ibubapa yg mengalami masalah yang sama …. nama kena blacklist sebab jadi penjamin … tak kurang dari 10 org pada masa tu sedang menunggu utk berurusan dgn pihak MARA … di harapkan semoga masalah mereka dpt di selesaikan… kesian anak2 yg teah berjaya dpt tawaran masuk MRSM.

    • Hanya akaun pinjaman luar KL je yg ambil 24 jam utk clear. Kalau pinjaman yg biasanya HQ [KL] urus lepas sejam clear dah boleh log in angka giliran anak utk dptkan surat tawaran.

  82. my 2 cents... says:

    Tahniah kepada anak2 yang berjaya diterima ke MRSM IGCSE … kepada anak2 yang tidak berjaya masih boleh merayu utk intake seterusnya…32 tahun yang lalu saya juga telah melalui rasa kecewa kerana gagal memasuki MRSM walaupun dapat 5A dlm Penilaian Darjah Lima waktu itu. Alhamdulillah hari ni anak perempuan saya berjaya ditawarkan ke MRSM. Kalau ikutkan rasa hati memang amat berat nak melepaskan anak belajar jauh duduk di asrama kerana tapi kerana beliau amat berminat sangat nak belajar di MRSM IGCSE, sebagai parent saya cuba sedaya upaya juga usahan…termasuk lah mengahntar beberapa surat rayuan ke pihak MARA. Saya di fahamkan nak masuk SBP/MRSM bagi pelajar perempuan agak susah kerana terlalu ramai pelajar perempuan yang mendapat 5A berbanding pelajar lelaki (fenomena masa kini…perempuan lebih bijak dari laki2).

    • Pada pendapat saya, bukan lagi bijak dari lelaki.. sebab perempuna lebih rajin dan bersemangat dari lelaki.. secara general. Budak2 lelaki kuat main, tak kisah sangat nak masuk asrama, bila ada keinginan, tapi mudah ke arah buat benda2 lain yg takde kena mengena dgn belajar.

    • mamabatrisyia says:

      assalam, maksud tuan/puan sudahpun hantar surat rayuan sebelum keputusan keluar…itulah yang dinamakan kasih ibubapa pada anak2nya..ikhtiar & berdoa sentiasa untuk anak2 mereka ..alhamdulillah Allah kabulkan. Tahniah!

      • ya puan …. staff MARA sendiri yg cadangkan supaya hantar surat rayuan dan sokongan secara formal sebaik saja selesai ujian UKKM…. rasa tebal juga muka rasanya minta simpati dari orang2 kenamaan….tapi demi minat dan kesungguhan anak sanggup je 🙂

      • ya mamabatrisyia …. pegawai MARA sendiri yang cadangkan buat surat rayuan sebelum keputusan di keluarkan…walau bagaimana pun katanya tawaran masih bergantung kepada keputusan UKKM .

  83. Maklang Melaka says:

    Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada anak2 yg berjaya ke MRSM IGCSE.Mcm2 komen panas yg saya baca..semua drpd ibubapa yg tak puas hati tapi takkanlah sbb tak dpt masuk SBP@MRSM nak salahkan semua pihak…soalan bocorlah,ada kabel kuatlah..ada kena mengena dgn Mara lah..semua tu tak betul. Anak buah saya alhamdullilah diterima masuk ke IGCSE Alor Gajah.Tak ada pulak dpt soalan bocor, tak ada pulak guna kabel walaupun ibu dia kakitangan Mara. Kawan kakak saya pun kakitangan Mara tp anak dia pun tak dpt juga. Mungkin ujian dan interview dulu tak cukup point mengikut kriteria dan kuota2 yg telah di tentukan MRSM …we never know kan or perhaps Allah has better plans in the future untuk anak2 kita yang kita tak tahu……Wallahu’alam..Walau apa pun keputusannya, sama-samalah kita bersangka baik dengan Allah dan redha dengan ketentuanNYa.

    • Tahniah utk anak Maklang kerana berjaya dapat tawaran ke MRSM Alor Gajah …. anak saya walaupun telah memilih MRSM Alor Gajah sbg pilihan pertama tapi dapat tawaran di MRSM Baling….biasalah kaum ibu ni kalau buleh nak dekat dgn anak dan boleh slalu melawat anaknya. Kesian melihat si ibu, saya cuba menghubungi pegawai MARA utk cuba memohon pertukaran tapi tidak berjaya kerana mengikut pegawai MARA tersebut ujian UKKM adalah penentu dan tempat di Alor Gajah adalah terhad kepada 90 org sahaja .

  84. Ibu prihatin says:

    pelik dengan post2 diatas..terkilan anak 4A1B tak dapat memohon MRSM.. bagi saya setiap perkara itu adalah jalan yang telah ditentukan oleh Allah kepada anak-anak kita… tak semestinya tak dapat 5A itu tidak hebat dan kecewa.. perjalanan hidup mereka masih panjang lebih..mungkin allah kata anak kita masih memerlukan lebih masa untuk bersama dengan kita dan menerima kasih sayang kita.. kalau anak itu sudah masuk asrama maka masa kita bersama dengan mereka sudah singkat…macam saya ..masuk asrama dari ting 1, kemudian masuk U, umur 25 tahun..jadi masa dengan ibu dengan ayah amat terhad…sudah kahwin paham2lah…jadi terimalah suratan yang telah dituliskan oleh alllah untuk anak-anak kita…terus bagi sokongan dengan anak-anak….jangan sesekali tunjukan kekecewaan dengan anak-anak…

    • rakan se asrama saya dulu dpt 3A2B shj dlm Penilaian Darjah Lima…skrg dh jadi CEO anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

  85. Anak sulung saya dapat 4A1B juga dulu. Masuk kelas KRK kedua kerana dia dapat 4A. Manakala pelajaryg dapa 5A masuk KRK pertama.
    Saya ajar cara belajar yang baik. Saya bukan cikgu. Hanya seorang ibu.
    Peperiksaan akhir tahun, dia dapat no 6 seluruh sekolah daripada 500 pelajar Tingkatan1. Rakan2nya yang belajar dengan saya dari kelas no 2 & 3 termasuk anak saya terus masuk Kelas KRK pertama utk Tingkatan 2. Mereka semua ni lelaki. Saya masa tu nak budak lelaki je yang join belajar dengan anak [lelaki] saya.

    Kenapa saya sebut jantina? Nak beritau yg budak lelaki ramai yg pandai tapi ramai juga kuat main, tak/malas nak fokus pada belajar. Budak2 yg 5A tak semuanya kekal dalam kelas KRK pertama tu. Separuh turun kelas.

    Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 2, anak saya & 3 rakannya yg belajar di rumah saya, Top 10.

    Anak saya tak masuk asrama, dia sedih, saya sedih. Tetapi rupa2nya banyak hikmah utk dia bila dia dok dgn saya. Skrg dia tahu cara belajar dgn betul. Kalau dia masuk asrama nanti saya insya allah tak risau sgt. Atas saranan saya, dia jadi Pengawas, skrg dia lebih confident. Kalau dia masuk asrama, saya pasti dia tak akan mohon jadi pengawas. Dok rumah, dapat masuk kelas renang akhir minggu. Kelas tu sesuai dgn peribadi anak saya dari segi membentuk keyakinan diri secara fizikal. Setiap level budak2 berlainan umur. Dia tak rasa tertekan utk bertanding. Lama kelamaan dia makin competitive.
    Mereka yg 4A1B:
    Alhamdulillah, anak saya yg dulu Pemahaman B upsr, skrg A.
    Rakannya yg sains B upsr, skrg antara tertinggi di sekolah dalam sains.
    Rakannya yg English B upsr, akhirnya dapat A.

    4A1B boleh jadi top kat sekolah. Yang penting mereka belajar, tau cara belajar yg betul.

  86. Rindu Anak says:

    kesian tgk ada anak2 yg baru 5 hari dok asrama dh kena homesick tahap kronik …. terpaksa mak ayah dtg dari jauh dari Putrajaya ke Baling dtg memujuk supaya bersabar …. anak saya ni pula sejak dari lahir langsung x pernah berpisah dari keluarga walau sehari …. harap2 dia OK dgn kehidupan baru di asrama.

    • Anak lelaki ke pompuan…..bagaimana tahap kronik tu…..selalu menangis ke? Harap -2 anak tabah.. Saya pun tgh risau….mula-2 ….kata best..pas tu….cakap penat……dian kata rindu….call pun dah lebih kerap…..harap-2 anak kita tabah.

      • parents kena slowtalk dgn anak2 pasal sek asrama ni. syukur all my kids masuk asrama semua takda menangis, semua happy aje dapat kawan2 baru, suasana baru.

  87. Alhamdulillah…walaupun anak saya dapat 5A dan xdpt SBP nampaknya dia ceria je kat sekolah. Mula2 nampak stress lah jugak sbb kawan2 yang lain dapat. Tapi kami bagi semangat biar dia jadi dirinya walau di mana pun dia belajar. Sekarang tunggu MRSM biasa..kalau tak dapat kami redha je adalah hikmahnya dia belajar dekat dengan rumah…Bagi ibubapa yang anaknya dah dapat tu..tahniah

  88. Bawakan anak buku cerita. Takpe kalau dia tak suka baca. Sediakan je. Kalau dia boring sangat, mungkin dia nak baca. Handphone [yg takde camera] yg diberi pastikan ada radio utk mengisi masa sepi nya. Buat masa ni, sekolah banyak aktiviti, harap anak2 akan biasa dengan keadaan hidup di hostel.. Majalah unsur akademik seperti Fokus ke..atau Reader's Digest..

  89. My niece alhamdullilah…at times ada jg homesick tp tak lama…yesterday visit dia kat Alor Gajah nampak happy..non-stop talking pasal minggu orentasi..pasal new friends..kakak2 angkat aktiviti penuh tp mampu uruskan masa ikut jadual…

  90. Sorry salah post tadi

    My niece alhamdullilah…at times ada jg homesick tp tak lama…yesterday visit dia kat Alor Gajah nampak happy..non-stop talking pasal minggu orentasi..pasal new friends..kakak2 angkat aktiviti penuh tp mampu uruskan masa ikut jadual…

  91. Sorry salah post tadi

    My niece alhamdullilah…at times ada jg homesick tp tak lama…yesterday visit dia kat Alor Gajah nampak happy..non-stop talking pasal minggu orentasi..pasal new friends..kakak2 angkat aktiviti penuh tp mampu uruskan masa ikut jadual…

  92. MRSM Kuantan ada byk lg kekosongan…ramai yg x dtg register on 15/1. Out of 130 allocated seats, only 130+ je yg register so still have more seats for 2nd intake

    • mamabatrisyia says:

      Assalam. Mrsm Batu Pahat pun rasanya ada kosong lagi. less than 130 yang register. Ada budak lelaki duduk sorang dalam dorm utk 4 orang.. Ada yang tak terima sms..tapi bila check online dapat tawaran. mungkin banyak kes yang mcm ni sampai sekarang x tau dapat offer. mungkin MARA tengah cuba untuk contact sebab ada yang dapat call dari MARA dan register lewat.. wallahu'alam. sekadar berkongsi apa yang saya dengar…

  93. type error … total allocated seats for MRSM Kuantan is 150.

  94. Bagi saya kalau dapat 4A boleh memohon MRSM. Rezeki di tangan Tuhan. Mana tau tiba tiba murid 4A berjaya kat sekolah biasa. Saya murid yang mendapat 5A tapi saya menyokong murid 4A.

    • mamabatrisyia says:

      difahamkan mara cuma buka permohonan untuk yang dapat 5A sahaja tetapi mcm yang diceritakan di atas ada yang berjumpa YB dan dapat 4A pun boleh mohon. tetapi masih perlu menduduki UKKM & interview. Cuma x tahu dapat tawaran ke tidak..wallahu'alam.

      • SuperStrong Kabel says:

        tak dapat lah…..Mungkin intake ke-2 kot boleh dapat…atau mungkin dapat MRSM biasa nanti. Tak nak komen lebih-2 dulu… result akhir blum finalise kan. Kabel saya kira kuat ni……

  95. Lagi satu. Cikgu sekolah menengah biasa saya kata semua sekolah sama sahaja cuma cara pembelajarannya lain sikit.

  96. Support MRSM says:

    IGCSE tidak di tawarkan di sekolah harian biasa di bawah MOE and MRSM is using assessment system based on the Grade Point Average (GPA).

  97. my son dapat 5A in his UPSR exam…i just harap that he will get MRSM…

  98. Warga pendidik says:

    Nah, ini lah peluangnya. Kalau nak pendidikan berkualiti, pergilah sokong. Jangan asyik nak komplain, komplain, komplain.

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/artic

  99. Results SBP 2nd Intake dah keluar hari ini http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_ambilan22013/

  100. Bagi saya, mendapat 5A bukan ukuran kejayaan sesorang itu,sekolah mana2 sama saja. Saya mempunyai 4 orang anak , semuanya SBP, dimana 2 orang sekolah Sains, seorang TKC dan seorang SDAR . Kejayaan sesorang itu perlu ada KESEDARAAN , tidak perlu berlumba2 ingin memasuki kealam asrama penuh kerana ingin anak berjaya……..kalau diluar, pusat tuisyen berlambak2, di sini kita boleh menghantar anak kita belajar dengan lebih bermutu . jika kita ada anak yang suam2 kuku mendapat 5A . tidak perlulah menghantar ke MRSM atau SBP kerana pembelajaran di sana perlu pelajar yang betul2 cemerlang untuk mendapat strait A dlm SPM kerana proses pembelajaran memusatkan murid, kita kena berdikari, jauh baiknya sekolah harian biasa. Walaupun kedua2 anak saya mendapat semua A dalam SPM , tetapi saya tengok kawan2nya berlambak tidak mendapat keputusan yang baik dalam spm……..seorang masih ditingkatan satu dan seorang ditingkatan tiga………diharapkan mengikut jejak kakak dan abangnya …….Amin.

    • Tahniah kepada puan anna kerana di kurniakan anak2 yg cerdik dimana kesemuanya berjaya memasuki SBP. Saya doakan semoga anak2 puan menjadi insan yg cemerlang dan beriman….Amin.

  101. mamabatrisyia says:

    assalam. di website mara dah diumumkan keputusan mrsm tingkatan 1 keluar hari ini. pada yang berjaya tahniah diucapkan. pada yang tidak, buatlah rayuan dan usaha, berdoa pada Allah, insyaAllah. wallahu'alam

  102. http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp?
    Sesiapa yang dapat jawapan 'Tidak Berjaya' , sila check balik pkl 2 ptg. Call MARA Bahagian Kawalan Kredit kalau anda peminjam/penjamin MARA. Sebab kalau ada tersangkut, MARA tahan tawaran anak – beritau 'Tidak Berjaya'.

  103. […] pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi sesi pengambilan 2013 sudah boleh […]

  104. Liza
    salam
    Anak saya mendapat 5A dalam UPSR 2012 dan memohon sekolah SBP, Yayasan Selangor dan MRSM namun ketiga-tiga tidak berjaya. Anak saya bagi tahu kat sekolah biasa sekarang ramai lagi pelajar yang dapat 5A yang tidak kemana-mana mungkin tak nak jauh dari ibubapa atau sebab-sebab lain.Anak saya kata tak kisahlah sekolah biasapun sebabnya kelas ia belajar sekarang kebanyakannya yang 5A dan 4A ataupun Kelas Rancangan Khas. So sekurang-kurangnya bagi pelajar 5A yang tak kemana-mana boleh menaikkan nama sekolah biasa sekiranya pelajar-pelajar tersebut terus maju dalam perlajaran dengan bimbingan guru dan ibubapa yang senantiasa berada di sampingnya.

  105. Bagi saya, sekolah mana2 pun sama je.Yg pentng usaha pelajar tu sdri.Anak2 saya mmg tak berminat ke SBP walau dpt strraight A's. Tapi alhamdulilah sekolah yg diorg belajar pun tak kurang hebatnya.Kita sbg ibubapa hendaklah memain peranan penting utk masadepan mereka.Tak nafikan ramai ibubapa dh tanam dlm 'mind set' mereka SBP adalah sekolah terbaik & pd saya SBP sepatutnya khusus utk pelajar luarbandar yg cemerlang tapi skrg dh lain pulak.Ada yg terlbh mampu, anak VIP & mereka2 ni akan bercampur dgn pelajar2 lain berbagai latarblkg.Tu kdg2 ada kes yg tidak diingini terjadi.Almaklumlah perangai anak2 org kaya.Apapun mgkn tak sumer SBP tu tak ok. Bergantung pd individu.

  106. Jannatul Naim says:

    Salam buat semua

    Saya adalah seorang calun pelajar yang akan menduduki upsr dan bercita2 untuk mendapat straight As dan seterusnya melanjutkan pelajaran di mrsm tapi masalahnya hasrat saya selalu ditentang kerana umi balik2 cakap

    “5A tak penting yang penting juzuk kena tambah bila hafaz Quran..tahun depan kena jadi hafizah dah”

    Bukan mudah saya nak kejar kedua2nya dalam satu masa. Saya dalam dilema antara cita2 umi atau cita2 saya.

  107. […] Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2014 bagi seluruh Malaysia biasanya akan dibuka selepas keputusan UPSR 2013 diumumkan pada pertengahan November nanti. Iklan di akhbar utama dijadualkan akan disiarkan pada 3 dan 4 November 2013. Sebagai panduan awal sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2013. […]

  108. anak saya dulu upsr 5A mohon sbp dan mrsm.syarat mmg 5A.tapi saya tau memang competition kuat terutama pelajar perempuan.upsr yang dapat 5A ramai, tempat sedikit jer.so faham faham la.dan mmg x dapat.masa pmr dapat 8A.apply dapat mrsm pc

  109. hanif ahmad says:

    Anak saya sudah mendapat tempat di SMAP Kajang (SBPI). Saya rasa amatlah tidak adil jika tidak boleh dipertimbangkan ke MRSM UA. Itu pun jika anak saya layak Ke UA. ujian UKKM sudah selesai. Jawapan pun sudah tahu. Tak layak sebab dapat SBP. Pulak tu tak boleh tolak. kalau tolak dua2 tak dapat.

    Kenapalah ada sistem begini. Bukan kami tak tahu syukur. Tapi hafal quran ini bukan kerja main2. Amat payah kalau nak hafal quran tanpa suasana seperti di UA. harap sesuatu dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.