Permohonan Kemasukan INSTEP Sesi Januari 2013

Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.

Petronas - INSTEP

Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.

Program

  1. PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
  2. Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.

Permohonan INSTEP

Syarat Memohon

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Mekanikal, Kimia, Instrumentasi, Elektrikal, Mekatronik, Proses atau yang setaraf
  4. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2013.
  5. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

DAN

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan SPM yang baik.

Cara Memohon

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Pemohonan PTP-1 Ambilan Januari 2013.
  2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
  3. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  4. Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
  5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
  6. Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
  7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
  8. Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
  9. Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.

Tarikh Tutup

  1. Pemohonan PTP-1 Ambilan Januari 2013 ini akan ditutup pada 15 November 2012, jam 5.00 petang.
  2. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.

Temuduga dan Ujian Bertulis

  1. Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online di laman web Pemohonan PTP-1 Ambilan Januari 2013.
  2. Semakan keputusan dijangka akan boleh dibuat pada 26 November 2012.
  3. Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
  4. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Maklumat

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
    Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
    21020 Kuala Terengganu
    Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
    Faks: 09-668 6130
    E-mel: instep@petronas.com.my

27 thoughts on “Permohonan Kemasukan INSTEP Sesi Januari 2013

  1. klau dip kejuruteraan awam boleh x?

  2. kalau elektronik (komputer) boleh x??

  3. kalau PRA-u blh x nk mhon?

  4. kalau lepasan spm jer boleh ker msuk instep?

  5. boleh mohon lagi x kalau da lepas tarikh yang ditetapkan..

  6. boleh buat permohonan kalau tutup permohonan ini tak?

  7. mohd ashraf says:

    saya ada kompeten chargeman A4..boleh mohon tak?

  8. saya ada diploma dalam bidang perakaunan, ble mohon x? tolong respon, sya berminat sgt dalam bidang ni…tQ

  9. salam..saya ada diploma kejuruteraan pertanian..
    boleh mohon tak?

  10. boleh bagi tahu saya bila tarikh kemasukan yang baru,,untuk tahun hadapan.saya cukup berminat dengan bidang ini,tolong bagi respond

  11. boleh bagi tahu,bilakah tarikh permohonan untuk tahun 2014?

  12. jika saya berkelulusan diploma dalam pengurusan perkapalan.adakah saya layak untuk menyertai INSTEP ?

  13. fariz.anda mempunyai diploma dalam kejuruteraan ?

  14. pelajatr arts stream boleh masuk ke

  15. Sy ada diploma dlm bdg teknikal tp umur dh lbh 30thn..tiada ke pelepasn utk msk instep.?instep ada buat part time tak?

  16. Saya mahu tahu bila pengambilan seterusnya???

  17. subject ape kene score dlam SPM kalau nak join INSTEP??

  18. mark marcus says:

    sya lpasan spm, boleh masuk instep ka? bekas skolah vokasional

  19. Amirul Akmal says:

    saya lepasan spm.. bagaimana caranya kalau saya ingin memohon. . ??
    nak sangat masuk instep ni sebab saya berminat daripada dulu..

  20. fatin najihah says:

    kenape takde utk lepasan spm ? sy nak sgt masuk instep.

  21. boleh bagi tahu bila tarikh permohonan 2014…

  22. kursus untuk E & I part time ada ke?

  23. apply instep utk intake Januari 2014 di http://www.instep-online.my
    utk lepasan Diploma teknikal je ni….

  24. sy s
    ad sjil welding 3G..
    blh mhon x

  25. lepasan spm je pn boleh mohon..tapi kenal ambil dua Tahun.. PTP-2 sama je xda beza cuma masa latihan ja berbeza 1 tahun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.