Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 Sabah Sarawak

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 Sabah Sarawak

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 yang baru mendapat keputusan peperiksaan PMR 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013 di Sabah dan Sarawak. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar bumiputra dan bukan bumiputra tingkatan tiga yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. .

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 mulai 19 Disember 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 19 Disember 2012 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan PMR 2012 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2013 bagi Sabah dan Sarawak ini akan ditutup pada 2 Januari 2013.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 7 Januari 2013.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Permohonan MRSM Semenanjung

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pelajar di Semenanjung telah ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013 dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2013.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2013 Sabah Sarawak untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010, 2011 dan 2012 bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
  4. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan Tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

7 thoughts on “Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 Sabah Sarawak

  1. Anak saya yg isi permohonan on line bagi kemasukkan tingkatan 4 2013 ke mrsm sabah , maslah kamimialah borang permohonan tidak sempat kami print kerana letrik terputus. Selepas itu sehingga sekarang saya tak dapat nak buka sistem online tersebut.Jadi borang permohonan(hard copy) tersebut kami belum hantar ke bahagian urus seti di Kuala Lumpur

  2. Rahimah Haji Ahmad says:

    Saya telah cuba memohon online untuk kemasukan ting 4 tetapi tidak dapat masuk website. Saya dah cuba guna internet explorer, google, firefox etc malangnya asyik cannot find those mrsm online. Mohon bantuan/ nasihat pihak tuan. Sebelum ini saya biasa juga memohon online MRSM untuk anak saya sebelum ini tetapi tahun ini bermasalah pula online MRSM ni.

  3. Same here. Why the website cannot be open? It only shows that page are not found… http://mohonmrsm.tmsasia.com/form4/login.jsp until now still cannot be opened… Really sad ;'(

  4. apa masalah dgn link semua tu?semua tidak dapat buka..ini melambatkan lagi kemasukan..nanti silibus pembelajaran dari sekolah lama dengan mrsm tidak sama..;

  5. kami disabah laluan internet kurang baik….lagi pula hanya mmberi peluang kpd mrk yg internet ok je,apa pandangan pihak mrsm,jika anak kami layak…mcm terlepaslah peluang pembelajaran untuknya…

  6. Selamat petang . saya pelajar PMR tahun 2012 .
    saya ingin bertanya .. masih boleh atau tidak untuk mohon ke MRSM SANDAKAN ? sebab saya tidak berjaya memasuki sekolah tersebut , sedangkan keputusan PMR saya sama dengan rakan saya yang berjaya memasuki sekolah tersebut . harap pihak MRSM mengambil perhatian tentang perkara ini . Kerjasama pihak MRSM sangat saya harapkan . Perkara ini penting untuk masa depan saya . Sekian Terima Kasih .

  7. […] Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 di Sabah dan Sarawak biasanya akan dibuka selepas dalam bulan Disember nanti. Iklan di akhbar utama dijadualkan akan disiarkan pada 22 dan 23 Disember 2013. Sebagai panduan awal sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2013 Sabah Sarawak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>