Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan bagi Sesi Januari 2013.
Pengambilan bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) bergantung kepada program latihan.
Bidang Latihan
- Tanaman
- Ruminan (Ternakan)
- Pemasaran
- Pemprosesan Makanan
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Akuakultur
- Pengeluaran Padi
Kampus Latihan
- Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah (Kampus Induk)
- Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Kedah
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor
- Kompleks Latihan MARDI, Serdang, Selangor
- Sekolah Pemasaran Pertanian, Sungai Petani, Kedah
- Pusat Penyelidikan Perikanan , Pulau Sayak Kedah
- Institut Perikanan Chendering, Terengganu
- Sekolah Perikanan Tangkapan Tanjong Manis, Sarawak
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- MADA Rice Training Centre, Kedah
- Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh, Johor
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki SPM dan setaraf (Kelulusan lain boleh dipertimbangkan)
- Sihat tubuh badan
- Berminat dan komited untuk tugasan luar
Kemudahan
Kos latihan, pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Permohonan
Permohonan terbahagi kepada dua;
- Permohonan Baru – memiliki SPM atau setaraf
- Permohonan Naik Tahap – memiliki SKM 1
Permohonan perlu dibuat secara online di laman web Permohoan Program Latihan Pertanian Kebangsaan – NATC.
Tarikh Tutup
Permohonan ke Program Latihan Pertanian Kebangsaan bagi sesi Januari 2013 akan ditutup pada 15 November 2012.
Keputusan Permohonan
Semakan keputusan permohonan dijangka akan boleh dibuat mulai 22 November 2012.
Maklumat
- Sila rujuk iklan permohonan kemasukan Program Latihan Pertanian Kebangsaan sesi Januari 2013 untuk mendapatkan lebih maklumat.
- Sila rujuk juga laman web Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).
- Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan NATC ini sila hubungi talian telefon 03 8870 1695/ 1702/ 1680/ 1806/ 1672/ 1703/ 1690 atau faks 03 8870 1699 / 03 8888 6908 atau emel: [email protected] atau SMS 013 3307671








[...] Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan Sesi Januari 2013 [...]
bilakah tarikh kputuan prmohonan bgi sesi 2013?
keputusan dah keluar ka untuk permohonan baru skm
kalau ade ijazah peringkat keusahawanan boleh ke mohon program latihan yg diberikan?
kenapa setiap kali saya semak keputusan permohonan ke institut pertanian sesi january maklumat yang diberikan sedang diproses..sedangkan keputusan permohonan sudah diketahui???
alhamdulillah,,saya dapat..
bila tarikh permohonan baru bagi lepasan spm(2012)..???
bila tarikh permohonan baru bagi lepasan spm(2012)..????
bila tarikh kemasukan bagi tahun 2013 saya mahu mohon
assalamu’alaikum….bila lagi program latihan pertanian ni dibuka lagi untuk tahun ni? saya nk mohon…
Dh thu ke ble?
macam mne nak mohon masuk ke kolej ni?????
Dh thu mcm mne nk msk?
kena isi sistem upu online..
beli no pin di BSN
Ble lagi bleh buat pmhonan
nak kerja dengan perikanan ssijil ada ini
macam mana nak memohon ?
Bila permohonan kemasukan program latihan kemahiran pertanian kebangsaan yang seterusnya?
macam mana nak memohon ?
hmmmm mcm mna na msuk erk,,,,minat niiiiii haaa nak msukk nak msukkkk plisssssssss,,,,,muah haha
Dah mohon untuk 2013 tapi sampai sekarang takde jawapan. adakah diberi surat atau online je
mcm best gak nie