Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi 2011

Permohonan Pra U Sekolah Sukan Sesi Akademik 2011

Logo Sekolah Sukan MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa mereka yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM sesi akademik 2011/2012.

Pemohon dinasihatkan memahami semua syarat yang ditetapkan bagi memastikan kelayakan memohon dan permohonan tidak ditolak.

Syarat Am

  • Pemohon perlulah yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih (jika perlu).

Syarat Khas

Aliran Sains

  1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
  2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sastera Ikhtisas

  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
  2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia

Panduan Permohonan

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan secara online dengan lengkap.
  • Borang tersebut perlu dicetak dan melengkapkan ruangan Ulasan Jurulatih, Ulasan Penolong Kanan Sukan, Perakauan dan Pengesahan secara manual.
  • Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah diposkan kepada;
    • Pengarah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1 dan 7, Blok E13, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
  • Pemohon digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
  • Walaupun borang telah diposkan pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi anda tanpa had sebelum tarikh tutup permohonan tanpa perlu mengepos borang dan sijil sekali lagi.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia ini ditutup pada 31 Mac 2011.
  • Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  • Permohonan yang tidak lengkap juga akan ditolak.

Maklumat

One thought on “Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi 2011

  1. eik..katakan dia kredit math moden dan kredit bahasa inggeris dan ekonomi asas..dia layak gak amek pra u sains ka form 6..dan dia bukan drp spm sains tulin yg amek fizik/kimia/bio..pelik betol syarat kelayakan form 6 dkt sekolah sukan ni..dulu aku punye la susah nak amek kelas sains form 6..aku kredit math moden dgn biologi dan sains pertanian tak dapat jugak..last2 aku dpt tawaran diploma pertanian UPM..skrg aku jadi petani moden..usahawan kelas juta2..pakai honda city 2010 dah ni..korang leh ke sekaya aku..honda city tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>