Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010

Pengumuman Keputusan STPM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010 dijangka akan diumumkan pada 21 Februari 2011 ini. Maklumat ini disampaikan oleh seorang pembaca ePutra yang mengetahuinya melalui siaran Berita Terkini TV3. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 25 Februari 2010.

Keputusan STAM 2010 juga telah diumumkan lebih awal berbanding tahun lepas. Oleh itu ada kemungkinan keputusan peperiksaan SPM 2010 juga akan diumumkan awal.

Semakan Keputusan STPM 2010

Para calon yang menduduki peperiksaan STPM boleh mendapatkan keputusan mereka seperti berikut:

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
  2. Secara pos bagi calon persendirian.
  3. Secara SMS dengan menaip STPM <jarak> No. MyKad dan hantar ke 36363 atau menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.
  4. Semakan keputusan STPM secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.


Seramai 53,674 orang calon menduduki peperiksaan STPM 2010 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November sehingga 16 Disember 2010 yang lalu. Daripada jumlah itu, 47,369 orang merupakan calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon Sekolah Integriti.

34 thoughts on “Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010

  1. […] Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010 […]

  2. […] Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2010 […]

  3. kiranya result SPM smnggu lepas tuh la yerr.. 28 Feb ? auwwwww…..

  4. Salam. Saya ada hajat ni, nak bertanya tentang kursus yang sesuai. Baru lepas ambil keputusan STPM 2010. Ni keputusan saya:

    PA: B
    BM:B+
    Sej:C
    P.Perniagaan:C+
    Total CGPA,2.65.
    Mula2 ingat nak ambik Law tp dengan result macam ni mustahilkan? so saya fikir la altenatif lain.
    Maybe nak ambik account,psikologi atau science politik, apa pendapat anda? Mungkin ada idea lain? terima kasih.

  5. salam.. saya nk tahu bila tarikh tutup untuk kemaskini kemasukan upu

  6. Maaf. Semua kursus yg anda nyatakan terlalu sukar buat anda. JIka tidak keberatan, sila nyatakan result English dan Maths anda di peringkat SPM jika saya boleh bantu dan bagi nasihat

    • Ini untuk Sha…

      • English A2, maths 3b, muwt band 3. Terima kasih.

        • Sha, sama seperti anda, rakan-rakan anda yang memperolehi CGPA 3.50 ke atas juga ingin memohon kursus-kursus seperti yg anda nyatakan. Jadi, mereka lebih berpeluang kerana tempat adalah terhad.
          Dengan CGPA 2.65, anda boleh mencuba untuk kursus-kursus EA dan EE di UiTM, WA di UNIMAS , HE di UMS dan UP di UUM.

          • Maaf ya Abang_Bob, EA,EE,WA,HE,UP tu apa? :D Saya tau itu short form untuk nama course,tapi saya tak paham bab2 short form ni. Besar kemungkinan saya akan fokus lebih pada UNIMAS sebab sy sendiri dari Kuching.

            • Lupa pulak nak tanya,bagaimana pula dengan course social science? ada kursus juga popular macam kursu yg lain? Apa2 pun, terima kasih ya kerana sudi membantu sy.

              • *adakah kursus itu juga popular macam kursus lain? sorry typo

                • Boleh semak di http://www.upu.mohe.gov.my – syarat khas program.
                  kod abjad pertama: E Uitm, W Unimas, H UMS, U UUm.
                  abjad kedua: A sains sosial/sastera, E Ekonomi/perniagaan, P Pengurusan/Pentadbiran.

                  Sains sosial memang popular untuk pelajar sastera. Kebiasaannya mereke yang 3.00 ke atas saja yg akan memenuhkan kuota yg ada

                  • Sila kunjungi karnival Jom masuk U di Permata Exhibition Centre Kuching pada 19-20 Mac 2011. Semua wakil IPTA dan IPTS terpilih akan berada di sana untuk memberikan penerangan kepada para pengunjung.

                    • Ok Abang_bob, terima kasih kerana membantu.Nak kena buat small note la ni, sebab karnial tu lama lagi. Terima kasih banyak2. Semoga anda dirahmati :D :D :D :D

  7. Assalamualaikum..saya nak tanya

    dengan result saya macam nie

    A SEJARAH
    A-BAHASA MELAYU
    A- PENGAJIAN PERNIAGAAN
    A PENGAJIAN AM

    pointer saya 3.84

    layak tak saya untuk apply biasiswa JPA?
    n layak tak saya untuk apply biasiswa luar negara??

  8. Assalamualaikum..
    saya nak tanya macam mana mohon maktab??
    boleh ke guna result stpm??

    • Salam… klau xslp saya nk kd guru kena ambil KPLSPM bagi lepasan SPM dan DPLI/KPLI utk lepasan ijazah

  9. salam..sya nak tnya kalu kputusn

    PA : B-
    BM: B-
    SJ: B-
    EKO: B
    CGPA : 2.75
    kursus apa yg patut sya ambik

    • ambik sains sosial sperti psikologi… minta jugak uum sbb uum utamakan plajar stpm… 2.75 blh mengalahkan budak matrik 2.75 aliran perakaunan jugak (sumber pensyarah uum) sbb subjek eko stpm blajar dalam mcm kos business lain2… g pon uum terbaik dlm bidang2 business sperti akun, eko, financial… tapi sekiranya anda lelaki memang mudah masuk skiranya pointer 2.67 ke atas… kos2 mcm pentadbiran awam, pengursan teknologi mesti dapat….. tapi perakaunan susah klu mintak uum sbb demand pointer tinggi iaitu 3.5 keatas… well (sumber : pensyarah uum yg pernah bekerja dlm bahagian pengambilan pelajar aka abang ipar saya) uni lain saya x sure la…. harap boleh ini blh membantu… anyway result eko kira ok ar tu… eko antara subjek susah…. n silibus stpm mendalam.. jadi bila dapat kos eko or bussines di u bekalan stpm lebih byk drpd bdk matrik.. n klu nak tau… d u byk budak stpm yg jadi top student bidang ni compare matrik. why? coz stpm ada bab yg blajar d u dah blajar n mcm repeat blk je skit…

      • thanx for d reply..band muet sya 4..kalu sya ambk eko d upm@ukm@um leh dpt ka tu ah..coz mang minat sbjek eko ne..kalu ambk tesl pun mau jg..tp mcm bnyk saingan kan..sejarah pun sama..

  10. muhd danny says:

    saya lelaki lepasan stpm aliran sastera
    PA : B+
    SEJ : B
    EKO :C
    BM: B-
    Muet band 3

    mat 4b spm…

    saya ada mintak kos buss math uum n perakaunan udm…
    tapi ada owg g tau saya x layak utk memohon upu sbb result mcm ni x pernah msuk u pon… sedih sgt… saya nak pendapat.. adakah ada pelajar stpm 2009 yg pointer mcm saya dpt u?
    dan betul ke peluang saya dah hancur utk ke ipta walaupun gimik kata 2.5 dah dpt ipta? huh help me plz…. g pon dikatakan tahun ni ramai sgt dpt pointer tinggi… maklumat dr mana blh saya rujuk?

    • Sememangnya syarat yg dinyatakan adalah kelayakan minimum. Oleh itu kemungkinan mendapat tawaran bergantung kpd bbrp perkara termasuk jumlah yg memohon, bilangan tempat yg ditawarkan serta keputusan pencapaian memohon.
      Oleh itu jika anda telah memenuhi syarat, peluang utk masuk U tetap ada.

  11. salam . saya merupakan calon persendirian bagi stpm 2011 ni . saya ambil 3 subject iaitu sejarah , ekonomi dan pengajian am . Layakkah untuk memohon U ? bagaimana cara pengiraan pointer bagi 3 subjek ? TQ .

  12. farah nuraini says:

    salam..sy dak stpm 2011..debar rasenye nk tggu result nth ape cerite result tu nanti,,,sape yg trbace msg ni korg doakan yg baik2 ye,,,sakit n rase nk tercabut bahu ni galas harapan n impian mak bapak,,tggu mase nk balas blek balik ngn reult yg cemerlang,,..mudah-mudahann Allah dapat tolg ngn bantuan doa korg sume,,TQ..moge2 sape yg mendoakan saya tu Allah balas balik kebaikan yg korg lakukan ngn gandaan dari ape yg korg doa,,AAAMMIINNN..

  13. […] 2012 ini. Keputusan STPM tahun ini agak lewat berbanding dengan dua tahun lepas. Pada tahun lepas keputusan STPM telah diumumkan pada 21 Februari 2011 dan tahun sebelumnya pula pada 25 Februari […]

  14. salam…adik saya mendapat keputusan yang kurang baik. dia hanya mendapat 1b, 2c+ dan 1c…dia teringin untuk masuk u, ingin memohon advice, apakah kursus yang boleh di ambil?

  15. salam.. sy clon stpm thn 2010 tp ambl ulgn stu subjk dlm stpm 2011,nak tny klu num pin untk stpm ulangan berbeza atau tetap sama untk cln 2011?huhu ada sepa bleh bntu,,TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>