413 Calon STAM 2010 Dapat Mumtaz

Keputusan STAM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 telah diumumkan pada 31 Januari 2011 yang lalu. Pada tahun lepas keputusan STAM telah diumumkan serentak dengan keputusan SPM. Peperiksaan STAM 2010 telah menyaksikan seramai 6,537 orang calon mendudukinya berbanding 4,694 calon pada 2009.

Peningkatan ini mungkin berikutan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam yang meletakkan STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Seramai 4,138 atau 63.3% calon STAM 2010 memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus). Ini boleh diperincikan di mana 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.

Maklumat ini telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud seperti yang disiarkan di Bernama.

Kesemua calon yang memperoleh sijil layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan, makluman lanjut boleh dirujuk di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STAM.

Sementara itu seramai 3,178 calon yang mendapat pangkat Mumtaz hingga Jayyid layak memohon untuk melanjutkan pelajaran Universiti Al-Azhar. Walaupun begitu dengan perkembangan semasa di Mesir mungkin mereka yang bercadang ke sana akan membuat pertimbangan yang lebih terperinci.

Bagi calon yang tidak berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian untuk sebarang mata pelajaran yang kurang memuaskan. Mereka diberi peluang untuk mendaftar bagi menduduki semula peperiksaan itu sebelum 31 Mac 2011.

One thought on “413 Calon STAM 2010 Dapat Mumtaz

  1. […] 413 Calon STAM 2010 Dapat Mumtaz […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.