Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Tingkatan 1 2014

Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi pengamblan pelajar ke tingkatan satu sesi 2014 telah dibuka beberapa minggu yang lalu. Mereka yang berjaya akan mendapat tawaran untuk belajar di salah satu Sekolah Seni yang ada di Malaysia mulai Januari 2014.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut: seni visual, seni muzik, seni tari atau seni teater.
  • Memperoleh keputusan minimum 3B atau setara dalam UPSR tahun 2013
  • Lulus sesi uji bakat

Bidang

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-

Permohonan Kemasukan Sekolah Seni 2014

  • Seni Visual
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Muzik

Permohonan

Kaedah Permohonan

  • Permohonan Terbuka
  • Pemilihan berdasarkan sesi uji bakat oleh sebuah panel khas
  • Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan

Pengambilan utama adalah terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1. Walaupun begitu ambilan juga dibuka bagi kemasukan di peringkat pengajian Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 atas keperluan kes-kes tertentu.

Permohonan Terbuka

Uji Bakat

  • Satu Sesi Serlahan Seni (uji bakat) dihadapan Panel Pemilih KPM akan diadakan.
  • Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi uji bakat.
  • Di antara elemen yang akan diuji semasa ujian bakat adalah seperti:
    • Tidak buta warna
    • Cara komunikasi yang baik dan memuaskan;
    • Mempunyai ketrampilan dan pesonaliti yang baik

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Tingkatan 1 2014 adalah pada 6 September 2013.

Keputusan Permohonan

Rayuan

Mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran, boleh membuat rayuan pada pertengahan Januari 2014 ke Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat

11 thoughts on “Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Tingkatan 1 2014

  1. Hazila Fathy says:

    SalaM… Agak2 bila keluar keputusan kemasukan tingkatan 1 tahun 2014 ke sekolah seni ya…tqvm

  2. […] pelajar tahun enam yang telah memperolehi keputusan UPSR 2013 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2014 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka […]

  3. […] pelajar tahun enam lepasan UPSR 2013 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2014 di sekolah kawalan negeri, Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas […]

  4. SAYA INGIN MEMBUAT RAYUAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 2014 KE SEKOLAH SENI INI.SAYA BERMINAT UNTUK MASUK KE SEKOLAH SENI,BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAYA MEMBUAT RAYUAN TERSEBUT??

  5. kalau dah form 2, form 3 nak mohon macam mana? memang dah tak boleh dah yea?

  6. sesi 2015 xde lgy kew.sy nk mohon niyh

  7. nak mohon tapi kalo x lulus cam ne?

    • siti aisyah says:

      jangan berfikir sedemikian.kita harus berfikiran positif kerana setiap orang mesti mempunyai kelebihan.insyaallah kalau ada rezeki masuklah awak ke sekolah tu ye.rajinkan berdoa.

  8. asalamualaiku,
    saye nk masuk tapi umur saya skg ni dh 13 kalau nk masuk thn dpn blh x?
    saye nk sangat masuk saye boleh menari&main alat muzik..
    UPSR thn lps saye dpt 3A1B1C
    saye harap sangat dpt masuk…

  9. salam…permohonan secara online telah ditutup utk ke sekolah seni 2015 ..saya nak tanya boleh ke memohon melalui surat?

  10. saya masuk tingkatan satu 2015…..jadi boleh
    kah saya masuk sekolah seni itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.