Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni bagi meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ketika ini terdapat dua buah sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi Sekolah Seni ini adalah Pewaris Budaya Bangsa dengan misi memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan pelajar, menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian dan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

Kedua-dua Sekolah Seni Malaysia iaitu Sekolah Seni Kuching Sarawak dan Sekolah Seni Johor Bahru akan membuka permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu bagi sesi ambilan 2011. Mereka yang mendapat tawaran akan masuk ke salah satu Sekolah Seni ini pada Januari 2011.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang akan menduduki UPSR pada tahun 2010 sahaja
  • Semua murid yang disenarai pendek akan melalui sesi uji bakat oleh Panel Pemilih KPM sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni.

Bidang

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah :-

  • Seni Visual
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Muzik

Permohonan

Kaedah Permohonan
  • Permohonan ibubapa
  • Pencarian bakat
  • Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan
Borang
  • Borang permohonan  SSeM/BPKM/10, boleh didapati dengan memuat turun dari laman web Kementerian Pelajaran mulai 30 April 2010.
  • Salinan sijil seperti berikut perlu disah dan disertakan bersama permohonan;
    1. Salinan sijil kelahiran murid
    2. Salinan kad pengenalan murid
    3. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
    4. Salinan sijil-sijil berkaitan

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Sekolah Seni adalah pada 30 Jun 2010

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sekolah Seni sila hubungi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM di talian 03 8884 1339 atau 03 8884 1001, faks 03 8884 1034 atau e-mel info@jpjs.moe.gov.my
  • Anda boleh juga menghubungi Sekolah Seni yang berkenaan di alamat berikut;
    • Sekolah Seni Johor Bahru
      Jalan Abdul Samad,
      81000 Johor Bahru,
      Johor.
      Telefon : 07 226 2100
      Faks : 07 226 3100
    • Sekolah Seni Kuching, Sarawak
      Jalan Demak
      93050 Kuching,
      Sarawak.
      Telefon : 082 449 586
      Faks : 082 449 605

Related posts:

  1. Sekolah Kluster 2008
  2. Tarikh Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi 2010
  4. Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi 2010
  5. Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , ,
Read 485 articles by

52 Comments

  1. adam says:

    x penah plak dngar skola seni…

  2. nina92 says:

    bagus la boley asah bakat dari kecil.n diaorg pon dah dapat aim dari kecik apa matlamat diaorg dari kecik.tahniah2 pihak kerajaan!!

  3. aku_terkezut says:

    subhanaAllah…x penah tau la plak ad skolah cm nih..bagoz tol kemterian..cungkil apa saja bkt pelajr generasi kini..

  4. ashraf says:

    emm….nk g r skolah seni

  5. jupiter says:

    eh nk gak gi skolah seni ni cam bst je ihh tpi xpelah x jadi

  6. yeh2….yeh2….dpt pon borang permohonan nak masok skolah seni ni…best nye….x sbr plak nak tau keputusan…..yeh2…..

  7. CHOCOLOVERS says:

    YE YE AQ DPT MASUK SKOLAH SENI TAHUN DEPAN!!!!!!!!!!!!!

  8. adek says:

    slm,nk tanya…macam mner nk dptkn borang permohonan sek.seni jb nie??..n boleh ker nk apply lagi even tarikh tutupnyer dah lps?..

  9. zariff karl says:

    sama gak, nak tanya mana nk dapat borang?

  10. fatin nurizzati says:

    klau nk msok kne tunggu lps trial exam upsr kn?

  11. marziah says:

    seni visual tu ape

  12. yana says:

    alaaa .. ruginyer .. trikh dh tutup .. awt cpt sngat

  13. hitgirl says:

    xde ker pengambilan lepas pmr?

  14. thespian. says:

    Salam. Boleh ke tingkatan 3 mohon? Terima kasih

  15. lemonice95 says:

    boleh ka memohon msuk untuk tgkatn 4 thun dpan?
    time drjh 6 dlu sya prnah dtwrkan msk ke sk seni s'wak.

  16. mai hana says:

    salam……..sya nk ty lehkh plajr pmr memohon?saya ni nk sgt2x nk masuk skula tu.tq

  17. mai hana says:

    salam………….kes sya sma ngan lemonice95….sya btul2x nk msk skula tu

    • mai hana says:

      salam…………. em…………ciannya dah tarikh tutup dah……….bestnyalh lau sekolah kat situ…………

  18. Sha Gegurl says:

    untuk lepasan pmr tahun ni boleh x? teringin sangat. hmm
    hope reply laa.
    teringin masuk.

  19. Sha Gegurl says:

    untuk lepasan pmr tahun ni boleh x? teringin sangat. hmm

  20. dino says:

    camner tarikh tutup 12hb 6, trial exam pun bulan 10… ada ke masuk akal. Ni kompen x tgk akademi kan!1

  21. nurhasyilla says:

    salam.. ada tak permohonan masuk sekolah seni lepas pmr? bidang piano dan tarian?

  22. abillah says:

    ni nk tanya…lepasan PMR lak cmna??

  23. nurisha farhana says:

    bley tanya ark????
    tarikh tutup pandaftaran knpe awal sngt…
    x bley kew dilanjutkan…
    teringin lah nak masuk….

  24. syafiq says:

    nak tanye..
    kalau kami dari sekolah tak seni boleh tak nak masuk sekolah seni nie???
    teringin sangat3..

  25. najwa says:

    kalau dapat 2b3c bole xmsok skola nie ?

  26. adele says:

    lepasan PMR boleh x masok sekolah seni ny
    lagi pun untuk memupuk dan pemperkembangkan seni budaya di malaysia ini
    kerana seni ini lah warisan negara…

  27. fiefasha says:

    bilakah keputusan ke sekolah seni 2011 di umumkan

  28. mohd fizal b.hashim says:

    bila tarikh daftar tingkata 1,2011….bila boleh semak keputusan….

  29. Masi yeop says:

    KENAPA LAMBAT KEPUTAUSAN PENGAMBILAN 211 DIBERITAHU…. NANTI TERBELI SEMUA PERALATAN SEKOLAH SKRG.

  30. DrSam says:

    Lagi 10 hari naik sekolah. Keputusan belum keluar lagi. Nak semak nama dekat mana iya? Tolong bagi idea bro…secepat yg mungkin. terima kasih.

  31. atifahssk says:

    sya adalah pelajar seni sbnrnya kewujudan skolah seni pda thun 2007………diterajui oleh plbgai aktivitis seni untk mmertabatkan seni bangsa dn budaya sbgai pewaris bngsa mmng skolah kmi agak dketahui ttapi dsebalik itu kmi msih mmperjuangkan untk memantap nma skolah seni d seluruh dunia…..seni prlukan tenaga ,kesabaran,fokus dn usaha yg mndalam

  32. alhanponey says:

    em, cikgu sekolah seni,……. sya rse mcm nak interview lagi lah,. sbb mse sya interview di sk kota masai 2, saya main keyboard, tapi kerusi pendek, sya rse mcm x seimbg klau sya mhu main…… sya sbnrnya pndai bermain orgen , dan piano, saya main dan belajr sndiri…………… hrp cikgu mndgr !!!!!!!!!!!!

  33. miz nina says:

    anak sy di tingkatan 2. ada x kemasukan? tp dia xde basic music foundation. takat main2 keyboard ngn papa dia kt umah je. tp dia ada bakat. how?

    • Ameer says:

      Rasanya stkt ini mrk hanya ambil pelajar baru tingkatan 1 shj. Cuba call sklh seni tu utk kepastian

  34. Alfred Liong says:

    bila kluar keputusan kedua sekolah seni kuching?

  35. hakim says:

    aku dh msk dh,best……
    baek punye…..!!!!….
    x cye jgfnn gfnm

  36. HAKIM says:

    ade 3 warden tg kejam omg………….
    grrrrrrrrrrrrrr……………..ade bran marilh….
    OMG2

  37. torres najwa says:

    sesiapa

    tolong ajr sye mcm mne nk pohon skolah seni

  38. torres najwa says:

    mcm mane ye nk pohon skolah seni

  39. MONISHA says:

    HI I'M MONISHA NEXT YEAR I'M IN SEKOLOH SENI MALAYSIA!!!

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives