Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu 2011 ke Sekolah Seni Malaysia

Para pelajar tahun enam yang baru memperolehi keputusan UPSR 2010 dan ada membuat permohonan kemasukan ke tingkatan satu 2011 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak senarai nama mereka yang ditawarkan tempat.

Semakan Permohonan Sekolah Seni

Semakan boleh dibuat dengan merujuk senarai mereka yang ditawarkan mengikut sekolah :

Sekolah Seni menawarkan empat bidang iaitu Muzik, Tarian, Teater dan Seni Visual.

Syarat Kemasukan

  • Tawaran ke Sekolah Seni ini hanya sah sekiranya murid memenuhi syarat-syarat di bawah;
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
    • Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum, berupaya bergerak tanpa bantuan orang lain/tangan bertongkat/tanpa kerusi roda. Ini disebabkan Sekolah Seni Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk murid yang mengalami kecacatan seperti yang dinyatakan.
    • Bersetuju menerima Sekolah Seni Malaysia yang ditawarkan dan menerima bidang kesenian yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Seni Malaysia yang berkaitan.

  • Semua syarat di atas perlu dipatuhi sepanjang masa persekolahan. Kegagalan murid mematuhi mana-mana satu daripada syarat-syarat di atas boleh menyebabkan tindakan yang sesuai dikenakan kepada murid yang terlibat.
  • Semua murid yang menerima tawaran diingatkan supaya menyediakan keperluan yang sesuai seperti yang dinyatakan di lampiran.

Penerimaan Tawaran

  • Sekiranya murid bersetuju menerima tawaran ke Sekolah Seni dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Syarat Kemasukan di atas, penjaga dan murid hendaklah mengambil tindakan serta merta menjawab tawaran ini dengan menggunakan surat jawapan yang disediakan (BORANG A dan BORANG A1).
  • Surat tawaran juga akan dipos ke rumah pemohon.

Maklumat

  • Sila rujuk pemberitahuan Tawaran Sekolah Seni Malaysia di laman web Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran di talian 03 8884 6829.

22 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni 2011

  1. Alhamdulillah….,nama anak saya ada dlm senarai yg ditawarkan utk tahun 2011. Terima kasih…

  2. camne nak semak keputusan tingkatan 1 sekolah seni?tolonglah..

  3. Sila rujuk Senarai Ambilan di atas

  4. ruzain-putrajaya says:

    salam ! saya nak tnye, kenapa sekolah seni ni tak ambik form 4 ?? sye nak masuk ..

  5. ruzain-putrajaya says:

    salam , ada tak borang kemasukan untuk form 4 ?

  6. Nor Faiza ibrahim says:

    Anak saya tersenarai ke sekolah seni johor , saya ingin tanya bagaimana dgn kos pembelajaran
    seperti yuran dan sebagainya .

  7. Salam…boleh tanya tk?? boleh ke daftar sekolah seni di form 4? sy boleh bermain violin jadi sy ingin cuba nk ke sekolah seni…..boleh ke atau tidak?

  8. sy nak tahu bila keputusan rayuan utk sbp

  9. i love ikb

  10. yahoo dapat msk skolah seni malaysia . ingat ke x dapat rupa-rupanya dapat.

  11. kemasukan tingkatan4 ke sekolah seni jb ni tak de ke?

  12. Najwa Nur Izzati says:

    sy harap ada borang kemasukan bagi pelajar form 4 . sy ingin mendaftar . sy minat dalam bidang seni .

  13. askum, ni nk tnye sekolah seni x amik bdk tgkatan 4 ke utk thun 2012,ad x

  14. sya nk tnye!!!knpe klh seni x ambk bdk form 4 bt sesi 2012 nnty???

  15. norzarina zakaria says:

    salam…….. permohonan ke sekolah seni 2011 di tingkatan 1sudah ditutup, bolehke ibu bapa buat surat rayuan untuk kemasukan anak mereka .

  16. salam……apa siseapa boleh bantu….boleh ke buat rayuan jika tidak diterima masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>