Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2012

Para pelajar tahun enam yang telah memperolehi keputusan UPSR 2011 dan ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu 2012 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka mulai 15 Disember 2011.

Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni menawarkan empat bidang iaitu Muzik, Tarian, Teater dan Seni Visual.

Semakan Permohonan Sekolah Seni

Semakan boleh dibuat di portal berikut:

Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia 2012 ini boleh dibuat mulai 15 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011.

Syarat Kemasukan

  • Tawaran ke Sekolah Seni ini hanya sah sekiranya murid memenuhi syarat-syarat di bawah;

    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
    • Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum, berupaya bergerak tanpa bantuan orang lain/tangan bertongkat/tanpa kerusi roda. Ini disebabkan Sekolah Seni Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk murid yang mengalami kecacatan seperti yang dinyatakan.
    • Bersetuju menerima Sekolah Seni Malaysia yang ditawarkan dan menerima bidang kesenian yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Seni Malaysia yang berkaitan.
  • Semua syarat di atas perlu dipatuhi sepanjang masa persekolahan. Kegagalan murid mematuhi mana-mana satu daripada syarat-syarat di atas boleh menyebabkan tindakan yang sesuai dikenakan kepada murid yang terlibat.
  • Semua murid yang menerima tawaran diingatkan supaya menyediakan keperluan yang sesuai seperti yang dinyatakan.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan permohonan ke Sekolah Seni ini, sila hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran di talian 03 8884 6829.

3 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2012

  1. [...] TERKINI: Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 2012 [...]

  2. macam mnew nak tawu kite dpt atau tidak kola yg kite mohon to?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>