Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2008

Petronas menawarkan pembiayaan untuk calon yang layak untuk memohon Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan 2008. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman boleh-ubah.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

A. Kursus Pengajian Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)
  • Sarjana Muda Petroleum Geosains (Kepujian)

Kelayakan Akademik

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A untuk 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2008
  2. DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A untuk matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

B. Kursus Pengajian Teknologi

  • Sarjana Muda Teknologi Maklumat & Komunikasi (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (Kepujian)

Kelayakan Akademik

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A untuk 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2008
  2. DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A untuk matapelajaran berikut: 
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  4. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun
    • Teknologi Maklumat
    • Asas Pemprosesan Maklumat

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

A. Kursus Pengajian Kejuruteraan / Sains Gunaan

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • Geologi
  • Geofizik

Kelayakan Akademik

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A untuk 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2008
  2. DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A untuk matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

B. Kursus Pengajian Perniagaan/ Ekonomi

  • Perakaunan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Ekonomi

Kelayakan Akademik

  1. Pemohon hendaklah menggunakan keputusan SPM 2008 dengan memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran
  2. DAN

  3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam matapelajaran berikut: 
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  4. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
    • Kimia
    • Fizik
    • Biologi
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Sains Tambahan
    • Matematik Tambahan
    • Asas Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Prinsip Akaun

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program Luar Negara, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (sekurang-kurangnya 2 tahun) di pusat-pusat Pra-Universiti Tempatan sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2008.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon

  1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui http://spmonline.petronas.com.my.
  2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
  3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
  4. Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup

Permohonan secara online dibuka mulai 11 Mac 2009, jam 9.00 pagi dan ditutup pada 18 Mac 2009 17 Mac 2009, jam 5.00 petang.

Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
40 Comments Post a Comment
  1. Intan says:

    Teringin nk blajar oversea..tapi..result dpt 5A jer..wawawa..

  2. nilam says:

    Intan,
    Jangan putus asa, berusaha lebih gigih dan mungkin anda akan keluar negara apabila menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

  3. jie says:

    i’ve tried to open the petronas website.why it is still not working?

  4. alina rohana says:

    My son spm result is 7a1 (fizik, kimia, modern math, add math, sejarah and agama), 1a2(bm) and 2b3 ( english and biology) . My questions is can he apply for overseas programme.

  5. nilam says:

    Jie,
    Saya tiada masalah untuk buka http://spmonline.petronas.com.my/. Sila cuba sekali lagi.

    Alina Rohana,
    Bagi universiti luar negara anak anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya 2A untuk 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2008.

    Sila rujuk Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008 untuk maklumat tambahan.

  6. harun says:

    salam..x dpt akses ke web petronas lah.camner nak online.asyik asa problem jer.sahla esok tarikh tutup.nanti x sempat.ape mslhnye??plz reply k. thanx a lot.

  7. gena says:

    why i can’t open the petronas website.i tried many times dy,still not working..wat should i do now????

  8. Hasib says:

    sy dapat 10A 1B dlm Spm.. sy dpt bi 3B.. masih ad harapan tak utk apply ke oversea?

  9. nilam says:

    Harun dan Gena,
    Ramai yang melaporkan menghadapi masalah untuk masuk laman web Petronas. Jika masih bermasalah cuba hubungi SPMONLINE Helpdesk di talian 03-2331 2277 (9.00 pagi – 5.00 petang).
    Untuk makluman tarikh tutup dilanjutkan sehari.

    Hasib,
    Untuk memohon Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2008 ke luar negara anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 9 matapelajaran termasuk Bahasa Inggeris.

  10. akma says:

    susah giler nk acces msuk kt lmn web petronas nie…………….klu ada sape2 yg tau plez help me as soon as possible ep……

  11. Steph.ida says:

    when is the due date to pay the rm20 fee?

  12. nilam says:

    Akma,
    Ramai yang melaporkan menghadapi masalah untuk masuk laman web Petronas. Cuba hubungi SPMONLINE Helpdesk di talian 03-2331 2277 (9.00 pagi – 5.00 petang) untuk bantuan.

    Steph.ida,
    Anda perlu bayar sebelum menghantar borang kerana nombor siri di slip pembayaran bank perlu diisi di dalam borang permohonan.

  13. chia min says:

    how can i apply to universiti teknologi petronas?for foundation program

  14. mohamad firdaus bin nasarudin says:

    kwn sy dpt schoolarship petronas tapi terlewat utk memohon ke utp..ade lg x tawaran utk dia melanjutkan pengajian ke utp???dia nak sgt ke utp tp bi dia dpt 3B..boleh ke???HARAP MAKLUM!!!

  15. nilam says:

    Chia Min dan Mohamad Firdaus,
    Sila rujuk laman web UTP untuk maklumat lanjut.

  16. ain says:

    saye ingin membuat permohonan ke utp tetapi malangnye saye terlewat online untuk kemasukan ke utp bagi lepasan spm..adakah masih ade tawaran ke utp selepas ini??saye amat berharap pihak utp dapat memberi peluang untuk saya memohon ke utp…saye mendapat 9A 1B untuk spm 2008…harap maklum..

  17. nilam says:

    Ain,
    Anda perlu berhubung terus dengan pihak UTP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  18. luvaddmathgurlz says:

    assalamualaikum…..
    ble tarikh pemberitahuan untuk senarai pendek yg leh gi inetrview biasiswa petronas?????????

  19. Lim Wee Yang says:

    May I know when will the education camp starts for those who’ve already applied the Petronas scholarship to UTP? I mean when will calling up to interview?

  20. nilam says:

    Luvaddmathgurlz dan Lim Wee Yang,
    Maklumat ini akan disiarkan di laman web http://spmonline.petronas.com.my/.
    Sementera itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut sila hubungi talian 03-2331 2277 (dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang) pada hari bekerja.

  21. syasya says:

    da x schlarship tuk stdent yg dpt 7A??bantu sya….

  22. yassz says:

    i get 5 kredit,3 pass, n 1 failed…
    my bi is 3b…
    i did’t get any A…
    ada lagi ke harapan saye nak masuk UTP ne???plz reply…
    thkz….>>>>>

  23. nilam says:

    Syasya,
    Anda boleh cuba semak di ePutra mengenainya dengan klik kepada kategori BiasiswaPinjaman atau Pembiayaan.

    Yassz,
    Sila rujuk laman web UTP untuk maklumat lanjut.

  24. sugan says:

    when will the shortlisted name be out for petronas scholarship?

  25. nilam says:

    Sugan,
    Belum diketahui lagi, cuba hubungi talian 03-2331 2277 untuk maklumat terkini.

  26. adik... says:

    camne nk tau same ade seseorang tu dpt atau x petronas edu camp???

  27. nilam says:

    Adik,
    Keputusan panggilan ke EDUCAMP / Sesi Ujian Bertulis telah pun diumumkan. Sila semak di laman web http://spmonline.petronas.com.my/.
    Untuk sebarang pertanyaan berkenaan EDUCAMP, sila hubungi talian 03-2331 2277 (dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang) pada hari bekerja.

  28. anis says:

    hye nilam,,,,
    i’ve got the UTP Educamp program for petroleum engineering but,
    i had no good result.
    i’ve got 7 kredit and others are only pass.
    the question is,
    i havent update the form until the results came out,
    so the result written there are fake,
    2nd, i already made the payment, and one more problem,
    i havent enter the slip number in the form,….
    but still, i’ve got the calling message from UTP..
    i’m in blue expression..
    what should i do??
    go there and stay if they kick me out??
    or just stay at home??? and leave the chances behind??
    can i made a call to them and tell them the truth?
    will they give me a chance??

  29. Marr says:

    saya tak ingat kata laluan sendiri . saya amat memerlukan bantuan anda bagaimana saya boleh meresetkan kata laluan baru. Ini nama anak saya Brainz Errika anak Omar KP 910714-13-5461. silalah bantu saya ke email di atas

  30. Marr says:

    Morning nilam,,,,
    i’ve got the UTP Educamp program but,
    i cannot log in to get the result.
    i’ve forgot my password.
    the question is,
    i’ve contact your helpline but no answer
    how….???
    what should i do?? please help me and my son asap

  31. wakyai says:

    Saya dpt 8A1 dan 1A2 dah mohon utk program luar negara xdpt temuduga pon. Apa salahnya? Kokurikulum sampai pringkat Kebangsaan.

  32. nilam says:

    Anis dan Marr,
    Saya meminta maaf kerana tidak dapat membantu anda kerana baru online. Beberapa hari yang lepas saya demam.

    Wakyai,
    Saya pun tidak pasti, mungkin boleh berhubung dengan pihak yang berkenaan.

  33. aiman husni says:

    Salam
    erm..ad tak scholarship tajaan petronas utk plajar lpasan matrikulasi yg ingin smbung ke ijazah??

  34. nilam says:

    Aiman Husni,
    Salam…. saya kurang pasti pula tapi cuba rujuk Education Sponsorship Unit atau hubungi terus pihak Petronas.

  35. akim says:

    slm …nk tanye petronas ada bg loan education or scholar tak pada student medic….yg da dpt tempat study???? thanks

  36. nilam says:

    Akim,
    Salam… Setahu saya tidak ada tetapi untuk kepastian sila berhubung terus dengan Petronas.

  37. zuraida says:

    i got the loan for engineering program for a level to uk.. my question is do i really have to pay the loan back?? why i got the loan not scholarship?and hw much and when i had to pay for the scholar? please reply…

  38. nilam says:

    Zuraida,
    Sila semak tawaran yang diberikan, jika pinjaman penuh memang anda perlu membayar balik selepas anda tamat pengajian peringkat ijazah nanti. Jika pinjaman boleh ubah, jumlah yang anda perlu bayar bergantung kepada keputusan peperiksaan anda. Walaupun begitu ia tertakluk kepada penjanjian yang anda tangani dengan Petronas.

  39. sejati says:

    apakah syarat kelayakan utk peringkat diploma dalam kejuruteraan eletrik dan eletronik?

  40. nilam says:

    Sejati,
    Bagi lepasan Diploma untuk masuk UTP, salah satu syarat minimumnya perlu mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.00. Sila semak laman web UPT untuk maklumat lanjut.

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.