Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2011 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Program Khas JPA 2012 ini adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2011 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.

Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja di bawah Program Khas JPA 2012 adalah bidang kejuruteraan.

Syarat Umum

  1. Pelajar lepasan SPM tahun 2011
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Memenuhi syarat minimum gred dan kombinasi mata pelajaran yang ditetapkan mengikut program iaitu:

  1. Program Kejuruteraan Jerman
  2. Program Kejuruteraan Perancis
  3. Program Diploma Kejuruteraan Jepun
  4. Program Diploma Kejuruteraan Korea

Sila rujuk Syarat-Syarat Permohonan Program Khas JPA 2012 untuk menyemak syarat yang telah ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan JPA.

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.

Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Tarikh Tutup

Permohonan Tajaan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011 ini akan ditutup pada 22 April 2012.

Kriteria Pemilihan

  1. Prestasi akademik;
  2. Kokurikulum;
  3. Temuduga + Student Assesment Centre (SAC); dan
  4. Sosio ekonomi keluarga.

Temuduga + Student Assesment Centre (SAC)

Hanya calon yang telah disenarai pendek akan dikehendaki untuk menghadiri temu duga dan juga SAC.

SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotism, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri.

Semakan panggilan temuduga + SAC dijadualkan boleh dibuat pada 2 Mei 2012.

Temuduga + SAC dijadual akan dijalankan dari 8 Mei sehingga 13 Mei 2012.

Pertanyaan

Sila rujuk Soalam Lazim Permohonan Program Khas JPA 2012.

Program Khas JPA ini adalah salah satu daripada Program Penajaan JPA & KPM Bagi Lepasan SPM 2011.

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552.

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 atau emel di esila@jpa.gov.my.

Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 16 hingga 22 April 2012.

2 thoughts on “Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011

  1. […] Sila rujuk Permohonan Program Khas JPA 2012 Lepasan SPM 2011. […]

  2. bilakah permohonan biasiswa utk lepasan matrikulasi 2011/2012 dibuka??? bagaimana cara utk memohon belajar di luar negara lpsan matrikulasi ini??? bantu saya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.