Permohonan Program Khas MARA 2012 Lepasan SPM 2011

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Bidang Pengajian

Sila rujuk Senarai Kursus Program Pengajian Ijazah Luar & Dalam Negara Dan Cemerlang IPMAs untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA.

Pinjaman Pelajaran MARA

Syarat Asas

  1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
  2. Warganegara Malaysia
  3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
  4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama
  5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  6. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya

Syarat Khas

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan minimum mengikut program berikut:

Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan MARA.

Permohonan program pinjaman pelajaran MARA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.

Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Selepas mengisi borang atas talian, pemohon perlu mengisi borang manual yang perlu ditulis kod program yang dipohon di atas ruangan gambar. Muat turun borang di Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA.

Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat dan dihantar ke alamat:

  • Program Khas Lepasan SPM 2011
    Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
    Tingkat 3,
    Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur

Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan yang telah dilengkapkan.

Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Tarikh Tutup

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 25 April 2012.

Temuduga

Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 7 Mei 2012 di laman web MARA.

Keputusan Permohonan

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012.

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 1 Jun 2012.

Semua semakan boleh dibuat di laman web MARA.

Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Program Khas MARA 2012 ini boleh menghubungi:

  • Pengarah
    Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 3,
    Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur
    (u.p: Unit Penajaan Program Khas)
    Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065 (9.00 pagi hingga 4.30 petang)
    Email : infobpp@mara.gov.my

One thought on “Permohonan Program Khas MARA 2012 Lepasan SPM 2011

  1. biasiswa mara xda k??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.