Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih. Terima kasih kepada Xsen Kamen yang telah berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Institusi Pengajian
Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.
Permohonan Pinjaman
Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secara online atau dengan secara manual.
Secara Online
- Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
- Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
- Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
- Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
Secara Manual
- Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
- Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
- Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
Tarikh Tutup
Permohonan pinjaman MARA ini akan ditutup pada 15 Februari 2012.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854
atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.







pautan eduLoan tak dapat dibuka
Salam..
nak tanya.. apa minimum gaji keuarga tuk apply pinjaman ni?
then, betulke skrg ni eduloan ni bukan pinjaman boleh ubah dah?
saya terbaca dekat sini:
http://amenoworlddotblogspotdotcom/2011/04/hot-luahan-student-peminjam-mara.html
eh, xdela minimum or maximum untuk pinjaman nih, bagi parents yg berpendapatn bwh 120 ribu SETAHUN akan diberi elaun manakala ATAS RM 120 ribu akn hanya diberi duit yuran sahaja… Harap dapat membantu…
)
yang nak mohon di Taylor's University, wajib pergi ke bahagian Mara di Admission untuk apply…
)
kalau saya nk sambung belajar di hair academy swasta..contoh di ELLE ACADEMY boleh mohon pinjaman mara tak?
g laman web eduloan mara dan tekn Pendaftaran Pengguna baru, lpas 2 terus ke bahagian Maklumat Pengajian Sekarang, masuk2 detail and tgk sme ad MARA ad buat pnjman bg peljr ELLE Academy…..
mcm mne plak yang nk smbung blaja ke peringkat sarjana?bilakah tawaran akan dibuka..
cuba call MARA
adakah MMU tersenarai dalam ipts yang dibolehkan untuk apply pinjaman MARA?kalau tak ,boleh kah buat rayuan?
Dimana nak tengok senarainya? Kena call MARA la ye…
mcm mana nak mohon pinjaman mara ke luar negara bagi lepasan spm 2011??
Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk pelajar Lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa adalah ditunda sehingga diberitahu kelak.
Sila layari laman web MARA dari semasa ke semasa untuk maklumat seterusnya.
mcm mana nak mohon pinjaman mara ke luar negara bagi lepasan spm 2011??
try google upim…………………org rmai msih tak tahu mengenai ini
saye lepasan spm 2011.. sye telah terlepas peluang utk memohon pinjaman mara.. sye pulak mnrima twaran asasi di uitm… adekah mara support utk pelajar asasi dan adekah sye akan mndpt pinjaman jika saya membuat rayuan.. pandangan dan komen encik amat diharapkan.. terima kasih..
ble bole mohon untk pgajian kursus?