Pinjaman Pelajaran MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon yang layak memohon pinjaman pelajaran boleh ubah bagi membiayai pengajian peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti luar negara. Ini adalah usaha untuk melahirkan lebih ramai  modal insan yang berprestasi tinggi untuk menyumbang kepakaran dalam kursus yang menjurus ke arah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pinjaman Pelajaran MARA

Peringkat Dan Bidang Pengajian

Sarjana / Doktor Falsafah

i. Bidang Teknikal

  • Sains Perubatan – Perubatan, Pergigian, Psikiatri, Optometri, Veterinar, Farmasi, Fisioterapi dan Radiografi
  • Kejuruteraan – selain Kejuruteraan Awam
  • Teknologi – Senibina, Senibina Dalaman, Rekabentuk Dalaman, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Tanah, Ukur Bahan, Multimedia dan Teknologi Maklumat.
  • Sains Gunaan – Bio Perubatan, Biologi Gunaan, Bioteknologi, Matematik Gunaan, Sains Fizik dan Gunaan, Sains Alam Sekitar dan Sains Teknologi Makanan.
  • Sains Tulin / Kuantitatif – Sains Aktuari, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sains Hayat, Statistik, Sains Komputer.
  • Lain-lain bidang teknikal yang dikenalpasti untuk keperluan negara

ii. Bidang Bukan Teknikal

  • Sastera Ikhtisas – Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Perbankan / Kewangan Islam, Perakaunan, Undang-Undang, Pembangunan Usahawan, Pengangkutan, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pengajian Islam (Al-Quran / As-Sunnah / Syariah / Usuluddin)
  • Lain Lain bidang bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara

Profesional

  • Perakaunan – ACCA / CA / CIMA / CFA
  • Penerbangan – Aircraft Maintenance (B2 / TB2)
  • Senibina – RIBA Part II, RIBA Part III
  • Undang-undang – LLM
  • Kejuruteraan – IR
  • Lain-lain bidang Profesional yang diiktiraf oleh Badan Profesional yang berkaitan.

Syarat Asas

  1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  3. Had umur pemohon tidak melebihi seperti berikut pada 31 Disember 2012:
    • Sarjana dan Profesional 35 tahun
    • Doktor Falsafah 40 tahun
  4. Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat terdahulu semasa iklan ini dikeluarkan.
  5. Pemohon tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan permohonan.
  6. Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.
  7. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  8. Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti berkenaan.
  9. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada universiti ranking tertinggi dalam bidang pengajian berkenaan rujukan Times Higher Education, Academic Ranking of World Universities dan QS World University Ranking.
  10. Pemohon diwajibkan menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) atau Scholastic Aptitude Test (SAT) mana yang berkaitan dan memenuhi syarat pencapaian akademik yang ditetapkan oleh MARA.
  11. Menduduki peperiksaan berkaitan sekiranya disyaratkan oleh universiti seperti Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya. Tahap pencapaian adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihak universiti.
  12. Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini. Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  13. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
  14. Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / perletakan jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  15. Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
  16. Mengikuti kursus kenegaraan anjuran MARA atau agensi lain sekiranya ianya sebahagian daripada syarat wajib sebelum ke luar negara.

Kelayakan Akademik

Syarat Am Akademik

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kredit bagi semua matapelajaran yang di ambil.
  2. Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA seperti butiran di bawah :
    1. International English Language Testing System (IELTS) dengan pencapaian keseluruhan Band 6.5 ke atas; atau
    2. Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian 79/120 (Internet Based Test); atau
    3. Scholastic Aptitude Test (SAT) dengan pencapaian 1,000 mata ke atas.

Syarat Khusus Akademik

i. Ijazah Sarjana

  • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  • Bidang bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

ii. Doktor Fasafah

  • Bidang Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
  • Bidang Bukan Teknikal – memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

iii. Profesional

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kredit bagi semua matapelajaran yang di ambil.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA : 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

Kelayakan Dan Tempoh Penajaan

  • Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional yang berkaitan.
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa.
  • Permohonan ini adalah terbuka bagi kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2012 hingga April 2013.
  • Tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
    • Sarjana dan Profesional – 1 hingga 2 tahun
    • Doktor Falsafah – 3 hingga 4 tahun

Permohonan

  • Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA melalui Sistem Permohonan Pasca Siswazah.
  • Pemilihan bagi calon yang berjaya adalah melalui 2 saringan iaitu melalui Ujian Penilaian Psychometric dan Temuduga.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran boleh ubah MARA ini adalah 16 Mac 2012.
  • Keputusan calon yang berjaya untuk menduduki Ujian Penilaian Psychometric boleh di semak mulai 23 Mac 2012 di laman web MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 31 Mac 2012 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat

  • Sila rujuk dokumen Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2012.
  • Hanya calon yang layak selepas disaring mengikut kecemerlangan bermula dari peringkat SPM, kelayakan akademik terkini dan mendapat tawaran daripada universiti ranking tinggi dalam kursus berkaitan akan diberi keutamaan.
  • Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.
  • Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati daripada badan berkaitan seperti:
    • British Council (UK) – Tel: 03-2723 7900
    • Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) Tel: 03-7956 7655
    • Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) Tel: 03-2163 2302
    • Australian Education International Tel: 03-2146 5647
    • German Academic Exchange Service (DAAD-KL) Tel: 03-9235 1841
    • Canadian Education Centre Tel: 03-2162 2901
    • Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE) Tel: 03-2166 8878
    • Nazza Education Sdn. Bhd. – Tel: 03-2693 9121.
  • Sila layari laman web MARA dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini mengenai status permohonan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah :

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran,
    Tingkat 3,
    Ibu Pejabat MARA,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur

    (u.p: Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT)

    Telefon : 03-2613 4211, 03-2613 4372 (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
    Email : [email protected]

18 thoughts on “Pinjaman Pelajaran MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2012

  1. bila nk keluar result ni..~~

  2. harap keputusan cpt keluar,x sabar nk tau,huhu..

  3. saya tidak berjaya….adakah rayuan akan dipertimbangkan dan peluang utk dpt rayuan cerah?

  4. Salam.kawan2.puas mencari2 maklumat psl pinjaman ni..nk tnye..apa yg mara cover ye?saya dpt twrn bersyarat (alhamdulillah).slh satu kene berenti keje or cuti tnpa gaji.mengigil gak nk jupe bos mnx cuti tnpa gaji.tu yg nk tahu awal2 apa yg mara cover..klu bole before pg jupe bos la..

    • salam… nak yang pasti perlu call Unit Penajaan / Unit Dasar & Pembangunan IPT, MARA, rasanya mrk blh jawab segala keraguaan

    • tawaran bersyarat tu chances dia camna agaknya yer, saudara ariff ambik master, phd or proffesional. Tgk syarat pertama tu top university, tgh nak survey u dulu ni ngtop ke tidak takut tak diterima mara. Nak mintak cuti tanpa gaji bukan senang, nak resign belum tentu dapat lagi skim ni. Saya rasa kalau dah dapat dan pasti MARA akan hantar baru la boleh berani nak mintak cuti tanpa gaji atau berhenti kerja….any update do let us know…

      • rasanya tawaran bersyarat ni dah konfem dapat..tapi mara nak lagi dokumen2 yg perlu diproses…Alhamdulillah saya pun dapat… dan saya pun nak tau mara cover ape?

        • afififi….Any news dari MARA boleh la reply kat sini, saya tgh nak mencari univ. , english test, dan yg paling seram mohon cuti tanpa gaji (process ni lambat)…satu apa pun tak buat sibuk keja…

  5. thanks, tp nak tanye, justifikasi rayuan tuh isi pe ye biasanye?

  6. yg untuk pasca ijazah dalam negara punye ada pape news x?

  7. assalamualaikum.. nk tanye application utk scholar ni skali je ke dlm setahun?
    atau ade next application yg akn dibuka?

  8. untuk yng dalam negara ade tak? bile boleh mohon & tarikh tutup??

  9. nak tanya, kalau nak sambung sarjana muda kat luar negara ,MARA ada sediakan tak pinjaman untuk kes ni?.dah ada offer letter cuma xpasti layak ke tak nak mohon.

  10. salam..saya sudah dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat doktor falsafah di Australia tapi di senarai universiti tidak tercatat nama universiti tersebut..Adakah ini bermaksud saya tidak layak memohon untuk biasiswa MARA?saya di dalam bidang hospitaliti dan pelancongan.

  11. Assalam,anak saya sudah melanjutkan pelajran dalam bidang kedoktoran di mesir skrg dah tahun 3.Bolehkah anak saya memohon pinjaman daripada mara tuk sessi s015?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>