Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular. Program ini baru diperkenalkan oleh MARA mulai April 2011.
Ini merupakan tambahan kepada program latihan sepenuh masa yang sedia ada.
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:
- Golongan yang berdaftar dengan e-kasih
- Ibu/Bapa tunggal
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pekerja Industri / Kilang
- Pesara Komuniti Setempat
- Lain-lain yang bersesuaian
Sistem Latihan
- Kelayakan 3M (Menulis, Membaca dan Minat)
- Simple & Fleksibel – dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
- Sistem Modular – 80% Amali & 20% Teori
- Open entry / exit
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Tidak Uzur
- Berumur 15 tahun ke atas
- Minat dalam bidang yang dipohon
- Lain-lain perkara yang menyokong permohonan
Yuran Pengajian
- RM1.00/jam bagi Program Asas
- RM2.00/jam bagi Program Pertengahan
Jangkamasa Dan Perlaksanaan
- Berdasarkan modul yang digunakan
- Maksima 8 jam sehari termasuk 1 jam rehat samada dilaksanakan:
- Kelas Malam
- Cuti / Hujung Minggu
Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di Borang Permohonan Latihan 1 Malaysia GIATMARA
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa
- Pihak GIATMARA juga menawarkan program latihan kemahiran sepenuh masa yang menganugerahkan Sijil Profesional GIATMARA yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia.
- Sila rujuk Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa GIATMARA untuk maklumat lanjut.
Maklumat
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA ini sila kunjungi laman web GIATMARA
- Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan 1Malaysia.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
- Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557
Fax : 03 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my
- Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Assalamu'alikum….ni program apa jga ni????
pogram nak menjana minda masyarakat supaya mampu berdaya saing dgn persekitaran..;)
jom pegi….
aku dah pernah join ………… sampai sekarang berkesan sistem pengajaran GIAT MARA ………. sesuai utk semua lapisan masyarakat ……. yg kantoi peperiksaan dan laluan seterusnya nampak susah, elok take ilmu di pusat giat ………………
towk bebudak ps spm ley kew?
p'gambilan plajr dah tamat tempoh ke @ bleh apply agi?
boleh lagi… call je pusat giatmara
klau habis pmr nk msk giatmara bleh tak??? skrg ni bulan 4 2012
Bila pengambilan pelajar untuk kursus 2011. I minat nak ambik terapi kecantikan di Bandar Tun Razak.
salam..
blh apply k kpd org yg nak amk khursus di giat mara scra sepra masa..
maksudnye org da da bkerja yg nk blaj scra part time?
APAKAH SAYA TERPILIH KE GIAT MARA??
TOLONGLA…… SAYA ENCIK
APAKAH SAYA TERPILIH KE GIAT MARA??
ASSALAMMUALAIKUM ENCIK, SAYA NAK TANYA, APAKAH SAYA TERPILH UNTUK KEMASUKAN KE GIAT MARA??
Sila hubungi terus pusat Giat Mara yang Noor pohon untuk mengetahui jawapannya
mcm mana kalau kita dah ambil kursus di giatmara lepas tu kita mahu masuk lagi boleh masuk lagi ke………untuk ke 2 kali??
rasanya boleh… cuba call GiatMARA
bleh ke practice terus kt bengkel luar slain kt pusat giat??..mcm,tuan pnye bengkel 2,pinjam ahli giatmara gak kan??…..
tak pasti pula… ni kena tanya dengan pusat giatmara
kalau ambil krusus di giat mara memang kena ambil juga ke program 1 malaysia tu.
tidak, kita perlu ambil kursus yg dipilih sahaja
bro pmr nk ew?????
sy pn nozie, anak saya skrg berusia 15 tahun. dia sngt lemah dlm semua mata pelajaran,adakah dia layak memasuki giatmara?
[…] rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat […]
sy da berumur 24 thn, bole lg ke apply?? nak blajar mnjahit,
saya nk msk giat mara cara nk isi …lps2 nk gi hntr mna tu…
saya nk msk giat mara nk ambil borang mna, nk isi nk gi hntr mna tu….
klaw nk msok giat mara , dye nk tgok result pmr kew ? teringin nk masuk >.<
klau lps PMR bleh msk GiatMara tak??skrg ni dh bulan 4…bleh x lagi nk msk GIatMAra??? Tolong Balas…
Bleh saya tanya???saya baru lps PMR…blh x saya mengikuti GIATMARA…dlm bulan 4 ini…
Any Chinese intake ?
cam ner nak mohon scare on9???
ce gtau sikit…….harap bg kerja sama…:)
apa jenis kemahiran yg disediakan kpd golongan ibu tunggal
salam saya ingin bertanya giatmara batu caves dah tutup ke sebab saya telephone line telah dipotong sebab saya nak belajar menjahit separu masa waktu hujung minggu ke
saya surirumah..umur 32thn..saya layak x memohon kursus jahitan?nak isi borang mana 1 ya?
sy ibu tunggal, sy nak tanya jadi kalau ambil krusu sepenuh masa masalah bagi sy. jadi sy brecadan nak ambil separuh masa . kalau aambil separuh masa tu nanti ada bantuan untuk memulakan perniagaan sendiri sprt yg ditawarkan utk pelajar yg m'bil krusus sepenuh masa
Ble tarikh tutup prmohonan ?
assalamualaikum…
sy kakitangan kerajaan dan bkerja waktu pejabat.jd sy nk gunakan masa yg ada pd hujung minggu utk mengikuti kursus separuh masa iaitu seni reka gaya rambut dan solekan dan terapi kecantikan.biasanye kursus nie bile dijalankan ye?bagaimana utk sy mengikuti kursus ini?jika telah mengisi borang brape lama proses ini djalankan..dlm setahun brape kali pengambilan utk kursus separuh masa…klau isi borang melalui email adakah di terima atau sebaliknye…tiada pihak atasan yg mbuat penjelasan atas soalan2 yg diberikan kepada yg bminat utk mengikuti kursus separuh masa…
sekian terima kasih
Sijil apa yg dpat kalau ambik spruh masa jer?
berapa bula kursus ni?
as salam.. kat mana boleh semak senarai kursus yang disediakan dalam program latihan 1 malaysia ni?
terima kasih.
Assalamualaikum…. Umur da 40 boleh ke kalau nak belajar menjahit di giatmara
[…] rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARAuntuk maklumat […]
Salam..kalau nak ambik krsus sparuh masa dalam bdng confectionary bole x???sbb sya ingat nk ambik yg part time shj krna sdng bkrja..mohon admin dapat mbntu saya..tq
As salam,saya nak tanya umur saya 40 tahun
saya nak belajar menjahit kat giat mara boleh x
camana cara nya
saya nak apply guru giatmara mcm mana ?
tiada pun program latihan pada sebelah malam atau hujung minggu, sedangkan ia mendapat sambutan dan pertanyaan yang menggalakkan. mohon dibantu ..
sy nk tnya kalau giat mara yg ada asrama kat kawasan kuala lumpur kat mne je
Giat mara ni asrama ke