Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA 2011

Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular. Program ini Logo GIATMARAbaru diperkenalkan oleh MARA mulai April 2011.

Ini merupakan tambahan kepada program latihan sepenuh masa yang sedia ada.

Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:

  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian

Sistem Latihan

  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca dan Minat)
  • Simple & Fleksibel – dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular – 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Berumur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan

Yuran Pengajian

  • RM1.00/jam bagi Program Asas
  • RM2.00/jam bagi Program Pertengahan

Jangkamasa Dan Perlaksanaan

  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 jam sehari termasuk 1 jam rehat samada dilaksanakan:
    • Kelas Malam
    • Cuti / Hujung Minggu

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA ini sila kunjungi laman web GIATMARA
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan 1Malaysia.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557
      Fax : 03 2691 0249
      e-mail : [email protected]

48 thoughts on “Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA 2011

  1. mamatsasat says:

    Assalamu'alikum….ni program apa jga ni????

  2. pogram nak menjana minda masyarakat supaya mampu berdaya saing dgn persekitaran..;)

  3. muhammad farhan says:

    jom pegi….

  4. LEPASAN GM KIJAL says:

    aku dah pernah join ………… sampai sekarang berkesan sistem pengajaran GIAT MARA ………. sesuai utk semua lapisan masyarakat ……. yg kantoi peperiksaan dan laluan seterusnya nampak susah, elok take ilmu di pusat giat ………………

  5. towk bebudak ps spm ley kew?

  6. ........... says:

    p'gambilan plajr dah tamat tempoh ke @ bleh apply agi?

  7. Bila pengambilan pelajar untuk kursus 2011. I minat nak ambik terapi kecantikan di Bandar Tun Razak.

  8. salam..
    blh apply k kpd org yg nak amk khursus di giat mara scra sepra masa..
    maksudnye org da da bkerja yg nk blaj scra part time?

  9. APAKAH SAYA TERPILIH KE GIAT MARA??
    TOLONGLA…… SAYA ENCIK

  10. APAKAH SAYA TERPILIH KE GIAT MARA??

  11. sabariah sulaiman says:

    mcm mana kalau kita dah ambil kursus di giatmara lepas tu kita mahu masuk lagi boleh masuk lagi ke………untuk ke 2 kali??

  12. bleh ke practice terus kt bengkel luar slain kt pusat giat??..mcm,tuan pnye bengkel 2,pinjam ahli giatmara gak kan??…..

  13. kalau ambil krusus di giat mara memang kena ambil juga ke program 1 malaysia tu.

  14. bro pmr nk ew?????

  15. nozie nazrin says:

    sy pn nozie, anak saya skrg berusia 15 tahun. dia sngt lemah dlm semua mata pelajaran,adakah dia layak memasuki giatmara?

  16. […] rujuk Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA untuk maklumat […]

  17. sy da berumur 24 thn, bole lg ke apply?? nak blajar mnjahit,

  18. saya nk msk giat mara cara nk isi …lps2 nk gi hntr mna tu…

  19. saya nk msk giat mara nk ambil borang mna, nk isi nk gi hntr mna tu….

  20. klaw nk msok giat mara , dye nk tgok result pmr kew ? teringin nk masuk >.<

  21. klau lps PMR bleh msk GiatMara tak??skrg ni dh bulan 4…bleh x lagi nk msk GIatMAra??? Tolong Balas…

  22. Bleh saya tanya???saya baru lps PMR…blh x saya mengikuti GIATMARA…dlm bulan 4 ini…

  23. Wong Lai Kein says:

    Any Chinese intake ?

  24. cam ner nak mohon scare on9???
    ce gtau sikit…….harap bg kerja sama…:)

  25. adam dullah says:

    apa jenis kemahiran yg disediakan kpd golongan ibu tunggal

  26. salam saya ingin bertanya giatmara batu caves dah tutup ke sebab saya telephone line telah dipotong sebab saya nak belajar menjahit separu masa waktu hujung minggu ke

  27. saya surirumah..umur 32thn..saya layak x memohon kursus jahitan?nak isi borang mana 1 ya?

  28. sy ibu tunggal, sy nak tanya jadi kalau ambil krusu sepenuh masa masalah bagi sy. jadi sy brecadan nak ambil separuh masa . kalau aambil separuh masa tu nanti ada bantuan untuk memulakan perniagaan sendiri sprt yg ditawarkan utk pelajar yg m'bil krusus sepenuh masa

  29. wan nor kamilah says:

    Ble tarikh tutup prmohonan ?

  30. Jue razali says:

    assalamualaikum…

    sy kakitangan kerajaan dan bkerja waktu pejabat.jd sy nk gunakan masa yg ada pd hujung minggu utk mengikuti kursus separuh masa iaitu seni reka gaya rambut dan solekan dan terapi kecantikan.biasanye kursus nie bile dijalankan ye?bagaimana utk sy mengikuti kursus ini?jika telah mengisi borang brape lama proses ini djalankan..dlm setahun brape kali pengambilan utk kursus separuh masa…klau isi borang melalui email adakah di terima atau sebaliknye…tiada pihak atasan yg mbuat penjelasan atas soalan2 yg diberikan kepada yg bminat utk mengikuti kursus separuh masa…

    sekian terima kasih

  31. hermankulung says:

    Sijil apa yg dpat kalau ambik spruh masa jer?

  32. berapa bula kursus ni?

  33. as salam.. kat mana boleh semak senarai kursus yang disediakan dalam program latihan 1 malaysia ni?
    terima kasih.

  34. Assalamualaikum…. Umur da 40 boleh ke kalau nak belajar menjahit di giatmara

  35. […] rujuk┬áPermohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARAuntuk maklumat […]

  36. Salam..kalau nak ambik krsus sparuh masa dalam bdng confectionary bole x???sbb sya ingat nk ambik yg part time shj krna sdng bkrja..mohon admin dapat mbntu saya..tq

  37. zailah bt muda says:

    As salam,saya nak tanya umur saya 40 tahun
    saya nak belajar menjahit kat giat mara boleh x
    camana cara nya

  38. saya nak apply guru giatmara mcm mana ?

  39. tiada pun program latihan pada sebelah malam atau hujung minggu, sedangkan ia mendapat sambutan dan pertanyaan yang menggalakkan. mohon dibantu ..

  40. sy nk tnya kalau giat mara yg ada asrama kat kawasan kuala lumpur kat mne je

  41. Giat mara ni asrama ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.