Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas 2013

Petronas mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Program Penajaan Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2012. Pelajar lepasan SPM 2012 yang ingin memohon biasiswa Petronas ini perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.

Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangannya di Malaysia.

Syarat Asas Memohon Penajaan Petronas

Logo Petronas

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2012.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon Penajaan Biasiswa Petronas

Tarikh tutup

  • Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2012 ini akan ditutup pada 27 Mac 2013, jam 5.00 petang.
  • Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Petronas Youngstars Day

  • Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk melalui proses penilaian di PETRONAS Youngstars Day pada bulan April 2013.
  • Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
  • Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.

Maklumat

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Bantuan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS di 03 2331 2277 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.