Semakan tawaran ke Tingkatan 6 bawah bagi tahun 2009 telah boleh mula dibuat hari ini. Walaupun begitu tidak semua akan mendapat berita yang baik iaitu mendapat tempat di tingkatan 6. Mereka yang tidak ditawarkan ke Tingkatan 6 boleh membuat rayuan.
Syarat Rayuan
Pertimbangan rayuan ke Tingkatan 6 hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2008 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
- Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 1.1. 2009;
- Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua Sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik.
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2009 ini.
Kelulusan rayuan ini juga bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Cara Membuat Rayuan
Rayuan boleh dibuat ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengisi Borang T6BKK mulai 11 Mei 2009. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada pengetua sekolah asal murid kerana beliau bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Mei 2009. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan rayuan dan penempatan sekolah akan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







Apakah jenis uniform yang kami patut pakai pada 11th Mei?
long sleeves or short sleeves?
ic,sijil kelahiran dan slip spm perlu bawa ORIGINAL punya kah