Pinjaman Pendidikan Negeri Sembilan 2012

Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Politeknik atau Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS).

Peringkat Pengajian

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik tempatan serta Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS).

Yayasan Negeri Sembilan

Syarat Kelayakan Memohon

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Sembilan ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Sembilan, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon telah bermastautin secara berterusan lebih dari lapan tahun di Negeri Sembilan dengan pengesahan daripada Ketua Jabatan, Ketua Kampung, Penghulu, JKKK atau Wakil Rakyat kawasan berkenaan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 6,000.
  • Sedang menuntut atau sudah mendapat surat tawaran dari pusat pengajian tinggi.

Cara Memohon

  • Permohonan Sesi 1 dibuka pada 1 Januari 2012 dan Sesi 2 pada 1 Ogos 2012.
  • Permohonan pinjaman ini hendaklah dibuat mengisi borang permohonan yang disediakan.
  • Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dengan datang sendiri atau melalui pos dengan menghantar sampul surat berukuran 23cm x 10cm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri atau dengan muat turun borang permohonan di Borang Permohonan Pinjaman.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Pengarah,
    Yayasan Negeri Sembilan,
    Tingkat 11,
    Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
    Jalan Yam Tuan,
    70000 Seremban,
    Negeri Sembilan

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan ini bagi Sesi 1 pada 28 Februari 2012 dan Sesi 2 pada 30 September 2012.
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.
  • Permohonan yang telah dipanggil untuk temuduga dan tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas temuduga adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan dan keputusan pinjaman pendidikan ini sila hubungi:
    Yayasan Negeri Sembilan,
    Tingkat 11,
    Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
    Jalan Yam Tuan,
    70000 Seremban,
    Negeri Sembilan.
    Telefon: 06-762 8046
    Faks: 06-763 1420
    Emel: pendidikan@yns.gov.my
  • Sila rujuk laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.