Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Sesi 1 2012

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Peringkat Pengajian

Kerajaan Negeri Selangor

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

  • Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor

  • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;

  • Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
  • Diploma – RM 4.900
  • Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

Kelahiran

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  • Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Pencapaian Akademik

  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
  • Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.

Penajaan

  • Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan akan diberi keutamaan.

Tahun Pengajian

  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
  • Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 29 Februari 2012.
  • Keputusan permohonan dijangka boleh disemak di laman web Kerajaan Negeri Selangor atau Pinjaman Pelajaran Selangor selepas 14 hari dari tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi 2 2012 dijangka akan dibuka dalam bulan Julai atau Ogos nanti.

12 thoughts on “Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Sesi 1 2012

  1. Kalau untk pelajar lepasan spm 2011 yg tgh tggu result spm nie blum boleh mohon lgi la ye utk nie..

  2. kalo pointer rendah sikit boleh mintak ke??terdesak weh…lgipun malas nak pinjam ptptn…

  3. Dengar kate Kalo pointer atas 3.70 pinjaman jadi biasiswa ..? betol ke..?

  4. Suriaton Mohd Jalil says:

    Anak saya baru memasuki Kolej Komuniti Jasin dan mengambil kursus berkenaan dgn Photographer..dan saya ingin membeli kemera dan Komputer..bagaimana saya ingin memohon pinjaman untuk memudahkan pembelajaran beliau..untuk pengetahuan tuan suami saya hanya pemandu teksi dan saya seorang suri rumah tangga..kami dah bermastautin Di Negeri Selangor ini selama 12 tahun.

  5. Bile sesi ke 2?

  6. nk tnye,,tok sesi 2013,bile bole apply..urgent

  7. saya baru masuk sem 2 n tak pinjam ptptn,,jadi bila boleh mohon utk bayar yuran sem 2 ni..?terdesak..

  8. boleh saya tahu apply utk 2013 punya dah buka ke? please reply asap okay. thank you

  9. saya juga nak tnya..pinjaman 2013 bile buka ni……pls jwb tolong

  10. aien niezam says:

    pinjaman 2013 bile ehh ?? after keluar result ke ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>