Para pelajar UPSR 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.
Mulai 11 Mac 2009 keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak melalui laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga dalam bulan April nanti.
TERKINI : Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







Saya harap sangat anak saya dapat MRSM. Tapi nama beliau tidak tersenarai dalam panggilan ke-dua. Rayuan dah dibuat. Walaupun beliau tidak aktif dalam sukan tapi sangat aktif dalam program2 yang sekolah anjurkan. Beliau juga seorang bekas pengawas sekolah selama 4 tahun. Sekarang ni juga beliau juga terpilih sebagai pengawas sekolah.
((