Semakan Keputusan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011
Mereka yang ada membuat permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLI-SR dan KLPI-j-QAF bagi ambilan Januari 2011 boleh membuat semakan keputusan mereka sekarang.
Semakan Keputusan
Semakan boleh dibuat dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas jazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011
- Melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677
Maklumat
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan permohonan KPLI SR/jQAF ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1243/ 1253/ 1371/ 1235
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah Telefon : 088 236804
- URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak Telefon : 082 258045
slm alaik…sy telah lulus mTest dan dipanggil temuduga, malangnya sy x terpilih itk mengikuti kursus ini.sy telah membuat rayuan atas cadangan rakan.Cuma, saya nk tau mcm mne nk semak sama ada rayuan tu dapat atau tidak? terima kasih..
salam…. saya pun sama seperti saudari diatas…. saya tidak terpilih tetapi telah membuat rayuan secara bertulis… bila agaknya masa yang sesuai untuk semak status rayuan tersebut? terima kasih
yg buat rayuan sudah dipanggil melalui panggilan telefon..kalau xde tak dapat lah
selamat sejahtera… bahawa saya ialah fresh graduated student fr USM dan ingin memohon KPLI 2012 .
bolehkah saya tahu bila boleh mula memohon? tq byk~
salam… kalau ikut last year bulan okt nanti
[…] Semakan Keputusan Tawaran KPLI Ambilan Januari 2011 […]