Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
- Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
- Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
- Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
- Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
- Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:
Prasyarat Pertama
- Pengukuran Standard Sekolah
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
- Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
- Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
– SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
– SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
– SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
– SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah - Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
- Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
- Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
- GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan:
- Kecemerlangan murid dalam aspek:
– Akademik
– Kokurikulum
– Sahsiah - Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
- Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
- Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
- Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
- Keberkesanan pelaksanaan program KPM
- Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
- Penerimaan pencalonan
- Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
- Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
- Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
- Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
- Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Sejauh mana keberkesanan sekolah kluster dalam memenuhi objektifnya? 🙂
apakah syarat-syarat untuk masuk ke mrsm?boleh tak kalau saya hendak tahu keputusan upsr hari ini?
i-syah,
Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2009.
salam..boleh lg ke sy mohon ke mrsm skrg??
Hamimi,
Permohonan ke MRSM untuk tahun 2009 telah pun ditutup.
kalo dpt 3a ley msok sek asrama tak..?
Fida,
Agak sukar.
Tarikh tutup untuk permohonan sbp 2010 bila?kalau dpt 7a atau 6a dpt msuk sek kluster tak?terutamanya tuk sek.men.sains?
Im,
Biasanya permohonan ke tingkatan 4 SBP biasanya dibuka dalam bulan September atau Oktober. Mereka yang mendapat 8A dan aktif dalam sukan dan atau kokurikulum mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat.
Permohonan ke Sekolah Kluster dan SBP adalah berbeza.
borang permohonan kemasukan sbp 2010 dah diedarkan di sekolah ke
Yazdein,
Saya tidak pasti tetapi permohonan ke tingkatan 4 SBP boleh dibuat secara online di laman web Kementerian Pelajaran dan biasanya dibuka dalam bulan September atau Oktober.
bleh tak sya nak tau syarat nak masok sekolah sbp
Akmal,
Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 dan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010.
camne nk keluar dari sekolah kawalan?
camne nak kuar dari henry gurney???
macam mana nak thu kelayakan pemohonan untuk kplspm???
Saya dapat 4a dan 4b, boleh masuk ke sekolah kluster ke?
Boleh ke saya daftar sekolah kluster walaupon dah nak masuk bulan 4 ?
Cuba hubungi sekolah yg berkenaan
saya dr sekolah premier di sbuah daerah…mcm mana sya nk pindh ke sekolah premier yg lain di negeri lain
saya seklh premier di sbuah sekolh…bleh ke tidak klu saya mohon untuk ke sekolah premier di negeri lain…bagaimana sya nak mohon?? harap dijawab dengan cepat…
perlu hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan
bila keputusan ambilan ke2 sbp?
apakah perbezaan ciri-ciri sekolah bestari yang dimulakan pada tahun 1996 dengan sekolah kluster
sekarang????thanx
assalamualaikum..macam mane nak mohon ke sekolah nie???terima kasih
Assalamualaikum … Saya mendapat 7 A's 1 B dalam PMR . Saya mendapat B dalam subjek agama . Masih ade peluang untuk saya memasuki mrsm / sbp ? Saya juga aktif dalam kokurikulum dan saya mempunyai sijil kokurikulum peringkat antarabangsa . Bila keputusan permohonan ke tingkatan 4 sbp sesi 2014 akan dikeluarkan ? ~ thankz~
Assalammualaikum. Apa syarat dan kriteria untuk mohon anak masuk ke sekolah rendah kluster? Berdasarkan pencapaian sekolah lama atau ada kriteria lain?