TERKINI :
- Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2011
- Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 4 2010
- Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010
Para pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Aliran
Ketika ini ada sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 54 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen (ST)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST(pilihan)
Aliran Sains Tulen Agama (STA)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama (A)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal (T)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST(pilihan)
Permohonan
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP dijangka akan diumumkan pada 15 Jan 2010.
- Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dari 15 Januari 2010 sehingga 2 Februari 2010
- Mereka yang mendapat tawaran dijangka perlu mendaftar pada 2 Februari 2010 dan mereka yang berjaya dalam rayuan perlu mendaftar di antara 8 hingga 6 Februari 2010.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009.
Related posts:
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
- Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
- Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009
- Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia







salam.. untuk membuat semakan permohonan, apakah alamat yg perlu sy layari?
alhamdulillah,keputusan pmr sy 8a…
salam nilam~~
thanx jawab soalan sy hri tu..
sy nk tanya dgn result 6a boleh ke masuk sbp??
coz sy nk sngt msuk sbp..tp result xmnyebelahi sy..
tolong sy nye… plissss
salam nilam~~
mcm mana nk buat rayuan utk sbp??
boleh x kasi number tel skola sek sains sultan mohd jiwa??
assalamualaikum…sy ingin masuk ke sekolah berasrama….saya ingin membuat permohonan!!tolongla bantu sya…..
Dpt result PMR 7a 1b..dah apply melalui online..bila agaknya jawapan yg akan dibagi????
salam
saya pelajar tingkatan 4 2010
tahun 2009 saya menduduki ukkm untuk ke mrsm
dan alhamdulillah saya mendapat 8A dalam pmr
boleh saya tahu tak,
bila boleh membuat semakan sama ada saya dapat masuk ke mrsm atau pun tidak
Anak saya bersekolah di sekolah agama swasta. Beliau telah memperolehi 9A dalam PMR 2009. Bagaimana pelajar dari sekolah swasta memohon memasuki SBP?
erm,berkenaan kemasukan ke sbp.
Alahamdulilah keptusan pmr saye straight a’s.
dan sye ade memohon kemasukan ke sbp semase trial dulu.
adakah sye layak mendapat tawaran ke sbp,sedangkan sye tidak aktif koko?
Salam….bila keputusan pengambilan masuk ke sbp bermula?dan bila panggilan akan dibuat?
salam…..,
saya dapat 8a1b(geografi)
boleh saya tau camne nak buat rayuan sbp?
saya dah terlepas tarikh permohonanye…
tolong ye?bolehla,tolongla…………………….!
ble surat sbpi nk sampai….
saje tnye….
askum….
saya just nak tanya adakah penglibatan kokurikulum penting untuk memasuki sbp…
saya mendapat straight 8a bagi pmr yang lepas dan telah membuat pemohonan bagi sbp.tapi saya tidak membuat pemohonan bagi mrsm kerana math saya tidak A ketika percubaan pertama.tapi percubaan kedua saya mendapat 7A 1B iaitu kh tapi cikgu cakap susah nak dapat salinan keputusan peperiksaan tersebut kerana pmr smakin hampir.jadi saya tidak sempat untuk membuat pemohonan mrsm.jadi peluang saya hanya sbp masalahnya saya tidak begitu aktif dalam kokurikulum..saya hanya memegang jawatan sebagai pembimbing rakan sebaya dan PROSTAR saja di sekolah.harapan saya hanya sbp.bagaimana untuk membuat rayuan jika pemohonan ditolak?dan adakah saya mempunyai harapan?
adakah saya berpeluang utk belajar di sbp…saya hanya mendapat 6A 2B sahaja…di dlm PMR..B adalah subjek sejrah dan geografi….sy telah mohon utk ke SBP selepas PMR…adakah sy berpeluanG????????????????????????????????????????????
salam,
just want to know,pemilihan untuk kemasukan ke sbp,melibatkan pengaktifan seseorang dalam aktiviti kokokurikulum ke?and then sekiranya seseorang itu tak layak untuk ke sbp,boleh membuat rayuan right?tapi rayuan yang bagaimana?whether by online or letter??that’s all,,semoga permohonan sya and friends di terima,,
Mcm mne nk isi borang online KISAS
Mcm mne nk isi borang KISAS yang online….
i got 2b 1c and 5d,,can i get the technic school???????
sye nk msuk sgt skolah sbp…..arap2…sbp boleh pertimbangkan sye
Buntu Gal,
Sepatutnya tidak boleh kerana anda patut telah membuat keputusan semasa membuat permohonan tempohari. Walau pun begitu anda mungkin boleh membuat rayuan.
Tufail,
Sama-sama… anda boleh semak di internet apabila keputusan diumumkan nanti. Biasanya anda tidak boleh memilih tetapi semasa proses rayuan anda boleh merayu terus ke sekolah pilihan anda. Ada peluang tetapi tidak sebaik mereka yang mendapat 8A.
Budak Kelantan, Amirul dan Yang berharap,
Salam… Setahu saya pihak kementerian tidak menerima sebarang permohonan baru selepas tarikh tutup.
Afif,
Salam… Tidak bermakna jika anda dipanggil untuk menduduki ujian kelayakan tersebut secara automatik anda terpilih. Cuma anda mempunyai peluang untuk mendapat tawaran ke MRSM. Banyakkan berdoa, insyaAllah anda akan terpilih.
Adam Fc,
Salam… jika maksud anda disemak selepas keputusan PMR diumumkan, jawapannya tidak perlu kerana keputusan itu akan dikemaskini oleh sistem.
Nor,
Sememangnya tarikh tutupnya hampir sama setiap tahun. Setahu saya pihak Kementerian Pelajaran dan MARA tidak menerima sebarang permohonan baru selepas tarikh tutup.
Pinky,
Salam… Memang anda ada peluang untuk terpilih tetapi jika mata pelajaran Sains anda A akan lebih mencerahkan peluang tersebut.
Ingin Berjaya,
Salam… Peluang itu ada tetapi tidak sebaik mereka yang mendapat 8A. Proses rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan diumumkan.
Zirah Amalina,
Sila rujuk Senarai SBP.
Wan_94,
Pemilihan biasanya dibuat berdasarkan keputusan sebenar PMR, keputusan UKKM, penglibatan ko-kurikulum dan latar belakang keluarga. Oleh itu anda masih mempunyai peluang.
Lily Amellia,
Salam… Jika anda ada memohon, anda mempunyai peluang untuk terpilih.
Dai Are,
Setahu saya pihak kementerian tidak menerima sebarang permohonan baru selepas tarikh tutup.
Zaheeda,
Salam… Saya tidak pasti tetapi ada kemungkinan terjejas jika mereka ingin mengesahkan maklumat permohonan melalui pengesahan pengetua.
Izzati,
Salam, Kementerian Pelajaran akan membuka satu laman web untuk membuat membuat semakan keputusan permohonan apabila diumumkan nanti.
Maira,
Salam… sama-sama.
Peluang agak tipis kerana terdapat ramai pelajar lain yang memohon mempunyai 8A.
Rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan diumumkan. Nombor telefonnya 04-4212797.
Liza Bt.3,
Dijangka pada 15 Januari 2010.
Nurul Izzati, Mohamad Izzat dan Zaiti Zuhir,
Salam… Tarikh yang tepat belum diketahui lagi tetapi biasanya dalam bulan Februari.
Roslandarus,
Permohonan perlu dibuat secara online di laman web yang disediakan oleh pihak kementerian. Walaupun begitu permohonan kemasukan bagi pengambilan 2010 telah pun ditutup.
Syasya,
Peluang itu memang ada tetapi tidak secerah mereka yang aktif.
Sheranasarudin,
Salam… anda memang mempunyai peluang. Sememangnya penglibatan dalam ko-kurikulum akan membantu meningkat peluang tetapi keputusan dibuat berdasarkan beberapa faktor.
Rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.
Muhamad Ilham,
Mereka yang memperolehi keputusan 8A akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk dipilih ke SBP.
Lunacy Luna,
Salam… Penglibatan dalam ko-kurikulum memang akan membantu meningkatkan peluang seseorang itu untuk terpilih.
Sementara itu rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Rayuan biasanya secara online.
Auni,
Setahu saya KISAS adalah di bawah SBP, oleh itu anda perlu memohon melaui permohonan kemasukan SBP.
Yogesh,
Permohonan ke sekolah teknik telah di tutup.
Firdaus,
InsyaAllah anda akan mendapat tawaran.
salam…
saya akan dapat sekolah sbp..insyaallah.
Saya berasal dari Sabah. Anak saya mendapat 5A2B dalam PMR 2009. Mendapat B dalam mata pelajaran B. Melayu dan Kemahiran Hidup. Adakah anak saya layak memohon ke SBP.
jika sy dpt 8A 1B lam pmr.,
adakah sy layak tuk ke sbp??
prmohonan tlh dbwat..
utk asrama penuh.. kalau x sempat mohon,,, masa rayuan nanti, boleh buat rayuan x….
saya mendapat keputusan 8A dalam PMR 2009 dan telah pun memohon sbp.
saya amat berharap agar mendapat tempat di sbp. adakah peluang saya cerah kerana semasa trial sy hanya mendapat 4A 4C? saya amat berharap saya mendapat peluang ke sekolah sbp kerana semasa upsr dulu sy tidak mendapat tawaran ke sbp walaupun mendapat keputusan 5A. lg 1, adakah kokurikulum mempengaruhi pemilihn utk kemasukan ke sbp?
cam ner nak buat rayuan nnti???
Saya mendpt straight A dlm PMR..tp saya x yakin, boleh ke saya dpt masuk ke sbp kerana sekolah saya hanyalah sekolah harian biasa saja dan trletak di bandar. Org kata SBP x ambil sgt pelajar dr bandar sbb pendapatan ibu bapa yg tinggi..betul ke?? Tambahan pula, ramai pelajar sekolah saya yg mendpt 8A..hampir 100 org. Adakah saya brpeluang??
salam..bila kita boleh tgok klau kita dpt sbp/mrsm??
adakah sy berpeluang ke sbp/mrsm jika sy mndpt 7a2b dlm pmr?b bi dgn geo..
thx..
salam..adik saya mendapat kptusan yg cmerlang dlam PMR 2009 bru2 ni.tp dia terlewat untuk memohon aplikasi online tuk kmsukan k SBP sesi 2010? adkh dia msih berpluang tuk memohon scra rayuan?
mmm…when sbp result will come out??i think 15th jan is not the day…i got 8a’s and 1b…..i hope i can get sbp..
macam mana kalau borang telah di isi tetapi ada pemasalahan dengan aliran?
Boleh kah jika ingin membuat penukaran aliran ?
bila la semakan akan kluar ya?? saya dpt 7A 1B.. BI yang dpt B.. boleh ker dpt?
Aku dapat 9A PMR ingin sangat nak masuk SBP aliran sains tulen agama. Ada peluang ke aku?????????????
Semekom! Dlm PMR 2009 yg lepas sy dpt 7A1B ( B Sejarah ) Leh x masuk MRSM gak ehh?
aku dapat 1A 7B, teruja sangat nak masuk sbp, boleh ke?
Saya tidak dapat straight A dalam PMR 2009, kerana sangkut kat agama dapat B. Dah buat permohonan semak semula seminggu selepas result. Bila agaknya keputusan semak semula keluar?
saya ingin masuh kesekolah asrama penuh integrasi.bantulah saya
salam….
saya mendpat 7a dlam trial pmr dlu…
pd rsult pmr ni sy mndpat 9a…tp mngapa sy tidak mndpat twran sbp sdangkan kwn2 yg mndpt 8a mndpat twran ke sbp…?
apakah syrt2 yg dperlukan utk ke sbp..?
salam….
bile boleh semak tawaran kemasukan MRSM ting 4 2010…..?????…;)
salam….sy dpat 5a dlam pmr….sy ader mntak skolah agama sultan zainal abidin atas dan institut al quran terengganu….bile agaknya kputusan twaran bleh dtrima???
aliran teknikal di sbp ade add math x?
saya dapat tawaran tapi nak masuk matrik kena ade add math kan?
salam…. saya dah dapt twaran ke sm sains mri, tp bleh ke sy buat ryuan nk ke sm sains kuching?
mcm mn nk mndftar? prlu borng atau apa2 tak? ataupun mesti print out twaran kmudian beri ke sekolah terseut?
Bbila nk smak kemasukan ke mrsm?
salam.cmna nk cek nama kat SBP????????
cam mne nak tahu rayuan diterima????
salam..
bley tnyer sket?
KISAS alirannyer pe?
sains agama ea?
kwn sye dpt sne..
ley gtau subjeknyer..
tengkiu..
salam…
nk tye la….
bile leh wat semakn tawaran ke sekolah teknik ekk?
ade sape2 tau x tarikhnyerrr?
sy dapat 8a dlm PMR 2009… tp, bila dh semak keputusan kemasukan ke SBP, sy x dapat. jadi, sy pun merayu dgn sistem e-rayuan. utk mengukuhkan lagi, ibu bapa sy nak hantar surat rayuan bertulis… kpd siapakah kita perlu hantar surat tu??
askum…
saya telah mendapat tawaran ke asrama penuh sains seri puteri di jalan kolam ayer,kl setelah membuat semakan melalui web kpm.tetapi sampai hari ini saya masih belum mendapat sebarang surat rasmi dari mereka.saya keliru sedangkan rakan yang lain telah mendapat surat dan sibuk membuat persiapan.adakah ini bermakna tawaran saya tidak sah?
SMT (teknik) – http://apps.emoe.gov.my/esptv/semakansptv2010
SBP – http://apps.emoe.gov.my/sst4/semakansst42010
sper masuk sains seremban gtau aq.
assalamualaikum.
sy mndapat 6a2b dlm pmr.
jadi sy ingin memohon sbp.
msih ad pluang kedua tk untuk kesana??
assalamualaikum, saya telah mendapt 8a dalam pmr dan telah memohon sbp, mrsm dan teknik. saya tidak mendapat sbp, tetapi saya telah mendapat tawaran ke teknik. saya tidak menerima tawaran tersebut iaitu menolak tawaran tersebut. saya ingin bertanya, adakah nama saya akan terus dipotong dalam list permohonan mrsm setelah mendapat tawaran teknik walaupun saya menolak tawaran teknik tersebut?
-memerlukan jawapan dengan segera, ASAP!
saya dpt sbpi temerloh:)
salam…. bilakah keputusan rayuan ke SBP dikeluarkan? adakah saya berpeluang masuk ke KISAS. result percubaan dan PMR saya 9A.
saya sekarang dalam dilema….huhuhuhu minggu lps saya dpt tawaran ke sbpi tereangganu, hari ni saya dpt tawaran ke sabk pulak….saya xtahu nak pilih y mana…..sapa bleh tlg saya???
Assalamualaikum Nilam,
Bilakah keputusan pengambilan kedua tingkatan 4 ke sbp akan keluar?
Dengar cerita, benarkan selepas tahun baru cina atau pada bulan mac nanti?
Terima Kasih…
Salam,
adik saya telah memohon Sbp namun gagal mndapat tempat pada panggilan pertama. bilakah keputusan pengambilan kedua keluar kerana adik saya telah membuat rayuan.
salam nilam..
klw dpt 6a boleh xdapat sbpi x??
sy dh buat rayuan utk panggilan kedua..
Salam,
Saya ingin bertanya adakah kita boleh memohon untuk pertukaran penempatan sbp bagi yang pelajar yang telah berjaya mendapat tempat dan sekiranya boleh bagaimana caranya. Sekian, terima kasih.
seandainya ini cara membuat permohonan ke smt…saya harap boleh di masukkan ke teknik shah alam kerana saya minat dalam bidang automotif dan saya ingin belajar berdikari….
Jakery,
Dukacita permohonan untuk ke SBP telah ditutup sebelum keputusan diumumkan
Juara,
InsyaAllah akan dapat.
Shamsiah Musa,
Biasanya tidak boleh.
Supertya,
InsyaAllah anda ada peluang untuk mendapat tawaran, jika tidak di ambilan pertama buat rayuan, mungkin ada rezeki di ambilan berikutnya. Kokurikulum memang ada memberi kesan kepada peluang mendapat tawaran.
Faris,
Secara online.
Ai LovSay dan Yan,
Peluang memang ada tetapi saingan amat kuat kerana ramai yang memohon tetapi tempat adalah terhad.
Firdaus,
Salam… biasanya selepas tarikh tutup tiada permohonan baru akan diterima.
Sarah,
Kalau tak silap saya sebulan selepas tarikh tutup permohonan semakan.
Didi,
Salam… saingan amat sengit kerana terlalu ramai yang memohon tetapi tempat yang ditawarkan amat terhad.
Liyana dan Tufail,
Boleh disemak sekarang, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2010.
Azhar,
Salam… saya rasa anda perlu menyemaknya dengan Jabatan Pelajaran Negeri.
Curious,
Setahu saya ada.
Tufail,
Salam… biasanya agak sukar untuk memohon pertukaran sekolah.
Faris,
Pengumuman akan dibuat dan semakan boleh dibuat secara online.
Sya’sd,
Salam…. sila rujuk laman web Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Boboy,
Salam… sudah boleh, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.
Hani Malini,
Ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah pilihan anda.
Sheranasarudin,
Salam… Sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster di talian 03 8884 9357 / 9362 / 9511.
Wani,
Terima kasih.
Fiqa,
Salam… menolak tawaran ke SMT tidak menjejaskan permohonan ke MRSM.
Ana,
Salam… InsyaAllah ada peluang, biasanya pada awal Mac.
Dekyang94 dan Shafiq,
Salam… Biasanya pada awal bulan Mac.
Myra,
Salam… peluang agak tipis.
Junaidah,
Salam… Biasanya tidak boleh.
Amar Izzudin,
Sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.
Assalammualikum.
Bilakah keputusan rayuan ke SBP tingkatan 4 boleh diketahui. Terimakasih
Odan,
Salam… Biasanya pada awal bulan Mac.
as`kum, tumpang tnye, mengapa kawan saya sudah dapat tahu panggilan kedua untuk sbpi tetapi melalui surat. dan mengapa di website ini awal march? pelik. saya buat rayuan tetapi belum tahu lagi. apabila saya tahu kawan saya sudah dapat panggilan kedua, saya straight away tgk website ni tapi awal march? hmmm. adakah kerana sbpi? tetapi bkn ke satu jabatan kann?
2nd intake dikluarkn ari ni..
sye dpat..
but… boleh ke nak dpat 2nd intake gak ke utk mrsm pnye??
or x boleh dah mcam 1st intake dlu..
dimana jika dpat sbp.. x bleh dpat mrsm dah…
Fiqa,
Salam… Semakan panggilan kedua pada tahun ini telah keluar awal iaitu 25 Februari, sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 4 2010. Manakala surat tawaran telah dipos lebih awal lagi.
Macha,
Betul, mereka yang telah mendapat SBP memang akan dikeluarkan daripada calon MRSM.
salam, saya telah mendapat 6A dlm pmr 2009. Adakah saya diberikan peluang untuk masuk ke sbp???saya dapat b untuk kh dgn geo..
frustnye sy xleh msuk sbp!!
Salam… sye ingin msuk ke sbp.. bgmna sye nk memohon?? adakh sye trlalu lmbt utk memohon?? oh ye.. ade 3rd intake ke?? sye ingin msuk ke SMS Kuching.. dlm PMR 2009 sye dpt 8A…ade 3rd intake ke???
Assalamualikum…
Saya telah mendapat 9A dalam PMR baru-baru ini.Saya tidak mendapat tempat ke MRSM ataupun SBP pada ambilan pertama dan kedua.Adalah menjadi impian saya untuk ke KISAS.Ia telah menjadi azam dan peransang saya selama ini untuk berjaya dalam PMR.Saya amat berharap agar diberi peluang untuk belajar di sana.Saya juga berjanji akan melakukan yang terbaik sekiranya saya dapt belajar di sana.
Sekian,terima kasih.
assalamualaikum….
bleh mntk tlng x kat smua….?
cm mne erk nk dftar untk msuk sklah brasrma pnuh…..?
ape lman web dye….?
tlong k….
sye akan menduduki PMR 2010…
harap-harap kalau dapt 8 A dalam PMR tahun ni bleh la masuk ke Sekolah Tunku Abdul Rahman Ipoh,Perak….
Alif,
Salam… Mereka yang mendapat 8A mempunyai peluang yang lebih baik.
Princess,
Jangan berputus asa, anda tetap boleh cemerlang di mana sahaja. Apa yang penting anda giat giatkan usaha dan kesungguhan.
Azwan,
Salam… Permohonan ke SBP telah lama ditutup dan biasanya tiada permohonan baru yang akan diterima selepas tarikh tutup. Pengambilan ketiga bergantung samada terdapat kekosongan tempat dan hanya untuk mereka yang telah memohon sebelum ini.
Munirah,
Salam… Memang ramai pelajar yang cmerlang gagal mendapat tempat samada di SBP maupun MRSM. Walaupun begitu anda jangan berputus asa kerana kejayaan itu ada di mana-mana sahaja. Apa yang penting bagaimana kita membawa diri kita ke arah kecemerlangan.
Suhaizy,
Salam… Permohonan untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh biasanya akan dibuka pada bulan September bagi pengambilan tingkatan 4. Jika anda sekarang tingkatan 3, pastikan anda membuat permohonan apabila tawaran dibuka pada bulan September 2010 nanti.
Permohonan boleh dibuat secara online dan laman webnya akan dimaklumkan di laman web Kementerian Pelajaran. Kami di ePutra juga akan memaklumkan perkara yang sama kepada pembaca kami.
Kamil,
InsyaAllah anda akan mendapat keputusan yang baik dan berjaya ke sana.
Salam,
Pengambilan utk tingkatan 4 2011, bilakah tarikh permohonan akan dibuka?
Terima Kasih
saya pelajar dari sekolah biasa di kuala lumpur.saya meminati untuk memasuki ke sekolah berasrama penuh,saya bermohon supaya saya dapat memasuki sekolah berasrama penuh.harap permohonan saya dipermanfaatkan.terima kasih.
saya bermohon untuk memasuki ke sekolah berasrama penuh..
salam. saya nak memasuki sekolah asrama yg menjurus bidang askar apabila saya berumur 16 tahun. bagaimana caranya dan apakah nama sekolah berkenaan?
salam..
blh saya thu.borang pemohonan ke spm bagi thun 2011 bila akan dibuka??
buleh saya tahu..borang pemohonan ke sbp bila akan dibuka..apakah hny keputusan pertgahn thun shja akan diambilkira..
jika kita tdik skor di mid year exam tp kira skor di pmr bagaimana??
adkah kputusan akan diubah semula??
assalamualaikum…
saya ingin bertanya..
adakah masih blm terlambat lg untuk saya mengisi borang permohonan ke SBP bg thn 2011??
thn ini sy akn menduduki PMR dan sy berharap dpt menyambung pljrn sy di SBP..
mcm mana saya blh memohon untk bljr di SBP??
terima kasih ats bantuan anda…
assalamualaikum..
saya pelajar SMKA.. dan tahun ni saya akan mengambil PMR..
saya teringin sangat masuk SBP mahupun MRSM..pd tahun 2011
tapi syarat kelayakkan ke MRSM, pelajar SMKA tidak di benarkan memohon.. saya sedih sangat..
saya berharap saya layak memohon ke SBP..
amin..
assalamualaikum,
maaf jika sudah terlambat untuk tanya.
tapi saya mahu kepastian untuk masa akan datang.
saya mendapat 9A untuk pmr.
dan saya teringin untuk memohon sekolah SBP.
tetapi saya risau,
1. saya ialah pelajar sekolah swasta.
2. saya mengambil maahad tahfiz quran selama 2 tahun selepas pmr bg menghafal 30 juzu' quran.
adakah kerajaan sudi menerima pelajar dari sekolah swasta yang sudah terlajak umur untuk ke sekolah berasrama penuh?
salam,saya adalah salah seorang pelajar SBP….bolehkah saya memohon untuk bertukar ke SBP lain kerana faktor kesihatan…..
salam
permohonan ke sbp 2011 dh ditutup ke?
nape cepat sgt?
x ada ke cara lain nk mohon?
Salam,
apakah perbezaan SBP dengan MRSM???
terima kasih atas bantuan anda……
salam,
cita-cita saya adalah untuk menjadi doktor bidang(biotech), aliran apakah yang saya mesti ambil untuk ke sbp nnti ????
Salam… sebaiknya aliran sains.
terima kasih…
salam, anak saya mendapat 3A (math, sc & KH) 4B , 1C (eng) dlm trial pmr recently, adakah dia layak utk mendapat borang MRSM…terima kasih.
Salam… secara amnya boleh tetapi mata pelajaran BI mungkin mengganggu.
salam, saya telah tekan link “sistem permohonan atas talian ke tingkatan 4 SBP” di atas,
tetapi mengapa tertulis di situ bahawa permohonan ke SBP telah ditutup? bukankah sekarang belum tarikh tutupnya? saya perlukan jawapan segera kerana saya amat teringin dan berminat untuk memohon ke SBP. terima kasih.
knape bkk lmn web kpm dy kate permohonan da ditutup . camne ni?
tao xpew~
knape dye kate da dtutup??
pelik kn
Itu untuk permohonan tahun lepas. Bagi tahun ini belum dibuka lagi.
salamualaium.
saya dapt 6a tapi ader 1 c iaitu bi…
adakah saya layak untuk ke sbp atau mrsm??
Salam… mungkin agak sukar kerana BI antara mata pelajaran yang wajib dapat A.
bilakah pemohonan tingkatan 4 tahun 2011 akan dibuka??
Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya tetapi dijangka dalam bulan September ini.
bilakah permohonan tingkatan 4 sbp,mrsm,teknik akan dibuka??
sy mndpat 7a 2b(kh & bi)dlm prksaan percubaan 2010 sy teringin sngat nak msk kisas, layakkah saya
askum…
kolo trial kita dpt teruk blh ke kita msk asarama????
lagi2 kalao trial ade 1 fail atau punn 2 fail… mcm mana ah?????
tlg sya…………………….
tlg bls …
syaperlukan nasihat….
mak sya nk sgt masukan sya asrama…..
kalau masuk sbp ? Baik tah? SBP ada cikgu cina?
saya dpt 6a 3b(sej,kh,sn)….adakah sy masih layak untuk masuk ke sbp???