Syarat Pemilihan Sekolah Kluster

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

  • Pengukuran Standard Sekolah
    Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
    - SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
    - SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
    - SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
    - SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
  • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
  • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat Pemilihan:

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    - Akademik
    - Kokurikulum
    - Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  1. Penerimaan pencalonan
  2. Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
  3. Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  4. Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  5. Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  6. Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Zemanta Pixie

Related posts:

  1. Kalendar Sekolah 2008
  2. Tingkatan 6 Sesi 2008

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, ,
Read 485 articles by

23 Comments

  1. Kev says:

    Sejauh mana keberkesanan sekolah kluster dalam memenuhi objektifnya? :)

  2. i-syah says:

    apakah syarat-syarat untuk masuk ke mrsm?boleh tak kalau saya hendak tahu keputusan upsr hari ini?

  3. hamimi says:

    salam..boleh lg ke sy mohon ke mrsm skrg??

  4. nilam says:

    Hamimi,
    Permohonan ke MRSM untuk tahun 2009 telah pun ditutup.

  5. fida says:

    kalo dpt 3a ley msok sek asrama tak..?

  6. nilam says:

    Fida,
    Agak sukar.

  7. Im says:

    Tarikh tutup untuk permohonan sbp 2010 bila?kalau dpt 7a atau 6a dpt msuk sek kluster tak?terutamanya tuk sek.men.sains?

  8. nilam says:

    Im,
    Biasanya permohonan ke tingkatan 4 SBP biasanya dibuka dalam bulan September atau Oktober. Mereka yang mendapat 8A dan aktif dalam sukan dan atau kokurikulum mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat.
    Permohonan ke Sekolah Kluster dan SBP adalah berbeza.

  9. yazdein says:

    borang permohonan kemasukan sbp 2010 dah diedarkan di sekolah ke

  10. nilam says:

    Yazdein,
    Saya tidak pasti tetapi permohonan ke tingkatan 4 SBP boleh dibuat secara online di laman web Kementerian Pelajaran dan biasanya dibuka dalam bulan September atau Oktober.

  11. akmal says:

    bleh tak sya nak tau syarat nak masok sekolah sbp

  12. asyraf says:

    camne nk keluar dari sekolah kawalan?

  13. the killer says:

    camne nak kuar dari henry gurney???

  14. cyndy says:

    macam mana nak thu kelayakan pemohonan untuk kplspm???

  15. anis says:

    Saya dapat 4a dan 4b, boleh masuk ke sekolah kluster ke?

  16. Gula-Gula Hati says:

    Boleh ke saya daftar sekolah kluster walaupon dah nak masuk bulan 4 ?

  17. sad girl says:

    saya dr sekolah premier di sbuah daerah…mcm mana sya nk pindh ke sekolah premier yg lain di negeri lain

  18. sad girl says:

    saya seklh premier di sbuah sekolh…bleh ke tidak klu saya mohon untuk ke sekolah premier di negeri lain…bagaimana sya nak mohon?? harap dijawab dengan cepat…

  19. nor says:

    bila keputusan ambilan ke2 sbp?

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives