Kelas Tingkatan Enam di seluruh negara akan diasingkan atau dipindahkan dari sekolah menengah biasa ke sekolah khas sejajar penjenamaan semula yang akan dilaksanakan terhadap sistem pelajaran pada peringkat itu.
Langkah mengasingkan atau memindahkan Tingkatan Enam ke sekolah khas itu juga selaras dengan penjenamaan semula pelajar terbabit yang akan digelar mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mereka seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di Tingkatan Enam supaya lebih bercirikan sistem di universiti, termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.
Model yang sama telah berjaya dipraktikkan di Brunei, dengan setengah Tingkatan Enam mereka ditawarkan sama ada di sekolah khas atau pusat matrikulasi khas yang dikhususkan untuk Tingkatan Enam saja.
Kementerian Pelajaran sedang berusaha ke arah merealisasikan langkah itu dan kekangan hanya dari segi peruntukan kewangan. Mereka percaya langkah penjimatan RM100 juta setahun yang sedang diambil kementerian akan membantu mewujudkan sekolah khas bagi pelajar tingkatan enam.
Langkah menaik taraf Tingkatan Enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan pra-universiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi. Tingkatan Enam adalah kelas peralihan pelajar dari peringkat menengah ke peringkat tinggi jadi ia memerlukan persekitaran serta kemudahan khusus yang berbeza dengan sekolah menengah biasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata kementerian sedang mengkaji alternatif ini dan sekarang sedang menunggu keputusan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tahun lalu, ada 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak memasuki Tingkatan Enam dengan kira-kira 127,879 memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 belajar dalam aliran sains.
sekolah khas tu camner??
blaja satu sekolah ngan murid form 1,2,3,4,5 gak ker??
knp laa dari dulu nda buat g2.. rugi kitaorg..
Myralove,
Mungkin macam kolej matrikulasi atau pusat asasi. Setakat ini belum ada maklumat terperinci lagi.
Bielzone,
Rezeki pelajar masa akan datang.
idea yg bagus dlm memperkasa institusi pendidikan negara.
bila ia nak dilaksanakan
buat la cpt2. aku nk try skol baru. hahaa
mcm mn nk mohon bkpu
Wan,
Sila rujuk http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/BKP/
Bleh x pelajar buat pilihan samada utk memilih institusi Khas Ting.6 atau sekolah menengah harian untuk menyambung FORM 6-STPM? apabila dilaksanakan nanti…
Sbb b’kemungkinan ada pelajar yg memilih utk tmpt belajar yg berhampiran dgn rumah slain hal kekeluargaan spt ada adik berdik yg masih b’sekolah di tingkatan 1,2,3,4dan 5………
Muhd Hafiz,
Saya berpendapat tentu para pelajar boleh membuat pilihan atau pun perlu memohon untuk memasuki Institusi Khas Tingkatan 6 ini.
Assalammualaikum,
saya sebagai seorang pelajar tingkatan 6 bawah 2009 amat bersetuju dengan cadangan tersebut. Kami ( pelajar ting 6 bawah 2009 ) amat berharap supaya pihak kementerian dapat meletakkan sekali para pelajar ting 6 bawah 2009 ke sekolah khas tersebut. Ini adalah kerana kami mendapat tekanan yang sangat hebat semasa berada di tingkatan 6 yang diletakkan di sekolah biasa. untuk pengetahuan semua, saya bukan berniat untuk membanggakan diri, tetapi saya telah memperoleh keputusan 6A, iaitu 4 A1 dan 2 A2 semasa keputusan SPM 2008, dan saya telah mengambil keputusan untuk tidak memohon UPU kerana keputusan keluarga, tetapi saya telah memohon untuk program KPLSPM dan sedang menunggu keputusan, saya telah redha seandainya tidak berpeluang mengikuti kursus tersebut kerana pihak kementerian akan mengutamakan calon-calon lelaki.
Tentu pembaca tertanya-tanya mengapa saya tidak ditawarkan ke Matrikulasi, jawapannya adalah kerana saya tidak mengambil subjek ADD MATH yang merupakan subjek wajib yang melayakkan saya untuk memohon ke sana.Malahan kenalan saya yang belajar di tingkatan 6, ada yang memperolehi 7A, 6A, 5A dan 3-4 orang 4A, kebanyakannya memperoleh 3A hingga 1A.
Saya merasa amat terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang memandang rendah martabat tingkatan enam. Salahkah kami menjejakkan kaki ke tingkatan enam, bodoh sangatkah kami sehingga kami sering menjadi bahan sindiran “eleh… budak tingkatan 6 je”, “orang bodoh-bodoh je budak ting 6”. Untuk pengetahuan umum, kami bukan sahaja menjadi sindiran pelajar sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 yang kebiasaannya mengambil subjek sains tulin dan 2 kelas dibawahnya malahan kami juga mendapat tekanan dari guru-guru itu sendiri. Kami terpaksa redha bila mendengar cikgu berkata “kalau awak pandai kenapa masuk form 6”, “keputusan periksa spm awak hanya melayakkan awak untuk menjejakkan kaki ke tingkatan enam”.
Untuk pengetahuan umum, statement ( keputusan periksa spm awak hanya melayakkan awak untuk menjejakkan kaki ke tingkatan enam) adalah di ucapkan oleh seorang yang bernama GURU KAUNSELING yang sepatutnya memberi dorongan, bimbimbangan dan galakan bukannya meruntuhkan semangat pelajarnya.
Tiada perasaankah kami? lurus bendul sangatkah kami hanya mengiakan statement itu semua?, kami punya perasaan, kami manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran. Bukan niat kami, sekiranya suatu hari nanti kami mula bersuara dan dianggap pelajar PRA-U yang bermasalah.
kami hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan juga, bukannya kanak-kanak yang baru lahir yang boleh dibuli sentiasa.Kami juga disekat untuk mengemukan idea-idea kerana taraf kami sama sahaja sebagai pelajar sekolah (budak-budak) pada mereka. Mereka mendengar tapi memperlekehkannya di dalam hati.
Dengan adanya Sekolah Khas bagi tingkatan 6 saya berpendapat,
1. martabat tingkatan 6 dapat ditingkatkan setanding pelajar matrikulasi.
2. ada pengkhususan dapat dijalankan.
3.pelajar dapat memilih opsyen dengan lebih terbuka yang selama ini terhad untuk subjek tertentu bagi sekolah tertentu.
4. keyakinan pelajar tingkatan enam dapat ditingkatkan (bermaksud, prestasi mereka akan meningkat)
5. aktiviti-aktiviti mengkhusus kepada tingkatan 6 dapat dijalankan.
6. interaksi dikalangan pelajar tingkatan dapat ditingkatkan. (bermaksud, dengan adanya sekolah khas, martabat tingkatan 6 dapat ditingkatkan, bilangan pelajar tingkatan enam akan bertambah dan seterusnya interaksi dapat dijalankan dengan lebih meluas)
7. masyarakat memandang tinggi taraf tingkatan enam.
8. Interaksi antara guru dengan pelajar bertambah baik.
9. guru akan mempunyai tugas khusus iaitu mengajar tingkatan enam sahaja dan beban guru akan berkurang. (jika hendak dibandingkan dengan disekolah biasa, guru terpaksa mengajar pelajar tingakatan 6, menengah atas atau menengah bawah. Ini menyebabkan guru tidak mempunyai fokus tetap dalam pengajarannya)
Terima kasih kerana mendengar luahan saya.
Sampai disini saja.
pelajar tingkatan enam bawah 83700.
kalau di sekolah saya, tahap f6 dah sama dengan guru2. dan kita wajib jadi pengawas, atau pengawas pusat sumber, dan jawatan dalam aktiviti kokurikulum lebih terbuka kepada pelajar f6.
saya sedang belajar di tingkatan6 rendah dlm jurusan kemanusiaan..sebelum ni saya ditawarkan di sekolah yang lain dalam jurusan sains tapi saya minta tukar..best sangat tingkatan6 sekarang..ada satu banggunan khas sedang dibina utk tingkatan6 dan boleh digunakan sepenuhnya tahun hadapan..kelas berpenghawa dingin dan sesi pembelajaran juga akan diubah menjadi seperti sesi kuliah di universiti..pada tahun 2011 pula, pembelajaran akan mengikut semester seperti universiti..
masalah saya sekarang,saya keliru sama ada mahu terus kekal di tingkatan6 atau masuk politeknik (diploma akauntasi) .. stpm mudah dpt universiti tapi saya takut tak dapat pointer yang elok dlm stpm nnt..
boleh bagi pendapat x?
dengan sedikit usaha dan kesungguhan mungkin anda dapat berjaya…. pada pandangan saya mengikuti kursus diploma atau masuk politeknik adalah satu pilihan yang kurang tepat kerana masa yang diambil untuk menghabiskanya adalah lama berbanding dengan tingkatan enam… masa yang selebihnya mungkin anda dapat mengisinya dengan mencari duit lebih untuk persediaan anda untuk memasuki universiti kelak…peace..
Pu3,
Terima kasih kerana memberi pendapat anda. Semoga tingkatan 6 akan kembali diterima ramai dan mendapat tempat yang sewajarnya.
Zyha,
Situasi yang anda hadapi ini telah banyak dibincangkan di bahagian lain tentang Tingkatan 6. Mungkin dengan membacanya boleh membantu anda membuat keputusan. Selain cita-cita dan minat, kemampuan diri anda mestilah diambil kira semasa membuat keputusan nanti.
hai,saya nak tanya satu soalan saja.Begini pada tahun ini saya telah mendapat tawaran ke tingkatan enam rendah tetapi ada masalah kewangan pada ketika ini,jadi saya telah mengambil keputusan untuk bekerja pada tahun ini dan menyambung persekolahan ke tingkatan enam rendah pada tahun depan sahaja,dan soalan saya adakah saya dapat masuk ke tingkaan enam rendah pada tahun hadapan?
CLA_Sabah,
Anda masih boleh memohon jika umur anda tidak melebihi had umur yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang 17 tahun pada 1.1. 2010 nanti.
saya tingkatan 5,,, ingin tahu apakah syarat kelayakan ke tingkatan 6 jika sekarang saya mengambil aliran sastera??
Fizow,
Anda perlu lulus peperiksaan SPM dengan memperoleh sekurang-kurang tiga kepujian, termasuk Bahasa Melayu dan mesti memperoleh jumlah agregat tidak melebihi lapan unit bagi tiga mata pelajaran terbaik, setiap satu hendaklah dari kumpulan berlainan. Bagaimanapun, agregat sembilan hingga 12 unit juga layak dengan syarat ada kekosongan tempat di negeri terbabit.
saya skrg berade di politeknik..
sy rase kecewa bile surat kemasukan ke tgktan 6 dari kpm untk ke kisas x smpai ke tangan sy disebabkn alasn almat tidak lengkap.
padahal sya telah lengkapkan semua tu… sb nye hrapan sy untk ke kisas lbih tg dri politeknik
Soul91,
Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Harap banyak bersabar dan optimumkan apa yang anda ada sekarang. Teruskan usaha untuk mencapai apa yang terbaik.
sy pelajar t.6 2009.pada walnya sy mendapat tawran aliran sns,kerana keputusan spm sns yg agk cmerlang.sy memilih subjek pilihan bio+che.ekoran mt t sy lemah,sy btukar aliran kpd kemanusiaan.seronok..subjek pilihan sy kini sej+pp.tetapi sy masih dlm pemahaman pp kerana dahulu spm sy mgmbil snsn tulen.
sy ingin mengutarakan skongan bhawa amat bersetuju penubuhan sek khas utk t.6.
mental agk terganggu dgn pljr menengah lain.kputusan kmi agk cmerlang ketika spm.guru jgk ada yg tercampur sedikit.ramai antara kmi sudah mind set mahu cmerlang di dlm stpm ini kerna guru yg kmi peroleh amat berkualiti.
jika pnubuhan sek khas tersebut sy yakin,kami akn lebih bersmangat utk bljr dan akan bersungguh2.
persaingn chat dgn matrik dan level pendidikan yg lain akan wjud dan lebih merangsang kami.agr,plan penubuhan itu di laksanakan..sy pasti pelajar tingkatan enam amat berharap kewujudannya..
Ide,
Memang benar… diharap ini akan dapat meningkatkan imej Tingkatan 6 itu sendiri.
dah lama perkara ni dibincangkan..harap2 menjadi kenyataan..lagipun ada beberepa sek kat melaka dah jadi model perintis..
sy pelajr t.g 6 bwh thn ni.sy ada komen seblm ini..
agak terkilan kerana pemberitahuan mengenai biasiswa belum sy ketahui.
pelajar yg memohon yayasan phg sudah diketahui.kbnyakan mrka telah menerima yayasan phg ketika di sekolah menengah.sy pula memohon bkpu ekoran ketika di sekolah menengah sy menerima biasiswa bkp.
sy meilih t.6 kerena ianya menjimatkan kos n dan masa sy dan tidak perlu berhutang sperti dengan ptptn..
dengan dadanya biasiswa sedikit sebanyk membantu sy dlm perbelanjaan kerana buku2 t.6 agk mahal kerana 2 kakak sy sblm ini tidak mengikuti t.6.sy memohon ketika sy di dlm aliran sns (bio+che) di smk seri rompin.ekoran bertukar aliran kepada kemanusiaan (sej+pp) sy berpindah sek ke smk rompin.
guru dr seklama sy ada mengatakan majoriti pljr akan mendpt biasiswa kerana ia jnji utk pljr t.6..tetapi masih belum ada khabar kerana beliau ada menyatakan jika ada nama awk,sy akn hntr ke smk rompin.sek yg berhampiran iaitu smk tanjung gemuk kesemua pljr t.6 nya memperolehi biasiswa ini kerana sy mempunyai rakan di sekolah tersebut.sy agk terkilan kerana taraf sek itu sme dgn smk rompin skrg di mana hnya menawrkan aliran kemanusiaan.
kini sy akan memasuki t.6 atas.
rakan2 sy juga berharap alan biasiswa tersebut kerana kami bkn dr keluarga yg senang.agak sederhana..
Acid,
Memang benar.
Ide,
Sememangnya biasiswa dapat meransang kesungguhan kita belajar kerana dengannya kita akan dapat memiliki buku serta bahan yang dapat membantu proses pembelajaran kita.
Diharap anda akan terus berhubung dengan guru-guru di sekolah supaya peluang mendapat bantuan kewangan tidak terlepas. Di samping itu cuba tinjau peluang lain yang ada. Walaupun begitu diharap kekangan kewangan ini tidak melunturkan usaha anda untuk cemerlang dalam STPM.
tak mahu lah… saya nak kelas ting. enam sekali ngan sekolah menengah biasa… saya suke cam tu… nanti kalau dah asing kang dah tak pakai uniform sekolah dah… TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.
assalamualaikum…
mcm sy ni boleh tak sekiranya saya mohon untuk masuk tingkatan 6 atas terus tahun 2010..
sy lepasan spm 2008..namun disebabkan beberapa masalah…sy tidak mendaftar ke tingkatan 6 bawah walaupun sy mendapat tawaran ke tingkatan 6 dalam jurusan kemanusiaan..
harap dapat membantu….
ini di tujukan khas untuk “pu3”,ko cakap gan bdk2 f4&f5 tu,klu beranai,cuba ar amik stpm….aku nak dengar boleh x die dapat PGNK 4.00@semua A….n one more thing,ko cakap gan die,die ingat klu dapat 9A atau 10A pn belum tentu boleh faham subjek f6….klu x dapat stright A’s,jangan cakap besar arrr….aku bercakap berdasarkan pengalaman aku cz ade mamber sklh aku(budak melayu) masa spm dapat 11A1 tapi bila stpm,PGNK die cume dapat 2.90 je….itu menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang masa SPM pn belum tentu blh faham subjek STPM…..
em…msti sronok d’asingkan sklh…bru rse mcm pra-u
assalamualaikum….
saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada teman-teman….saya merupakan bekas pelajar tingkatan 6 (2009) yang masih menunggu keputusan pada tahun 2010….pada mulanya saya amat tertekan apabila mendapat tawaran ke tingkatan 6..maklum lar ramai kawan-kawan yang dapat menyambung pengajian mereka ke universiti….bukan saya tidak mendapat tawaran tersebut tetapi saya dapat cos yang bukan saya minati….akhirnya,saya mengambil keputusan untuk meneruskan ke tingkatan 6….
saya
assalamualaikum….
assalamualaikum….
kenapa pelajar2 tingkatan 6 msh dipinggirkan oleh pelajar2 lain seperti tingkatan 3,4 dan 5…????mereka sering memandang rendah terhadap pelajar tingkatan 6…..
salahkn pd hakikatnya tingkatan 6 sudah mula menjejak sebelah kaki ke universiti……mungkinkah disebabkan pelajar2 tingkatan 6 ini yang masih beruniform sekolah dan masih terikat dengan peraturan sekolah menyebabkan segelintir pelajar2 lain memandang rendah.?????pelajar junior patut diberi pendedahan mengenai hala tuju tingkatan 6…..
[…] This post was mentioned on Twitter by Tengku Izyan Diyana. Tengku Izyan Diyana said: RT @eputra Tingkatan Enam Dijenama Semula | ePutra http://bit.ly/3KigWE […]
sy juga pljar f6..pd sy tgpan msyrakat kpd pljr f6 sbtlnye sgt slh.sblm msk f6 rmai jiran2 sy mgta yg bkn2 pasal f6.mka kta f6 ni xmjmin msa dpn.mka slhkn parent sy sb x hntr sy g matrix ataupun ambil diploma.tp yg sbnrnye f6 adalah plhan sya.knpa msyrkat luar nk pndg rndar kat pljr f6?sthu sy,kptsan 4A f6 jauh mbggkan dr kptsan 10A ke atas msa f5..
klu d skh sy, kmi dbri pakain seragam warna biru bg mbnzakn student f6 n stdnt f1-f5..jd kmi nampak da perbzaan ckt dr da org.knpa hnya kta yg pnh msk f6 ni je yg thu btpa brnilainye sijil penuh STPM 2???sy rasa msyrkat plu elert pasal smu 2..jgn ska hti je nk pndg rndh kat stdnt f6
apa salahnya pakai uniform sekolah?? sy dak upper 6. baju sekolah sama mcm dak form 1-5. Baju kurung putih dgn kain biru. tudung putih dgn lencana dgn nama dijahit. cuma bezanya kelas dan pembelajaran sy sebagai pelajar PRA-U. baju sekolah sy pakai isnin hingga jumaat (kadang2 sabtu) dari pukul 6 pagi – 9 malam sebab lps sekolah tumpang rumah kawan sebab parent sy dgn member sy tu g keje. siang rumah dia & sy kosong. dlm kul 8 baru parent amik bwk blk rumah. sampai rumah perut dh lapar. lps makan relax tgk tv dulu dengan baju sekolah. kadang2 dengan x salin baju sekolah lg tp leka buat keje sekolah smpi kul 10-11 malam sebab bila dh mandi tau nk tido je. dh malas nk study. jd baik settle keje sekolah dulu sbl mandi. lg pon mmg kita pakai baju sekolah tu utk menuntut ilmu walaupon waktu mlm :-P. kesimpulannye, tak salah pakai baju sekolah walaupon kita berada di form 6. sy berasa selesa pakai baju tu sampai kadang2 tertido dengan baju sekolah bila ‘terbabas’ buat keja sekolah smpi 12 malam (pakai baju sekolah 24jam !!). jadi jangan sebab baju sekolah kita tinggalkan atau tak masuk form 6. kalau nk keluar atau tak nk masuk form 6 pon biarlah dengan alasan lain.
lerh, sekolah aku pulak, lelaki pakai slack, pompuan pakai skirt dan kain hitam, lagi mencerminkan pelajar pra universiti.
askum..sy dapat tawaran form6.tapi,kt sek lama iaitu smka limauan.sy nak tukar p smk beaufort.tapi,camna ek? jurusan pa yang patut sy ambik? kalo kat smka limauan,jurusan agama but if sy tukar p smk beaufort,jurusan pa patut sy ambik? tolong sy..sy xtau pa2 pasal form6 ni..
ASSALAMUALAIKUM KALAU SAYA DAPAT DUA D DALAM SPM DAN D TERSEBUT MERUPAKAN KIMIA DAN MATEMATIK TMBAHAN, ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MASUK ALIRAN SAINS TINGKATAN 6? SAYA BERHARAP SANGAT UNTUK MEMASUKI ALIRAN SAINS TINGKATAN 6……
ade harapan lagi…