Kertas ujian mata pelajaran Matematik dengan kod Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT) dan mata pelajaran Bahasa Tamil dengan kod Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor.
Sebelum ini kertas ujian mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris telah disahkan bocor.
Ujian Matematik & Bahasa Tamil Dibatalkan
Oleh itu kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 lalu adalah DIBATALKAN.
Tarikh Baharu Ujian Matematik & Bahasa Tamil
Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan ulangan peperiksaan UPSR mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil ini boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 Lembaga Peperiksaan di talian 03-88893601/ 88893551/ 88893809/ 88893520/ 88893030.
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan maklumat palsu sila layari laman web Lembaga Peperiksaan atau FB Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
aduh kenapa bocor..tp x pe la alhamdulillah kena buat yg terbaik ni…