UPSR 2017

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017 berlangsung pada 11 September sehingga 14 September dan 18 September 2017. Pada minggu pertama akan dijalankan peperiksaan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Manakala pada minggu kedua akan dijalankan peperiksaan untuk mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

UPSR 2017

Seramai 443,794 orang calon mendaftar untuk mengambil peperiksaan UPSR 2017, 433,536 calon sekolah kerajaan dan 10,258 calon sekolah swasta. Mereka akan menduduki peperiksaan ini di 8,085 pusat di seluruh negara dengan diselia oleh 51,363 petugas yang telah dilantik bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Semoga semua calon peperiksaan UPSR 2017 akan tenang menjawab semua soalan dan berjaya dengan cemerlang.

Sementara itu peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menyusul tidak berapa lama lagi. PT3 akan bermula pada 9 Oktober, SPM pula pada 6 November, STPM (P3) pada 6 November. STPM (P1) pada 15 November dan STAM pada 23 Oktober 2017.

One thought on “UPSR 2017

  1. WELCOME BACK… LAMA BETUL MENYEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>