21 Comments

alincuppy Said,
January 4th, 2010 @8:19 am  

saya perlukan bantuan. saya bercadang untuk menyambungkan pelajaran di dalam bidang perubatan. malangnya, result spm saya untuk subjek2 sains hanya kredit. jadi, saya bercadang untuk membuat semula SPM (SPMU) untuk subjek2 sains ini. tapi, saya dapati bhw SPMU hanya menawarkan subjek BM dan Matematik. Boleh saya tambah subjek lain?

thilagamalar Said,
January 23rd, 2010 @9:06 pm  

saya ingin mengambil ujian ulangan spm bahasa melayu pada tahun ini bagaimana saya boleh mendaftarkan untuk menduduki ujian tersebut.

nilam Said,
January 24th, 2010 @12:01 pm  

Alincuppy,
Tidak boleh kerana peperiksaan SPMU hanya menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Jika anda ingin mengambil matapelajaran lain anda perlu mengulang semula SPM.
Jika anda tidak mahu mengulang anda boleh cuba memohon ke beberapa universiti luar negara (Mesir atau Indonesia) pada mulanya dengan perbelanjaan sendiri. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang di sana baru boleh memohon biasiswa.

Thilagamalar,
Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dan biasanya pendaftaran boleh dibuat dalam bulan Februari. Sila rujuk laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

kakak calon Said,
January 26th, 2010 @9:11 pm  

Adik saya tidak dapat menduduki SPM pada tahun 2009 atas masalah kesihatan. Kami bercadang untuk mendaftarkan dia pada tahun ini sebagai calon persendirian, tetapi tidak tahu prosedurnya. Bila sepatutnya dia mendaftar namanya? Adakah subjek sains dia perlu ada fail PEKA?
Terima kasih.

tt Said,
February 7th, 2010 @12:10 am  

saya berumur 30thn,berskolah sampai tktan 4 saja d sebabkan saya tlh berkwin.dan kini saya teringin nak ambil spm,bagaimana caranya ?

DINESH Said,
February 19th, 2010 @1:26 pm  

Saya ingin menduduki untuk peperiksaan spm pada thn ini.saya telah berhubungi kementerian pelajaraan di putrajaya berkenaan ini.Saya tidak dapat menduduki peperiksaan pmr kerana masalah keluarga pada masa itu.Kemudian sahaja saya mendapat tahu saya boleh menduduki untuk peperiksaan spm tahun ini.Tetapi saya tidak tahu bilakah tarikh pendaftaran untuk SPM. Kini umur saya 28.

Boleh saya mendapat informasi mengenai tarikh pendaftaran?

norsha Said,
February 19th, 2010 @11:58 pm  

saya ingin menduduki peperiksaan SPM ulangan . kerana keputusan SPM 2007 kurang memuaskan dan tidak melayakkan saya untuk menyambung pelajaran saya ,,dan saya ingin memdaftar untuk peperiksaan SPM ulangan untuk beberapa subjek dan tidak tahu dimanakah patut saya mendaftarkan diri? dan Bilakah untuk tahun 2010 ini ? Bolehkah berikan penjelasan yang lebih terperinci kepada saya ??

amin Said,
February 21st, 2010 @7:44 am  

salam….saya ingin mengambil SPM tahun ini bg calon persendirian.bagaimana,bila dan dimanakah saya perlu berdaftar??tq

nilam Said,
February 21st, 2010 @10:42 am  

Kakak Calon, TT, Dinesh dan Amin,
Biasanya pendaftaran untuk calon persendirian dibuka dalam bulan Februari dan ditutup pada bulan Mac. Pendaftaran biasanya boleh dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri. Pelajar persendirian juga kalau tidak silap saya perlu juga mempunyai fail PEKA yang boleh dibuat dengan sekolah2 tertentu.
Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3787 / 3785 atau kunjungi laman web LPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Norsha,
Peperiksaan SPMU biasanya dibuka untuk pendaftaran sama dengan SPM. Pendaftaran pun boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran. Bagi SPMU hanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik yang ditawarkan.
Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3787 / 3785 atau kunjungi laman web LPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

minah kg Said,
February 26th, 2010 @11:30 am  

nie nak tanya…bole tak ambi stpm persendirian?
cmna cranya ek…
ble tak bgtau mklumat ngan detail,
lau ble hrga stiap mtapljran….

minah kg Said,
February 26th, 2010 @11:32 am  

bleh tak saya amik stpm persendirian? cmna ek…

nilam Said,
February 28th, 2010 @7:54 am  

Minah Kg,
Memang boleh, pendaftaran bagi calon persendirian telah dibuka mulai 11 Januari 2010 dan ditutup pada 1 April 2010. Bayaran peperiksaan yang dikenakan adalah RM55.00 untuk bayaran asas dan RM35.00 untuk satu mata pelajaran. Borang permohonan dan pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pelajaran Daerah di mana anda ingin mengambil peperiksaan. Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

hayie09 Said,
March 6th, 2010 @4:39 am  

salam,saya pelajar perubatan tahun satu di mesir,masalah yang saya hadapi ialah keputusan spm 2008,kertas BI tidak melepasi target kementerian pendidikan tinggi malaysia sekurang-kurangnya B3.saya datang menyambung ijazah perubatan di mesir ini dengan syarat yang ditetapkan,B4 dalam 5 subjek sains dan matematik..dan kredit,tetapi saya dapat tahu,bahawa kementerian pelajaran tinggi hanya membenarkan pelajar yang mendapat sekurang2nya B3 dalam subjek BI..adakah saya perlu mengambil SPMU atau tidak?sekiranya saya di minta untuk mengambil SPMU,tetapi tarikh peperisaan SPMU bila?dan saya habis Imtihan kemungkinan besar akhir bulan jun?cam mane yer?

nilam Said,
March 8th, 2010 @11:32 pm  

Hayie09,
Salam… Anda perlu mendapatkan kepastian dengan menghubungi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Tapi anda tidak boleh mengambil SPMU kerana SPMU hanya menawarkan matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Untuk matapelajaran lain anda perlu mengambil SPM. Pendaftaran untuk SPM 2010 akan ditutup pada 31 Mac ini, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010.

rozita Said,
March 11th, 2010 @3:29 pm  

salam ,saya nak tanya berapa bayaran yang harus dikenakan jika hendak mengambil spm ulangan?dan juga apa yang harus saya bawa jika hendak mendaftar spmu di jpn?thanks….

aien Said,
March 13th, 2010 @11:30 pm  

saya ada sedikit pertanyaan.saya nak tanya pendapat iaitu yang mana lebih baik di pilih antara mengambil dip.executive dan repeat 1 paper peringkat stpm?sekarang saya sedang bekerja.saya keliru sama ada nak pilih repeat paper Pengajian Am atau pilih dip.executive memandangkan ianya tidak lama.untuk pengatuan,result stpm bagi subjek yg lain ok,just p.a je terkantoi.berbaloi tak kalau saya repeat balik paper p.a atau saya just pilih dip exec untuk golongan pekerja?

aien Said,
March 13th, 2010 @11:33 pm  

kalau saya berminat untuk ulang stpm,dokumen apa yang saya kena bawa semasa nak gi daftar?kalau daftar di pejabat pendidikan daerah pun boleh kan?

asmida fauzi Said,
March 15th, 2010 @4:05 pm  

salam..ssaya ingin repeat spm semula…. how ??

Pingback & Trackback
January 7th, 2010 @6:14 pm  

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.