Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2008

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah sehingga dua belas biasiswa iaitu enam biasiswa untuk peringkat Sarjana dan enam biasiswa untuk peringkat Kedoktoran setiap tahun.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon.

Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan:

  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  2. Prestasi semasa temuduga

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapat tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana / Kedoktoran

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  4. Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Oleh itu permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong, syarat-syarat permohonan, panduan permohonan dan borang boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my.

Tarikh tutup permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2008 adalah pada 6 Ogos 2008.

Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga pada 13 Ogos 2008 melalui laman web JPA. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.

Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendekkan.

Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853419 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mail di alamat ldp@jpa.gov.my.

TERKINI
Keputusan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2008/2009 telah boleh mula disemak sekarang di laman web eSILA.

Reblog this post [with Zemanta]

2 thoughts on “Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2008

  1. […] we also have the Agong’s Scholarship for a dozen […]

  2. veronica jussine says:

    Im masterskill university collage student, im student in diploma pharmacy. So i want to know how to apply this scolarship and what the qualification to apply this scolarship.