Program Asasi UIAM diadakan untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini adalah menepati
aspirasi falsafah, visi dan nilai universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, islamisasi, pendedahan antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh atau ringkasnya triple ICE atau III CE yang bermaksud integration, islamization, internationalization dan comprehensive excellence.
Dalam perlaksanaannya, UIAM menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.
Struktur Kursus
Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada:
- Kursus Wajib Universiti
Mengandungi kursus-kursus dalam bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pengajian Islam. - Kursus Wajib Fakulti (Kulliyyah)
Mengandungi kursus yang ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah. - Kursus Umum
Mengandungi kursus komputer bertujuan untuk memberikan pendedahan dalam pengedalian dn penggunaan komputer.
Sistem Semestar
Program Asasi UIAM menggunakan sistem dua semestar biasa dan satu semestar pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semestar yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut:
Semestar Biasa
| Kuliah | 7 minggu |
| Cuti Pertengahan Semestar | 1 minggu |
| Kuliah | 7 minggu |
| Ulangkaji | 3 hari |
| Peperiksaan | 11 hari |
| Cuti Antara Semestar | 3 minggu |
Semestar Pendek
| Kuliah | 7 minggu |
| Ulangkaji | 1 hari |
| Peperiksaan | 5 hari |
| Cuti | 3 minggu |
Dalam Semestar Pendek, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu atau dua mata pelajaran dan ini boleh membantu mereka menamatkan pengajian lebih awal.
Program Asasi
Program Asasi UIAM terbuka kepada mereka yang daripada Aliran Sains, Sastera atau Teknikal seperti berikut;
Aliran Sains atau Sastera
- Asasi Undang-undang
- Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
Aliran Sastera Sahaja
- Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
- Asasi Sains Kemanusian
- Asasi Bahasa Arab
- Asasi Bahasa Inggeris
Aliran Sains atau Teknikal
- Asasi Kejuruteraan
- Asasi Sains Fizikal
Aliran Sains Sahaja
- Asasi Perubatan
- Asasi Pergigian
- Asasi Sains Hayat
- Asasi Farmasi
- Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
- Asasi Kejururawatan
Aliran Sains, Sastera atau Teknikal
- Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar
Kemasukan Ke Kulliyah
Program Asasi yang perlu diikuti untuk memasuki Kulliyyah bagi mengambil program Ijazah Pertama adalah seperti berikut;
| Kulliyyah (Fakulti) | Program Asasi |
| Kulliyyah Undang-Undang | Asasi Undang-Undang |
| Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan | Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan |
| Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam, dan Sains Kemanusian | Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam Asasi Sains Kemanusian Asasi Bahasa Arab Asasi Bahasa Inggeris |
| Institut Pendidikan | Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam Asasi Bahasa Arab Asasi Bahasa Inggeris |
| Kulliyyah Kejuruteraan | Asasi Kejuruteraan |
| Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Asasi Kejuruteraan |
| Kulliyyah Perubatan | Asasi Perubatan |
| Kulliyyah Pergigian | Asasi Pergigian |
| Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar | Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar |
| Kulliyyah Sains | Asasi Sains Hayat Asasi Sains Fizikal |
| Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu | Asasi Sains Kesihatan Bersekutu |
| Kulliyyah Kejururawatan | Asasi Kejururawatan |
| Kulliyyah Farmasi | Asasi Farmasi |
Semua pelajar Program Asasi UIAM mestilah memperolehi keputusan akademik yang cemerlang bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama. Penetapan PNGK (CGPA) adalah ditentukan oleh pihak Kulliyyah yang berkenaan.
Syarat Kemasukan ke Program Asasi
Syarat dan kelayakan untuk setiap Program Asasi adalah berbeza, maklumat mengenainya boleh diperolehi di laman web Program Asasi UIAM atau Syarat Khas Program Pengajian Kemasukan Ke IPTA. Perlu diingatkan bahawa kelayakan yang dinyatakan di situ adalah kelayakan minimum untuk memohon. Mereka yang mempunyai kelayakan lebih baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk terpilih.
Nota
Maklumat di atas dikumpulkan pada 5 Februari 2009. Sila rujuk laman-laman web yang disebut di atas untuk mendapatkan maklumat terkini.
Related posts:







salam..sy nk tnya,klau sy ambil asasi pngjian islam kat KUIN, bleh x sy nk smbung ijazah dekat UIA atau mna2 U lain?..tolong la sapa2 cita kt sy.
mungkin boleh… call uia utk sahkan
salam. saya berminat sangat nak apply program asasi Bhs.Inggeris. masalah nya saya spm holder tahun 2007. adakah saya masih dpt apply?
salam… program asasi ni biasanya dibuka utk pelajar spm thn semasa saja
salam..kalau ambl asasi kat uiam bole x kalau nak further study kat oversea?
jika melalui kerajaan hampir tak ada tapi kalau usaha sendiri mungkin boleh…..
slm , kalau xd amik add mt dlm SPM, rasanya ad peluang tak untk dpt asasi ekonomi n sains p'urusan?lg satu ,berapakah kuota kiraan merit bg student aliran sstra untk masuk asasi? hrp bls..
salam…. boleh, cuba rujuk syaratnya di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua…
salam…..saya sangat berminat untuk masuk program asasi ilmu pengetahuan berteraskan wahyu dan warisan islam….tapi saya di aliran sastera…bolehkah??
salam… boleh… cuba rujuk syaratnya di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua…
salam… boleh… cuba rujuk syaratnya di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua…
salam,,,maaf kalau bertanya,..sy brminat dgn pengajian yg ditawarkn dan memg brhasrat sgt utk mngikuti asasi next year,..memandangkn result trial sy cuma 7A,,sy xyakin,..sy amek subjek physics,,chemist,,,tp xamek bio..sy ada amek subjek lukisan kjuruteraan dan sy dpt A utk subjek lukisan kjuruteraan,..tp pakej nya brserta physics,,it's hard for me to get creadit for physics subject,..mcm mana ni?hakikatnya sy nk jd tcer,,tamat je program asasi,,sy tringin nk pohon ke UPSI,..boleh ke?sy minta maaf atas prtnyaan yg brbagai,,sy masih kabur..
Salam… setahu saya program asasi UIAM ni adalah menyediakan pelajar untuk memasuki program ijazah di UIAM.
Jika Wanie berminat untuk masuk UPSI lebih baik mengikuti program lain seperti matrikulasi @ asasi lain. Cuba rujuk di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua… untuk menyemak syarat kemasukan ke UPSI berdasarkan pengajian yang anda minat
salam . sy tak pandai bhs arab ? asasi seni bina wajib amik bhs arab jgk ke ? klau nk blaja bhasa arab dlm setahun susah tu~~
salam…. kena jugak.. jgn risau, klau xmahir akan msk kelas asas
Assalamu’alaikum’
Bolehkah asasi diUITM diguna pakai untuk memohon memasuki pengajian di UIA ini iaitu Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage in Qur’an and Sunnah Studies dan didapati salah 1 syarat permohonan adalah seperti berikut
TRACK 3
A pass in the relevant Centre for Foundation Studies programme with a minimum CGPA of 2.25.
sekian terima kasih
As salam……
waalaikumsalam..
setahu saya memang boleh tetapi utk kepastian lebih baik call uia sebab kalau tidak boleh rugi buat bayaran permohonan tu
salam ,sy amat bmnat dgn asasi undang2 tp sy ambil sbjek pd,geo,ps leh x?
boleh rujuk syaratnya di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua…
(1) May I know are the degree foundation courses in the International Islamic University open for all races in Malaysia?
(2) If a student is selected, is there any financial aid or scholarship?
(3) What is the name of the foundation course if a student intends to do a degree in Information Technology/Computer Science after the foundation?
Your answers appreciated. Thank you.
1. Bumiputra sahaja
2. Ya ada diberi elaun
3. Asasi Kejuruteraan
salam. sye brminat dgn asasi pergigian. then klaw pointer rndah, bole trus smbung di uiam ke?
salam… jika rendah akan diserapkan ke fakulti yg bersesuaian tetapi tetap di uiam
salam, kalau saya diberi peluang untuk menyertai course medic khas MARA di UIA selama 5 tahun based on result trial saya di mrsm, bolehkah saya masih melanjutkan pelajaran ke luar negara?
UIA takde menawarkan program Diploma / Asasi Al-Quran Sunnah ke??
salam. sy lepasan spm. slame sy kt sek menengah ni sy xambil bhsa arab.
tp sy berminat nk apply UIA sbb sy berminat nk masuk asasi kesihatan bersekutu.
test arab die thp tinggi ke? sbb kbyakan student UIA dr sekolah yg ambil bhsa arab.
kalau sy x lepas ujian arab jd mcm mne ea? kene tmbah setahun ke masa belajar?
Jangan bimbang, mereka yang tidak ada asas bahasa arab masih boleh memohon & mereka akan ditempatkan dalam kelas bahasa arab asas
kalau non muslim boleh mohon x?
salam..
saya nk tanya,sy ada baca kt bhgian atas kat ‘asasi sains sahaja’ ada asasi sains perubatan dan asasi sains hayat..sy nk tau apa beza kedua-dua asasi tu..then, kalau nk jd doktor ambk asasi apa ekk?..dan boleh beritahu sy, jenis2 kerjaya utk kedua2 asasi trsebut..sekian, trima kasih..:)