TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 2 November 2009 yang lalu.
Fasa
Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;
- Fasa 1 : Pendaftaran Pemohonan 2 November 2009 – 31 Disember 2009
- Fasa 2 : Pengesahan Permohonan 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
Iklan
Iklan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2010/2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf akan disiarkan pada 31 Januari 2010.
Nombor Unik ID
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 1 Februari 2010. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 12 Oktober sehingga 13 November 2009, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.
Permohonan
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Kategori
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
- Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2009 sahaja. - Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau 2008. - Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2006 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. - Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan
SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau,
SPM 2007 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009.
Maklumat
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Bagi mengetahui cara pengiraan merit sila lihat di Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009 Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
- Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2010/2011 ini dibuat melalui Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
- Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM akan ditutup pada 30 Mac 2010.
- Bagi mereka di bawah kategori C dan D tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Mac 2010 juga.
Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru
Para pemohon lepasan SPM dan setaraf yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA dijangka akan mendaftar sebagai pelajar baru pada 3 dan 4 Julai 2010.
Related posts:
- Permohonan Kemasukan IPTA 2009 Lepasan SPM
- Permohonan Fasa 2 Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi
- Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011
- Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2009
- Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2009







salam sejahtera,jika terlepas peluang permohonan masuk pd 30Mac2010,macam mana?bilakah buka lagi permohonan masuk ke IPTA.
hello..bla ek dpt taw kputusan snarai yg dpt masuk u??n napa sya xdpt buka laman web upu tu??hehe
owh.. cmue rupenye..
tapi saye nak cetak tak dapat sebab da tutup..
macam ne saye nak cetak n semak saye punye borang?
assalamualaikum…nape lambat sgt nak belajar nie…bile nk masuk u…bulan 7 tu..lame ag..cam nak tau sama ada kita diterima masuk u ke x?
salam…nape lambat sgt nk masuk u?cpt r ckit..nk blajr.
sye dh isi borang upu
tp bile sye nak semak,then msukkan no kp
naik no kp ne xda dlam permohonan
Farahani,
Salam…. Sememang anda wajib mengisi bahagian tersebut. Kalau tak silap saya ada wajib isi sekurang-kurangnya 4 pilihan. Jika tidak diisi ada kemungkinan permohonan anda dianggap tidak lengkap atau mungkin anda akan ditawarkan apa-apa sahaja program pengajian.
Diella dan Lyka Jay Jay,
Salam… Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.
Pieces,
Salam… Anda boleh memohon pengambilan sesi Disember/Januari yang biasanya akan dibuka dalam bulan September. Walaupun begitu perlu diingatkan tidak semua IPTA dan program pengajian akan ditawarkan.
Sasha,
Sila rujuk Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010.
Fikri,
Sekarang memang dah tak boleh print. Lagipun keputusan permohonan akan diumumkan tidak lama lagi.
Nana,
Sekarang ini hanya boleh buat semakan untuk temuduga sahaja. Semakan keputusan permohonan masih belum boleh dibuat.
assalammualaikum…kalau boleh saya nak tau…berapa peratuskah markah merit mempengaruhi kelayakan seseorang untuk masuk ke ipta…kan pengiraannya mengilut result spm dan rate yang telah ditetapkan…if can,berape kelayakan yang minimum or boleh jugak dikatkan berapakah markah merit minimum yang diperlukan untuk masok ke ipta??how much it effect our chance to ipta??Thank you..ASAP…
adakah markah koko sgt penting untk kemasukan IPTA?Kalau markah koko rendah tapi dapat12A+,adakah permohonan juga dibatalkan?
salam…saya baru call upu…keputusan ke asasi akan keluar esok 1 mei 2010, pukul 12 tengahari…sila rujuk web upu…semoga semua berjaya…
t0 soyabean…
krenyer es0q rzult yg asasi je lar..diploma xder?
salam..sy nk tye..hri 2 sy trslah isi bhgian k0k0 tuk upu,sy dpt A,tp sy trtggl bhgian mrkh b0nus,n mse 2 sy prsan slpas kmskni sy abez krne asyk mnukr c0s yg d mnx..jd,sy nk tye adkh prm0h0nn sy akn dt0lk??
saya pelajar lepasan institut pertanian tahun 2008/2010. di sini saya hendak tahu kenapa permohonan saya myambung pelajaran ke ipta ditolak. untuk makluman pihak tuan saya mengambil spm pada tahun 2007. adakah saya masih berpeluang menyambung pelajaran le ipta atau tidak
tumpang tnye,website nk buat rayuan ape yek?saye dpt msok uitm,,tp sye dpt kos bisnes,,sye nk tesl,so,cmne tu?bisnes kos was my third choice,,,i got a for my bi,but,,,asasi tesl sye xdpt,,,diploma tesl pn xdpt,,help me!
salam,saya just nak minx pendapat kerana saya tak dapat tawaran matrikulasi dan juga tawaran ke ipta..so apa yang patut saya lakukan?saya dah membuat rayuan untuk matrikulasi(pst) dan ipta..tetapi bgaimana pula dgn program matrikulasi(pdt) itu ye???boleh terangkan apa stage yang sy perlu tggu agar saya dapat msuk mana2 samada ipta ataupun matrikulasi?thanx…
bike result tok profesional coarse kat ipta kua??
alu sume…..
mcm mane nak tahu kod setiap ipta?
cam mana nak tgok kputusan rayuan ipta 2????plss..
ble bley ec borang pnggilan ke2 uitm ea..?
mochi2………..ada x program diploma amilan bln januari???kalau ada,bile bor kluar??
kalo sye dpt keputusan spm yg biasa je cuma 1 A layak ke sye masuk ipta?
Masih boleh tetapi pilihan program pengajian terhad dan peluang tidak sebaik mereka yang mendapat keputusan yang lebih baik.
Walaupun begitu jika anda bijak membuat pilihan kursus dan tempat, peluang memang baik.
emm..cam ne nkm isi borang upu
Bagi lepasan SPM sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012