Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

TERKINI : Semakan Rayuan PILN 2009
Semakan untuk rayuan PILN 2009 boleh dibuat mulai 1 Jun 2009 sehingga 4 Jun 2009 di laman web Semakan Keputusan PILN 2009.

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Luar Negara (PILN) akan boleh mula disemak mulai hari ini, 8 Mei 2009 sehingga 12 Mei 2009.

Semakan Keputusan PILN

Semakan keputusan biasiswa PILN ini boleh dibuat di portal JPA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my/. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan biasiswa PILN ini boleh menghubungi talian 03 8885 3892.

Menurut JPA, seramai 8,363 orang calon telah ditemuduga, daripada 15,084 calon yang memohon biasiswa itu dari 31 Mac sehingga 3 April lepas. Hanya 2,000 orang pelajar yang layak akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang-bidang pengajian yang telah ditetapkan kerajaan.

Berikutan tempat terhad di luar negara terutama dalam bidang kritikal, JPA turut menyediakan 2,000 biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam negara.

Calon-calon yang tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei hingga 15 Mei 2009.

Tempoh Tajaan

Mereka yang berjaya menerima tawaran Biasiswa Persekutuan JPA akan mendapat tajaan bermula dari peringkat persediaan sehingga tamat pengajian di peringkat Ijazah Pertama jika mematuhi segala syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Syarat Penajaan / Perjanjian.

Surat Tawaran

Surat tawaran penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan dihantar mulai 16 Mei 2009 melalui pos laju kepada calon-calon yang berjaya secara berperingkat selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu sebelum tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan.

Surat tawaran tersebut ada menyatakan negara pengajian dan tarikh pendaftaran di pusat persediaan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) akan dinyatakan IPTS yang ditawarkan dan tarikh pendaftaran bagi program persediaan.

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan bagi calon-calon yang telah menerima tawaran biasiswa adalah seperti berikut:-

  1. Program Ijazah Luar Negara (PILN) : 23 Jun 2009 hingga 14 Julai 2009
  2. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) :
    • Asasi di IPTA – 23 Mei 2009 dan 28 Jun 2009
    • IPTS – 30 Mei 2009 hingga 10 Ogos 2009

Taklimat mengenai penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan diadakan selepas calon-calon mendaftar di pusat-pusat persediaan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
148 Comments Post a Comment
  1. pika says:

    saya telah dapat jpa piln tapi negara tak di beritahu. saya akan di hantar ke imu di KL selepas kursus persediaan.ADAKAH MAKSUDNYA SAYA TAK DAPAT JPA LUAR NEGARA? dan apakah maksud farmasi berkembar? harap jawab.

  2. Anip says:

    ade sape2 yg dh dpt surat jpa ipts????

  3. liz bubu says:

    entah….oo,mostly of u all gt letter ad…i hvnt receive…i gt medic ipts!!any1 same as me jz share wf me,let me know there is sum1same as me lo…then can lessen my anxious…thkx=)

  4. liz bubu says:

    FAMILY LAW…want to ask u,wat type of course u take?wat i gt jz ipts in local here,n u??sum said wat i gt is twinning programmes,but i thk its jz local ipts…so jz ask u,izzit wat u take is oversea programe??thkx4sharing ahh….

  5. pa10 says:

    salam….
    sume y dpt ipts x dpt srat ag ek??..
    to liz bubu…
    i got medic ipts too..
    tp srat x smpi2…huhu

  6. family law says:

    ya..btul..saya amek course law n dpt buat kat uk..ape yg awk dpt tu mungkin gak twinning programmes sbb kan jpa slalunya bgi ipts overseas yang ade branches di malaysia..e.g..taylors college..k..thank for asking..

  7. nilam says:

    Pika,
    Saya sendiri kurang arif berkenaan perkara ini, anda perlu berhubung dengan JPA untuk kepastian. Ada kemungkinan ada mendapat tawaran ke IPTS dalam negara.

    Secara amnya program berkembar ini adalah program pengajian yang dijalankan oleh sesuatu institusi dengan kebenaran dan kerjasama universiti berkenaan. Sebagai contoh Kolej IKIP ada menawarkan Diploma Perakaunan program usahasama dengan UiTM, oleh itu pelajar yang tamat belajar di Kolej IKIP Diploma Perakaunan akan mendapat sijil Diploma Perakaunan daripada UiTM.

  8. liz bubu says:

    to pa10…hey,we mayb cantbe studymates later…haha,if fate allows…hehe,anyway,jz share wf me when u gt letter!!=)

  9. liz bubu says:

    woo!!!share wf u all…i hv a friend,applying4social science…b4 he fail to gt it…then he did rayuan,then nw he successfully gt it!!!is an overseas course,even!!!wow….better then me…in short,means b4 he fail to gt it,but he successfully gt rayuan n…go overseas…yooo,so admire him,lol….

  10. nilam says:

    Liz Bubu,
    Itulah rezeki namanya. Apa yang penting tidak berputus asa dan terus berusaha.

  11. ichigo melaka says:

    hai, saya gak dpt ipts,
    utk medic tpi msih x dpt surat lgi,
    bile le gaknya surat tu nk smpai…

  12. nilam says:

    Ichigo Melaka,
    Bergantung kepada IPTS mana, yang terakhir akan diterima ialah pada penghujung bulan Julai.

  13. sky says:

    Saya pelajar lepasan matrikulasi 2008/2009..
    Soalan saya,adakah pihak JPA menawarkan biasiswa ke luar negara bagi lepasan Matrikulasi?

  14. nilam says:

    Sky,
    Saya difahamkan pihak MARA/JPA ada menghubungi terus pelajar Matrikulasi tertentu yang cemerlang untuk ditawarkan biasiswa ke luar negara.

  15. family law says:

    Salam,
    Nilam sya nak tanya la..sya dapat piln course law pastu wat a-level kat help kolej.
    Tapi sya konpius la sbb nanti kat help kolej subjek ape yang sya kna blajar..sbb dlm student handbook kata kalu amek law mesti amek subjek law and any other subject..pastu kenapa plak ada combination of 3-4 subject..adakah maksudnya saya boleh amek 3 suject saja..tolong r sya..k..tq.

  16. zenvo says:

    huh! lastly i found the site that may answered my question whirled so long in my mind….sooo blessing
    NILAM,i got lcally(IPTS) jpa sponsorship in mdic cos,tp surat still doesn spring up in my letter box,fo ur info,i’ve sent the emails million timez n unfrtunately my mcg are undeliverable cos jpa’s mail inbox are full n couldnt receive any mcg…can u clarify?? anyone here got the same poblem,hope im not the only one here..lol

  17. zenvo says:

    hope to hear from u sooner NILAM,hopefully..huhu

  18. james says:

    hi saya dapat piln ke luar negara under rayuan ..tapi saya ingin tahu bila surat tawaran akan hantar ke rumah kami??

  19. nano says:

    Jpa kate akan hantarv surat untuk intake june first and for intake july surat akan dhantar maybe akhir june or awal july.And 4 sesiapa yang still tak dapat info dapat mana can check kat talian jpa. Just cakap nak check PILN .

  20. nano says:

    I’m also waiting for the letter.

  21. zenvo says:

    nano,u also still waitim for da letter? wat course u got?thought only me doesnt get the letter,huhu….jz be waiting

  22. zenvo says:

    james,u r damn lucky person in the world,u should be blessed with it..cngrats!!

  23. james says:

    to zenvo:thankz…
    yea i will not let those tax payers down..
    i am veri frust shud i continue going F6 or just wait at home…

  24. nilam says:

    Family Law,
    Untuk A-Level anda cuma perlu ambil 3 atau maksimum 4 mata pelajaran sahaja. Kombinasi mata pelajaran bergantung kepada ijazah yang anda akan ambil dan apa yang ditawarkan di Kolej HELP.

    Zenvo dan James,
    Surat tawaran patut diterima selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke pusat persediaan. Tarikh akhir pendaftaran bagi program luar negara adalah 14 Julai, program dalam negara di IPTA 28 Jun dan di IPTS 10 Ogos.
    Seperti komen Nano, surat tawaran akan dihantar berperingkat-peringkat bermula dengan mereka yang perlu mendaftar pada bulan Jun.
    Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi JPA di talian 03 8885 3892.

    Nano,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat di sini.

  25. nano says:

    zenvo, same cos with u.medic

  26. zenvo says:

    trima kasih NILAM,u’d done me a favour..

  27. james says:

    thankzz.. for the info

  28. nilam says:

    Zenvo dan James,
    Sama-sama

  29. nur says:

    nano..,
    u dpat ipts kn?
    dh tau ke dpt ipts mane?

  30. zenvo says:

    to nano;bleh bgtau sy kalau2 u’d got the letter(if only u will) through mail\ym??here my address,-ahmadafiq32@yahoo.com

  31. Aina says:

    salam…
    nilam,sy student IPTA yg bakal masuk thun 2 Julai ni..
    blh x sy apply biasiswa JPA untuk tahun 2 di IPTA?
    kalo blh bile sye blh apply n website ape sy kene g utk apply online?

  32. nureiyla_heartbroken says:

    x de kew y amik engineerg???
    cam sowg2 jew…
    ade x y apply engineerg da dpt surt….
    local eh…
    ipts…

  33. nilam says:

    Aina,
    Salam… Boleh dan permohonan dijangka akan dibuka pada penghujung bulan ini. Sila rujuk maklumat mengenainya di Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 (ini untuk tahun 2008, untuk tahun 2009 belum keluar lagi).

  34. nano says:

    nur,
    dah . dapat cyberjaya university (cucms).

  35. nur says:

    nano:
    owh jpa pn ade anta kt cucms ek..
    tp surat x dpt lg kn
    kalo dh dpat,bgtaw eik

  36. zenvo says:

    nano: dh dpt srat ke blum??? how come u know u got cucms??? did jpa told u???

  37. family law says:

    thanks r nilam..

  38. nano says:

    nur,
    I have got the letter last friday..
    zenvo,
    act, dah tahu before dapat letter lagi… cause boleh check kat talian jpa..just try to call them and give your i/c number..
    try jer banyak2 kali cause sometimes line busy..

  39. nilam says:

    Family law,
    Your welcome…

  40. wawa says:

    ade x sape2 dpat monash university?cos biotech..
    sape2 yg dpt pls email me,
    wanee_kimmy13@yahoo.com
    tq.

  41. green says:

    ada x siapa2 yg dpt law kat taylor subang?

  42. family law says:

    ayoo green apasal lak dpat law tapi kat taylor subang..sya dpat law gak tp kat kolej help..ada sapa-sapa yang sama reply r..

  43. green says:

    family law dh mdftr x?

  44. family law says:

    blum g, 6hb ni bru masuk.

  45. ajid says:

    sape lg dpat curtin university of technology, sarawak campus??

  46. Hana says:

    berapakah yuran pengajian ke universiti di indonesia jika saya mengambil bidang pergigian atau kedoktoran?

  47. sha says:

    saya ingin tahu..saya pelajar lepasan spm 2008. bolehkah saya memohon piln2010? atau ada twrn lain yang boleh saya mohon? terima kasih..

  48. kpt99 says:

    Since most you have so many doubts about these two scholarships, why not consult JPA for further details.That will make you have a picture of piln and pidn

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.