Panduan Tentang Tingkatan Enam

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM

  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan

  1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek

Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.

Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 – 3.00 = 0.75 jauh tuu…

Nota : Menurut Ida, walaupun ambil 5 mata pelajaran hanya 4 mata pelajaran terbaik sahaja yang diambil kira untuk CGPA.

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…

Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.

Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.

Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.

Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.

Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.

Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.

Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.

Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,

Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Artikel di atas sebenarnya adalah komen yang ditulis oleh saudara Faizi pada 13, 17 dan 18 September 2008 di penulisan tentang Tingkatan Enam Sesi 2008 di ePutra.com. Komen beliau dipaparkan di sini sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Tingkatan Enam.

ePutra amat mengalu-alukan sumbangan cerita, pengalaman, maklumat, artikel dan sebagainya untuk disiarkan di sini. Sila hantar penulisan anda melalui borang ini.

Related posts:

  1. Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2009
  2. Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2009
  3. Tingkatan Enam Dijenama Semula
  4. Analisa Keputusan Peperiksaan STPM 2008
  5. Tingkatan 6 Kemanusiaan Kombinasi Geografi Dan Sejarah

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 483 articles by

484 Comments

  1. azmil says:

    jika saya tidak mendapat kepujian dalam matapelajaran math di peringkat spm, adakah saya berpeluang ke upsi mengambil bidang pendidikan sekiranya di peringkat stpm saya mengambil geografi ,sastera dan bm???

  2. amadi says:

    saya nak tanya ada peluang lagi tak kalau masuk tingkatan 6 jika sedang menunggu rayuan upu?/?

  3. noor nafizah says:

    Fiza_94

    salam…. erm… sya pn berminat nak ke form 6… mnat jugak.. lpas spm.. mang ada rancangan nk ke sana,, tapi.. soklan sye ni,… apa jurusan yg ada ek….

  4. unnie'y says:

    salam……
    hai…saya nak tnya …sya amik pom six….geografi ,ekonomi ,pengajian perniagaan ,muet dan pengajian am….. saya minat nak kaji2 bumi…hehehe…tapi sya tkot nak ambil sains kat pom six nie…lau nak kaji bumi kene amek sains 2 ka????? ….tap sya amik geo….btul ka pilihan sya 2????? n then ad kah menjadi PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH juga berkaitan dengan subjek yg saya ambil nie???? …
    hehehe…..nak pendapat….

  5. hanim says:

    f6 perlukan ksabaran :)

  6. hanim says:

    asalamulaikum…sy nk tanya pendapat juga..ape pekerjaan yang boleh sy minta slpas sy ambil mata pelajaran pengajian am,muet,pengajian perniagaan,ekonomi dan bhsa mlyu di tingkatan 6 kelak ??

  7. muhamad faris says:

    Assalammualaikum, saya faris. saya ingin mengatahui apa matapelajaran yg perlu saya ambil di tingkatan enam jika saya ingn mengambil jurusan PENGURUSAN MAKLUMAT di universiti nanti.

  8. suzie,,,, says:

    sy student form6 d sabah.kawasan pendalaman jauh sgt..sy hepy msuk f6 sbb minat dgn sub-sub suma 2..pgjian am,sjrh,sastera,bm…trial exam bru jak lepas,sy dpt kptsan sgt baik..tp xtaw nti kptsn stpm sbnar sama spt yg sy bayangkann..spt skrg..sy maw amik law course,korg bg pndpt laa..sy bgung n takut xdpt fulfil impian..help me…

    • Samad says:

      jangan bimbang… apa yang yang penting teruskan kesungguhan dan usaha itu supaya cemerlang juga di peperiksaan sebenar nanti

  9. Titie says:

    Sya nk tnya ni..

    utk masuk tingkatan 6, gred BI dlm SPM msti dpt apa ar?

    sya lemah dlm sbjek BI.. ssh utk sya memahami dgn baik dlm sbjek ni

    hrp anda dpt tlg sya :)

  10. Titie says:

    saya Titie dari sabah

    sya nk tnya.. utk jdi guru sekolah menengah ..

    perlu ambil sbjek apa dlm STPM?

  11. shuhada says:

    salam…nk tnye…sye nie bakal menduduki spm…so sye ade merancang nk masuk form6…even x xhu lgi spm dapat bpe…..erm…bile bce pnduan ttg stpm nie…rse tk0t tuk ms0k form6 ade gak….tpi bangga pon ade…..sye cme risau klw saye mas0k form6..tk0t x lulus bab..sye nie x lah pndai sgt…..so ape pe pon..hope sye bjye msok form6..

  12. syahida says:

    salam ..

    Saya sedang menghadapi SPM dan saya tidak isi mana-mana borang untuk Matrikulasi dan UPU sebab saya tahu saya tak layak . Then , dari dulu lagi saya bercadang nak masuk Form 6 . Tapi , ada orang cakap yang kalau nak masuk U nanti , diorang tetap nak tengok keputusan SPM . Betulke? Macam mana kalau results SPM saya teruk ?

    Saya pelajar Sains Perakaunan . Kalau masuk Form 6 nanti saya tak ambil Akaun (sebab disekolah saya tiada course Akaun untuk STPM), tapi bila nak masuk U nanti saya nak mohon sambung perakaunan , boleh ke ? Saya tak paham .

    harap boleh beri penjelasa , terima kasih ..

    • Samad says:

      Salam…

      Sebagai pemulaan cuba semak syarat kelayakan memohon untuk setiap universiti bagi program pengajian perakaunan di https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epandua…

      Sebagai contoh, ini adalah syarat untuk lepasan STPM;

      Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

      DAN

      Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Perakaunan / Ekonomi; dan mana-mana satu (1) mata pelajaran lain tidak termasuk Pengajian Am.

      DAN

      Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred 5C) pada peringkat SPM/Setaraf dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan /Matematik Kertas Julai

      DAN

      Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

      Oleh itu memang benar keputusan SPM tetap penting dalam permohonan ke IPTA. Selain STPM, Syahida boleh mengambil Diploma Perakaunan sebelum sambung membuat ijazah dan jika keputusan kurang memuaskan boleh ambil Pra Diploma dahulu.

      Permohonan ke Matrikulasi & UPU masih dibuka lagi

1 3 4 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives