Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

TERKINI : Semakan Rayuan PILN 2009
Semakan untuk rayuan PILN 2009 boleh dibuat mulai 1 Jun 2009 sehingga 4 Jun 2009 di laman web Semakan Keputusan PILN 2009.

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Luar Negara (PILN) akan boleh mula disemak mulai hari ini, 8 Mei 2009 sehingga 12 Mei 2009.

Semakan Keputusan PILN

Semakan keputusan biasiswa PILN ini boleh dibuat di portal JPA iaitu http://esilav2.jpa.gov.my/. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan biasiswa PILN ini boleh menghubungi talian 03 8885 3892.

Menurut JPA, seramai 8,363 orang calon telah ditemuduga, daripada 15,084 calon yang memohon biasiswa itu dari 31 Mac sehingga 3 April lepas. Hanya 2,000 orang pelajar yang layak akan ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang-bidang pengajian yang telah ditetapkan kerajaan.

Berikutan tempat terhad di luar negara terutama dalam bidang kritikal, JPA turut menyediakan 2,000 biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam negara.

Calon-calon yang tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian mulai 8 Mei hingga 15 Mei 2009.

Tempoh Tajaan

Mereka yang berjaya menerima tawaran Biasiswa Persekutuan JPA akan mendapat tajaan bermula dari peringkat persediaan sehingga tamat pengajian di peringkat Ijazah Pertama jika mematuhi segala syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Syarat Penajaan / Perjanjian.

Surat Tawaran

Surat tawaran penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan dihantar mulai 16 Mei 2009 melalui pos laju kepada calon-calon yang berjaya secara berperingkat selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu sebelum tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan.

Surat tawaran tersebut ada menyatakan negara pengajian dan tarikh pendaftaran di pusat persediaan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) akan dinyatakan IPTS yang ditawarkan dan tarikh pendaftaran bagi program persediaan.

Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran di pusat-pusat persediaan bagi calon-calon yang telah menerima tawaran biasiswa adalah seperti berikut:-

  1. Program Ijazah Luar Negara (PILN) : 23 Jun 2009 hingga 14 Julai 2009
  2. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) :
    • Asasi di IPTA – 23 Mei 2009 dan 28 Jun 2009
    • IPTS – 30 Mei 2009 hingga 10 Ogos 2009

Taklimat mengenai penajaan Biasiswa Persekutuan JPA akan diadakan selepas calon-calon mendaftar di pusat-pusat persediaan.

Related posts:

  1. Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008
  2. Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  3. Tawaran Biasiswa PILN 2009
  4. Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  5. Persaingan Biasiswa PILN 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

150 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives