Keputusan MUET Akhir Tahun 2009

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) akhir tahun 2009 akan diumumkan pada 11 Januari 2010.

Para calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10.00 pagi. Manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Semakan keputusan juga boleh dibuat mulai pukul 12:01 tengah malam 11 Januari 2010 secara sms; MUET(jarak)No. MyKad dan hantar kepada 36363. Di samping itu keputusan boleh disemak di laman web www.mpm.edu.my mulai pukul 9.00 pagi pada tarikh yang sama.

Mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET ini pada pertengahan tahun 2010 perlulah mendaftar dengan Pejabat Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 28 Januari 2010.

Seramai 79,206 orang pelajar telah menduduki peperiksaan MUET akhir tahun 2009 ini di 905 pusat seluruh negara.

Sumber : BERNAMA

Related posts:

  1. Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2009
  2. Keputusan PMR 2009
  3. Tarikh Peperiksaan Awam 2009
  4. Keputusan Rayuan Matrikulasi Dan Ambilan Kedua Program Satu Tahun Sesi 2009/2010
  5. Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

7 Comments

  1. jfook says:

    Good luck to all the MUET candidates!!!

  2. mastura says:

    lega…susah hati sebenarnye sebab nak esi upu x de muet lagi..

  3. Fee says:

    Lega la sedikit dh thu bila tarikh muet 2009 release.

    To mastura:

    Tp..takpe klu nk buat permohonan awal pun.Kan ada function ntuk kemaskini.

    Dh dpt result muet tuh..leh la update status permohanan kita tuh dan anta sume dokumen yang diperlukan ke IPTA yang dipohon.

    Thanks..

  4. fisrii says:

    As’kum..

    Sy nk tanya serba sedikit bila buat permohonan ke IPTA melalui UPU nih..

    Situasi saya mcm nih..jika saya ‘tick’ pada options “Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain daripada 8 pilihan anda di atas”..adakah besar kemungkinan saya ditawarkan dengan kursus lain.

    Untuk makluman nilam..saya adalah lepasan diploma. Saya tidak kisah selagi kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti masih berkaitan dengan apa yang saya pelajari dahulu semasa di peringkat diploma.

    Adakah saya perlu untick balik atau bagaimana..?

    Thanks..

  5. atiqah says:

    salam,sy nak tanya boleh ke kalau saya nak tahu markah kokurikulum saya di sekolah kebangsaan sheikh haji mohd said

  6. atiqah says:

    salam sy nk tanya blh ke klu sy nk tau mrkah kokurikum sy di sek men kebangsaan sheikh haji mohd said

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives