Keputusan MUET Sesi Julai 2013

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 19 September 2013.

Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Sesi Julai 2013 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke Semakan Keputusan MUET mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.

Majlis Peperiksaan Malaysia

Rayuan Semakan Semula

  1. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula kertas peperiksaan.
  2. Tarikh tutup permohonan rayuan semakan adalah pada 30 September 2013.

MUET Sesi Mac 2014

  1. Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Sesi Julai 2013 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET Sesi Mac 2014.
  2. Tarikh tutup pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 biasanya pertengahan November 2013.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian telefon 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau emel ppa@mpm.edu.my.

2 thoughts on “Keputusan MUET Sesi Julai 2013

  1. does anyone know how to check muet result sesi julai 2013 ?

  2. can i join vokasional shcool. hw much fiece per month. what uniform we wear.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.