Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti Sesi November 2013

Permohonan kemasukan untuk mengikuti pengajian di Kolej Komuniti bagi sesi pengambilan November 2013 masih dibuka lagi. Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon.

Program Pengajian Kolej Komuniti

  • Program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kolej.
  • Pengajian dilaksanakan secara modular.
  • Pengajian lebih kepada Hands-on iaitu Amali 75% dan Teori 25%.
  • Penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian bersama-sama badan-badan profesional.
  • Pelajar berpeluang memperolehi sijil kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
  • Tempoh pengajian adalah berbeza berdasarkan kursus yang diikuti.

Program Ditawarkan

Kolej Komuniti menawarkan program Diploma Kolej Komuniti, Sijil Kolej Komuniti dan Kursus Pendek.

Maklumat syarat kemasukan, tempoh pengajian dan lokasi kolej komuniti bagi setiap program yang ditawarkan sila rujuk;

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti

Syarat Memohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua pemegang sijil SPM/SPM(V)/SPVM.
  3. Beberapa progrtam pengajian mempunyai syarat kemasukan lain.
  4. Berumur 18 tahun ke atas.

Maklumat syarat kemasukan, tempoh pengajian dan lokasi kolej komuniti bagi setiap program yang ditawarkan sila rujuk di atas.

Cara Memohon

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
  2. Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara berikut.
  • Secara Dalam Talian (Online)
    1. Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
    2. Pemohon baru perlu mendapatkan nombor PIN secara percuma melalui butang e-Borang sebelum mula mengisi borang permohonan secara atas talian (online).
    3. Pemohon perlu menyimpan No Pin berkenaan dan hendaklah menggunakannya sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat permohonan.
    4. Sekiranya pemohon terlupa No Pin berkenaan, pemohon hendaklah menghubungi Pegawai Pengambilan di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau Pegawai Pengambilan di mana-mana Kolej Komuniti berhampiran.
  • Secara Manual (Borang)
    1. Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh diperolehi di mana-mana Kolej Komuniti.
    2. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.

Lokasi Kolej Komuniti seluruh negara boleh dirujuk di Senarai Kolej Komuniti.

Pembiayaan Pengajian

  1. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
  2. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimum RM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
  3. Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 300.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).
  4. Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  5. Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Sesi November 2013 ditutup pada penghujung bulan September 2013. Sila hubungi Kolej Komuniti yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti dijangka boleh disemak mulai pertengahan Oktober 2013 secara online atau menghubungi terus Kolej Komuniti yang terdekat.

Rayuan

  1. Bagi calon yang tidak berjaya, boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
  2. Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.

Pertanyaan dan Maklumat

  1. Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Portal Rasmi Kolej Komuniti.
  2. Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.
  3. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran atau pegawai pengambilan Kolej Komuniti di talian 03-8888 2633/ 2600/ 2789 atau Fax: 03-88887211

16 thoughts on “Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti Sesi November 2013

  1. Saya sudah memohon di upu tapi… knpa tak dapat

  2. saya skrg tengah pening kepala…..ni..tengah pilih universiti terbaik.

  3. THIVYASHVINI says:

    no

  4. bila lagi ada pengambilan kolej komoniti ya….

  5. aku tak rela says:

    aku dari bln 3 smpy skrng blom dpt lgi…ape cer…geram btol law…

  6. salam, nak tau lah yg pendaftaran 2014 punye bile ek?

  7. aku mhu daftar kolej komuniti tpi bila ada kemasukan.??

  8. Has Farahin says:

    saya nk masuk kolej komuniti. nak ambil bhagian kulinari tapi sy tak tahu macam mana nk masuk ke kolej. n tmpat y sy nk dekat kuantan. boleh tlg sy?

  9. Nur syazwani says:

    Cmne nk daftar online dia mntak no ic n pin pstu da xde pape..tlg la da pning

  10. raihanah hamzah says:

    Sye ingin memohon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>